Kenapa Memanah Itu SUNNAH?
Kerana...
1) Ianya adalah Sunnah Fiiliyyah, Taqririyyah dan Qauliyyah. Maka, setiap perbuatan, percakapan serta saranan Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam bukanlah dari hawa nafsu Baginda SallALLAHu Alaihi Wasallam tetapi ianya adalah Wahyu dari ALLAH Azza Wajalla.
2) Untuk pembaikan sistem vebtebrae (Tulang Belakang) terutamanya pada servical, toracs dan lumbar.
3) Bagi penambahbaik pulihan Sistem cardiovascular terutamanya bagi sistem injap jantung iaitu aortic, biskuspid, trikuspid dan pulmonari.
4) Untuk meransang Sistem neuron, terutamanya di Thalamus dan Hipothalamus (Otak Tengah).
Rata-rata bertanya, pada usia berapa tahunkah anak-anak sudah mula dilatih memanah?
Jawapannya adalah pada usia seawal mereka boleh memegang dan menggenggam busur/busar panah. Kerana asas utama dalam memanah selain dari kedudukan tapak, adalah memegang dan menggenggam busur/ busar panah.
Dalam Memanah, terdapat 4 perkara penting dari sudut fizikal dan 4 perkara penting dari sudut mental.
Fizikal :
1) Posisi Tubuh dan Busur
2) Struktur Tubuh dan Busur
3) Sistem Pernafasan ( Respiratori) dan Sistem Darah ( Karsiovaskular)
4) Relatif Am ( Hukum Inersia)
Mental :
1) Keupayaan Otak Depan
2) Ketenangan
3) Ketepatan mata dan taakulan neuron
4) Kewarasan sasaran
Maka, jika dihurai setiap satu dari perkara ASAS di atas, maka fahamlah kita kenapa Memanah itu Sunnah.
Memanah adalah suatu RIADAH dan sewajarnya setiap Muslim mengamalkannya, bukannya menunggu 'semboyan' baharulah masing-masing sibuk hendak berlatih atau belajar memanah.
Indahnya Sunnah diamalkan dengan ILMU dan FAHAM.
Dalam Islam ada Sains BUKAN dalam sains ada Islam.
Credit to ust Wan Asrul Al Kalantani
Showing posts with label Archery. Show all posts
Showing posts with label Archery. Show all posts
Sunday, 9 December 2018
Thursday, 8 January 2015
Busur dan panah / bow and arrow
Contoh busur tradisional / klasik / warisan
Contoh busur moden
Panah.
Artikel ini ditujukan untuk beginer yang mahu mula kenal panah.
1. Panah terdiri dari 2 jenis. Moden dan tradisional (nama lain di Malaysia - tradisional/klasik/warisan)
Perbezaan antara keduanya adalah dari banyak segi.
1.1 bentuk panah
1.2 reka bentuk
1.3 cara penggunaan
Panah yang diguna di sukan olimpik dikategorikan sebagai panah moden. Manakala panah dalam cerita Lord of the Ring adalah panah trandisional/klasik/warisan.
2. Model panah
Setiap panah moden dan klasik mempunyai model yang banyak di seluruh dunia. Masing2 mempunyai model berbeza. Ibarat pembuat kereta, begitau juga dengan nama pembuat busur panah yang ramai di dunia.
Antara pembuat panah klasik adalah
1. Saluki - US
2. Kaya, Nomad, Samick - Korea
3. Grozer - Turkey
Jenis - jenis bow
1. Korea traditional bow
2. Turkish bow
3. Long bow
3. Kekuatan
Bow untuk dewasa bermula dengan kekuatan 30 pound hingga 80 pound.
Bagi busur klasik yang ada di pasaran, bermula 30 pound hingga 55/60 pound.
Kiraan pound juga berbeza mengikut negara. Piawaian negara berbeza - bez kerana pengukur yang diguna berbeza.
Sebab itu ada perbezaan untuk pound bow Kaya 40# dengan Grozer 40#.
Untuk permulaan, saya syorkan dewasa lelaki berumur 20 tahun ke atas bermula dengan 35#.
