Friday 25 June 2010

Tanda - Tanda Orang Munafik

  1. Ingin menipu daya Allah.
  2. Lebih suka memilih orang kafir sebagai pemimpinnya.
  3. Tidak mahu diajak berhukum dengan hukum Allah dan Rasul-Nya.
  4. Malas bila menegakkan solat, tetapi kalau mahu solat suka menunjuk - nunjuk (riak).
  5. Berdusta bila berkata, menyalahi janji, khianat.

Sifat - Sifat Orang Mukmin

  1. Khusyuk dalam solat.
  2. Meningggalkan perkara yang tercela. Perkara yg tidak memberi manfaat seperti merokok.
  3. Menunaikan zakat.
  4. Menjaga kemaluan.
  5. Amanat.
  6. Memelihara solat.
  7. Bertaubat.
  8. Menyembah Allah SWT.
  9. Berpuasa.
  10. Melakukan rukuk dan sujud.
  11. Amal makruf nahi mungkar.
  12. Menjaga batas nahi mungkar.
  13. Menjaga batas ketentuan Allah.
  14. Menyelamatkan sesama umat manusia.
  15. Berakhlak mulia.
  16. Berhijrah.
  17. Mengendalikan hawa nafsunya.
  18. Menghormati tetamu.
  19. Berbicara yang baik - baik.
  20. Mencintai saudara.
  21. Cinta Allah dan Rasul.
  22. Cinta dan benci kerana Allah.
  23. Menghindari murtad.
  24. Kerana Allah semata.
  25. Malu berbuat maksiat.
  26. Kebersihan diri.
  27. Menjauhi perkara haram.

Membina Hubungan Dengan Jiran Tetangga

  1. Memberi pertolongan. "Barangsiapa di antara kamu boleh memberi manfaat kepada saudaranya, hendaklah ia memberi manfaat kepadanya." HR Ibnu Majah.
  2. Sayyidina Ali r.a berkata :- "ia akan mengampuni kesalahannya, mengasihani tangisannya dan menutupi keburukannya, memaafkan kekeliruannya, menerima alasannya, menghilangkan kerungsingannya, memelihara tanggungjawabnya, menjenguknya ketika sakit, menghadiri jenazahnya, memenuhi undangannya, memenuhi keperluannya, menerima syafaatnya, tidak menyia - yiakan permintaannya, mendoakannya ketika bersin, membimbingnya ketika tersesat, memenuhi sumpah - sumpahnya, membenarkan mimpi - mimpinya, menghalangnya ketika bersikap zalim dengan mencegahnya dari kezalimannya, dan menolongnya ketika teranianya dengan membantunya untuk mengambil haknya, mendukung dan tidak memusuhinya, tidak mengabaikannya, tidak memakinya, serta menyukai kebaikan baginya, sebagaimana menyukai bagi dirinya dan tidak menyukai keburukan bagi temannya seperti tidak menyukainya bagi dirinya sendiri".
  3. Rasullah SAW bersabda : " Setiap ruas jari manusia setiap hari mengeluarkan sedekah. Engkau damaikan antara dua orang bererti sedekah. Engkau tolong seseorang naik ke atas kenderaannya adalah sedekah atau menaikkan barangnya di atasnya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah yang engkau jalankan menuju solat adalah sedekah, engkau singkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah".

Monday 21 June 2010

Sediakan Budget Bulanan daripada gaji untuk beli buku agama

Satu bulan, satu buku.
Belanjakan duit anda kurang RM100/bulan untuk diguna membeli buku agama serta buku lain yang bermanfaat.

Sudah tentu, jika duit itu digunakan, manfaat yang diperolehi lebih berharga daripada jumlah duit tersebut.

Dengan usaha itu, kita mendapat ilmu. Ilmu itu akan mengeluarkan kita daripada kegelapan kejahilan.

Ilmu itu akan membasahi jiwa yang gersang dan kering kontang laksana kemarau, menyuburkan jiwa, membersihkan hati, menguatkan semangat serta menyebarkan kedamaian serta kebaikan kepada keseluruhan alam.

Selamat membaca duhai pemburu ilmu!

Friday 18 June 2010

Baca Buku !

