Showing posts with label mrsmkt. Show all posts
Showing posts with label mrsmkt. Show all posts

Saturday, 27 September 2025

Mencari Haluan Hidup: Bagaimana Menemui Minat Dalam Bidang Kejuruteraan

Apabila seseorang pelajar berada di tingkatan lima, persoalan tentang masa depan seringkali bermain di fikiran. Bidang apakah yang patut dipilih? Apakah minat sebenar saya? Dan sekiranya saya cenderung ke arah kejuruteraan, bidang manakah yang sesuai dengan diri saya? Persoalan ini bukan sahaja relevan untuk pelajar MRSM, tetapi juga untuk semua remaja yang sedang berusaha menentukan hala tuju hidup mereka.

Pertama sekali, langkah awal ialah mengenali diri sendiri. Minat biasanya lahir daripada kecenderungan semula jadi. Sekiranya seorang pelajar suka mengendalikan mesin, membaiki basikal atau motosikal, mungkin bidang kejuruteraan mekanikal lebih dekat di hati. Jika pelajar teruja melihat litar, peralatan elektrik atau gajet, kejuruteraan elektrik dan elektronik boleh menjadi pilihan. Mereka yang suka melukis pelan, memikirkan struktur atau membina sesuatu pula lebih sesuai dengan kejuruteraan awam, manakala pelajar yang gemar komputer, perisian atau teknologi digital mungkin akan menyerlah dalam bidang kejuruteraan komputer.

Namun, minat sahaja tidak cukup. Pelajar perlu bertanya soalan “kenapa” kepada diri mereka sendiri. Adakah minat itu hadir kerana suka menyelesaikan masalah? Atau kerana teruja melihat inovasi dan ciptaan baharu? Mengetahui sebab di sebalik minat akan memberikan keyakinan untuk bertahan dalam bidang yang dipilih, walaupun berdepan cabaran di universiti kelak.

Selain itu, pelajar digalakkan untuk membuat kajian kecil. Pada zaman teknologi maklumat ini, banyak video, artikel dan perkongsian pengalaman jurutera boleh dicapai dengan mudah. Melihat bagaimana jurutera bekerja dalam dunia sebenar akan membuka mata pelajar terhadap cabaran dan keseronokan dalam sesuatu bidang.

Tidak kurang penting juga ialah pengalaman praktikal. Sertai kelab robotik, pertandingan STEM, atau projek berkumpulan di sekolah. Melalui pengalaman sebegini, pelajar bukan sahaja belajar kemahiran teknikal, tetapi juga membina keyakinan diri. Minat yang kabur akan menjadi lebih jelas apabila pelajar “merasai sendiri” dunia yang ingin diceburi.

Akhir sekali, pelajar harus ingat bahawa tiada pilihan yang salah. Kadangkala seseorang memilih bidang tertentu, namun apabila melangkah ke universiti, minatnya berubah. Itu sesuatu yang normal. Asas kejuruteraan adalah luas dan kukuh; walaupun menukar cabang, ilmu yang diperoleh tetap berguna.

Kesimpulannya, mencari minat dalam bidang kejuruteraan bukanlah soal memilih jawapan yang tepat sekali gus, tetapi soal berani mencuba, terbuka kepada pengalaman baharu, dan jujur mengenali diri sendiri. Minat tidak semestinya hadir dengan segera – ia berkembang seiring pengalaman dan usaha. Yang penting, pelajar tingkatan lima perlu yakin bahawa setiap langkah yang mereka ambil hari ini akan menjadi asas kepada perjalanan besar masa depan.

#engineer #engineering #minat #palmoilmill #steamengineer

Thursday, 5 June 2025

✈️ “Jadilah Juruterbang yang Beriman”



Baru-baru ini, anak ketiga saya menyatakan hasratnya:

👉 “Ayah, saya nak jadi juruterbang.”

Reaksi pertama saya teringat kembali pesan seorang guru yang amat saya hormati, Cikgu Khairiah Abdullah Al Haj, ketika saya di Tingkatan 4 MRSM Kuala Terengganu:

✨ “Jadilah seorang juruterbang yang beriman.”

