“Kualiti kerja bukan untuk orang lain semata, tetapi untuk maruah diri sendiri.”
Hari-harinya dipenuhi tugasan teknikal — memantau proses sterilizer, mengawal tekanan stim, dan merekod data operasi. Walaupun kelihatan remeh, Hana lakukan dengan penuh teliti. Ada masa hasil kerjanya tidak dipuji, malah kadang dilupakan. Tetapi dia tidak pernah membiarkan rasa diabaikan menjejaskan standard kerja.
Seiring masa, rekod konsistensi Hana mula diperhatikan. Seorang pengurus kanan pernah berkata kepadanya,
“Awak bukan jenis yang banyak bercakap, tapi laporan awak selalu tepat. Itu membuat kami yakin untuk beri awak lebih tanggungjawab.”
Dari situ, Hana diberi peluang menyelia projek penyelenggaraan boiler, kemudian mengetuai pasukan kecil dalam operasi ETP (Effluent Treatment Plant). Tekanan kerja makin berat, tetapi dia tetap konsisten — menganggap setiap tugasan sebagai modal pelaburan reputasi untuk masa depan.
Beberapa tahun berlalu, Hana bukan lagi kadet. Beliau kini duduk di kerusi pengurus kilang sawit, mengetuai ratusan pekerja. Apa yang membezakan Hana dengan yang lain? Bukan hanya kemahiran teknikal, tetapi reputasi integriti dan kerja konsisten yang dibina sejak hari pertama.
Seperti kata Jeff Bezos: “Your brand is what other people say about you when you're not in the room.”[1]
Hari ini, anak-anak buah Hana sering bertanya, “Bagaimana puan kekal positif walaupun dulu selalu tak dihargai?”
Hana menjawab dengan tenang,
“Kalau kita biar kurangnya penghargaan menurunkan standard kerja, kita sendiri yang rugi. Tapi bila kita konsisten, peluang akan datang — kadang dari arah yang tak disangka.”
Kisah Hana membuktikan, hidden gem akan tetap bersinar, walaupun pada awalnya tak dianggap di tempat sekarang.
#jurutera #sawit #mrsmkt #usm #mpob
No comments:
Post a Comment