  1. Buku ibarat pintu gerbang kepada ilmu. Jika anda ingin memasuki kawasan jajahan ilmu, anda perlu memasuki gerbang tersebut.
  2. Jajahan ilmu itu akan membezakan anda dengan orang yang tidak berilmu.
  3. Buku boleh juga boleh digunakan untuk menyelesaikan banyak masalah.
  4. Sebagai seorang pekerja, ada masa kita akan kurang bersemangat, malas serta tiada komitmen untuk bekerja. Pada masa itu, mungkin buku boleh menjadi penawar serta ubatnya. Namun, pastikan buku yang dipilih adalah ubat, bukan tersilap racun.
  5. Menjadi sebahagian daripada pengurusan, seorang pengurus perlu melengkapkan diri dengan ilmu serta maklumat terkini. Banyak teknik pengurusan boleh diperolehi untuk melengkapkan diri dengan cabaran kini.
  6. Sebagai contoh, jika anda kurang bersemangat, carilah buku yang dapat meningkatkan motivasi anda untuk bekerja. Cari buku yang ada kaitan dengan kerja dan industri anda.

ringkasnya, kita kurang membaca kerana bilang dek budaya menonton TV, suratkhabar pun dibacakan di radio.. dsb.

Ubah, dan mula membaca sekarang. Anda akan mendapat manfaatnya!

Thursday 17 June 2010

Terminate

Why terminate your employees ?

  1. Verbal abuse of others
  2. Incompetence
  3. Repeated, unexcused tardiness
  4. Insubordination
  5. Physical violence
  6. Theft
  7. Intoxication on the job
  8. Falsification of records

Tips for monitoring delegation

  1. Tailor your approach
  2. Diligently use a written or computer based system
  3. Keep the lines of cummunication open
  4. Follow through on the agreements
  5. Reward performance that exceed your expectations and counsel performance that falls below expectations

When Delegation Goes wrong

Unfortunately, despite the best of intentions, delegations goes wrong. So, this is some of the techniques;-

  1. Personal follow - up
  2. Sampling; periodically review samples, check to ensure meets the standards
  3. Progress reports
  4. A formalized tracking system
  5. Increase monitoring
  6. Counsel
  7. Rescind authority
  8. Reasign activities

Delegation in 6 Easy Steps

  1. Communicate the task ; what, when, what end result expect
  2. Furnish content for the task; why its is important, possible complications
  3. Standards; realistic and attainable
  4. Grant authority
  5. Provide support; money, training, others resources
  6. Get commitment; understanding and commitment to completing

Both manager & workers benefits both when it is done correctly.

Meeting MPOA Sarawak & Kes Kecurian CPO

Awal bulan Mei 2010, berlaku kes curi CPO dari kilang. Disebabkan terdapat kelonggaran pada prosedur yang sedia ada dan kecuaian kerani timbang, syarikat mengalami kerugian hampir RM94,000.

Seorang pemandu menggunakan maklumat diri dan kenderaan palsu telah menyamar dan melarikan sejumlah CPO dari kilang. Kunci utama pada kelemahan prosedur adalah kad pengenalan asal tidak pernah diperiksa oleh pihak pengurusan. Disamping itu, collection order yang asal yang digunakan oleh pemandu tersebut menunjukkan tanda - tanda ada kaitan orang dalam syarikat pengangkut.

Setelah hampir tiga minggu mengeluarkan memo, meminda dan menambahbaik prosedur sedia ada serta membuat laporan kepada pihak berwajib, fikiran dan mental masih belum tenang dengan kejadian tersebut. Berfikir, apa lagi yang boleh dilakukan untuk mengelak kejadian yang sama berulang.

Setiap prosedur yang dibuat mesti mempunyai tujuan tersendiri. Tujuan tersebut mesti dijelaskan dengan teliti kepada semua orang termasuk orang bawahan. Ada waktu, orang bawah akan memandang ringan, di waktu tersebut tindakan susulan seperti latihan atau hukuman perlu diambil.