Kerana imanlah yang akan menjadi kompas dalam apa jua perjalanan, walau setinggi mana pun kita terbang.


Dalam kereta, setiap kali berbual rancak dengan abangnya, dia bercerita penuh semangat tentang cita-citanya. Saya tersenyum, lalu berkongsi perjalanan hidup saya sendiri – penuh liku, penuh hikmah.

  • Sekolah rendah → saya mahu jadi angkasawan, menyentuh bintang. 🌌

  • Sekolah menengah → minat biologi kerana cara Cikgu Nik Nun Abu Bakar mengajar, saya bercita-cita jadi doktor. 🩺

  • Matrikulasi & Ijazah di USM → keputusan sederhana, tidak dapat bidang perubatan. Allah beri pilihan ketiga: Kejuruteraan Mekanik. ⚙️

Saya tamat belajar dengan keputusan yang lemah. Namun dengan ilmu kejuruteraan dan kemahiran komunikasi, saya dapat pekerjaan sejurus graduasi. Dan dari situlah kerjaya jurutera saya bermula.

Jujurnya, saya tidak pernah bercita-cita menjadi jurutera. Industri pun tidak saya pilih. Tetapi Allah menakdirkan saya ke dalam industri sawit sejak 2004 hingga kini.


Pesan kedua saya kepadanya:
Buka akaun LinkedIn, ikuti mereka yang sudah berjaya sebagai juruterbang. Cari inspirasi, kerana dunia kerjaya bukan sekadar tentang pekerjaan, tetapi juga tentang komuniti dan perjalanan membina diri.

Minggu lalu saya bawa dua anak lelaki sertai Toastmaster Meeting. Saya sendiri berucap, dan kami mendengar kisah seorang banker yang sanggup menukar kerjaya kerana tidak mahu lagi menghabiskan 2–3 jam sehari di kereta api. Hidup ini penuh simpang, ada masa kita perlu berani menukar arah.


Akhirnya saya katakan kepada anak-anak saya:

🌿 “Carilah apa jua kerjaya dalam hidup. Tetapi jangan hanya cari pekerjaan, carilah juga kebijaksanaan. Fokus untuk belajar banyak kemahiran hidup, kerana kita tidak pernah tahu di mana Allah akan menetapkan persinggahan kita.”

Doakan semoga anak saya dan kita semua dipandu ke jalan terbaik dalam kehidupan – jalan yang bukan sahaja membawa kejayaan, tetapi juga keberkatan.


📚 Footnote

  1. Cita-cita adalah doa. Tetapi takdir adalah rahsia. Usaha kita adalah jambatan antara keduanya.

  2. Kerjaya bukan sekadar pekerjaan, ia adalah perjalanan untuk mengenal diri dan menghargai kehidupan.

  3. Ilmu, iman, dan kemahiran hidup – tiga bekal utama untuk menempuh jalan panjang kehidupan.



#blog #blogger #kembarinsan 

Friday, 24 April 2020

Manfaat untuk pencarum EPF/KWSP dan SOCSO/PERKESO yang meninggal dunia

Assalamualaikum wt dan selamat berpuasa kepada semua.

