Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, 20 November 2025

Lelaki

Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.

Kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja.” — Hamka**

Maksud utama kata-kata ini: Hamka ingin menyampaikan bahawa manusia — khususnya seorang lelaki — tidak boleh hidup sekadar menjalani rutin atau bekerja hanya kerana terpaksa. Jika hidup hanya untuk makan, tidur, dan menghabiskan hari, maka tidak ada bezanya manusia dengan haiwan yang juga melakukan hal yang sama.

Hamka mengajak lelaki untuk:

1. Hidup dengan tujuan (purpose)

Lelaki yang benar bukan hidup ikut arus. Dia bangun setiap hari dengan tujuan — untuk memperbaiki diri, menjaga keluarga, membina nilai, dan memberi manfaat kepada orang lain. Tanpa tujuan hidup, jiwa akan kosong.

2. Bekerja dengan niat, maruah, dan tanggungjawab

Haiwan bekerja untuk hidup; manusia bekerja untuk memakmurkan, membaiki, dan meninggalkan kesan.
Hamka mengingatkan: kerja seorang lelaki bukan sekadar cari gaji — tetapi membina nilai, amanah, dan masa depan.

3. Jangan hidup secara automatik

Ramai lelaki terperangkap dalam rutin: bangun → kerja → balik → tidur.
Hamka mengingatkan bahawa lelaki sepatutnya hidup dengan sedar — mencari ilmu, memperbaiki akhlak, mengembangkan potensi, membina hubungan, dan berusaha menjadi lebih baik hari demi hari.

4. Lelaki perlu ada prinsip

Manusia diberikan akal dan jiwa.
Lelaki yang bermaruah adalah lelaki yang hidup dengan prinsip — bukan sekadar mengejar kesenangan atau survival.


Inti pesanan Hamka kepada lelaki:

Jangan hanya hidup.
Hiduplah dengan makna.
Jangan hanya bekerja.
Bekerjalah dengan jiwa, amanah, dan tujuan.

Itulah yang membezakan manusia — terutamanya lelaki — daripada makhluk lain.

#hamka #anekdotindonesia 

Friday, 7 November 2025

10 perkara untuk bangunkan diri setiap hari

Senarai 10 perkara tu memang sangat penting untuk pembangunan diri yang seimbang. Berikut sedikit penjelasan dan contoh cara untuk tingkatkan setiap satu:

1. Mindset (Pemikiran)
➤ Fokus: Membangun pemikiran positif dan berkembang (growth mindset).
💡 Contoh: Tukar ayat “Saya tak pandai” kepada “Saya sedang belajar jadi lebih baik.”

2. Skills (Kemahiran)
➤ Fokus: Asah kemahiran baru atau tingkatkan yang sedia ada.
💡 Contoh: Belajar komunikasi berkesan, kemahiran digital, atau public speaking.

3. Health (Kesihatan)
➤ Fokus: Jaga tubuh dan minda.
💡 Contoh: Amalkan senaman ringan, tidur cukup, pemakanan seimbang.

4. Relationship (Hubungan)
➤ Fokus: Bina hubungan sihat dan saling menyokong.
💡 Contoh: Luangkan masa berkualiti dengan keluarga dan rakan.

5. Focus (Tumpuan)
➤ Fokus: Kurangkan gangguan dan belajar mengurus masa.
💡 Contoh: Guna teknik Pomodoro atau senarai tugasan harian.

6. Habit (Tabiat)
➤ Fokus: Bentuk tabiat kecil yang konsisten.
💡 Contoh: Bangun awal, baca 10 minit sehari, tulis jurnal syukur.

7. Knowledge (Ilmu)
➤ Fokus: Sentiasa belajar — formal atau tidak formal.
💡 Contoh: Baca buku, sertai webinar, dengar podcast bermanfaat.

8. Resilience (Ketahanan)
➤ Fokus: Kekuatan untuk bangkit selepas kegagalan.
💡 Contoh: Lihat cabaran sebagai peluang untuk belajar.

9. Creativity (Kreativiti)
➤ Fokus: Berfikir di luar kebiasaan dan cipta idea baru.
💡 Contoh: Cuba aktiviti seni, reka strategi unik dalam kerja.

