Showing posts with label Kejuruteraan. Show all posts
Showing posts with label Kejuruteraan. Show all posts

Thursday, 30 December 2021

Senang tak jadi JURUTERA?


  1. Alif bertanya, Ayah senang tak jadi jurutera?
  2. Seperti biasa, bila soalan begini diajukan kepada aku, ia menyebabkan aku berfikir panjang. Jawapan yang ada sudah tentunya bukan jawapan pendek, tetapi jawapan panjang. 
  3. Jenis over thinking. Kepala penuh uban berfikir.
  4. Baik, apakah jawapan aku?
  5. Jadi jurutera tidak senang. Ia amat susah.
  6. Nak pilih kursus kejuruteraan susah.
  7. Belajar kursus kejuruteraan di universiti susah. Lebih lagi kursus kejuruteraan mekanik.
  8. Selepas belajar, masuk kerja dengan tiada pengalaman pun susah. Lebih susah kalau nak cari kerja di sebelah rumah.
  9. Bekerja sebagai jurutera berhadapan dengan mesin dan jentera dalam kilang juga susah. Sangat susah bila mesin rosak. Kilang tak boleh beroperasi.
  10. Suasana kerja semasa nak baiki mesin juga susah. Bukan setakat susah, tapi 3D. Dangerous. Dirty. Difficult.
  11. Dah jadi jurutera, nak meneruskan kerjaya dalam syarikat pun susah. Sebab sebagai jurutera, kita akan bagaitau semua baik dan buruk bergantung kepada data. Jika tak boleh, kita cakap tak boleh. tiada antara dua. Jurutera tak pandai nak berpolitik dalam tempat kerja.
  12. Kesimpulannya, nak jadi jurutera susah, dah jadi jurutera pun tetap juga susah.
  13. Soalannya, adakah perkara dalam dunia ini senang?
  14. Tak susah nak susah, tak senang nak senang.
  15. If you love what you do, you will never work a day.
  16. Susah atau senang, ia bergantung kepada diri masing - masing. Lihat apa minat kita dan apa matlamat hidup kita.
  17. Jika ditanya kepada seorang doktor, ahli perniagaan, tentera mahu pun seorang petani, sudah tentu mereka akan menjawab perkara yang sama, tak senang dalam kerjaya mereka,
  18. Hari ini para doktor berjuang untuk mendapatkan status kerja tetap kerana kekangan yang ada.
  19. Para guru juga berdepan dengan pelbagai karenah pelajar dan sistem pendidikan yang sentiasa berubah. Ada yang ditugaskan jauh di pendalaman demi anak bangsa.
  20. Ahli perniagaan juga susah memikirkan survival perniagaan mereka di zaman COVID 19 dan persaingan perniagaan yang agak mencabar.
  21. Namun, jika kita suka dan minat mendalam apa yang kita lakukan, semuanya akan senang. Para sukarelawan ramai membantu mangsa banjir di seluruh negara tanpa ada sebarang upahan. Mereka lakukannya kerana mereka suka membantu orang kesusahan.
  22. Para guru sanggup berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa kerana mereka suka dan minat melihat anak bangsa menjadi seseorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
  23. Jurutera di seluruh negara dan dunia gembira dalam kerjaya mereka kerana usaha meraka akan banyak membantu memudahkan kehidupan manusia. Tenaaga elektrik, jalanraya, makanan, kenderaan dan pelbagai teknologi dihasilkan oleh jurutera demi untuk kemudahan manusia.
  24. Jadilah apa jua dalam kehidupan kita, yang penting niat kerana Allah. Niat untuk ibadat dan pahala di Akhirat. Kerana itulah yang diajar oleh Nabi kita dan agama kita. Demi untuk mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.
Selamat menyambut tahun baru 2022.
Kg. Tebing Tinggi, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.


