Showing posts with label Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi. Show all posts

Wednesday, 29 January 2025

Harapan

  1. Macam mana satu kata - kata mampu memberi harapan dan seterusnya memberi bibit - bibit inspirasi?
  2. Macam mana satu kata - kata mampu membuatkan seseorang untuk meredah segala cabaran dan dugaan demi mencapai matlamat yang dicita - citakan?
  3. Kata - kata ini juga berlaku sebaliknya. Satu perkataan mampu untuk meruntuhkan sebuah jiwa raga. Kata - kata itu juga mampu untuk menyebabkan sebuah jiwa melekat parut luka hingga ke akhir hayat. Seperti pepatah Arab yang berbunyi, lidah itu ibarat pedang. Tajam dan mampu melukakan ramai orang dan juga diri - sendiri.
  4. Positif dan negatif.
  5. Contoh terdekat berlaku kepada diri saya adalah apabila sebuah harapan disampaikan kepada saya.
  6. Zul, we want to see you to be a head of facility in our Lahad Datu plant one day.
  7. Zul, i trust you are a great leader.
  8. Zul, you should do your best, because one day you will be a palm oil mill manager.
  9. Zul, i know you can solve the problem very well. If not today, maybe tomorrow. And i know, you can do better than me.
  10. Zul, if God gave you a test, it is mean He want you to be better.
  11. Setelah hampir berpuluh tahun menjadi pemburu motivasi, sedar tak sedar sebenarnya saya dikelilingi ramai orang yang telah memberi impak positif dalam hidup yang sebenarnya mengubah banyak hidup saya.
  12. Bukan setakat mengubah haluan hidup, malah menjadi tangan yang menarik saya dari terus tenggelam dalam dunia cabaran hidup kehidupan.
  13. Sebuah kata - kata itu ibarat percikan api yang diperlukan untuk membara dan membakar semangat kehidupan. Percikan yang hanya perlu sedikit namun kaya dengan hikmah kebijaksaan dan membakar membara bahan selamanya.
  14. Kita perlu seimbangkan, malah perlu lebih banyak memberikan kata - kata peransang membakar semangat memberi motivasi kepada setiap insan di sekeliling kita.
  15. Man, i want to see you to be a manager one day. Not only that, but a General Manager or a company CEO.
  16. Mie, i see a great potential in you. You can be a great leader or maybe one day a Chief Minister of Sabah or a Prime Minister.
  17. We want to grow all our engineer to be a manager one day. If not in this company, maybe in another company.
  18. So, we grow all talented young engineer. Inspire them and make them have a clear direction.
  19. Harapan.

Sunday, 19 April 2020

Sabar

"Sabar bila diuji, itu lumrah
Syukur bila diuji, itu anugerah."
(Hjh. Siti Nadzrah Sheh Omar)

Friday, 17 April 2020

Membaca

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah; Ulama Hadis Yang Bernasab dengan Khalid al-Walid; Sahabat Rasulullah SAW

“Buku itu tidak dapat dicungkil rahsia yang terpendam di dalamnya melainkan setelah dibaca habis kesemuanya.”

Belajar Ilmu

Ibnu Hajar al-Asqalani; Ulama, Ahli Hadis dan Ahli Sufi Dalam Kalangan Mazhab Syafie

“Belajar sesuatu ilmu hendaklah dilakukan dengan bertahap. Ini kerana jika sesuatu permulaannya mudah, ia akan menarik bagi orang-orang yang mempelajarinya. Jika hal itu terjadi, maka pelajaran pun akan diterima dengan mudah. Akhirnya, sedikit demi sedikit ilmunya akan bertambah.”

Ucapan buruk

Imam Syafie; Imam Mazhab Syafie
“Jika engkau ingin hidup tanpa kehinaan, agama dan kehormatanmu sentiasa terjaga. Maka, janganlah terucap darimu keburukan seseorang… Ini kerana setiap yang ada padamu adalah aib, sedangkan orang lain juga memiliki lisan. Jika matamu menampakkan padamu aib-aib orang lain, maka tinggalkanlah dan katakan padanya mereka juga punyai mata…”

Ucapan

Rabi’ Ibnu Khutsaim; Ulama Tabi’in dan Murid Kesayangan Abdullah bin Mas’ud; Sahabat Rasulullah SAW

“Apa-apa yang kamu ucapkan di sini (dunia), maka akan ditulis dan dibacakan semuanya nanti di sana (akhirat).”

Amalan kecil

Abdullah bin Mubarak (Ibnul Mubarak); Ulama dan Ahli Hadis Terkenal

“Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar disebabkan niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.”

Salam

Imam Abu Hanifah; Imam Mazhab Hanafi

“Tunjukkanlah kasih sayang sesama manusia seluruhnya dan ucapkan salam kepada semua orang walaupun orang yang kurang baik budi pekertinya.”

Masa

Hasan Al-Basri; Ulama Tabi’in

“Wahai anak Adam, (masa) siangmu adalah tamumu, maka berbuat baiklah terhadapnya. Kerana sungguh, jika engkau berbuat baik kepadanya, nescaya dia akan pergi dengan memujimu. Dan, apabila engkau berbuat buruk terhadapnya maka dia akan pergi dengan mencercamu, begitu pula dengan malammu.”

