Friday, 11 January 2013

Sebuah Nukilan antara kisah arak dan kambing

Assalamualaikum wt.

Sejak beberapa bulan lepas, paparan blog ini mendapat view yang cukup tinggi. Melepasi jumlah paparan 100,000 hits sejak akhir tahun.

Siapa yang view tidak dapat saya pastikan. Tapi saya pasti, ramai yang cukup berminat untuk tahu mengenai saya dan apa yang saya kongsikan.

......*......

Tersebut sebuah kisah di sebuah ladang sawit di negara jiran. Saya temuinya bilamana saya sedang menjalankan kajian tentang ruminan.

Kita sudah berjiran dengan negara ini berabab lamanya. Kita berkongsi banyak perkara walaupun terdapat banyak juga perbezaan. Tapi cerita ini cukup menarik minat saya.

Kehidupan di ladang rupanya tidak jauh beza sama ada di sini mahupun di negara terbabit. Bercerita mengenai orang ladang ni, rupanya hobi di sini mahupun di sana tidak jauh beza. Walaupun kita berbeza agama, bangsa dan budaya, hobi orang ladang tetap sama.

Ada yang hobinya ; 
1. Kaki masjid
2. Kaki perempuan
3. Kaki judi / no
4. Kaki golf
5. Kaki pancing
6. Kaki berkebun
7. Kaki memburu
8. Kaki muzik
9. Kaki ternak (kambing/anjing/buaya/rusa/kuda/lembu/ayam/burung)
10. Kaki kenderaan (motor/kereta mewah dan kereta antik)
11. Kaki jam
12. Kaki tanah (beli tanah/jual tanah/tanam sawit)
13. Kaki hasad dengki / kaki ampu
14. Tak kurang juga kaki umpat/busy body/jaga tepi kain orang/

Dalam banyak-2 kaki tu, saya cukup tertarik sebuah kisah di ladang negara jiran tersebut. 

Seorang pekerja di ladang tersebut telah dikenakan tindakan kerana memelihara kambing di rumahnya.! Pekerja tersebut telah membawa kes ke pihak pengadilan dan berikut adalah perbualan ringkas :

Hakim : Kamu didapati bersalah kerana memelihara kambing di rumah kamu di ladang milik syarikat.
Pekerja : Kenapa pula salah pak?

Hakim : Salah sebab perkara itu memberi keburukan pada syarikat.
Pekerja : Apa keburukan nya pak? Pada pendapat saya, banyak lagi aktiviti di ladang ini yang memberi banyak keburukan. Bagi saya, kambing ini memberi banyak kebaikan pada ladang, malah keburukannya sangat kurang.

Hakim : Apakah kebaikan itu?
Pekerja : Antara kebaikan adalah :-
1. Ladang boleh mengurangkan kos meracun kerana kambing saya telah makan segala rumput rumpai di ladang.
2. Dengan itu, kos pekerja/bayaran levi/perumahan dapat dikurangkan. Syarikat lebih untung.
3. Tinja kambing memberikan baja tambahan untuk pokok sawit. Rumpai kurang, baja bertambah, pokok lebih sihat.
4. Terdapat juga pendapat mengatakan tinja kambing mampu memulihkan penyakit ganoderma pokok sawit. Namun ini saya tidak dapat buktikan. Saya harap pihak ladang dapat jalankan kajian. 
5. Kambing adalah keperluan untuk pekerja yang beragama Islam untuk aktiviti aqiqah dan korban. Saya pelihara kambing bermaksud saya telah menyediakan kemudahan untuk pekerja dan juga orang Islam. Malah mereka tidak perlu keluar jauh untuk mendapatkan kambing dengan harga lebih murah. Tuan hakim pun tahu harga kambing sekarang amat mahal. Mana mampu pekerja kita yang miskin membeli ternakan tersebut dari tokey-tokey cina di bandar.
6. Ini adalah satu bentuk integrasi ternakan dengan ladang sawit yang telah dibuktikan banyak manfaatnya. Kenapa kita tidak membuka minda kita untuk mencuba idea yang telah dibuktikan oleh banyak tempat. Jika pihak ladang memelihara burung hantu untuk mengawal populasi tikus, kenapa kita tidak mengunakan konsep yang sama untuk kambing mengawal rumput rumpai? menyuburkan pokok sawit? Mungkin sebab saya cuma pekerja biasa, idea saya tidaklah begitu penting untuk sebuah syarikat yang besar, sedangkan banyak manfaat yang diperolehi daripada sistem integrasi ini.
8. Tahukah Tuan  Hakim, rama pekerja sekarang tidak minat untuk tinggal di perumahan. Lebih suka ulang alik dari bandar. Dengan hobi saya ini, menggalakan pekerja supaya lebih minat untuk tinggal di ladang. Jika tinggal di ladang, tidak banyak aktiviti boleh dilakukan. Ini merupakan aktiviti sihat. Malah gembala merupakan satu Sunnah Nabi.