Sebagi pihak pengurusan, pemeriksaan berterusan dilakukan. Proses yang sama seperti mengulang - ulang perkara yang sama kepada staff serta semua pekerja dilakukan walaupun memenatkan. Ulang- ulang dan ulang sehingga prosedur tersebut menjadi darah dan daging organisasi. Tiada jalan pintas untuk proses tersebut apabila kita berhubung dengan manusia.

Salah satu badan yang dilaporkan adalah MPOA Sarawak. Kejadian tersebut menjadi bualan semua miller disebabkan maklumat yang disampaikan. Pihak sykt pengangkut juga telah membuat banyak perubahan kepada sistem sedia ada untuk mengelak kejadian sama berlaku. Sempena mesyuarat jawatankuasa yang dibakal dijalankan, aku telah dipanggil untuk berkongsi pengalaman serta tindakan pembaikan yang telah dilakukan.

Perkongsian maklumat di kalangan miller serta planter banyak membantu dalam meningkatkan standard sedia ada dan budaya ini mesti diteruskan.

Sunday 6 June 2010

A Journey

"A journey of a thousand miles begins with a single step."

Chinese philosoper Lao-tzu

How to Network

  1. Meet as many people as you can.
  2. Act like host, not a guest.
  3. Don't do business while networking.
  4. Give and get.
  5. Follow up.
  6. Keep in touch.

Manage People

"People cannot be managed. Inventories can be managed, but people must be led."

Paper Management; reduce the pileup

Tips :

1. Handle each piece of paper only once.
2. Set a fixed time.
3. Keep a master list.

Character

"Character is the result of two things;

1. mental attitude
2. the way we spend our time."

Subordinates

"I judge character not by how men deal with their superiors, but mostly how they deal with their subordinates and that to me is where you find out what the character of a man is."

Duit

" Duit tidak dapat membeli kebahagian, tapi ia dapat membeli selain darinya."

Jika duit ditafsirkan suatu yang berharga untuk hidup di dunia ini, ia juga boleh ditafsirkan sebagai pahala di akhirat. Kita sebagai seorang Muslim yang Mukmin, percaya pada Hari Akhirat serta kehidupan dunia ini adalah sementara, mesti mengumpul sebanyak - banyak duit (pahala) untuk hidup bahagia di akhirat.

Jika kita hanya mengumpul duit untuk hidup di dunia sahaja, tetapi di akhirat kita papa kedana. Jika niat kita betul, amal dan perbuatan kita selari dengan ajaran agama, semasa kita mengumpul duit untuk di dunia pun boleh menjadi bekal untuk akhirat.

Bukan cerdik jika kita hanya siang dan malam memikirkan untuk hidup di dunia, tetapi pada waktu yang sama kita lupa sama sekali kehidupan yang hakiki iaitu alam akhirat.

Saturday 5 June 2010

Kantin Kilang (bhg. II)

