Showing posts with label IOI Corporation Berhad. Show all posts
Showing posts with label IOI Corporation Berhad. Show all posts

Monday, 15 September 2025

Tan Sri Lee Shin Cheng: From Ice Cream Seller to Palm Oil Tycoon

Early Life & Hardship

Born in Jeram, Kuala Selangor, Tan Sri Lee Shin Cheng grew up in a rubber estate where his father ran a sundry shop. At 11, he left school to help support his family by selling ice cream on a bicycle, often trudging through muddy paths with the heavy box on his back. These early hardships built his resilience and entrepreneurial spirit1. Later, he returned to school, realising that education was the pathway out of poverty.

Career in Plantation

In 1961, he began his career as a field supervisor in a plantation2. When he first applied to Dunlop Estates, he was rejected due to poor English, despite his technical knowledge. Undeterred, he gained experience, rose to become an estate manager, and mastered skills from planting schedules to estate construction. In a twist of fate, by 1989 he acquired Dunlop Estates, the very company that had once rejected him. His philosophy was simple yet powerful: “Today sunset, tomorrow sunrise”3.

Growth of IOI Group

Lee founded IOI Corporation in 1982, and within three decades, built it into a fully integrated global palm oil leader, with operations spanning plantations, refining, and oleochemicals across seven countries4.

Philosophy & Leadership

Lee was famously close to his oil palm trees, referring to them as his “girlfriends” — often talking or whispering to them for encouragement to bear more fruit5. He attributed his success to two key values:

  • Education – which he championed through IOI’s CSR programmes.

  • Determination – never giving up on dreams despite challenges.

Palm Oil Industry Milestones in Malaysia

  1. 1960s – Oil palm was a secondary crop, behind rubber.

  2. 1970s–1980s – Oil palm overtook rubber, becoming Malaysia’s leading commodity.

  3. 1990s–Present – Palm oil evolved into a multi-faceted industry, expanding into food, energy, healthcare, plastics, and bio-based byproducts6.

Future Outlook

Lee remained optimistic about palm oil’s prospects:

  • Environmentally friendly, sustainable, and versatile.

  • Malaysia currently produces 4 tonnes of crude palm oil (CPO) per hectare per year, but with the right manpower and management, yields could reach 8 tonnes7.

  • Even in his late 70s, Lee continued working tirelessly to enhance yield and push global boundaries for palm oil.


Key Lessons

  • Never give up despite setbacks.

  • Education empowers people to break free from poverty.

  • Hands-on leadership and deep industry knowledge drive long-term success.

  • Visionary outlook turns challenges into opportunities.

  • Sustainability focus ensures industry relevance for the next century.

Footnotes

  1. The Star (2017). IOI Group’s executive chairman Tan Sri Lee Shin Cheng talks about his personal journey and the palm oil industry.

  2. Malaysian Palm Oil Council (2015). Palm Oil Industry Leadership Award (PILA) Recipient Profile: Tan Sri Lee Shin Cheng.

  3. The Star (2017). Interview with Tan Sri Lee Shin Cheng – “Today sunset, tomorrow sunrise.”

  4. IOI Corporation Berhad (2020). Corporate Profile and Milestones.

  5. The Star (2017). “My trees are my girlfriends.”

  6. Basiron, Y. (2007). Palm Oil Production through Sustainable Plantations. European Journal of Lipid Science and Technology.

  7. Malaysian Palm Oil Board (MPOB) (2018). Palm Oil Yield and Productivity Potential.

#blog #blogger #ioi #kembarainsan 

Sunday, 19 September 2010

Kenangan @ Morisem Palm Oil Mill




Perumahan Eksekutif - Masa itu Rumah Maniam, Edmund, Richard & Aznol.


Pemandangan dari Storage Tank - Pemandangan kantin & perumahan staff kilang - Ladang
Leepang 2
Pemandangan dari kolam di hadapan pintu masuk utama kilang.