Hakim : Tak boleh! banyak buruknya.
Pekerja : Tuan Hakim. Jika Tuan Hakim berkata pasal keburukan, bagi saya banyak lagi aktiviti lain yang lebih buruk di ladang.

Hakim : Mana ada. Sebutkan?
Pekerja : Ada pekerja kaki minum arak. Menggalakan pekerja minum dan mabuk. Malah berbangga bercerita tentang gaya minumnya kepada orang ramai. Saya nampak tiada masalah. Sedangkan arak itu memabukkan. Bahaya untuk kesihatan. Tidak baik untuk produktiviti pekerja. Membazir wang.

Ada juga pekerja kaki judi. Main sabung ayam. Beli nombor ekor.

Hakim : =@#$%^^&. Tetap tak boleh. Mana boleh pelihara binatang ternakan di ladang.
Pekerja : Jika Tuan Hakim sebutkan pasal ruminan atau binatang ternakan/peliharaan. Kenapa saya nampak ada banyak kerbau di ladang. Digunakan secara meluas di ladang? Kambing saya lebih kecil dari kerbau. Kerbau banyak merosakkan jalan, kolam, batas dan juga mencemarkan kolam air minum? Kenapa dibolehkan?

Saya juga nampak banyak anjing dipelihara? tiada masalah.

Saya tahu, ini hobi saya. Saya juga tahu pekerja lain juga punya hobi lain. Tapi kenapa saya disalahkan. Jika benar syarikat bercerita tentang keburukan, saya rasa arak lebih buruk daripada kambing. Tapi pekerja yang berbangga minum arak tidak ada masalah, sedangkan saya pula dikenakan tindakan.

Adilkah Tuan Hakim?

Hakim : Kamu tetap juga salah. Sebab saya Tuan Hakim. Saya orang besar. Kamu tahukah, saya juga kaki minum arak dan saya bukan ternak kambing. Kalau saya ternak kambing dan bukan kaki minum arak, mungkin saya tidak jatuhkan hukuman dengan kamu.

Pekerja : Kalau begitulah hukum dunia sekarang, saya tidak ada mahu kata apa-2 lagi Tuan Hakim. Mungkin benarlah orang kata dunia sekarang akhir zaman. Niat saya yang baik dan suci disalahkan ertikan. Pada waktu yang sama, perkara yang jelas salah dan berdosa, tidak pula menjadi isu dan kes dalam syarikat.

Saya bermohon dijauhkan dari segala fitnah ini Tuan Hakim. Berikan saya masa dan saya akan menamatkan perkhidmatan dari syarikat ini.

>>>>>>>>>end.

Semuanya melibatkan persepsi.

Semoga anda berfikir sejenak cerita ini yang banyak pengajarannya untuk saya dan juga anda.

Salam.




No comments:

Post a Comment