Sunday 11 June 2017

Soalan Oral Peperiksaan Enjin Pembakaran Dalam / Internal Combustion Engine Engineer ICE DOSH Part 1

1. Apa itu enjin?
Enjin adalah alat dimana campuran udara dan bahan api yang tercampur akan terbakar, terdapat IPD dan IPL

2. Apa itu enjin pembakaran dalam dan pembakaran luar? Berikan contoh setiap satu dan kegunaannya.

IPD – Pembakaran berlaku di dalam combustion chamber; 
eg. G.T – untuk menjana kuasa elektrik, enjin kapal terbang., Enjin Diesel – sebagai ‘prime mover’ dan menjana elektrik.

IPL – Pembakaran berlaku di luar combustion chamber; 
eg. S.T – untuk menjana elektrik, Boiler – untuk tujuan pemanasan di loji.

3. Namakan jenis enjin mengikut penggunaan bahan bakar?
Enjin Diesel dan Enjin Petrol

4. Apakah perbezaan di antara enjin petrol dan diesel?
Keterangan
1. Jenis Bahan Api :
Enjin Diesel
Enjin Petrol

2. Sistem Pembakaran. SI vs CI.

Komponen Pembakaran



3. Nisbah Mampatan. Diesel 20:1 > Petrol  8:1
Masalah berkaitan b/api
Campuran b/api & udara
Operasi

4. Kos bahanapi
Kesesuaian kerja
Diesel

Compression Ignition
Injector
Tinggi ; 10-20 :1
B/api terbakar semasa mampatan – tiada masalah auto-ignition
Didalam silinder
Utk kelajuan seragam, lambat bertindakbalas pada perubahan kelajuan dan beban enjin
Agak murah

Sesuai utk enjin besar & kenderaan besar & tugas berat
Petrol
Rendah ; 5-10 :1
Paras ‘auto-ignition yang rendah, menghadkan Nisbah Mampatan
Diluar silinder – carburetor

Sesuai untuk kelajuan seragam dan tak seragam. 
Cepat bert/balas dengan perubahan beban & kelajuan enjin.
Mahal sedikit
Enjin kecil & sederhana

5. Kelaskan dua jenis enjin mengikut pusing perjalanan masing-masing?

Nyatakan Perbezaan antara 2 stroke dan 4 stroke injin?
Bil
Pergerakan
4 stroke
2 stroke
1
Power
2 pusingan crankshaft 720 deg
1 pusingan crankshaft 360 deg
2
Kuasa untuk isipadu selinder yang sama
Kecil
1.5 lebih besar dari 4 stroke
3
Valve
Ada
Tiada
4
Pembinaan
Mahal
Murah
5
Kecemaran spark plug
Sikit
Banyak
6
Penggunaan bahan api
Sedikit
Banyak
7
Penggunaan minyak
Sedikit
Banyak
8
Keburukkan
Sedikit
Banyak
9
Kestabilan kendalian
Tinggi
Rendah
10
Keteguhan
baik
Baik

6. a.


7. Ada berapa sistem bagi menghidup enjin?
  1. Sistem menggunakan udara
  2. Sistem Hidraulik
  3. Motor Elektrik

8. Sebuah enjin dapat dibahagikan kepada bahagian yang tidak bergerak, namakan bahagian tersebut?

  1. Engine Frame
  2. Cylinder Block Sumps (Wet/Dry) Access Openings End Plates End Plate Covers Crankshaft Evacuation System (Evacutor/Vacuum pump)
  3. Covers
  4. Cylinder liner-(Dry/Wet)
  5. Cylinder Heads
  6. Engine mounts

9. Sebuah enjin dapat dibahagikan kepada bahagian yang bergerak, namakan bahagian tersebut?
  1. Crankshaft
  2. Connecting Rods-(conventional/Fork & Blade)
  3. Piston pins
  4. Piston-crown,trunk,ring grooves,piston boss
  5. Piston rings-(compression/oil control)
  6. Camshaft
  7. Operating gear- cam followers, push rod, rocker arm, valve bridge.

10. Apa itu cylinder head?
Namakan komponen-komponen yang terdapat didalam cylinder head?
Suatu bahagian dari enjin yang boleh ditanggalkan, mengandungi kesemua atau sebahagian dari kebuk pembakaran yang menutup selinder. Ia juga mengandungi injap,dan water jacket atau cooling fins (air cooled engines).

Komponen – komponen yang terdapat di dalam sylinder head;

  1. • Fuel Injector
  2. • Inlet Valve
  3. • Exhaust Valve
  4. • Air Starting Valve
  5. • Air Relif Valve
  6. • Indicator Cock

11. Apa itu enjin block? Namakan komponen-komponen yang terdapat di dalam enjin block?

Main support piece for basic engine part. Komponen – komponen yang terdapat didalam enjine block;
  1. • Selinder
  2. • Camshaft
  3. • Crankshaft
  4. • Oil passage
  5. • Water passage

12. Apa itu crankshaft?
Satu keeping besi yang ditempa /forging yang berfungsi sebagai main rotating member /shaft. Gunanya untuk menukarkan gerakan piston dan connecting rod dari gerakan turun naik kepada gerakan memusing. 
Ia dipasangkan dalam kotak khas dalam crankcase, Crankcase journal dialas oleh main bearings dan berpusing diatasnya melakukan kerja yang disampaikan oleh piston dan connecting rod.

