Thursday 1 November 2012

MENANGANI KEPUPUSAN KAMBING KACANG DI SABAH

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN 

KAMBING Kacang kini mulai pupus di negeri ini. Tetapi apa itu Kambing Kacang? dan apa pentingnya Kambing Kacang dalam industri penternakan di negeri ini. Utusan Borneo telah menemui seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT), Dr.Mutarin Haji Damshik yang terlibat dalam penternakan kambing di negeri ini. Dr. Mutarin Haji Damshik, Ph.D, memiliki ijazah doktor falsafah dalam Pengeluaran Ruminan, Sarjana dalam bidang Makanan Ternakan dan Sarjana Muda dalam Pengeluaran ternak Monogastrik berkongsi pendapatnya mengenai kemusnahan kambing Kacang di Sabah di negeri ini. Kambing Kacang merupakan kambing tempatan Malaysia dan Indonesia. 

Di Malaysia ianya merupakan ternak pusaka. Ianya warisan dari zaman berzaman dari nenek moyang kita. Kambing Kacang dapat juga dijumpai di Filipina maupun Taiwan serta negara-negara Asia Tenggara yang lain. Kambing Kacang pada kebiasaanya berwarna hitam, kadangkala bercampur putih maupun coklat. Pada hari ini kebanyakan Kambing Kacang memiliki tiga warna tersebut yakni hitam, putih dan coklat atau berwarna putih dan hitam atau putih dan coklat juga coklat hitam, tetapi warna 

Kambing Kacang berwarna kombinasi hitam putih kelihatan lebih asli. Kambing Kacang memiliki ciri-cirit tertentu iaitu memiliki tanduk yang bengkok dan tajam, melengkung ke atas dan ke belakang pada kedua jantan dan betina.Memiliki telinga yang pendek, tegak lurus mengarah ke atas depan. kambing kacang jantan memiliki janggut tetapi kadangkala terdapat juga pada betina.Memiliki ketinggian antara 56-65 cm. Kambing ini sangat subur, beranak dengan kembar dua merupakan perkara biasa.Purata perkelahiran 1.7. Kacukan Kambing kacang lebih mirip kepada baka induk atau pejantannya. Masa baligh Kambing Kacang pada umur 6 bulan, yang jantan 7 bulan. 

Menurut kajian para pakar ternak kambing kacang dan kacukannya di Indonesia termasuklah Prof.Dr.Haji Rachmat Herman, umur dewasa kelamin bagi Kambing Kacang betina ialah 10 bukan dan jantan 12 bulan dalam erti kata penternak di dua kawasan tersebut sering mengahwinkan kambing mereka sekitar pada umur tersebut. Umur pertama induk beranak ialah 12-13 bulan dengan kelahiran kembar yang tinggi.Kembar tiga juga biasa terjadi dan kembar 4 pula banyak dilaporkan menurut hasil penyelidikan Herman dan kawan-kawannya di Indonesia pada 1983. Di Malaysia dilaporkan purata umur beranak Kambing Kacang beranak dan jarak waktu beranak ialah 62 minggu dan 240 hari. Di Indonesia, populasi kambing lebih tinggi dibanding ternakan lain. Penduduk memiliki kambing pada umumnya untuk kegiatan sosial dan keagamaan. dalam beberapa perkara, penduduk Indonesia lebih menyukai daging kambing dibanding ternak lain, sehingga nilai daging kambing sangat berharga dan mempunyai sumbangan yang nyata untuk keperluan protein. 

Di negara-negara di mana sumber daging diperolehi dari ternak lain, daging kambing tidak popular, kambing dipelihara untuk menghasilkan ssu.Kekurangan daging kambing kerana baunya tidak disukai dan kadar lemaknya rendah. Karkas kambing tidak menarik kerana tidak ditutupi lemak. Di negara-negara seperti Australia, Kambing diternak untuk dieksport. Dr. Mutarin berkata, keistimewaan kambing Kacang ialah antara lain,efisien dalam menggunakan air, kambing di daerah tropika sangat baik beradaptasi dengan kekurangan air. 

Pada suhu panas 38 C, keperluan air kambing kacang setengah dari keperluan air biri-biri. Kambing Kacang tidak berpeluh dan kehilangan sedikit air melalui feses dan air kencing. Menurutnya, di daerah sub tropika pada musim sejuk, kambing memperoleh air dari makanannya yang mengandung kadar air 60 peratus. Hasil penyelidikan Davendra dan Burn pada tahun 1970 mendapati kambing kacang yang ditempatkan pada kandang individu memerlukan air 680 ml/ekor/hari dengan perincian minum 4 kali sehari,554 ml pada siang hari dan 136 ml pada malam hari. Katanya, keistimewaan Kambing Kacang ianya mudah dibiakbaka, harga per ekor murah, dapat hidup dengan pengurusan yang berubah-ubah serta daapat beradabtasi dengan iklim setempat juga sangat selektif dalam memilih makanan. 