  1. Sedar atau tidak, di kantin kilang itu sebenarnya banyak yang aku pelajari. Masakan tidak, selepas masa bekerja di dalam kilang yang amat panjang, tempat kedua tempat masa dihabiskan adalah kantin.
  2. Menjadi budaya kerja, selepas semua kerja maintenance telah diatur, siap dan proses telah berjalan dengan stabil, kami eksekutif akan berada di kantin untuk sarapan. Pengurus bersarapan lebih awal, selalunya pukul 8 pagi semasa ullage CPO storage tank dilakukan. Jika dia masih berada di sana, kami eksekutif tidak akan berani ke sana. Namun, semasa menjadi penolong, aku antara orang yang memecah tradisi, akan pergi minum menemani bos aku. Masih teringat kepada rakan sekerja, setiap kali aku mengajak untuk bersarapan, dia akan memberikan pelbagai alasan untuk tidak bergaul dengan Production & Technical eksekutif.
  3. Waktu tengah hari biasanya kami akan pulang ke rumah untuk berehat. Namun, ada waktu sibuk dengan kerja di kilang, kami akan berkumpul di kantin. Makanan di sana bukanlah boleh dipilih, orang kantin akan tentukan apa yang mereka hendak masak. Anda cuma perlu memakannya atau tidak (berlapar).
  4. Petang sekali lagi menjadi masa untuk minum petang. Waktu ini, kekadang terdapat pengurus ladang akan turut - serta. Semasa mereka ada, pelbagai topik dibincang berkisar kerja ladang, kilang serta berita terkini syarikat atau pengurus yang diminta untuk berhenti!
  5. Menjelang lewat petang, kami eksekutif sekali berkumpul sebelum balik ke rumah. Jika bernasib baik, pengurus akan turut serta. Jika perbualan rancak, kami akan turut makan malam di sana. Kantin akan tutup sebelum magrib. Namun kami masih berada di sana diiringi bunyi mesin serta boiler yang sedang beroperasi. Kilang yang beroperasi dua shift sebenarnya memerlukan pemerhatian yang lebih. Walaupun berada di kantin, semua perjalanan kilang boleh diperhatikan dari sana disebabkan kedudukannyan yang strategik.
  6. Kami berbual dan berborak. Puratanya sehingga pukul 9 malam. Penerimaan FFB sehingga pukul 9 malam dan kekadang sampai pukul 1100 malam pada musim buah. Disebabkan itu juga, sudah menjadi kebiasaan kami berada di sana sehingga pukul 9 - 10 malam. Balik ke rumah hanyalah untuk mandi dan tidur. Kekadang terus tidur di sofa ruang tamu tanpa mandi disebabkan keletihan. Sampai ke kilang sebelum pukul 7 pagi dan balik ke rumah pukul 9 malam. Itulah rutin kami setiap hari! Waktu kerja yang amat panjang dan boleh dikatakan, semuanya diluangkan di kilang.
  7. Merungkai kembali setiap masa yang dihabiskan di kantin, aku tidak pernah menyesal. Meluangkan masa berada di kantin bersama rakan sekerja serta bos (yang menjadi satu - satu yang rakan serta keluarga di ladang) amat signifikan kepada peningkatan kerjaya aku hari ini.
  8. Perbualan di sana walaupun setiap waktu berkisar kepada kerja, kekadang menjadi forum untuk bertukar- tukar padangan. Bos serta rakan sekerja yang berpengalaman akan berkongsi pengalaman, suka dan duka berada di industri sawit. Kebanyakkan mereka adalah orang yang komited pada industri. Berkongsi pengalaman dengan mereka merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Kebanyakkan mereka berada jauh daripada keluarga, rakan sekerja merupa lebih daripada rakan malah sudah menjadi satu keluarga.
  9. Walaupun di peringkat awal, semasa menjadi kadet, aku sekadar menjadi pendengar. Lama - kelamaan aku turut serta dalam memberikan padangan. Sesi perbualan kekadang tambah menarik, jika bos bercerita perihal pengalamannya serta memberikan banyak maklumat berguna dan memberikan nasihat perihal keluarga, perbelanjaan, peningkatan kerjaya dan sebagainya.
  10. Segala persoalan yang timbul dapat dibincangkan di sana. Jika semasa waktu pejabat, kami dimarahi serta ditengking, waktu berada di kantin, kami seakan rakan karib. Berborak dan terus berborak. Secara tidak langsung, kekadang aku fahami itulah waktunya bos cuba untuk memahami hati dan jiwa kami apabila bekerja.
  11. Dalam masa setahun menjawat jawatan kadet, aku sudah boleh memahami banyak perkara. Senang faham salah satu sebabnya adalah kerana masa yang kami banyak habiskan di kantin.