13. Apa itu cylinder?
Merupakan badan utama sesuatu enjin di mana piston akan bergerak (reciprocates) untuk menghasilkan kuasa. Mesti mampu menahan tekanan (70 bar) dan suhu tinggi (2200 C). Maka material yang digunakan diperbuat dari bahan cast iron atau alloy steel. Kadang kala bagi enjin kerja berat dan bagi memudahkan maintenance, sleeves atau liners disemat (insert) pada selinder. Ia dapat ditukarkan apabila mengalami worn out. Liner diperbuat dari nikel chrome iron.

14. Apa itu piston head/crown?
Bahagian atas piston.

15. Apa itu ring? Dan namakan jenis-jenis ring dan apa fungsi ring tersebut?
Gegelang / ring yang berada dibahagian atas piston dan dipasang pada ring grooves. Jenis – jenis ring;
• Compression ring
• Oil ring
Berfungsi sebagai;
• seal gas pembakaran dalam kebuk pembakaran
• Pengaliran haban daripada piston ke dinding selinder
• Menyampaikan minyak pelincir ke dindin selinder dengan samarata dan mengikis minyak yang berlebihan dipermukaan cylinder liner
• Mengelakkan minyak pelincir yang berlebihan terbakar dari gas pembakaran.

16. Apakah itu inlet dan exhaust valve?
Inlet Valve – Membenarkan udara memasuki kedalam selinder melaluinya.
Exhaust Valve – Membenarkan gas hasil dari pembakaran dipaksa keluar melaluinya.

17. Apakah fungsi camshaft?
Berbentuk eccentric yang dipanggil cams. Mengawal pergerakan valves.

18. Apa itu valve overlapping atau stroke overlapping? Bila berlakunya dan mengapa perlu kepada overlapping?
4 Tempoh putaran aci engkol ketika injap masukkkan serta injap okzos terbuka bersama-sama dan hanya akan berlaku semasa putaran matlamat atas.

19. Apakah fungsi governor (pengawal imbangan)?
  1. • Mengelakkkan ‘overspeed’
  2. • Mengekalkan laju enjin yang sekata tanpa menghiraukan perubahan beban.
20. Apakah firing order bagi enjin :-
a. Empat silinder – 1, 3, 4, 2 atau 1, 2, 3, 4
b. Enam silinder – 1, 5, 3, 6, 2, 4 atau 1, 4, 2, 6, 3, 5 atau 1, 4, 2, 6, 3, 5
c. Lapan silinder (straight engine) – 1, 5, 2, 6, 8, 4, 7, 3 atau 1, 7, 3, 8, 4, 6, 2,5

21. Apakah tugas-tugas seorang pengendali loji?
  1. • Jangan tinggalkan loji unattended
  2. • Melaksanakan arahan jurutera
  3. • Maintain semua parameter yang ditetapkan
  4. - Paras dan suhu air
  5. - Rekod Amphere, Rpm
  6. - Tekanan serta paras minyak selinder
  7. - Tekanan Serta paras minyak pelincir
  8. - Suhu eksos
  9. - Bekalan Bateri
  10. • Memastikan loji dalam keadaan selamat
  11. • Simpan rekod bekalan & pengunaan fuel
  12. • Melakukan pemeriksaan berkala
  13. • Selalu lakukan visual inspect keadaan jentera
  14. • Kemaskan buku log jentera
  15. - Rekodkan data loji serta kejadian luar biasa
  16. - Penyelenggaraan dilakukan pada setiap shift
22. Apakah tindakan anda sekiranya berlaku kebakaran di tempat kerja?
Tenang, dan bertindak , secara rasional. Sekiranya kebakaran berlaku kita hendaklah pastikan jenis kebakaran tersebut agar langkah memadam api yang sesuai boleh dijalankan. Sekiranya berlaku kemalangan, pastikan orang yang cedera diberi pertolongan yang bersesuaian disamping itu langkah yang perlu juga harus diambil agar penjalanan enjin tidak terjejas.

23. Apakah tujuan anda menghadiri temuduga ini?
Mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967, Section 29(2a), sesiapa yang menjaga operasi mesin IPD mesti mempunyai sijil kekompetenan (OYK - Orang Yang Kompeten) seperti mana yang dikehendaki oleh JKKP.

Untuk menguji diri sendiri adakah sudah mencapai kefahaman asas/minima (mengikut keperluan akta FMA) tentang mesin dalam jagaan saya dan sama ada saya layak atau tidak untuk menjadi orang yang kompeten.

24. Sewaktu loji sedang beroperasi, anda terdengar satu letupan yang kuat. Terangkan tindakan anda yang selanjutnya.
Sama seperti no. 51

1. Laksana emergency shutdown.
2. Berkumpul di tempat Evacation Point selepas 10 minit (selesai prosedur shutdown).

25. Apakah yang anda faham tentang OSHA dan FMA?

OSHA – Occaputional Safety and Health Act (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) Dikuatkuasakan pada tahun 1994, meliputi FMA, skop yang lagi luas. OSHA 1994, Akta – undang2 yang harus dipatuhi dan diluluskan oleh Parlimen. Kandungan termasuk keperluan pekerja berkompeten, tugas2 pengendali, pemeriksaan berjadual, salah laku sewaktu bertugas, kejadian2 merbahaya
FMA – Factory and Machinery Act (Akta Kilang dan Jentera). Diwartakan tahun 1967, mempunyai 15 peraturan. Akta139, 1967: Akta untuk mengawal perkara2 berkenaan dengan keselamatan, kesihatan & kebajikan pekerja, pendaftaran dan pemeriksaan peralatan jentera dan perkara yang berkenaan dengannya.

