Tuesday, 27 October 2026

Review buku MY JOURNEY IN PALM OIL INDUSTRY

Preview BUKU KEDUA MY JOURNEY IN PALM OIL INDUSTRY - ELAEIDOBIOUS KAMERUNICUS

Antara perkara yang paling menyentuh hati saya selepas menerbitkan buku pertama ialah maklum balas daripada beberapa orang pembeli.

Ada ibu dan bapa yang membeli buku saya kerana anak mereka mempunyai impian untuk menjadi seorang jurutera. Mereka berharap agar perkongsian pengalaman dan perjalanan hidup saya dalam bidang kejuruteraan dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada anak-anak mereka.

Lebih menyentuh hati, ada antara mereka yang berkongsi bahawa berdekad yang lalu, mereka pernah membaca blog Kembara Insan untuk mencari nota-nota persediaan Peperiksaan Jurutera Stim. Mereka cukup teruja apabila mengetahui bahawa saya akhirnya menerbitkan buku pertama.

Sejujurnya, maklum balas seperti ini membuatkan saya cukup terharu.

Selama 18 tahun menulis di blog Kembara Insan, inilah antara harapan terbesar saya — agar setiap pengalaman, ilmu dan perkongsian yang ditulis dapat memberikan manfaat kepada orang lain.

Saya mungkin tidak pernah mengenali semua pembaca yang mengikuti penulisan saya selama ini. Namun, setiap maklum balas yang diberikan amat saya hargai. Jika diberikan kesempatan untuk bertemu mereka secara peribadi, pastinya saya sangat berbesar hati.

Akhirnya, saya sedar bahawa menulis bukan sekadar tentang apa yang ingin kita ceritakan, tetapi juga tentang manfaat yang mungkin diterima oleh orang lain daripada cerita kita.

Terima kasih kepada semua yang pernah membaca, mengikuti dan memberikan maklum balas terhadap penulisan saya.

Semoga setiap perkongsian terus menjadi sesuatu yang bermanfaat, walaupun untuk seseorang yang tidak pernah saya temui.

BORNEO RIDER
Kembara Insan

No comments:

Post a Comment