Untuk mereka yang aktif dan bina badan, saya syorkan bermula dengan 40#.
Jika seorang askar, saya syorkan 45# ke atas.
4. Budget. Berapa ringgit harganya?
Di Malaysia, pasaran busur semakin meriah selari dengan penubuhan kelab di merata negeri. Dengan usaha kempen oleh semua pihak, lahir banyak usahawan yang menjual barangan panah sama ada secara aktif ataupun part time.
Antara yang terkenal di kalangan pemanah klasik adalah Zawra Traditional Archery di Kluang, Johor (Abu Dzar) dan Aufa Archery, Kota Kinabalu, Sabah (Mohd Safar aka Aufa). Banyak lagi penjual panah di Malaysia. Cari di Facebook.
Harga busur : bermula rm600 hingga rm10,000 mengikut jenis.
Anak panah : bermula rm8/sebatang hingga rm80/sebatang.
Jenis anak panah
1. Carbon
2. Kayu
3. Buluh
4. Fiber
5. Alumunium
Jenis jenis fletcher
1. Bulu burung
2. Vane / plantik
3. Bulu burung sintetik
Peralatan lain - lain :
1. Draw glove
2. Arm guard
3. Rest glove
4. Thumb ring
Sebagai panduan,
Untuk Kaya Bow dan 10 batang anak panah carbon, beserta draw glove, arm guard, kos adalah rm800-1000/set.
5. Berlatih
Pengembaraan dalam panahan tidak lengkap tanpa ada guru atau jurulatih. Kaedah terbaik dalam nak belajar memanah adalah mencari mereka yang pandai memanah atau guru panah.
Nampak mudah, tetapi banyak ilmu perlu adalah sebelum anda mula memanah.
Jika anda tidak mempunyai guru berdekatan, dapatkan maklumat melalui penjual busur panah itu. Insya Allah, beliau akan membantu.
6. Disiplin dan pantang larang memanah
Saya tidak akan huraikan di sini kerana ia merupakan ilmu yang penting. Ketahui melalui jurulatih anda.
Sila ikuti semua disiplin dan pantang larang tersebut.
7. Niat belajar panah
Semua usaha belajar dan berlatih memanah mesti di niat kan
7.1 untuk belajar sunnah Nabi
7.2 untuk agama
7.3 kerana Allah semata.
Ada pun niat lain2 nya adalah sampingan sahaja.
8. Persaudaraan, kelab memanah dan individu persendirian dalam "persaudaraan memanah"
Di Malaysia, saban hari muncul pelbagai kelab di setiap negeri. Berikut di senarai Kelab Kelab yang ada di Malaysia
1. Pertama
2. Zawra
3. Kelab Memanah Sunnah Kelantan
4. Kewaris - Sabah
(Akan dikemaskini dari masa ke semasa)
Persaudaraan memanah di Malaysia secara khusus melangkaui sempadan negeri, bangsa dan agama. Di dunia pula, ia merentas sempadan negara dan benua.
Ia adalah persaudaraan yang sangat luas. Ibarat seluas lautan dan setinggi awangan.
9. Busana
Antara keunikan panah klasik adalah busana. Pemanah digalak mengenakan busana tradisional semasa berlatih atau semasa pertandingan rasmi.
Keindahan bangsa boleh dilihat dari pemakaian busana.
10. Teknik
Untuk panah klasik, pelbagai teknik ada. Ibarat cerita Legalos dalam Lord of The Ring yang memanah sambil berdiri, berlari, berkuda dan duduk, begitulah kayanya teknik dalam panah klasik.
Teknik tertinggi dalam panah klasik adalah teknik memanah sambil menunggang kuda.
Jom sertai kami hidupkan sunnah memanah di Malaysia.
Semoga diberkati Allah.
Penulis
Zulkefli Muhammad
Safra' Archery
Lahad Datu, Sabah.