10. Contribution (Sumbangan)
➤ Fokus: Beri nilai kepada orang lain.
💡 Contoh: Kongsi ilmu, bantu komuniti, jadi mentor.

#positive

Saturday, 18 March 2023

Small things

“Great things are done by a series of small things brought together” 
( Van Gogh)

Sunday, 26 April 2020

Sunday, 19 April 2020

Sabar

"Sabar bila diuji, itu lumrah
Syukur bila diuji, itu anugerah."
(Hjh. Siti Nadzrah Sheh Omar)

Friday, 17 April 2020

Cause and Express

"Work for a cause, not for applause,
Life life to express, not to impress."
(Grace Lichtenstein)

Mencari Ilmu


Barang siapa yang keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sampai ia kembali ( HR Tirmidzi)

Nikmat Hakiki

Abu Qudamah asy-Syami; Pahlawan Islam

“Ketahuilah bahawa segala yang dicari oleh setiap orang adalah nikmat. Akan tetapi, kenikmatan yang hakiki adalah kebahagiaan di akhirat kelak dan segala nikmat selainnya akan lenyap.
Sesuatu yang bermanfaat di dunia dan akhirat seperti ilmu dan akhlak yang baik, inilah kenikmatan yang hakiki. Adapun, sesuatu yang memudaratkan di dunia dan akhirat pula merupakan bala (kerugian) yang hakiki.
Manakala, bermanfaat di dunia akan tetapi memudaratkan di akhirat seperti mengikuti hawa nafsu pula merupakan bala bagi orang yang berakal, sekalipun orang jahil menganggapnya nikmat.”

Membaca

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah; Ulama Hadis Yang Bernasab dengan Khalid al-Walid; Sahabat Rasulullah SAW

“Buku itu tidak dapat dicungkil rahsia yang terpendam di dalamnya melainkan setelah dibaca habis kesemuanya.”

Belajar Ilmu

Ibnu Hajar al-Asqalani; Ulama, Ahli Hadis dan Ahli Sufi Dalam Kalangan Mazhab Syafie

“Belajar sesuatu ilmu hendaklah dilakukan dengan bertahap. Ini kerana jika sesuatu permulaannya mudah, ia akan menarik bagi orang-orang yang mempelajarinya. Jika hal itu terjadi, maka pelajaran pun akan diterima dengan mudah. Akhirnya, sedikit demi sedikit ilmunya akan bertambah.”

Ucapan buruk

Imam Syafie; Imam Mazhab Syafie
“Jika engkau ingin hidup tanpa kehinaan, agama dan kehormatanmu sentiasa terjaga. Maka, janganlah terucap darimu keburukan seseorang… Ini kerana setiap yang ada padamu adalah aib, sedangkan orang lain juga memiliki lisan. Jika matamu menampakkan padamu aib-aib orang lain, maka tinggalkanlah dan katakan padanya mereka juga punyai mata…”

Ucapan

Rabi’ Ibnu Khutsaim; Ulama Tabi’in dan Murid Kesayangan Abdullah bin Mas’ud; Sahabat Rasulullah SAW

“Apa-apa yang kamu ucapkan di sini (dunia), maka akan ditulis dan dibacakan semuanya nanti di sana (akhirat).”

Amalan kecil

Abdullah bin Mubarak (Ibnul Mubarak); Ulama dan Ahli Hadis Terkenal

“Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar disebabkan niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.”

Salam

Imam Abu Hanifah; Imam Mazhab Hanafi

“Tunjukkanlah kasih sayang sesama manusia seluruhnya dan ucapkan salam kepada semua orang walaupun orang yang kurang baik budi pekertinya.”

Masa

Hasan Al-Basri; Ulama Tabi’in

“Wahai anak Adam, (masa) siangmu adalah tamumu, maka berbuat baiklah terhadapnya. Kerana sungguh, jika engkau berbuat baik kepadanya, nescaya dia akan pergi dengan memujimu. Dan, apabila engkau berbuat buruk terhadapnya maka dia akan pergi dengan mencercamu, begitu pula dengan malammu.”

Batin

Umar bin Abdul Aziz; Khalifah Zaman Umaiyah

“Perbaikilah batin kalian, nescaya Allah akan memperbaiki lahiriah kalian. Perbanyakkanlah mengingat kematian dan bersiap-siaplah sebelum ia datang, kerana kedatangannya merupakan penghapus setiap kenikmatan.”

“Saudara sekalian, siapa yang taat kepada Allah, maka ia wajib ditaati dan siapa yang bermaksiat kepada-Nya, maka tidak ada ketaatan baginya. Taatilah aku selama aku taat kepada Allah, namun jika aku bermaksiat maka janganlah kalian mentaatiku!”