Menurut FAO (1971), kira-kira 71 peratus kambing berada di daerah Asia dan 64 peratus di Amerika Selatan dipelihara pada atnah seluas 1-5 hektar, sementara di Afrika 85.92 peratus dari kambing yang dipelihara pada tanah kurang 100 ekar. Beliau juga bercerita mengenai Projek Pawah Kambing yang diwujudkan pada 1982 dengan mengimport kambing Ferel dari Australia dan Anglo Nubian dari Amerika. Kedua kambing luar negeri ini telah dikacukkan dengan kambing tempatan yakni Kambing Kacang. Maka lahir kambing kacukan yang dinamakan Sabian atau Sabah Anglo- Nubian, hasil kacukan kambing Kacang betina dengan Anglo Nubian jantan. kambing kacukan ini memiliki tubuh badan yang lebih besar dan agak panjang seperti bulldog.Keunggulan kambing ini ialah ianya cepat dewasa tubuh dan dengan demikian dapat dijual lebih cepat dari baka Ferel atau Anglo-Nubian. 

Kambing Ferel juga dikacukkan dengan Kambing Kacang, kata Dr.Mutarin. Hasil kacukannya memiliki bentuk badan yang lebih besar dari kacang asli atau bearda di tenagh-tengah antgara kacang dain ferel. Pada baka Kambing Kacang terjadi peningkatkan atau penambahbaikan genetik yakni dari segi berat dan ukuran badan mungkin juga faktor keturunan lainnya tetapi sehingga hari ini tidak ada data yang menunjukkan bukti tersebut kerana mungkin juga ianya terlepas pandang. Hasil dari suatu kacukan dua atau lebih baka ternak diharapkan terjadi peningkatan mutu gentik seperti pertambahan berat badan, jangka waktu beranak yang pendek, ketahanan tubuh terhadap serangan penyakit, konversi makanan dan sebagainya. Hasil kacukan Ferel-Kacang jaug lebih besar dari kambing kacang asli.Malangnya Ferel asi dan Frel kacukan memiliki sindrom mati tiba-tiba.Hingga kini hampir semua Ferel dari keturunan lama telahpun pupus. 

Dari segi sejarahnya, Kambing ferel dibawa masuk ke Sabahdari Australia ketika zaman pemerintahan Kerajaan Berjaya iaitu ketika Datuk Harris Salleh menjadi Ketua Menteri Sabah. Ianya diimport dari Australian dan dipelihara di suatu kawasan Menumbok/Kuala Penyu di bawah kelapa mawar di bawah bimbingan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah. Sedangkan perkembangan Kambing kacang di Sabah sangat baik pada masa lalu sebelum Ferel didatangkan dari Australia.Kambing kacang hanya dipelihara secara ekstensif, dalam erti kata dipelihara secara sambilan dan bukan sebagai pekerjaan utama penduduk Sabah. Dr.Mutarin berkata kambing kacang dibiarkan mencari makan sendiri dari sisa makanan rumah tangga seperti kulit pisang, sisa sayuran mahupun sisa buah-buahan, daun kekacangan dan rumput tepi jalan. Daya adaptasi kambing kacang terhadap persekitaran sangat baik. Mereka sangat bijak memilih makanan yang berada di sekeliling mereka sebab itu mereka boleh bertahan hidup dalam perubahan cuaca ekstrim sekalipun. 

Tetapi pada hari ini keadaan Kambing kacang sangatlah menyedihkan! , Kata Dr.Mutarin. Kenapa? apakah ia terabaikan atau diabaikan. "Malah saya sempat mengambil gambar Kambing kacang yang sedang mencari makan ditewpi jalan Tuaran di Kampung Berungis. Kawanan Kambing itu berjalan menyusur jalan mengarah ke pekan Tuaran, sesekali mereka berhenti takut dilanggar kenderaan dari arah belakang. Yang membahayakan kambing ini sering menyeberang jalan. Melihat kepada kumpulan 4 ekor kambing kacang tersebut, rasanya itu sahajalah kambing kacang yang ada di Kampung Berungis pada masa ini. "Ketika saya menjadi Pegawai Penguasa JPHPT di Kampung Kota, saya masa terjumpa dengan puluhan Kambing Kacang dekat masjid Kampung Kota, lumayan banyaknya, demikian juga di kampung Berungis, kampung Indai dan lain-lain," katanya. Namun pada masa itu, kambing kacang secara genetik pun kondisinya telah menurun akibat tanpa pelestarian baka kambing tersebut seudah terjadi perkaahwinan dalam atau dalam istilah `genetic inbreeding'. Inbreeding ialah kejadian perkahwinan kambing secara anak beranak, bapa kambing kahwin dengan anak atau anaknya menghawini ibunya dan lain-lain. Pokoknya kahwin saudara kandung kata orang. Apa yang terjadi adalah proses garis keturunan yang menuju ke arah penurunan mutu genetic. 