26. Apakah perbezaan antara OSHA dan FMA?
Keterangan
OSHA
FMA
Perlindungan
Suasana Pekerjaan
Undang-undang
Keselamatan, Kebajikan & Kesihatan pekerja serta mesin
Termasuk orang luar
Saikologi dan kehendak pekerja
Asas Undang2 dan kod industri, data
Ringkas
Bergantung kepada industri/ kilang

Hanya pada mesin sahaja
Tidak termasuk
Tidak wujud
Tidak wujud
Terlalu detail
FMA ->Banyak bergantung kepada penglibatan kerajaan

rujuk http://zul1979.blogspot.com/2017/06/perbezaan-fma-vs-osha.html#comment-form


27. Apakah WPS atau PTW?
WPS – Welding Procedure Specification
PTW – Permit To Work


28. Apakah jenis-jenis IPD yang tidak memerlukan Drebar Enjin?
Dipasang di jentera pengangkut
• Tidak melebihi 40 hp
• Enjin menggunakan karburator

29. Apakah jenis-jenis IPD yang tidak tertakluk di bawah Akta?
• Enjin untuk menggerakan kenderaan
• Peralatan yang digerakkan secara ‘manual’ kecuali ‘hoist’
• Mesin serta peralatan persenderian untuk kegunaan persendirian
• Peralatan pejabat

30. Apakah tugas-tugas seorang Enjine Driver?
• Memastikan injin sentiasa dioperasikan dengan selamat dan efisien.
• Memastikan injin disenggarakan dengan sempurna apabila tiba masanya.
• Membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku “Kejadian-kejadian Merbahaya”.
• Mengelakkan diri dari melakukan kesalahan-kesalahan serius sewaktu bertugas (Serious Misconduct)

31. Apakah kejadian-kejadian merbahaya di dalam FMA?
• Kemalangan yang menyebabkan kematian.
• Kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius dan mangsa tidak dapat bertugas selama 4 hari berturut-turut.
• Kejadian yang menyebabkan kerosakan serius pada mesin / enjin.
• Roda pengimbang atau lain-lain bahagian yang berputar pada mesin / enjin pecah atau terlerai.
• Kerosakan struktur yang menyebabkan krin, hoist, mesin dll. runtuh.
• Letupan, kebakaran dsb. yang menyebabkan timbul keraguan terhadap tahap keselamatan struktur, mesin / enjin dan lain-lain.

32. Apakah perbuatan-perbuatan yang menyalahi tatakerja yang serius dalam FMA?
• Tidur
• Mabuk atau kurang sedar
• Meninggalkan mesin / enjin tanpa pengawasan
• Gagal membuat laporan kerosakan mesin / enjin yang serius
• Kelalaian yang menyebabkan kerosakan serius pada mesin / enjin

33. Jelaskan apakah aspek-aspek keselamatan dan kesihatan yang perlu ada di tempat bertugas?
Ruang kerja yang bersih dan teratur. 
Alat dan pakaian keselamatan yang sesuai, cahaya dan gantian udara yang cukup termasuk mempunyai escape route.

34. Apakah jenis kemalangan yang mesti dilaporkan kepada JKKP mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967?
• Kemalangan yang menyebabkan kematian.
• Kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius dan mangsa tidak dapat bertugas selama 4 hari berturut-turut.
• Kejadian yang menyebabkan kerosakan serius pada mesin / enjin.
• Roda pengimbang atau lain-lain bahagian yang berputar pada mesin / enjin pecah atau terlerai.
• Kerosakan struktur yang menyebabkan krin, hoist, mesin dll. runtuh.
• Letupan, kebakaran dsb. yang menyebabkan timbul keraguan terhadap tahap keselamatan struktur, mesin / enjin dan lain-lain.

35. a

36. Apakah kapasiti maxima IPD yang boleh dikendalikan oleh seorang enjin driver Grade 1 dan 2?
500 - 1000 kw 2nd Grade
1000 - 5000 kw 1st Grade

37. Berapakah masa interval untuk pemeriksaan JKKP ke atas mesin-mesin di kilang anda?
15 bulan bagi jentera ber permit (PMD, PMA, PMT) tetapi tidak bagi jentera IPD hanya jurutera berkelayakan memberitahu JKKP akan masa pemeriksaan akan dibuat. Terpulang kepada JKKP untuk menghadirkan diri.

38. Namakan komponen-komponen utama Turbin Gas dan jelas fungsi-fungsi komponen-komponen utama tersebut.

5 Komponen

1. Air Intake
2. Pemampat (Compressor)
Udara dari persekitaran disedut masuk dan dimampatkan kesuatu tekanan tinggi
Jenis-jenis pemampat:
i. Jenis Aliran Radial
ii. Aliran Axial
3. Kebuk Pembakaran (Combustor)
Udara yang termampat disalurkan ke K.P Pembakaran akan berlaku pada tekanan tetap. Ia beroperasi pada suhu yang sangat tinggi.
Jenis-jenis kebuk pembakaran:
i. Kebuk Tunggal (Single Can)
ii. Cannister atau Can-Annular
iii. Ring atau Annular

4. Gas Turbine
Gas Panas disalurkan ke turbin dan kerja pun terhasil, gas panas setelah melalui turbin akan dibebaskan ke atmosfera.


