Saturday 2 May 2009

Peluang Kerja di Industri Sawit Negara



  1. Industri sawit negara telah berkembang maju lebih kurang 30 tahun yang lalu. Sebagai pengeluar terbesar di dunia (bersama Indonesia skrg), tidak dapat dinafikan komoditi ini telah banyak menyumbang kepada kemajuan negara.Malah tidak keterlaluan jika dikatakan komoditi inilah yang telah menyelamatkan Malaysia daripada kancah kegawatan ekonomi 1997, 2008. Namun, nama mereka yang telah menyumbangkan tenaga, jasa dan pengorbanan mereka di dalam industri ini jarang diketengahkan oleh media semasa(berbanding orang politik). Mereka yang telah menjadi pemangkin kepada industri ini silih berganti saban hari. Sekarang generasi kedua dan ketiga telah mula mengambil alih pengurusan syarikat kecil mahupun besar. Dahulu, syarikat-syarikat tempatan yang jarang menjadi perhatian, sekarang telah menjadi sebuah syarikat terkemuka negara!
  2. Semasa menjadi penuntut Kejuruteraan Mekanik di USM (1999-2003), saya tidak pernah didedahkan dengan industri sawit yang banyak menggunakan aplikasi stim, boiler, heat transfer, turbin, pembuatan, proses dan sebagainya. Bagi saya, sebagai penuntut Kejuteraan Mekanik, Pembuatan, Kimia mahupun Elektrik, amat sesuai untuk meneruskan karier di bidang sawit. Jika berhasrat untuk menjalani latihan praktikal selama 3 bulan mengikut keperluan kursus, saya syorkan untuk anda memilih Kilang Sawit sebagai pendedahan kepada boiler, turbin, waste water, treatment plant, steam balance mahupun heat transfer.
  3. Kepada tenaga pengajar, pensyarah mahupun pentadbir universiti, saya cadangkan supaya anda lebih mendekati industri sawit negara dengan lebih rapat lagi. Banyak projek perbaharuan masih boleh dikaji dan memerlukan kepakaran anda untuk disesuaikan @ diadaptasi di industri sawit!
  4. Saya simpulkan peluang kerjaya di industri sawit khusus kepada kilang sawit sahaja. Ijazah pertama di dalam bidang kejuruteraan Mekanik,Kimia @ Elektrik anda boleh memohon jawatan Kadet Jurutera di mana - mana syarikat terkemuka negara seperti Boustead, Sime Darby, IOI Corporation, KLK, Treadwinds, United Plantation, FELDA dsb. Selepas 2 atau 5 tahun bekerja, bergantung kepada survival, komitmen, inisiatif dan layanan syarikat kepada anda, anda boleh menjadi seorang pengurus. Gaji bergantung kepada syarikat tempat anda bekerja. Tetapi, prospek dan jaminan kerja amat memuaskan. Untuk mendapatkan hasil yang baik, pastikan anda lulus peperiksaan Jurutera Stim gred 2 & 1 serta pernah mengikuti Diploma in Palm Oil Milling Technology & Management yang di koordinasi oleh MPOB.
  5. Kepada pemegang Diploma atau Sijil teknikal, anda boleh memohon untuk menjadi perantis Workshop di bahagian Elektrik atau Mekanik. Bagi memohon jawatan chargeman, anda perlu lulus ujian yang di jalankan oleh Suruhanjaya Tenaga negara. Di dalam bidang pengurusan,terutama perempuan, anda boleh memohon untuk menjadi kerani atau ketua kerani.
  6. Bagi lulusan SPM ke atas, ada boleh memohon untuk menjadi Fireman atau Operator. bagi fireman, selepas 2 tahun menpunyai cukup pengalaman dan rajin belajar, ada boleh menduduki peperiksaan Boilerman gred 2 serta 1. Keperluan kepada Boilerman atau Enginer Driver di kilang sawit semakin meningkat saban hari. Gaji juga cukup lumayan. Kepada operator, selepas menguasai semua pengetahuan yang berkaitan, anda boleh dinaikan pangkat kepada Mandore serta Penyelia kilang.
  7. Jika tidak menjawat jawatan eksekutif seperti Kadet, Penolong Jurutera atau Pengurus, anda masih boleh menjawat jawatan Staf di kilang sawit. Gaji dan prospek masa depan amat cerah. RM2000 hinggan RM3000 sebulan adalah perkara biasa untuk semua staff di kilang sawit! Itu adalah pendapatan purata tanpa perlua menbayar sewa rumah,air,api dan pengangkutan ke tempat kerja, kerana semua disediakan oleh pihak syarikat!

Jadi, apa lagi... mohon lah kerja di Industri Sawit Negara mulai sekarang. Jangan cerewet dengan kehidupan di ladang.. kerana di bahagian lain anda mendapat kelebihan.

1 comment:

  1. assalamualaikum.saya ahmad faizal bin zaimi berumur 23tahun .tinggal di kemaman,terengganu . tujuan saya komen di sini. bagaimana saya ingin menceburi dalam bidang industri ini.saya bekas pelatih giat mara. menpunyai sijil skm tahap 3 . kimpalan arka dan logam. dan macam mana saya nak berkerja sebagai fireman. terima kasih .

    ReplyDelete