Kantin, bangunan kilang pada 14hb. Mei 2004

Ada cerita di sebalik gambar ini. Saya jumpa gambar selepas pulang berhari raya di Tuaran baru - baru ini. Gambar ini telah dilekatkan oleh isteri saya di bilik di rumah Tuaran sejak tahun 2004.

Gambar ini saya ambil semasa kali pertama mengambil cuti sejak memasuki industri sawit Mac 2004. Kesemua gambar diambil awal pagi sebelum bertolak ke Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Kota Bharu.

Tujuan saya mengambil gambar ini tidak lain untuk diberikan kepada bakal isteri saya yang pada masa itu tidak pernah menjejak kaki ke ladang sawit.

Sekarang, Morisem Palm Oil Mill (B) sudah banyak berubah, seperti jua isteri saya sudah banyak perkara yang dilaluinya sejak kali pertama melihat pemandangan kilang, ladang dan suasana kehidupan di kilang sawit.

Saturday, 13 February 2010

Esok Kerja

  1. Suatu ketika semasa masih bergelar 'cadet engineer'.
  2. Aku pulang dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu setelah beberapa hari bercuti.
  3. Menaiki bas malam selama 8 jam dan sampai 8 pagi di Bandar Lahad Datu.
  4. Van @ bas mini ke ladang bertolak pukul 1200 tgh setiap hari ke ladang dari bandar. Hanya satu bas yang ada.
  5. Nasibku kurang baik. Bas itu tidak dapat aku ikuti. Penuh atau ditinggalkan ..
  6. Pilihan yang ada adalah teksi serta kereta wagon.
  7. Kos wagon lebih tinggi. Setelah berunding serta ke hulu ke hilir mencari kenderaan, aku berjaya mendapatkan seorang pemandu yang sanggup untuk menghantar serta merisikokan keretanya untuk rosak.
  8. Namun, daripada tambang RM15, aku perlu membayar sebanyak RM80. Apa pilihan yang aku ada? Esokkan kerja. RM80 bukanlah suatu yang kecil bagi seorang bergelar 'cadet'.
  9. Sepanjang perjalanan 5 jam, pemandu tersebut banyak berborak. Aku pun tidak tahu apa yang dibicarakan kerana tertidur keletihan sepanjang perjalanan.
  10. Kami sampai di hadapan Perumahan Exsekutif pada pukul 8 malam, dengan badan penuh habuk serta debu. Kereta tersebut tiada pendingin udara. Tingkat dibuka sepanjang jalan 'gravel'.
  11. Semasa hendak membayar tambang, aku menyerahkan note RM100 kepada pemandu tersebut. Disebabkan lewat malam, serta kesanggupannya untuk menghantar aku, duit baki aku berikan pada beliau.
  12. 0645 pagi keesokkannya, aku berdiri mengikuti perhimpunan pagi kilang.
  13. Selepas tamat, Penolong Pengurus, Edmund Norbert, bertanyakan perihal kepulanganku semalam kerana ternampak kereta teksi.
  14. Katanya, itulah kali pertama sejak bekerja 3 tahun, beliau nampak kereta teksi memasuki kawasan perumahan kilang, suatu perkara yang luarbiasa.
  15. Aku menceritakan pengalaman perjalanan pulang yang amat menarik.
  16. Dia berkata :' kenapa tidak telefon Pengurus? saya rasa, dia tentu benarkan untuk pulang keesokkannya. Kenapa tidak minta tolong supplier untuk tolong hantar?' serta beberapa pilihan yang ada.
  17. Namun, aku pada masa itu seorang 'cadet' tidak sanggup untuk menggunakan pilihan tersebut. Tidak sanggup kerana memikirkan risiko lain yang bakal timbul.
  18. Aku menjelaskan. Cuti saya sudah habis. Hari ini saya perlu bekerja. Jadi tanggungjawab saya untuk melaksanakannya. Selagi ada pilihan, saya akan pilihnya.
  19. Saya tidak akan meminta dengan Pengurus, kerana saya rasa ini masalah peribadi saya. Bukan masalah syarikat dan saya tidak akan meminta dengan supplier kerana tidak mahu menyusahkan mereka.
  20. Cerita ini aku tidak pernah kongsi dengan sesiapa. Sehingga baru - baru ini aku teringatkannya kembali. Teringat kerana, aku sedar, aku sememangnya komited dalam setiap kerja serta tugas yang perlu aku laksanakan. Aku dibayar untuk itu.
  21. dan aku tidak akan sesekali cuba untuk bertolak ansur serta menawar untuk menambah cuti... kerana esok aku kerja!