Kantin Kilang

  1. Boleh dikatakan semua kilang mempunyai kantin di hadapan atau berdekatan dengan kilang. Disebabkan kilang merupakan pusat untuk aktiviti di seluruh ladang, kantin ini biasa mempunyai lebih daripada tempat untuk makan dan minum.
  2. Kantin ini biasanya digabungkan dengan kedai runcit di mana semua pekerja kilang, pekerja ladang dan pelawat membeli barang keperluan asas rumah. Jika ada aktiviti rasmi kilang, kantin bertindak sebagai pihak yang menyediakan juadah minum dan makan.
  3. Harga yang ditawarkan sudah tentu lebih mahal berbanding di bandar disebabkan faktor jarak yang jauh di pelusuk pendalaman. Namun, biasanya pekerja kilang mendapat diskaun disebabkan subsidi yang diberikan kepada pengusaha. Air, elektrik serta sewa boleh dikatakan agak murah.
  4. Kantin merupakan tempat yang amat nostagia bagi aku sebagai seorang jurutera di kilang sawit. Di Morisem POM, kedudukan kantin yang dibina amat strategik. Kantin dibina di tengah - tengah hadapan kilang, di luar pagar. Jika sedang minum di kantin, pemandangan yang cantik dapat dilihat. bermula pejabat, penerimaan buah, water treatment, boiler dan bilik enjin yang sedang beroperasi, kernal plant serta lori yang sedang mengambil tandan kosong, semuanya dapat dilihat dari kantin!
  5. Waktu pagi, matahari yang tidak panas akan menerangi bahagian kiri kantin di sebelah timur. Petang apabila matari mengufuk, bahang yang panas di halang oleh bangunan kedai runcit yang membuatkan berada di kantin lebih selesa. Lagipun, kedudukan kantin serta kiang berada di kawasan paling tinggi, angin yang bertiup membuatkan suasana di sana amat tenteram, walaupun kekadang dipecahkan oleh kebisingan safety valve blow off!

bersambung..

Thursday 3 June 2010

Usaha & Kejayaan

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Mesyuarat @ Muafakat

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Usaha

If there is WILL, there will be WAYS!

Hasil, Keputusan dan Result

  1. Bidang pengurusan amat luas. Pengurus di semua jenis organisasi boleh mengurus 1001 perkara atau kerja. Namun, konsep yang digunakan adalah tetap sama. Pengurusan adalah salah satu bidang yang memerlukan pembelajaran secara berterusan. Lebih - lebih lagi di dalam dunia yang kian mencabar serta cepat berubah.
  2. Salah satu bahagian pengurusan adalah objektif / tujuan / matlamat / misi / visi yang ingi dicapai. Perkara ini dikira melalui unit yang boleh diukur untuk menentukan kecekapan serta produktiviti sebuah organisasi. Pendek kata, dalam dunia perniagaan, sebuah pengurusan akan dilabelkan gagal jika tidak menghasilkan keuntungan yang dikira melalui nilai duit yang diperolehi.
  3. Jika anda seorang pengurus atau jurutera, kecekapan anda dinilai berdasarkan prestasi organisasi seperti jumlah produk yang dihasilkan, kurangnya kehilangan, kos rendah dan sebagainya.
  4. Seringkali anak buah mengeluh mempunyai kerja yang banyak dan terlalu sibuk untuk menyiapkan tugasan yang diberika mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Masalah ini perlu dikaji dengan lebih mendalam.
  5. Adakah anda melakukan kerja - kerja yang produktif semasa anda bekerja atau banyak masa dibazirkan dengan aktiviti tidak barfaedah. Anda lebih suka berborak kosong, melakukan kerja yang bukan menjadi tanggungjawab anda dan suka bertangguh. Anda tidak fokus pada target kerja, masa yang perlu disiapkan, tidak merancang masa/material/manpower/method untuk menyiapkan tugasan tersebut. Seringkali anda dimarahi oleh ketua anda kerana tidak menyiapkan kerja mengikut masa yang ditetapkan, mempunyai banyak kesalahan atau paling teruk, anda hanya memulakan kerja yang telah diarahkan setelah diingatkan oleh ketua anda.
  6. Amat mengecewakan jika anda sudah bekerja lebih lima tahun, namun masih menunggu ketua anda untuk mengerakkan kerja yang sudah menjadi rutin organisasi anda. Kenapa perkara tersebut berlaku? Anda tidak mempunyai keyakinan diri, tidak proaktif, malas, tidak memberikan komitmen yang tinggi serta anda tidak tahu apa yang perlua anda lakukan (tidak fokus).
  7. Malas lebih sesuai untuk semua di atas. Jika anda mempunyai sikap dan sifat ini, anda bertuah jika kiranya ketua anda masih memberikan peluang kepada anda dengan harapan anda akan berubah. Pilihan yang sewajarnya addalah, anda diberhentikan kerja serta - merta kerana anda menjadi beban kepada organisasi. Walaupun anda ada, tetapi kerja tidak disiapkan setelah tugasan diagihkan kepada anda. Jika anda mempunyai anak buah, bagaimana anda hendak memerika kerja mereka sedangkan kerja anda sendiri tidak anda siapkan? Bukankah lebih baik jika organisasi tersebut menggantikan orang lain yang lebih memerlukan posisi anda?
  8. Seorang pengurus atau ketua yang proaktif amat mementingkan keputusan, result atau kerja yang telah disiapkan dengan sempurna (mematuhi masa, tiada kesilapan dan cemerlang). Jika keputusan tidak dihasilkan, semua pergerakan organisasi tersebut tidak akan berjalan dengan lancar. Jika anda staff yang tidak melakukan kerja, anda menjadi seperti penghalang kepada pergerakan organisasi. Lebih baik halangan tersebut dibuang dan aliran akan lebih lancar kerana tidak perlua melalui anda.
  9. Hasilkan kerja yang dilakukan dengan sempurna akan memberikan kepuasan kepada diri - sendiri. Jika anda mempunyai sikap dan sifat ini, anda tergolong di kalangan orang yang minat dengan tanggungjawab yang sedang dipegang. Jika anda sebaliknya, atau sentiasa mencari alasan untuk tidak menyiapkan tugasan yang diberikan, lebih baik anda meceburi bidang lain. Lebih - lebih lagi jika anda berada di dalam industri sawit. Ini kerana, industri ini memerlukan banyak pengorbanan. Jika anda tidak mempunyai minat, masakan anda sanggup untuk berkorban. Jika anda masih di sini, anda sebenarnya membuang masa banyak pihak.
  10. Membuang masa anda, kerana anda tidak akan dinaikkan pangkat. Membuang masa syarikat kerana syarikat tidak dapat keuntungan daripada pengalaman anda sedangkan gaji anda dinaikkan setiap tahun. Anda membuang masa keluarga anda kerana terpaksa berkorban untuk anda dan mengikuti anda walaupun ke pelusuk hutan.