Lidah & Hati


  1. "Tidak ada sesuatu pun yang lebih baik daripada lidah dan hati apabila digunakan dengan lebih baik. Dan, tidak ada yang lebih baik daripada lidah dan hati apabila digunakan dengan cara yang lebih baik." (Luqman al-Hakim)

Thursday, 16 April 2020

Kejayaan, Umur, Didik Anak, Diam

  1. "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang" (Cecil B. DeMille)
  2. "Allah menyayangi orang - orang yang mengentahui kadar dirinya & tidak melewati batas perjalanannya, menjaga lisannya & tidak mensia - siakan umurnya." (Saidina Ali RA)
  3. "Didiklah anak - anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau." (Saidina Umar al-Khattab)
  4. "Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya."
Post yang sama di 

Menulis dari hati



INSPIRASI
  1. Saya biasanya akan meletakkan label "Keypad" pada tulisan saya yang berbentuk penulisan dari hati.
  2. Pelbagai perkara boleh muncul semasa saya menulis. Ia adalah perasaan sebenar saya pada masa itu.
  3. Ia boleh jadi saya tengah mempunyai masalah, tengah berfikir untuk mencari jalan keluar daripada masalah dan boleh jadi juga saya tertarik dengan sesuatu. Gembira, menangis dan apa jua perasaan yang saya alami.
  4. Pagi ini saya tertarik dengan sebuah post di Linkeldn seorang rakan sekerja. Post itu amat jujur dan ikhlas. Saya terus mendapat inspirasi daripada post tersebut.
  5. Sejak sekian lama, apa sahaja yang saya lakukan adalah untuk itu. Menulis dari hati. Saya mula menjadi blogger pada tahun 2009 disebabkan ingin menyimpan sebuah jurnal kehidupan saya dan meluahkan perasaan saya pada masa itu. Sudah semestinya ia mestilah beretika dan perkara bermanfaat. Bukan bersifat emosi dan juga memberi mudarat kepada orang lain.
  6. Banyak perkara bermain di hati saya. Diri saya ibarat blog ini. Pelbagai tajuk dan topik saya bincang, maka itu lah saya. Namun, saya memberi jaminan kepada anda semua, setiap post yang saya lakukan ada manfaat di sebalik post tersebut. Jika bukan untuk anda, ia adalah untuk diri saya sendiri.
  7. Dalam banyak keadaan, saya sebenarnya lebih banyak bersifat pentingkan diri - sendiri. kebanyakkan post yang saya lakukan di sini sebenarnya adalah untuk diri saya sendiri. Setiap satunya bermanfaat untuk saya, maka dengan itu saya turut berkongsi dengan anda semua.
  8. Mengutip sesuatu yang bermanfaat adalah pelajaran sepanjang kehidupan. Ia adalah universiti kehidupan.
  9. Suatu hari, semasa singgah di sebuah kedai buku, saya tertarik dengan kata - kata motivasi berkenaan galakan membaca. Saya ambil gambar dan kemudian post di blog ini. Saya telah simpan di sini untuk dijadikan rujukan apabila saya perlukannya suatu hari nanti.
  10. Semasa saya berkongsi post berkenaan motivasi, bukanlah pada waktu itu saya mempunyai motivasi yang tinggi. Tapi sebaliknya. Saya tengah tidak bermotivasi, malah amat perlukan motivasi. Maka saya cari kata - kata yang boleh memberi ransangan semula kepada saya. Self motivated.
  11. Semasa berkongsi dengan masalah depression dan cara - cara untuk menangganinya, saya bukanlah pakar dalam bidang tersebut. Tapi saya tengah mengalami depression yang amat sangat dan tengah cuba untuk mencari jalan keluar darinya.
  12. Kehidupan sebagai manusia inilah lumrahnya. Ada kalanya kita gembira, ada kalanya kita sedih. Ada kalanya kita senang dan ada kalanya kita juga susah. Ia adalah putaran roda kehidupan.
  13. Sebagai manusia biasa yang tidak lari daripada ujian kehidupan, dugaan dan cubaan dalam apa jua keadaaan, kita perlukan sesuatu, seseorang untuk menyokong kita.
  14. Kita perlukannya apabila keadaan dan masa tiba.
  15. Kita perlu menyokong satu sama lain.
  16. Salah satu perkara paling berharga adalah memberi inspirasi.
  17. Kita perlukan inspirasi.
  18. Orang lain juga perlukan inspirasi.
  19. Apabila kita menulis, biar penulisan kita memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan kebaikan dan seterusnya melakukan yang terbaik. Itulah ciri - ciri seorang ketua yang hebat. Mampu untuk memberi galakan kepada anak buahnya untuk melakukan perkara yang hebat.
  20. Ya. Menulis dari hati mampu memberi inspirasi. Ia jujur, ikhlas dan hadir dari hati yang mahukan orang lain mendapat manfaat.

Terima kasih Ilham kerana memberi ilham dan inspirasi kepada saya. 

Wednesday, 15 April 2020

Time to invent

Kata - kata hikmah


"When things are bad, it is time to invent ourself".

Mesyuarat TMC.