Thursday, 3 September 2009

Mesyuarat



Mesyuarat dengan pihak ladang
Posted by Picasa

Seminar dan Audit Ladang Oleh JKKP Sabah pada 16hb. Ogos 2005

Jawatankuasa yang terlibat di dalam seminar
Ladang sedang diaudit oleh pengawai - pegawai JKKP
Lawatan audit ke atas premis ladang seperti stor bahan kimia dan bengkel
Kesemua peserta seminar dan taklimat oleh JKKP

Wednesday, 2 September 2009

Kempen Keselamatan 2005

Acara menderma darah
Acara sukaneka
Pihak Jabatan Kesihatan Lahad Datu yang mengendalikan operasi menderma darah.

Latihan ; Bomba



  1. Latihan memadam kebakaran dengan kerjasama pihak Bomba Bandar Lahad Datu, Sabah.
Posted by Picasa

Latihan ; Skuad Bomba



  1. Latihan memadam kebakaran oleh skuad bomba.
  2. Latihan meliputi teori dan praktikal penggunaan alat - alat memadam kebakaran.

Latihan Pertolongan Cemas - CPR

1. Ini adalah contoh latihan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dan memastikan warga kilang memahami pertolongan kecemasan.
2. Latihan dilakukan dengan kekerapan bulanan melibatkan latihan praktikal dan teori.
3. Bagi memastikan pemahaman yang menyeluruh, demostrasi dilakukan oleh pekerja sendiri serta diselia oleh staff / skuad pertolongan cemas.
4. Jarak kilang yang jauh dari bandar serta kemudahan pengangkutan / hospital menyebabkan pengentahuan ini amat berguna di saat kecemasan.
5. Tindakan yang cemat boleh menyelamatkan nyawa.
Posted by Picasa

Operasi Despatch menggunakan Barge

  1. Gambar menunjukkan tanker sedang mengisi CPO ke barge yang berkapasiti 2000 MT. Paip, tiang 'I' Beam dan pokok sawit itu telah menjadi saksi kepada beratus ribu tan CPO telah dipunggah dari kilang ke IOI Edible Oil.
  2. Operasi bermula awal pagi sehingga malam. Berterusan sehinggan muatan penuh.
  3. Seorang eksekutif bertugas untuk menyelia operasi tersebut.
  4. Jika operasi tamat pada pukul 3 pagi, kami akan memasang seal dan menutup semua mainhole sebelum menyambung untuk hari yang kedua.
  5. Ia bukanlah perkara yang menyeronokkan, namun kerana tugas, alah bisa tegal biasa.
  6. Sekali sekali pernah terfikir, adakah pihak syarikat menghargai segala bisa yang telah ditelan..

Tug Boat, Feri & Sg. Kinabatangan

Ini adalah Tug Boat yang menjadi nadi penghubung Jalan Sukau ke Morisem & Leepang. Ia menjadi laluan alternatif jika Jalan Jeroco berada dalam keadaan teruk. Palm Kernel dihantar ke Sandakan menggunkan feri ini. Selama 4 tahun di sana, saya berkenalan dengan pemandu tag boat ini yang telah berkhidmat lebih 20 tahun. Tak ramai yang sukakan beliau kerana tak ramai yang tahun soft spot beliau. Jangan harap nak menyeberang jika dia tak sukakan anda. Semasa menggunkan feri ini sehingga hari terakhir saya di IOI, tidak pernah dia mengatakan tidak jika saya ini menyeberang.

Apabila Pengarah JKKP bersuara..

