Wednesday, 29 January 2025

Jurutera stim

Apa tugas seorang jurutera stim?

Ini adalah boiler. Kegunaan boiler adalah untuk menghasilkan stim. Stim digunakan untuk menjalankan mesin di dalam kilang seperti turbin. Selain itu, stim juga digunakan untuk proses kilang seperti pemanasan. Terdapat pelbagai jenis boiler di dalam industri. Kapasiti boiler diukur dengan mengguna unit luas permukaan memanas. 

Disebabkan boiler ini mempunyai risiko tinggi sepanjang sejarah industri, maka undang - undang dikuatkuasa untuk memastikan boiler dibina dan dioperasi mengikut tahap keselamatan yang tinggi. Untuk itu, boiler perlu dioperasikan oleh orang yang kompeten iaitu Boilerman Gred 2 atau 2 dan juga Jurutera Stim Gred 2 atau 1.

Setiap keperluan gred boilerman dan jurutera stim ini ditentukan oleh kapasiti boiler atau pun luas permukaan memanas boiler tersebut.

Di sini kita boleh fahami untuk mengoperasikan sebuah kilang perlukan boiler dan perlukan boilerman dan juga jurutera stim. Tanpa boilerman dan jurutera stim, boiler tidak dapat dioperasi dan kilang tidak dalam dijalankan.




Tugas seorang jurutera stim adalah untuk memastikan operasi standard boiler sentiasa dalam keadaan selamat. Setiap boiler perlukan operasi standard yang ketat, rawatan air yang cekap dan setiap komponen penting dijaga, operasi, dibaikpulih, diganti jika terdapat sebarang kerosakkan. Setiap 15 bulan, boiler perlu dicuci dan diperiksa oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan. Oleh itu, jurutera stim perlu merancang, menyelia dan memastikan boiler sedia untuk diperiksa oleh pegawai JKKP. Semasa pemeriksaan dibuat, jurutera stim perlu hadir dan membantu pegawai melakukan pemeriksaan. Jika terdapat sebarang kerosakkan yang serius, maka jurutera stim perlu membuat laporan kepada JKKP sebelum sebarang baikpulih dijalakan. Tugas ini penting demi menjaga keselamatan nyawa manusia dan juga menjaga aset boiler supaya dalam keadaan optimun setiap masa dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di mana boiler digunakan?

Boiler digunakan di semua kilang yang memerlukan stim. Boiler juga terdapat di kilang janakuasa, hospital, hotel dan industri berat serta sederhana. Di Malaysia, boiler banyak diguanakan di kilang sawit, kilang penapis sawit, kilang janakuasa yang menghasilkan elektrik, kilang kayu dan papan serta kapal - kapal yang berlayar di lautan.

Kenapa jurutera perlu mengambil lesen jurutera stim?

Sebagai seorang jurutera, lesen kompetensi ini adalah salah satu jalan untuk meningkatkan kerjaya. Dengan lesen ini, seorang jurutera berpeluang untuk mencapat jawatan lain seperti pengurus kerana ia menjadi satu kewajipan untuk setiap kilang yang mempunyai atau mengoperasikan boiler.

Apakah syarat minimun untuk mengambil lesen jurutera stim?

Syarat minimun untuk mengambil lesen jurutera stim adalah ijazah kejuruteraan (Mekanik dan lain - lain) serta telah berkerja dengan boiler paling kurang selama dua tahun.

Bagaimana cara untuk memohon atau menduduki peperiksaan jurutera stim?
Setelah mencapai syarat minimun, calon boleh memohon melalui surat kepada JKKP Putrajaya.



No comments:

Post a Comment