5. Exhaust System

39. Jelaskan perbezaan-perbezaan di antara Gas Turbine dengan Enjin berpiston.
Keterangan
Turbin Gas & Enjin Diesel
1. Berat / Saiz / H.p terjana
2. Kos Pemasangan dan Operasi
3. Kecekapan
4. Balancing
5. Torque terjana
6. Sistem pelinciran & ignition
Kurang
Rendah
Tinggi
Tepat
Sekata
Mudah
Lebih
Tinggi
Rendah
Tidak tepat
Tidak sekata perlu kepada ‘flywheel”
Rumit
Enjin Diesel : Pembakaran berlaku di dalam kebuk pembakaran (combustion chamber).


40. Apakah kebaikan-kebaikan Loji Turbin Gas berbanding dengan Loji Diesel / Stim?
Keterangan
Loji Tarbin Gas
Loji Disel / Stim
1. Berat / Saiz / H.p terjana
2. Mula tugas ‘Start Up’ ke ‘full power’
3. Kecekapan
4. Masa pembinaan ‘construction time’
Lebih
Cepat (1/2 jam)
Combine Cycle Tinggi (55%)
Pendek
Kurang
Lambat
L. Stim (47%), L. Disel (40%)
Lama
5. Pindah
6. Pengoperasian dan Selenggara
7. Kebolehharapan
8. Penghasilan Bunyi
9. Pemasangan & penggantian peralatan
Mudah
Tinggi
Senyap
Lebih modular dan senang
Payah lagi Rumit
Payah
Rendah
Agak Bising
Tidak modulat dan payah

41. Apakah kebaikan Kebuk Pembakaran jenis “multi-can” berbanding dengan Kebuk Tunggal (Single-can) ?
Combustor ‘multi can’ terdiri lebih dari satu burner di mana jika berlaku satu burner mengalami kerosakkan G.T. masih boleh digunakan.
• Pembakarannya adalah lebih lengkap.
• Strukturnya lebih kuat kerana ia terdiri dari ‘frame member’ G.T.

42. Apakah jenis Turbin Gas yang kamu kendalikan ?
• Jenis Industri (Kerangka Berat)

43. Apa beza gas engine dan gas turbin?


44. Apakah fungsi “Blow-Off Valve” dan “Diffuser” ?
• Blow-Off Valve / Bleed-Off Valves
Berfungsi untuk melindungi pemampat dari “surging” dan ‘stall’ (aliran udara kedalam pemampat terganggu) sewaktu mula-tugas dan henti-tugas.
• Diffuser
Berfungsi untuk memperlahankan aliran gas panas (ekzos) di samping mengarahkannya (divert) ke laluan yang dikehendaki dengan cara yang selamat.
Apabila udara disedut masuk kedalam G.T, ia akan melalui bilah boleh gerak dan bilah pegun (ini yang membentuk sebahagian dari compressor). Bilah yang bergerak berbentuk lengkung pada kawasan masukkan udara akan memandu udara masuk pada kelajuan tinggi lalu udara tersebut akan diperlahankan pada gelang bilah pegun. Gelang ini yang disebut ‘diffusser’.

45. Senaraikan pepasangan atau sistem perlindungan yang terdapat pada Tarbin Gas.
• Sistem Melawan Kebakaran (Fire Fighting System)
• “Emergency Stop” atau “Trip System”
• “Over-temperature protection”
• “Over-speed protection”
• “Compressor Protection”, “Bleed Valves” atau “Blow-off Valves”

46. Apakah kegunaan turbin gas?
• Enjin Pesawat Udara & Helikopter
• Enjin Kapal
• Penjanaan Elektrik
• Pemacu Pam, Pemampat dsb.

47. Berapa lejang yang terdapat pada turbin gas?
Tidak mempunyai lejang kerana pembakarannya adalah berterusan ‘continous’.

48. Kenapa tarbin gas termasuk dalam IPD tetapi tarbin stim tidak?
Tiada pembakaran berlaku didalam tarbin stim. Kerana kuasa kerjanya (stim) datang dari boiler.

49. Terangkan jenis-jenis shaft yang berlainan untuk turbin gas?
i. Single Shaft
• Satu shaft memandu compressor dan beban (load)
• Payah mula tugas memendangkan keseluruhan enjin disambungkan secara mekanikal kepada ‘drive train’.
• Akan beroperasi secara ifficien pada kelajuan constant
• Digunakan dalam GTGS (gas turbine generator system)
ii. Split Shaft
• Kompresor dan gas generator turbine berkongsi satu shaft
• Tarbin kuasa di decoupled dan memusingkan shaft keluaran berasingan
• Bhg. Gas generator tidak mengalami kesan dengan perubahan beban pada generator
• Sesuai digunakan pada beban yang selalu mengalami perubahan serta kelajuan.
• Kuasa di coupled pada kompresor
• Membolehkan dedua-dua shaft beroperasi pada kelajuan efficient (laju tak sama)
iii. Twin Spool Shaft
• Gas generator shaft sebenarnya shaft tekanan rendah yang berputar didalam hollow high-pressure shaft.
• Mempunyai kompresor dua peringkat, yang mana setiap satu diputarkan oleh tarbin berasingan.
• Lebih besar dan rumit dari enjin split shaft.