Batin

Umar bin Abdul Aziz; Khalifah Zaman Umaiyah

“Perbaikilah batin kalian, nescaya Allah akan memperbaiki lahiriah kalian. Perbanyakkanlah mengingat kematian dan bersiap-siaplah sebelum ia datang, kerana kedatangannya merupakan penghapus setiap kenikmatan.”

“Saudara sekalian, siapa yang taat kepada Allah, maka ia wajib ditaati dan siapa yang bermaksiat kepada-Nya, maka tidak ada ketaatan baginya. Taatilah aku selama aku taat kepada Allah, namun jika aku bermaksiat maka janganlah kalian mentaatiku!”

Thursday, 16 April 2020

Kejayaan, Umur, Didik Anak, Diam

  1. "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang" (Cecil B. DeMille)
  2. "Allah menyayangi orang - orang yang mengentahui kadar dirinya & tidak melewati batas perjalanannya, menjaga lisannya & tidak mensia - siakan umurnya." (Saidina Ali RA)
  3. "Didiklah anak - anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau." (Saidina Umar al-Khattab)
  4. "Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya."
Post yang sama di 

Menulis dari hati



INSPIRASI
  1. Saya biasanya akan meletakkan label "Keypad" pada tulisan saya yang berbentuk penulisan dari hati.
  2. Pelbagai perkara boleh muncul semasa saya menulis. Ia adalah perasaan sebenar saya pada masa itu.
  3. Ia boleh jadi saya tengah mempunyai masalah, tengah berfikir untuk mencari jalan keluar daripada masalah dan boleh jadi juga saya tertarik dengan sesuatu. Gembira, menangis dan apa jua perasaan yang saya alami.
  4. Pagi ini saya tertarik dengan sebuah post di Linkeldn seorang rakan sekerja. Post itu amat jujur dan ikhlas. Saya terus mendapat inspirasi daripada post tersebut.
  5. Sejak sekian lama, apa sahaja yang saya lakukan adalah untuk itu. Menulis dari hati. Saya mula menjadi blogger pada tahun 2009 disebabkan ingin menyimpan sebuah jurnal kehidupan saya dan meluahkan perasaan saya pada masa itu. Sudah semestinya ia mestilah beretika dan perkara bermanfaat. Bukan bersifat emosi dan juga memberi mudarat kepada orang lain.
  6. Banyak perkara bermain di hati saya. Diri saya ibarat blog ini. Pelbagai tajuk dan topik saya bincang, maka itu lah saya. Namun, saya memberi jaminan kepada anda semua, setiap post yang saya lakukan ada manfaat di sebalik post tersebut. Jika bukan untuk anda, ia adalah untuk diri saya sendiri.
  7. Dalam banyak keadaan, saya sebenarnya lebih banyak bersifat pentingkan diri - sendiri. kebanyakkan post yang saya lakukan di sini sebenarnya adalah untuk diri saya sendiri. Setiap satunya bermanfaat untuk saya, maka dengan itu saya turut berkongsi dengan anda semua.
  8. Mengutip sesuatu yang bermanfaat adalah pelajaran sepanjang kehidupan. Ia adalah universiti kehidupan.
  9. Suatu hari, semasa singgah di sebuah kedai buku, saya tertarik dengan kata - kata motivasi berkenaan galakan membaca. Saya ambil gambar dan kemudian post di blog ini. Saya telah simpan di sini untuk dijadikan rujukan apabila saya perlukannya suatu hari nanti.
  10. Semasa saya berkongsi post berkenaan motivasi, bukanlah pada waktu itu saya mempunyai motivasi yang tinggi. Tapi sebaliknya. Saya tengah tidak bermotivasi, malah amat perlukan motivasi. Maka saya cari kata - kata yang boleh memberi ransangan semula kepada saya. Self motivated.
  11. Semasa berkongsi dengan masalah depression dan cara - cara untuk menangganinya, saya bukanlah pakar dalam bidang tersebut. Tapi saya tengah mengalami depression yang amat sangat dan tengah cuba untuk mencari jalan keluar darinya.
  12. Kehidupan sebagai manusia inilah lumrahnya. Ada kalanya kita gembira, ada kalanya kita sedih. Ada kalanya kita senang dan ada kalanya kita juga susah. Ia adalah putaran roda kehidupan.
  13. Sebagai manusia biasa yang tidak lari daripada ujian kehidupan, dugaan dan cubaan dalam apa jua keadaaan, kita perlukan sesuatu, seseorang untuk menyokong kita.
  14. Kita perlukannya apabila keadaan dan masa tiba.
  15. Kita perlu menyokong satu sama lain.
  16. Salah satu perkara paling berharga adalah memberi inspirasi.
  17. Kita perlukan inspirasi.
  18. Orang lain juga perlukan inspirasi.
  19. Apabila kita menulis, biar penulisan kita memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan kebaikan dan seterusnya melakukan yang terbaik. Itulah ciri - ciri seorang ketua yang hebat. Mampu untuk memberi galakan kepada anak buahnya untuk melakukan perkara yang hebat.
  20. Ya. Menulis dari hati mampu memberi inspirasi. Ia jujur, ikhlas dan hadir dari hati yang mahukan orang lain mendapat manfaat.

Terima kasih Ilham kerana memberi ilham dan inspirasi kepada saya.