Topik yang sama berkenaan panah
1. Manfaat memanah http://zul1979.blogspot.com/2014/05/benefits-of-archery.html
2. Gambar - gambar menarik memanah http://zul1979.blogspot.com/2014/04/archery-memanah-melontar-sunnah-yang.html
3. Prosedur memanah http://zul1979.blogspot.com/2014/03/prosedur-keselamatan-memanah.html
Sunday, 13 April 2014
Wednesday, 19 March 2014
Prosedur keselamatan memanah
Ref
LANGKAH KESELAMATAN
Pastikan peralatan memanah anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Anda perlu selalu |
mengawal anak panah dan jangan sesekali hilang kawalan dari segi langkah-langkah
|
keselamatan. Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu dipatuhi:
|
JANGAN SAMA SEKALI :
|
a. MELAKUKAN DRY FIRE ( Panahan tanpa anak panah).Ini akan menyebabkan kerosakkan |
kepada busar.
|
b. MENARIK DAN MENGHALAKAN BUSAR ATAU MELAKUKAN PANAHAN KETIKA
|
TERDAPAT SASARAN BERGERAK DI HADAPAN (busar hanya boleh diarahkan kepada
|
target butt sahaja).
|
c. MELAKUKAN PANAHAN KE UDARA.
|
d. BERGURAU SENDA ATAU BERMAIN-MAIN DENGAN PERALATAN MEMANAH.
|
PERHATIAN : Pemanah-pemanah yang melakukan kesalahan di atas boleh disingkirkan dari
|
pertandingan .
|
Periksa peralatan anda selalu. Pastikan ianya dililin dan tidak rosak. Baiki sebarang kerosakan |
sekiranya perlu.
|
Periksa samada nocking point berada di kedudukan yang betul. Anda sepatutnya tahu |
bagaimana untuk menggantikan knocking point yang telah rosak.
|
Periksa nocks dan mata panah. |
Pastikan batang anak panah adalah lurus. |
Pastikan semua peralatan seperti finger tab, arm guard dan lain-lain dalam keadaan yang baik, |
selamat dan sesuai untuk digunakan.
|
Pastikan rumput padang dalam keadaan pendek supaya senang mencari anak panah yang |
hilang.
|
Penanda padang dan garisan mestilah jelas dan kekal. |
Pastikan target stand dalam keadaan yang baik dan selamat. |
Sekiranya target butt menjadi lembut dan anak panah boleh menembusinya, gantikan dengan
|
lebih baik.
|
Gunakan whistle yang kuat atau beri arahan dengan jelas dan kuat supaya semua orang |
dengar dengan jelas dan faham.
|
Kecederaan yang biasa dalam sukan memanah ialah apabila lengan dilibas oleh tali |
panah.Punca utama kecederaan berlaku ialah kerana pemanah membuat kesilapan semasa
|
memanah.
|
Sekiranya anak panah jatuh ke atas tanah berdekatan dengan shooting line, JANGAN AMBIL |
ANAK PANAH TERSEBUT, kecuali selepas semua pemanah menghabiskan panahan.
|
Semasa mencari anak panah yang hilang , pastikan pemanah MEMANDANG KE HADAPAN
|
supaya tidak tertikam anak panah sendiri atau kepunyaan orang lain.
|
Anak panah yang tercacak pada sasaran adalah sama bahaya dengan anak panah yang
|
sedang terbang.
|
Semasa mencabut anak panah dari sasaran, letakkan sebelah tapak tangan ke target butt dan |
sebelah lagi memegang anak panah. Tarik dengan cara memusingkan anak panah tersebut.
|
Pemanah boleh menggunakan alatan mencabut anak panah. Pastikan muka pemanah tidak |
berada di belakang anak panah kerana ia mungkin terkena muka atau mata semasa cabutan
|
dilakukan.
|
Gunakan alat pelindung ( chest guard, arm guard )semasa memanah bagi mengelakkan |
kecederaan.
|
Pastikan tiada manusia atau binatang berada di hadapan shooting line. Jangan benarkan |
pemanah bermain-main dengan peralatan memanah.
|
Tentukan jarak yang sesuai antara satu sama lain bagi mengelakkan pemanah bersentuhan.