Tuesday, 3 March 2020

Grating System in Boiler Furnace oleh Zulkefli Muhammad






  1. Boiler terdiri daripada tiga jenis bahan bakar. Iaitu pepejal, cecair dan gas.
  2. Untuk boiler jenis bahan bakar pepejal seperti fiber sawit, sisa kayu dan arang batu, boiler akan dilengkapi dengan grating sistem untuk mengeluarkan abu (ash) atau apa sahaja bahan yang tidak terbakar seperti klinker.
  3. Bahan yang digunakan untuk grating kebiasaannya Cast Steel yang tahan pada sehingga 1200 deg Celcius.
  4. Terdapat beberapa jenis sistem grating yang digunakan di boiler iaitu Fixed, Vibrating dan Pulsating.
  5. Kebanyakan boiler lama di kilang sawit masih menggunakan Fixed Type Grating System. Disebabkan itu, boilerman dan fireman mesti mengeluarkan ash atau klinker mengikut masa yang ditetapkan secara manual. Seperti gambar di bawah. 



  6. Operasi ini amat berbahaya dan memerlukan kepakaran. Ia juga amat memenatkan dan memerlukan tenaga. Operasi boiler juga akan terganggu kerana pada masa yang sama operasi turbin akan beroperasi. Kebiasaannya, Diesel Generator akan dijalankan untuk mengelakan berlaku masalah kepada operasi turbin.
  7. Untuk boiler baru, Vibrating atau Pulsating Grate telah dipasang. Maka operasi Ash Racking ini tidak perlu dilakukan secara manual.
  8. Jika sistem Vibrating atau Pulsating Grate dipasang, kita mampu jimatkan dua hingga tiga fireman berbanding menggunakan Fixed Grating System.
  9. Tujuan untuk grating system dalam boiler yang menggunakan bahan bakar pepejal adalah untuk mengeluarkan ash atau klinker.
  10. Dianggarkan sebanyak tiga hingga lime persen ash/klinker akan terbentuk semasa pembakaran berlaku dalam Furnace.
  11. Perkara ini juga bergantung kepada kualiti bahan bakar. Kriteria seperti kelembapan, saiz bahan bakar dan jumlah angin turut memberi kesan kepada penghasilan ash/klinker.
  12. Jika ash atau klinker ini tidak dibuang semasa boiler beroperasi, maka ash/klinker akan mula terkumpul di bahagian bawah Furnace. Lama kelamaan, ia akan menjadi clinker yang besar.
  13. Saluran angin FD Fan akan mula tertutup. Kecekapan pembakaran akan mula merosot dan akhirnya prestasi boiler akan mula menurun. Lebih banyak klinker akan terbentuk dan lebih banyak bahan bakan akan dibazirkan, tekanan tidak akan stabil.
  14. Grate juga akan turut rosak disebabkan localize heatin berlaku.
Terima kasih.

Zulkefli Muhammad
Jurutera Stim Gred 1
16 Tahun Pengalaman mengendalikan pelbagai jenis boiler.
3 Mac 2020
Kajang, Selangor, Malaysia.


Sunday, 1 December 2013

Boiler kilang sawit; bahan bakar tak cukup?

Jawapan kepada Tuan Salman. Soalan beliau, apakah faktor faktor bahan bakar di kilang sawit tak cukup?

Jawapan.
Ini pendapat peribadi saya. Saya pernah memjaga kilang sawit berkapasiti berikut

Throughput dan kapasiti boiler

150 mt/hr dan boiler 45mt/hr
90 mt/hr dan boiler 35 mt/hr
45 mt/hr dan boiler 27 mt/hr
40 mt/hr dan boiler 35 mt/hr
Sekarang 50 mt/hr dan boiler 27 mt/hr.

Sehubungan dengan itu, jawapan saya adalah berdasarkan pengalaman di semua kilang kilang tersebut dan ini kesimpulan yang saya telah buat.

Saya bahagikan faktor ini kepada dua iaitu faktor boleh kawal dan faktor tak boleh kawal.

1. Faktor tak boleh kawal. 
Kenapa saya cakap tak boleh kawal? Sebab kita sebagai pemandu kilang sedia ada dan tak banyak perubahan yang boleh kita lakukan dalam waktu terdekat. Melainkan kita boleh ubah faktor tersebut, maka faktor itu bertukar menjadi faktor boleh kawal.

1.1 Rated throughput kilang

Jika kilang berkapasiti lebih >45 mt/hr, kilang ini akan mempunyai lebih banyak bahan bakar extra. Bermaksud, boiler akan menggunakan kurang bahan bakar walaupun memproses kapasiti buah yang sama. Kenapa ini terjadi? Jawapan sangat mudah. Kilang berkapasiti besar memproses dengan masa kurang berbanding kilang berkapasiti rendah.