50. Apakah perbezaan antara turbin gas jenis aeroderivative dan jenis kerangka berat?
• Asal enjin dari enjin pesawat udara
• Ringan (specific weight rendah)
• Kecekapan lebih tinggi
• Mudah untuk penyelengaraan kerana pembuatan yang compact dan modular
• Menggunakan bearing jenis ball/roller
• Struktur badan yang lebih nipis
• Pengunaan kebuk pembakaran selain jenis single/double can
• Memerlukan kualiti bahanapi yang baik
• Dibina untuk kegunaan tetap di darat

• Berat (specific weight tinggi)
• Kecekapan lebih rendah
• Sukar untuk penyelengaraan kerana pembuatan untuk penggunaan lasak
• Menggunakan bearing jenis journal
• Struktur badan yang lebih tebal
• Boleh menggunakan kebuk pembakaran jenis single/double can
• Boleh menggunakan bahanapi yang lebih berat

51. Berikan 2 contoh kaedah pengawalan NOx (Nitrogen Oxide)  pada turbin gas?
i. Dengan menyuntik stim ke dalam zon pembakaran dapat mengurangkan suhu gas dan nyalaan ‘flame’ dapat menghalang pembentukan tak terkawal NOx sehingga 80%.

52. Apakah perkara-perkara keselamatan yang paling penting semasa “walkdown” ke atas turbin gas?

53. Mengapa turbin gas tidak mempunyai no. pendaftaran?
Tekanan yang terhasil tidak dikumpulkan/disimpan dalam tarbin gas, maka ia tidak dikelaskan sebagai kebuk bertekanan.

54. Bagaimanakah kita mengawal quantiti angin yang masuk ke dalam pemampat untuk turbin gas?
‘Air Intake System’ mengawal kuantiti serta kualiti udara yang memasuki ke dalam G.T. Antara komponen yang memainkan peranan adalah;
• Louvers dan Demisters
Mengasingkan air serta bendasing dari memasuki ke dalam system masukkan udara.
• ‘Blows’ pada pintu
Akan terbuka apabila aliran udara memasuki system masukkan terhalang.

55. Apakah kebaikan-kebaikan Enjin Diesel?
• Ia membakar bahan bakar lagi kurang kadarnya dari enjin petrol bagi kadar kerja yang sama.
• Ia tidak mempunyai system ignition.
• Ia mampu menghasilkan lebih kuasakuda yang sepatutnya pada kadar berterusan lagi tetap dari enjin petrol.
• Jangka hayat enjin diesel lebih panjang jika dibandingkan dengan enjin petrol.
• Bahan api diesel tidak akan meletup tetapi hanya akan terbakar.

56. Terangkan prinsip operasi enjin 4-lejang.
4 lejang diperlukan untuk melengkapkan satu kitar lengkap enjin.
Lejang Masuk
Ketika injap masuk terbuka dan injap ekzos tertutup, omboh bergerak dari PMA ke PMB lalu menghasilkan tekanan yang rendah didalam silinder. Udara bersih akan menyerbu masuk ke dalam silinder, selinder akan dipenuhi udara.
Lejang Mampatan
Ketika injap masuk dan injap okzoz tertutup, ombah bergerak dari PMB ke PMA lalu memampatkan udara menyebabkan udara menjadi panas sehingga mencapai suhu yang amat tinggi untuk mencucuyh bahan api.
Lejang kuasa
Ketika omboh hamper ke PMA, bahan api dipancitkan/semburkan kedalam udara termampat yang panas. Campuran ini akan tercucuh, terbakar lalu mengembang. Kedua-dua injap masih tertutup. Tekanan bertindak pada kepala omboh lalu memaksanya bergerak menuruni silinder dari kedudukan PMA ke PMB.
Lejang Ekzos
Ketika omboh hamper sampai ke PMB, injap ekzos akan terbuka dan omboh mulai bergerak dari PMB ke PMA. Dengan itu gas yang terbakar dipaksa keluar dari silinder menerusi injap ekzos yang terbuka.
Sesudah lengkapnya lejang okzos, injap ekzos akan tertutup manakala injap masuk akan terbuka. Omboh akan bergerak kebawah bagi memulakan lejang masuk seterusnya.