Contohnya melahirkan anak bantu, cacat, dan macam-macam akibat yang buruk terhadap prestasi kambing sama ada dari pandangan luar atau dalam tubuh kambing yang tidak jelas dilihat dengan mata kasar. "Hari ini saya ingin jadikan tolok ukur kepada kemajuan Kambing kacang. Sebabnya kenapa? Sebab pada hari ini saya melihat Baka Kambing Kacang di sabah telah pupus dan antara sebabnya ialah pertama; tidak ada program pelestarian Kambing Kacang, sama ada dalam jangka pendek lima tahun dan atau jangka 10 tahun. 

Perancangan terhadap program pelestarian jangka pendek dan jangka panjang ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya faktor-faktor pengeluaran tidak ada atau tidak diketahui. Antara data pengeluaran yang diperlukan ialah sepertu populasi ternak kambing Kacang pada masa ini tahun 2009, jumlah induk, jumlah dara, jantan muda, jumlah anak betina dan anak jantan, jangka masa beranak. Data kadar peratus beranak, kadar peratus kematian, kadar penyembelihan kambing kacang, data keluasan ladang dan daya tampung ladang/stockong rate masa kini dan sinkronisasi berahi. Data Banci Ternakan 2009 diperlukan bukan sekadar jangkaan, menjangka sesuatu hanya suatu pemborosan waktu kerana tidak akan menghasilkan apa-apa keputusan yang boleh dijadikan patukan untuk mana-mana perancangfan kita ke depan. 

Faktor penyumbang kepada kepupusan Kambing Kacang di Sabah ialah kerakusan orang tengah unntuk menjuak kambing hidup ke negeri seberang sebagai daging konsumsi negara tersebut. Kerakusan ini terjadi kerana pihak pembeli menawarkan harga kambing hidup dalam ringgit Brunei yang memiliki tukaran yang dua setengah kali ganda lebih tinggi dibanding Ringgit Malaysia. "Kambing kacang tidak boleh dilihat dari aspek komersial sahaja tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab terhadap ternak warisan ini," katanya. Sebagai akibat proses pengacukan dengan kambing Ferel pada masa lalu, baka yang terbaik sudah tiada lagi, jadi tua dan disembelih. yang tinggal adalah baka kacukan yang tidak lagi memiliki ciri Kambing Kacang Asli. Pada Rancangan RMK ke-10, Dr.Mutarin telahpun membuat proposal berjudul "Peningkatan Baka kambing kacang" bertujuan untuk meningkatkan mutu genetik baka kambing kacang dalam usaha kerajaan negeri mempertahankan dan melestarikan nilai-nilai murni genetik yang dimiliki kambing Kacang kambing Malaysia. 

Dr.Mutarin berkata ketika membuat kajian terhadap kambing Kacang di Malaysia dan Indonesia pada Jun Ogos 2000. Disertasi Doktor Falsafah beliau ialah kajian mengenai sifat pengeluaran Kambing kacang. Penyelidikan terhadap 42 ekor kambing kacang telah dijalankan di laboratium Penyelidikan Institut Pertanian Bogor Indonesia selama 4 bulan termasuk penyelidikan pendahuluan selama satu bulan. Dalam penyelidikan itu, beliau telah mencipta tiga jenis makanan ternak/ransum yang mana tiap satunya memiliki kadar kandungan protien yang berbeza tetapi iso enerji/sama enerji. Keistimewaan ransum ini di dalam campurannya memiliki kandungan rumput gajah dan kerana itu beliau tidak lagi memberikan rumput kepada kepada kambing tersebut selama penyelidikan. Sedangkan pengetahuan membuat makanan ternak diperolehinya ketika membuat kajian di peringkat sarjana 1992-1994 di universiti yang sama iaitu Institut Pertanian Bogor (IPB) . 

Beliau telah mendalami jurusan makanan ternakan melalui penyelidikan menggunakan lembu pedaging berumur 4-10 tahun yang diberi makanan jerami padi yang dijeruk dengan molases dan najis ayam ditambah makanan tambahan. "Hasilnya telah meningkatkan purata berat badan sebanyak 0.89 kg-1.00 kg setiap hari," katanya. Di dalam penyelidikan Kambing Kacang, antara faktor pengeluaran yang diuji oleh Dr,Mutarin ialah Konsumsi makanan, konversi makanan, pertambahan berat badan, pengaruh makanan terhadap berat organ tubuh dan pengaruh makanan terhadap pertumbuhan tulang, otot dan lemak. "KIta berharap akan timbl kesedaran di kalangan masyarakat dan pemimpin di negeri ini akan betapa berharganya sekiarnya kita memiliki sikap untuk melestarikan Kambing Kacang sebagfai Ternak Warisan Kita yang tak bakal di telan zaman," katanya.

Ref

No comments:

Post a Comment