Kilang berkapasiti 50 tph memproses buah sawit 500 mt dalam masa 10 jam sahaja, namun, kilang 45 tph memerlukan masa selama 11.11 jam iaitu1.11 jam lebih dari kilang 50 tph. Maka, lebih banyak bahan bakar diperlukan.

Ini juga membawa kesimpulan kenapa banyak syarikat sekarang membina kilang paling kecil dengan kapasiti 45 tph.

Sebenarnya, jika kilang kecil tph dibina, ia akan memberikan banyak kekurangan pada masa hadapan, antaranya adalah akan mempunyai masalah kekurangan bahan bakar.

Mengikut pengalaman saya, jika kilang dibawah 45 tph, ia memerlukan ffb sekurang kurangnya 300 mt sehari untuk memastikan kestabilan bahan bakar dalam jangkamasa yang panjang. Namun,  jika kurang, maka kilang ini akan mempunyai masalah kekurangan bahan bakar. Tak kisah apa jenis boiler dan turbin digunakan.

Ini juga bermaksud, jika kilang 45 tph memproses lebih 300 mt ffb setiap hari,maka barulah kilang ini mempunyai bahan bakar dan extra akan stabil untuk jangkamasa panjang.

Kilang tph 50 ke atas tidak mempunyai masalah ini kerana mereka sentiasa ada lebih bahan bakar!

1.2 Model turbin
Ada turbin rated steam flowrate yang diperlukan mencapai 22-23 mt/hr.

Ada turbin serendah 10-11 mt/hr. Maka, pemilihan turbin dan modelnya sangatlah penting.

Antara ciri ciri turbin yang rendah penggunaan stim mempunyai automatik onlet steam flow yang mana mengawal kemasukan stim. Valve ini mampu menjimatkan stim yang sangat banyak.

1.3 Jumlah ffb yg diterima dari ladang

Seperti point 1.1, jumlah kemasukan ffb amat penting untuk kilang. Tanpa buah sawit yang mencukupi, kilang tidak dapat memproses dengan kapasiti yang sebenar. Memang ada dijalankan feasibility study sebelum sebuah kilang sawit dibina, namun ia bukan penentu kepada apa yang sebenarnya akan berlaku pada masa depan. Banyak faktor luar jangka berlaku.

Antara faktor tersebut seperti masalah kekurangan buah sawit disebabkan yeild rendah, ladang luar menjual kepada pembeli yang menawarkan harga lebih mahal, kilang baru dibina, prestasi kilang sendiri dan hubungan pengurusan kilang dengan pihak ladang.

Kilang 45 tph memerlukan buah sawit minimum 300 mt sehari untuk memproses dan ada bahan bakar extra. Extra bermaksud, ada lebihan bahan bakar untuk disimpan dan digunakan esok hari serta waktu waktu kecemasan lain. Jika tiada extra, maka kemungkinan besar kilang akan mempunyai masalah bahan bakar.

Bagi kilang 50 tph ke atas, masalah ini tidak berlaku kerana mempunyai lebih banyak bahan bakar extra.

2. Faktor boleh kawal

Faktor boleh kawal bermaksud ia berapa di bawah kawalan pengurusan kilang.

2.1 Breakdown / banyak downtime

Kilang yang lancar tanpa sebarang brekadown adalah kilang yang terbaik. Breakdown di tengah jalan akan mebawa  banyak keburukan. Antaranya uncountable losses, kos pekerja, risiko keselamatan dan juga kerugian disebabkan kerosakan yang lebih besar. Selain dari itu, kilang juga rugi dari sudut penggunaan bahan bakar. Ya, bahan bakar yang lebih banyak diperlukan jika kilang selalu breakdown. Lebih banyak untuk apa? Lebih banyak bahan bakar semasa memulakan operasi boiler dan turbin.

Untuk mengatasi masalah ini, tidak ada jalan lain melainkan program preventive maintaine mesti tip top.

2.2 Pembaziran stim dan haba

Banyak pembaziran berlaku. Pembaziran melalui kebocoran steam trap, steam line dan pipe, setting safety valve yang salah atau safety valve yang rosak, penggunaan stim dengan cara yang salah mengikut keperluan sepatutnya dan sistem pengurusan stim, air dan tenaga eletrik yang lemah.

Nampak stim bocor, tapi tiada tindakan diambil.