"if there is will, there will be ways!"

"Kalau hendak seribu daya, kalau tidak mahu, seribu dalih"

Pemerintah, Pemuda, Masjid, Zina dan Insaf

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya:

“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah:

  1. pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya,
  2. orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,
  3. orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,
  4. orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan
  5. orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Wednesday 2 June 2010

Boating @ Borneo Tropical Rainforest


Berenang


Berenang. Cari kolam yang selamat dan terjun. Berenang sehingga anda keletihan. Ia bagus untuk tubuh anda.

Menunggang kuda

Zaman dahulu sebelum kenderaan bermotor dicipta, kuda merupakan kenderaan pengangkut yang penting.

Digunakan untuk berperang, mengangkut barang, penghantar mesej serta banyak lagi.

Memanah / Archery


Saidina Umar RA berkata, ajarlah anak tiga perkara :-

( Rujuk http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1338-irsyad-al-hadith-siri-ke-150-memanah-berenang-dan-berkuda ) 

1. Berenang
2. Memanah
3. Menunggang kuda
kita sebagai orang Islam patut menjadikan tiga sukan ini kewajipan untuk diajar kepada generasi Islam dan mahir dalam semua bidang tersebut.
Jika ditafsirkan mengikut zaman :-
1. Berenang - 3/4 bumi dilitupi air, sudah semestinya kemahiran ini penting hatta berada di gurun. Malah, kajian menunjukkan berenang adalah antara sukan paling baik untuk badan kerana semua otot, anggota serta pernafasan dapat dilatih dengan baik.
2. Memanah - semua orang Islam wajib belajar senjata untuk mempertahankan diri sendiri serta persediaan daripada diserang musuh Islam. Jika anda berada di universiti awam, anda boleh mengikuti PALAPES untuk belajar menggunakan pelbagai senjata moden seperti M16, Mortar, GPMG dan pistol. Memanah juga melatih penumpuan mata, fizikal, mental serta menguatkan struktur lengan dan tulang belakang.
3. Menunggang kuda - mempunyai kemahiran untuk memandu pelbagai kenderaan di bumi. Disamping itu juga, sukan ini membantu menguatkan tulang belakang serta anggota tubuh yang lain.
sudah tahu, jom buat sekarang!