57. Terangkan prinsip operasi enjin 2-lejang.
2 lejang diperlukan untuk melengkapkan satu kitar lengkap enjin.
Menghapus sisa
Ketika injap okzos (berada didalam kepala silinder) berkeadaan terbuka, dan puncak omboh berada di bawah liang, udara dari penghembus dialirkan ke dalam silinder. Pusaran udara menghala ke liang ekzos mampu memaksa gas yang terbakar keluar dari silinder dan memastikan silinder dipenuhi dengan udara bersih.
Lejang Mampatan
Apabila omboh bergerak ke PMA, injap okzos akan tertutup dan omboh akan manutupi liang pengambilan. Udara yang termampat didalam silinder semakin dimampatkan semasa omboh bergerak ke PMA.
Lejang kuasa
Sejurus sebelum PMA, iaitu ketika lejang mampatan, bahan api akan disemburkan kedalam udara yang sangat panas. Campuran ini akan memacu omboh bergerak ke PMB. Bagaimanapun, sebelum sampai ke PMB. Injap ekzos akan terbuka dan tekanan silinder menyusut, Ini menandakan berakhirnya lejang kuasa.
Lejang Ekzos
Sebaik sahaja injap ekzos terbuka, gas yang terbakar akan dialirkan melalui liang ekzos ke dalam system ekzos. Apabila Omboh membuka liang pengambilan, proses menghapuskan sisa pam pun bermula untuk membersihkan silinder daripada kandungan gas terbakar.

58. Terangkan mengenai Sistem Penyejukan enjin yang kamu kendalikan.
Kebanyakkan enjin adalah ‘liquid cooled’. Enjin mempunyai banyak bukaan/ruangan yang dipanggil ‘water jacket’ yang mengelilingi selinder dan ‘combustion chamber’. Pam ‘coolant’ yang dijalankan oleh enjin akan ‘circulates’ cecair ‘coolant’ melali ‘water jacets’ ‘Coolant’ tersebut akan membawa bersama-sama haba dan terus ke ‘radiator’. Air yang melalui ‘radiator’ akan membawa bersama ‘excess heat’ yang akan menghalang enjin dari ‘overheating’. Pada kebiasaanya ‘coolant’ akan mengalir dari ‘water pump’ melalui blok selinder dan terus ke ‘head’ lalu masuk ke ‘radiator’ dari bahagian atas. Bahagian – bahagian penting;
• Water jacket
• Water pump
• Thermostat
• Radiator
• Fan

59. Apakah fungsi “Turbo-charger”?
Suatu alat yang menggunakan gas eksos yang terhasil dari enjin untuk dihembus/sedut masuk kembali ke dalam enjin. Tambahan udara tersebut akan di bekalan dengan bahan api tambahan dengan bantuan ECU (engine control unit). Ini akan menyebabkan enjin menghasilkan lebihan tenaga. Dimana enjin tanpa turbo terpaksa menyedut masuk udara masuk tanpa apa-apa bantuan. Dengan adanya turbo, udara akan dipaksa masuk kedalam kebuk pembakaran dengan tekanan positif maka lebihan bahan bakar juga akan tersedut. Enjin turbo akan menghasilkan 7 - 10 psi tekanan positif maksima atau ‘boost’. ‘Turbo charger’ pada kebiasannya dipasang terus pada ‘exhaust manifold’, dimana gas eksos akan melalui satu shaft yang terpasang bilah tarbin. Pada sebelah lain shaft terdapat pemampat / compressor tarbin, yang menyedut masuk udara luaran masuk melalui penapis udara lalu menyembur ke intake manifold. Maka, tenaga dari eksos terbuang yang mana pada kebiasaanya dibuang akan diguna kembali, iaitu disedut masuk semula kedalam enjin.

60. Apakah fungsi “Governor”?
Berfungsi sebagai pengawal kelajuan enjin dengan mengawal jumlah bahan api masuk kedalam enjin. Ia bergerak dengan bantuan ‘drive’ dari crankshaft. Ia dapat dikelaskan mengikut perinsip kerja:
• Mekanikal – centrifugal
o Laju tetap
o Kesemua kelajuan
o Laju mengehad
• Pneumatik
• Hidraulik
• Elektronik.

61. Apakah fungsi “Flywheel”?
Merupakan suatu roda yang dipasang pada ‘crankshaft’ dimana lebihan tenaga yang terhasil semasa lejang kuasa disimpan. Semasa lejang – lejang yang lain ia akan mengembalikan tenaga yang tersimpan tersebut lalu mengimbangi daya kilas keluaran secara tetap pada crankshaft (maintain momentum of the flywheel)

62. “Flywheel” enjin yang sedang kamu kendalikan tiba-tiba tercabut keluar, jelaskan tindakan-tindakan yang akan kamu ambil.

63. Apakah enjin pembakaran dalam yang tidak termasuk dalam Akta Kilang dan Jentera?
I.P.D termasuk didalam akta. Peraturan 29(2a)

64. Berikan contoh-contoh kegunaan enjin pembakaran dalam?

65. Apakah fungsi ‘Crankshaft’?
Merupakan tulang belakang kepada enjin.

66. Apakah fungsi ‘Piston’?
Piston besama-sama piston ring berfungsi bagi memampat campuran bahanapi serta udara semasa lejang mampatan dan untuk memindahkan kuasa/tenaga ke ‘connecting rod’ dan kemudian ke ‘crank’ semasa lejang kuasa. Merupakan jantung kepada enjin.

67. Terangkan jenis-jenis governor untuk IPD?
• Mekanikal
Penambahan daya empar dengan kelajuan putaran digunakan untuk menyediakan kawalan imbang. Pengawal imbang jenis ini terdiri daripada jenis laju malar, semua laju atau laju penghehad.
• Pneumatik (Udara)
Menggunakan tekanan pancarogga salur masuk yang berubah untuk mangawal aliran bahan api pam. Ia terdiri daripada dua bahagian berasingan iaitu unit pengawal imbang yang dipasang pada pam pancitan, dan unit venturi atau pendikit yang dipasang pada pancarongga salur masuk.
• Electronik
Bertindak balas terhadap pemboleh ubah lain seperti suhu ambient, galak pengecag turbo, suhu bahan api untuk mengekal ketepatan kawalan laju dan mengurangkan keluaran ekzos.
• Hidraulik
Ia mengawal bahan api secara menambah atau mengurangkannya untuk mengekalkan laju enjin pada paras yang ditetapkan.