  1. Semasa sedang melakukan pemeriksaan kilang, En. Zailee, Pengarah JKKP pada masa itu ternampak Fibre Fuel Conveyor ini tidak mempunyai penutup.
  2. Beliau bertanyakan soalan ringkas kepada kami semua yang terdiri daripada pengurus, senior manager dan jurutera. "Kamu mahu saya keluarkan surat atau kamu sendiri yang nak pasang?"
  3. Dua minggu seterusnya, menyaksikan aku menyediakan gambar ini dan surat kepada beliau menyatakan bahawa conveyor tersebut telah dipasang cover!

3 Festival Celebration on 15th July 2005

with staff of Morisem Palm Oil Mill

Dikir Barat..mengenali budaya sendiri di negeri orang

  1. Aku berasal dari Kelantan. Negeri yang terkenal dengan dikir barat. Namun, aku bukanlah pengemar dikir barat.
  2. Pada 15hb. Julai 2005, aku telah disuruh oleh Pengurus Kilang untuk mempersembahkan dikir barat semasa majlis sambutan 3 perayaan di Kelab Morisem. Dengan berpandukan kaset Halim Yazid yang diimport khas dari Kelantan, aku mempersembahkan lagu 'Anak Tupai'.
  3. Walaupun tidak mempunyai peralatan muzik yang mencukupi, persembahan kami tidaklah mengecewakan.
  4. Namun, aku berpuashati dengan satu perkara, komitmen yang diberikan oleh operator @ pekerja kilang amat menakjubkan.
  5. Itulah kali pertama aku mempersembahkan dikir barat dan mungkin kali terakhir.
  6. Apa pun, sejak hari itu, aku mengenali budaya masyarakat sendiri dan mula meminati dikir barat.
  7. Ada orang kata, jauh di negeri orang, negeri sendiri sering dirindui. Makin jauh dan makin lama berhijrah di negeri orang, makin terasa ingin pulang ke kampung halaman.

Friday, 7 August 2009

Apabila orang belanda dtg ke kilang sawit

Semasa audit HACCP. Safety Officer, K Raman, GM IOI Edible Oil, Sudhakaran, Lawrance, Aznol, Tahang...aku jadi tukang amik gambar

Kenangan - Safety Committee Morisem Palm Oil Mill B

Bersama Pengarah JKKP Sabah, En. Zailee pada tahun 2006 selepas mill annual inspection
Posted by Picasa

Sunday, 2 August 2009

Richard Ginsin, Ex Housemate and A Good Trainer


  1. Kadazandusun, berasal dari Kota Belud, Sabah. Memulakan kerjaya sebagai staf di ladang sebelum menjadi penyelia di kilang pertama IOI, Morisem A sejak awal 1990 - an.
  2. Dinaikkan pangkat menjadi Production Executive di Leepang, Morisem POM 'B', Pamol dan sekarang menjadi Penolong Pengurus di Sakilan POM.
  3. Semasa saya menjadi Cadet Engineer, March 2004, di Morisem POM 'B', saya telah tinggal serumah sebelum beliau dipindahkan ke Pamol POM. Walaupun masa bekerja bersama tidak lama, namun saya meletakkan beliau antara orang yang paling banyak memberi pengaruh untuk saya menjadi seorang Jurutera / Pengurus yang baik di industri hari ini.
  4. Sikap beliau yang sentiasa positif di dalam semua hal ehwal kerja menyebabkan saya cintakan kerja saya hari ini.
  5. Saya amat berharap jika beliau mengambil peperiksaan Jurutera Stim dan menjadi seorang Pengurus satu hari nanti. Saya yakin, beliau akan menjadi seorang Pengurus yang baik.
  6. Richard, teruskan sikap murni anda. Industri sawit negara amat bertuah kerana menpunyai seorang eksekutif yang amat komited pada kerja dan sentiasa positif di dalam semua perkara.
  7. Terima kasih di atas perkongsian pengalaman semasa bekerja bersama. Saya tidak akan berada di tempat saya hari ini jika saya tidak bertemu anda. Semoga anda terus berjaya di dalam kehidupan!

29hb. July 2009, Sakilan Palm Oil Mill, Sandakan, Sabah. IOI Corporation Berhad.