|
Jarak yang dicadangkan adalah lebih kurang 0.5 meter di antara pemanah.Ini memberikan
|
ruang yang cukup untuk pemanah melakukan panahan.
|
Pastikan semua orang berada dibelakang shooting line selepas arahan memanah diberikan. |
Jangan sama sekali menyentuh atau memegang busar yang sedang ditarik dengan tujuan
|
untuk menunjuk cara atau membetulkan sesuatu.Jurulatih perlu berada di belakang pemanah.
|
Sekiranya lengan seorang pemanah dilibas oleh tali panah, gunakan ketulan ais atau sebarang
|
air yang sejuk bagi mengurangkan lebam dan bengkak. Pemanah baru hendaklah memakai
|
pelindung lengan pada setiap masa.
|
Galakkan pemanah memberitahu sekiranya mereka mengalami sebarang kesakitan ataupun |
ketidakselesaan pada bila-bila masa.
|
Tunjukkan langkah-langkah yang betul kepada semua pemanah. |
Penyelenggaraan peralatan |
Memasang mata panah ( point ) pada hujung batang anak panah aluminium ( shaft )
|
Shaft aluminium disertakan dengan point jenis masuk ( insert ). Cara memasukkan point jenis ini
|
kebiasaannya dengan menggunakan gam ( hot melt glue ) yang dipanaskan terlebih dahulu.
|
Proses memasang point adalah seperti berikut : |
1) Bersihkan kotoran pada shaft.
|
2) Menggunakan nyalaan api yang kecil, untuk memanaskan gam ( hot melt glue ).
|
3) Tekan mata anak panah lebih kurang 6 mm dalam batang shaft.
|
4) Panaskan gam ( hot melt glue ) dan lekatkan sedikit gam yang telah cair pada point.
|
5) Tekan perlahan-lahan point ke dalam shaft.
|
Proses menanggalkan mata anak panah ( point ) dari shaft : |
1) Panaskan sedikit hujung point.
|
2) Pegang hujung point dengan menggunakan playar.
|
3) Putar dan tarik keluar point.
|
4) Sekiranya point tidak dapat dicabut, ulangi langkah-langkah di atas.
|
Memasang point ke dalam anak panah karbon
|
Gunakan hot melt glue. Perhatian : Anak panah karbon tidak boleh dipanaskan terlalu lama.
|
Proses pemasangan mata anak panah adalah seperti berikut :
|
1) Bersihkan bahagian dalaman anak panah.
|
2) Panaskan hot melt glue sehingga cair dan lekatkan kepada batang mata anak panah.
|
3) Pegang hujung mata anak panah dengan sepasang playar.
|
4) Panaskan sedikit mata anak panah .
|
5) Tekan mata anak panah perlahan-lahan ke dalam batang anak panah. Bersihkan lebihan gam.
|
6) Ulangi langkah-langkah di atas sekiranya perlu.
|
PERHATIAN – Kepanasan yang melampau boleh merosakkan anak panah.
|
1) Panaskan sedikit point.
|
2) Gunakan sepasang playar untuk mencabut point.
|
3) Putar dan cabut point perlahan-lahan.
|
4) Sekiranya gagal, ulangi kembali proses di atas.
|
Menyapu lilin pada tali panah
|
Untuk melindungi tali panah daripada lusuh, ianya perlu disapu dengan lilin selalu.
|
Lilin boleh dibeli daripada kedai peralatan memanah.
|
Anda hanya perlu menyapukan lilin pada keseluruhan tali panah.JANGAN LILINKAN CENTER
|
SERVING
|
Tali panah patut dililin selalu, lebih kurang setiap tiga minggu.
|
Kelab Memanah SK Peserai
1.PERALATAN MEMANAH
2. LAPANG SASAR
3.TEKNIK MEMANAH YANG BETUL
4. JURULATIH
Menanggalkan point dari anak panah carbon
Subscribe to:
Posts (Atom)






