68. Berpakah nisbah mampatan bagi enjin disel dan ingin petrol?
Enjin Diesel : 10 – 20 :1 manakala Enjin Petrol 5 -10 : 1

69. Apakah yang dimaksudkan dengan nisbah mampatan sesebuah enjin berpiston?
Nisbah mampatan adalah nisbah di antara isipadu silinder apabila piston berada pada kedudukan BDC dibahagikan dengan isipadu silinder apabila piston berada pada kedudukan TDC. Nisbah mampatan yang tinggi memberikan enjin yang lebih cekap. Ia merupakan nisbah campuran udara dan bahanapi yang dimampatkan semasa lejang mampatan.

70. Apakah dia “firing order”?
Aturan dimana enjin silinder ‘fires’ atau menghasilkan lejang kuasa, bermula dari silinder No. 1.

71. Terangkan dengan jelas maksud Top Dead Center (TDC) dan Bottom Dead Center BTC?
TDC merupakan kedudukan tertinggi yang boleh dicapai oleh piston didalam selinder manakala BTC merupakan kedudukan terendah yang boleh dicapai oleh piston didalam selinder.

72. Bagaimanakah pengiraan saiz cc pada enjine berpiston?
Isipadu selinder dikira dengan mendarab luas bore selinder dengan jarak selinder (panjang/jarak stroke). The bore area is calculated as follows:
Bore Area = Bore x Bore x pi / 4. (pi has a value of 3.14159)
Contoh; Bore = 8.1cm, stroke = 8.64cm.
Luas bore = 8.1 x 8.1 x 3.14159 / 4 = 51.53 square cm.
Isipadu 1 selinder = luas bore darab stroke = 51.53 x 8.64 = 445.22 cc
Ada 4 selinder dalam suatu enjin = 445.22 x 4 = 1780.88 cc

73. Terangkan perbezaan antara enjin bentuk sebaris menegak, bentuk V dan bentuk mendatar (boxer engine) dan bentuk radial?

74. Terangkan perjalanan sebuah enjin “rotary”?
Beroperasi sama seperti enjin berpiston tetapi bebas dari kelemahan/masalah komponen2 berpiston( kurang komponen bergerak). Perinsip utama adalah rotor yang mempunyai 3 lobe, drive shaft dan casing. Apabila rotor berputar didalam kebuk pembakaran berbentuk ‘epitrochoidally’, ketiga-tiga hujung lobe masih lagi bersentuh dengan bahagian dalam kebuk, lalu membentuk 3 kebuk yang mengandungi isipadu berlainan. Dalam setiap kebuk akan berlaku proses mampatan, masukkan, kuasa serta eksos.
Masukkan/Sedutan.
Apabila rotor berputar C.W, injap masukkan akan terdedah dan isipadu kebuk akan bertambah menyebabkan ‘depression’, lalu campuran bahan api dan udara akan dipaksa masuk kedalam kebuk pada tekanan atmosfera.
Mampatan
Rotor akan terus berputar, menutup port masukkan lalu memampatkan ‘charge’ dengan mengurangkan isipadu didalam kebuk seperti di B dan C.
Kuasa
Apabila bahagian tengah BC melepasi ‘spark plug’, charge akan ‘ignited’ lalu menyebabkan letupan berlaku lalu memaksa rotor beputar C.W dan memutarkan juga ‘driveshaft’.
Eksos
Rotor masih lagi berputar dibawah tekanan gas-gas yang mengembang ‘apex’ rotor akan ‘communicate’ dengan port eksos (CA) dan gas akan meninggalkan kebuk dibawah tekanan mereka sendiri. Putaran rotor selanjutnya akan mengurangkan isipadu dalam kebuk dan gas akan dipaksa keluar melalui port eksos. Kitaran akan menyusul seterusna memandangkan port masukkan ditutup oleh rotor.