Aktiviti penambahbaikan untuk mengurangkan penggunaan tenaga air, stim dan haba perlu terus dijalankan pleh seorang jurutera stim bagi meningkatkan tahap kecekapan power plant dan penggunaan tenaga/kecekapan bahan bakar.

Jangan anggap air dan bahan bakar di kilang percuma..ia semua bernilai.

2.3 Prestasi turbin selepas lama beroperasi

Turbin merupakan jantung kilang sawit. Jantung mesti diperiksa dan dibaiki oleh pakar jantung dan bukan mekanik biasa yang perbaiki basikal.

Antara kesilapan biasa yang dilakukan oleh banyak pengurus kilang adalah mengambil kroni mereka untuk memperbaiki jantung kilang! Maka terjadilah banyak masalah di kemudian hari.

Antara masalah yang timbul adalah kerosakan sebenar tidak diperbaiki. Antara kerosakkan biasa berlaku adalah lubang nozzle turbine yang besar, governor valve yang tidak diservis dan juga turbine flywheel yang makin tipis.

Kerosakkan ini kadangkala tidak dapat diselesaikan oleh mekanik jalanan dan memerlukan khidmat pakar.

Untuk mengelak banyak masalah, sila rujuk pakar!

Apabila prestasi turbine menurun, maka lebih banyak bahan bakar diperlukan. Lebih teruk, diesel generator perlu digunakan untuk memproses buah sawit.

....

Wednesday, 29 May 2013

Seorang Jurutera, Planter dan Muslim

 Gambar ilustrasi jurutera.. yg bukan selalu pun macam ni. 
Gambar ilustrasi Planter..ini pula gambar pekerja ladang sawit.
Ilustrasi gambar seorang muslim yang patuh pada ajaran agama. Solat itu tiang agama. Solat menghasilkan jati diri seorang muslim yang kental menghadapi arus cabaran kehidupan.

(Atas - Ilustrasi gambar ihsan google)

(Bawah - Ilustrasi gambar peribadi milik penulis di sebuah kilang yang pernah dijaga)




Kilang sawit yang dipenuhi dengan kebun jambu dan pokok kelapa pertama di dunia.

Setelah sekian lama aku menyepi tanpa hasil tulisan. Hari ini jiwa aku bersemangat untuk menulis. Mungkin selepas berenang semalam kurang sejam. Andrelin aku betul-2 meningkat.

Aku Seorang Jurutera, Planter dan juga seorang Muslim. Aku bangga dengan jawatan itu. Bangga kerana ia telah menterjemahkan kepada kehidupan aku hari ini. Bila mana aku berada di persimpangan antara benar dan batil, maka jawatan di atas benar - benar menjadikan aku hari ini. Cukup membezakan antara aku dengan jurutera / planter yang lain. Dan aku lebih bangga kerana aku diselimuti dengan pakaian dan gaya hidup sebagai seorang muslim.

Bila mana melibatkan ilmu dan kejuruteraan, aku bangga kerana aku seorang jurutera. Jurutera adalah seorang professional juga seorang yang berilmu. Sebagai seorang yang berilmu, apa sahaja tindakan yang dibuat mesti dengan fakta, data dan asas yang kukuh. Asas itu adalah kekuatan dan tunjang kepada tindakan yang dibuat. Ramai orang boleh menjadi pengurus, namun tidak semua orang boleh menjadi jurutera. dan jurutera yang baik adalah jurutera yang sentiasa belajar, sentiasa berfikir yang kebaikan manusia, sentiasa berfikir untuk membawa kebaikan kepada kehidupan manusia.