75. Apakah yang anda faham tentang “normal aspirated” untuk sistem udara masuk bagi enjin berpiston”?
Biasa terdapat pada enjin diesel 4 lejang dimana udara bagi pembakaran akan masuk secara ‘natural’ akibat wujudnya ‘vacuum’ didalam silinder apabila bergerak dari TDC ke BDC. Julat kecekapan volumetric adalah diantara 65 – 85%. Kecekapan volumetric akan berkurangan dengan bertambahnya kelajuan enjin.
1. CRANKING:
• Tarbin Gas perlu dibantu untuk mula berputar samada menggunakan ‘Starter Motor / Cranking Motor" atau ‘Generator’ (bagi yang menggunakan sistem SFC) sehingga mencapai kelajuan yang sesuai sebelum bahanapi dimasukkan.
• Cranking juga bertujuan untuk "purging", iaitu mengeluarkan gas-gas yang terperangkap didalam bahagian-bahagian Tarbin Gas. Gas-gas yang terperangkap ini boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya letupan.
• Bergantung kepada rekabentuk Tarbin Gas, ianya akan diputarkan sehingga mencapai 50% -70% kelajuan operasi (Contoh 1,500 rpm - 2,000 rpm bagi Tarbin Gas yang kelajuan operasinya 3,000 rpm). Pada kelajuan ini, bahanapi akan dimasukkan ke dalam Kebuk Pembakaran dan dinyalakan (IGNITION).
• Kelajuan putaran Tarbin Gas akan terus dikawal oieh Starter Motor, Cranking Motor atau Generator (mengikut rekabentuknya) sehingga mencapai 90% - 95% kelajuan operasi.
• Selepas Tarbin Gas mencapai kelajuan yang sepatutnya, barulah "Governor Valve" mengambil alih tugas mengawal kelajuan Tarbin Gas.
2. PEMBAKARAN:
• Proses pembakaran (ignition) sebagaimana dinyatakan di atas berlaku di peringkat ‘Cranking’.
NOTA : Haba panas dari Kebuk Pembakaran seterusnya disalurkan ke Tarbin. Tarbin berperanan untuk menukarkan tenaga haba (dari gas panas) kepada tenaga mekanikal untuk memutarkan mesin lain, generator dsb.
3. FULL - SPEED - NO - LOAD (FSNL):
• Ini adalah peringkat di mana tarbin gas telah mencapai kelajuan yang dikehendaki tetapi masih belum menerima beban (load)
4. ‘SYNCHRONIZING’
• Selepas peringkat ‘FSNL’ dan Tarbin Gas berada dalam keadaan stabil, ia akan dihubungkan kepada "Grid" atau talian bekalan kuasa. Proses ini dikenali sebagai ‘Synchronizing’.
5. MENAIKKAN BEBAN - "LOADING"
• Seterusnya, beban akan ditingkatkan secara berperingkat sehingga mencapai tahap beban yang dikehendaki.

76. Apakah “Purging”?
Bertujuan untuk mengeluarkan sisa-sisa bahanapi atau gas dari Kebuk Pembakaran. Mestilah dilakukan terlebih dahulu sebelum bahanapi dimasukkan kedalam kebuk pembakaran. Boleh menyebabkan letupan sekiranya diabaikan.

77. Apakah “Scavenging”?
Adalah proses dimana gas eksos dalam kebuk dikeluarkan dengan pengisian udara segar kedalam kebuk/selinder. Ini adalah sangat mustahak supaya pembakaran sempurna dapat berlaku pada pusingan (cycle) akan datang.

78. Namakan jenis-jenis maintenance inspection untuk tarbin gas dan jelaskan secara ringkas?
• Combustion Inspection
Pemeriksaan yang dilakukan ke atas bahagian combustor seperti combustion linear, transition piece, burner nozzles dll
• Hot gas path inspection
Pemeriksaan yang dilakukan ke atas bahagian combustor dan tarbin seperti tarbin nozzles, blades bearing, shell dll
• Major Inspection
Pemeriksaan yang dilakukan secara menyeluruh keatas semua bahagian compressor, combustor tarbin dll
Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengenal pasti kesan kerosakkan seperti erosion, corrosion, overheating, crack dll untuk membaik pulih atau menggantikan bahagian-bahagian yang rosak tersebut supaya pengendalian tarbin boleh dilakukan pada tahap optimum.

79. Bagaimana ingin menentukan bahawa turbin gas sudah mencapai masanya untuk di”overhaul”?
Mengikut ‘runnig hours’ sepertimana ditetapkan oleh manufacturer.

Disclaimer
Soalan dan jawapan yang disediakan di atas adalah contoh sahaja. Tuan Puan boleh mencari lebih banyak sumber untuk menguji tahap kefahaman berkenaan enjin pembakaran dalam. Pihak Pemeriksa juga boleh bertanya soalan - soalan selain di atas. Selamat maju jaya.

6 comments:

  1. Ni soalan bgi pengambilan lesen injin gred 2.hihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikom tuan sy nk tya soalan ni boleh guna pkai lgi x untuk tahun tahun ke depan 2021 ataw soalan dh berubah....

    Soalan atas ni untuk ive driver 2 grade kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini contoh soalan.Tetapi tidak mustahil semua soalan di atas akan ditnya pada interview jika mengambil lesen gred 2

      Delete
    2. Ini contoh soalan.Tetapi tidak mustahil semua soalan di atas akan ditnya pada interview jika mengambil lesen gred 2

      Delete
  3. Assalamualaikum tuan zul..saya ada pertanyaan,untuk memulakan kerjaya sebagai ICE driver 2nd grade dan seterusnya,daripada mana saya perlu mulakan ya? Saya perlu memohon jawatan sebagai apa? based on pemerhatian saya setakat ini, maklumat tentang boilerman sahaja yg banyak. Saya mempunyai diploma kejuruteraan mekanikal, in shaa allah akan berkursus pendek steam plant engineering selama 3 bulan. Selepas tamat kursus in shaa allah masuk bidang ini khususnya dalam operasi dan penyelengaraan ICE dan nak ambil exam. Cuma pengalaman awal tu saya masih belum nampak lagi untuk ICE. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Anonymous17/11/23

    Kenapa ada jawapan kosong?

    ReplyDelete