Siapa sebenarnya jurutera? Jurutera adalah seorang manusia yang menggunakan hukum alam (asas fundamental ilmu kejuruteraan) untuk kebaikan manusia (mencipta mesin - teknologi demi niat untuk memudahkan kerja - kerja manusia lain - ke arah lebih baik). Ia ringkas. Bermaksud. Sebagai seorang jurutera, ia mesti seorang yang mempunyai niat untuk mewujudkan suasana kehidupan manusia yang lebih baik. Demi manusia, bukan untuk kepentingan diri - sendiri. Mesti menggunakan hukum alam dan tidak boleh sama sekali melanggar hukum alam. Contoh paling mudah adalah, jika kita ingin menbina empangan, aliran dan jumlah isupadu air mesti dikaji dengan mendalam. Jangan dihalang air itu sewenanganya kerana ia akan membawa malapataka yang besar buat manusia. Hari ini, kebanyakan kita menjadi pengguna. Termasuk juga jurutera. Berapa banyak sudah ciptaan baru telah kita bina demi kehidupan manusia yang lebih baik? Kalau pun kita tidak membina dan mencipta mesin-sistem baru, adakah kita mengambil inisiatif untuk menambahbaik mesin sedia ada? Lebih teruk, kita bukan setakat memastikan mesin sedia ada berfungsi dengan baik, tetapi kita juga tidak dapat menjaga mesin dan sistem baik yang sedia ada. Layakkan kita hari ini bergelar jurutera?

***
Minat mendalam dalam bidang pertanian terutama berkebun membawa kehidupan aku dalam fasa yang berbeza. Banyak sudah pokok yang aku tanam. Di mana saja aku tinggal, sudah pasti akan ada hasil pokok - pokok yang ditinggalkan. Kenapa? sebab aku sangat minat berkebun. Kenapa? sebab sehingga mana pokok itu membuahkan hasil, maka selagi itu aku akan mendapat pahala. Orang makan, dapat pahala. Haiwan makan, dapat pahala. Orang berteduh, dapat pahala. Berapa banyak oksigen yang dihasilkan oleh pokok - pokok itu, maka sebanyak itulah pahala yang aku perolehi. Bukankah itu satu bentuk pelaburan yang tidak henti - henti keuntungannya?

Di setiap kilang sawit, pelbagai jenis sumber ada. Sumber baja dari tandan kosong, shell, fiber juga tanah buangan kolam effluent. Semua sumber ini boleh diolah untuk menjadikan kawasan terbiar di mana saja menjadi kebun buahan yang subur. Cuma perlu letakkan sedikit usaha gigih, hasilnya sangat hebat. Pokok apa boleh ditanam? pokok pisang. jambu batu. rambutan. lada. serai. lengkuas. bunga. durian. pokok jati. pokok kelapa. serta apa jua pokok yang anda mahu mengikut kesesuaian tanah dan kawasan.

Kenapa tanam pokok buahan? sebelum soalan ini dijawab, kita tanya dulu kenapa kita bekerja? sebab nak dapatkan duit untuk belikan makanan. Jadi, kita ada tanah yang luas, sumber yang banyak..malah kita gelarkan diri kita sebagai planter.. perladangan.. sudah kewajipan kita untuk menjadi gedung makanan. Jika kita mampu wujudkan sumber makanan tertentu, sudah tentu secara tidak langsung kita akan mengurangkan kos sara hidup.

Lagi.. jika esok berlaku malapetaka, perang dan sebagainya.. adakah anda akan makan iphone? handset? komputer? atau tv plasma 100 inchi? TIDAK. Anda akan cari makanan. :p

***
Kenapa terlalu rajin? adakah ia akan menjadikan anda seorang yang disukai oleh pihak atasan? nanti dapat bonus tinggi? nanti dapat naik pangkat?

TIDAK. TIDAK dan TIDAK.

Bukan itu yang aku cari kawan. Aku bangga menjadi seorang MUSLIM kerana semua yang aku lakukan di atas diniatkan kerana pahala. Biarlah aku menjadi orang terbuang dan dipinggirkan dalam syarikat kerana kebenaran, tetapi sekurang - kurangnya aku tidak dipinggirkan oleh Allah. Cukuplah dengan niat pahala, aku mendapatnya.

Bekerja sebagai seorang jurutera yang amanah, aku mendapat pahala. Bekerja sebagai seorang jurutera, meningkatkan suasana kerja yang selamat, meningkatkan suasana kerja yang baik, positif dan berkat, aku mendapat pahala.

Bukan setakat itu, aku juga menjadi seorang planter. Berkebun dan menggalakkan pekerja menanam pokok yang bermanfaat. Satu hari, bila hasil sudah ada, ia boleh dijadikan makanan kepada pekerja. Menjadi manfaat kepada banyak hidupan...juga dapat pahala.

Indahnya menjadi seorang Jurutera, Planter dan lebih indah kerana Kita menjadi Seorang Muslim.. yang membezakan kita dengan manusia lainya.

Salam.