  1. Saya panjatkan doa kepada semua, yang masih hidup mahu pun kepada yang telah meninggalkan kita semua. Berada dalam hidayah dan taufek Allah di mana jua berada.
  2. Saya menulis saat ini berada dalam PKP fasa ketiga. Hari pertama Ramadhan 1441H yang penuh berkat. Hari Jumaat penghulu segala hari.
  3. Semalam menerima berita kematian rakan sekolah yang telah meninggalkan empat orang anak yatim piatu. Ayah mereka telah meninggal pada tahun 2016.
  4. Saya speechless. Tak tahu nak cakap apa. Bila mengenang seorang demi seorang rakan - rakan yang kita kenali mula meninggalkan kita. Bila pula masa kita?
  5. Kematian adalah nasihat yang terbaik. Nasihat untuk kita yang masih hidup, bahawa saat kita juga akan tiba masanya nanti. Untuk itu, kita yang mendapat nasihat daripada berita itu semestinya menjadi hamba Allah yang lebih baik dan beriman selepas ini. Jauhkan sengketa yang tidak perlu. Hindari maksiat. Kurangkan kecintaan kepada dunia yang tiada hujung. Dan segera melakukan kebaikan dan kebajikan dengan sisa masa kita yang masih tinggal.
  6. Baik. Jika seorang pencarum KWSP atau PERKESO meninggal dunia, apakah manfaat yang boleh diperolehi oleh waris pencarum?
  7. Berikut adalah manfaat tersebut:-
KWSP

PERKESO
1. Faedah pengurusan mayat RM2000 one off.
2. Faedah Pencen Penakat
Jadual 1
Waris (Balu/duda/anak) boleh mendapat Pencen Penakat (Bayaran bulanan) mengikut kiraan gaji sehingga tempoh tertentu (Jadual 1). Untuk suami isteri, bukti bertulis perkahwinan sangat penting. Jika tiada surat nikah, permohonan kemungkinan gagal.

Jika pencarum tidak meninggalkan balu/anak, ibubapa, adik - beradik dan datuk boleh mendapatkan manfaat tersebut. https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/faedah-orang-tanggungan

Selain daripada KWSP dan PERKESO, waris juga boleh mendapat khairat kematian jika menjadi pencarum berikut:-
1. Khairat kematian Khariah Masjid - jika jadi pencarum khariah masjid tempat tinggal.
2. Bantuan mengurus jenazah JPA RM3000. Pesara atau kakitangan kerajaan.
3. Bantuan kematian ASNB RM200-RM2000. Banyaran ikut baki pelaburan terakhir si mati.
4. Khairat kematian Skim Takaful RM2000-RM5000. Syarat pencarum Takaful.
5. Khairat kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi RM500-RM5000. Ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi.
6. Khairat kematian pencen. RM3000.

Bagaimana cara nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri ke tempat yang berkenaan. Sebaiknya dilakukan sebaik sahaja kematian. Jangan bertangguh.

Semoga bermanfaat.

Selamat beramal di bulan penuh berkat dan rahmat. Ya Allah, ampunilah kami semua dan hindarilah kami semua daripada bencana COVID 19. Ameen.


Link berkaitan untuk bacaan tambahan / Rujukan


Tuesday, 7 April 2020

Kelas Al Jabbar MRSM KT Batch 1995/1996

Hasil perkongsian rakan kelas dalam group Whatsapp. Gambar ini diambil dari Majalah Seri, iaitu majalah tahunan sekolah.


Ini pula gambar kelas semasa di tingkatan 4. http://zul1979.blogspot.com/2009/09/kelas-4j-al-jabbar-batch-9596.html. Gambar diambil di dalam pepustakaan.

Selepas meninggalkan sekolah, aku cuma pernah berjumpa dengan Pok We, Lia, Tengku Izani dan Wan Suzi. Lain dari itu tidak pernah berjumpa melainkan dalam group Whatsapp ataupun di media sosial. Semoga Allah pertemukan kita semua dalam majlis reunion ataupun apa - apa jua program.

24 tahun masa berlalu dengan begitu pantas. Matlamat utama aku menyimpan post ini adalah untuk rujukan. Gambar yang disimpan entah hilang di mana. Tetapi apabila disimpan di sini, ia akan kekal selagi masa blog ini masih aktif.

Aku doakan semua sahabat handai rakan sekelas dalam keadaan sihat disamping keluarga tersayang, sentiasa dalam rahmat Allah diberi hidayah dan taufek untuk melakukan amal kebaikan dan sentiasa mendapat ilmu bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Aku percaya, di pertengahan umur ini, kita semua mempunyai 1001 cabaran dalam kehidupan. Bertabah, sabar dan sentiasa memohon dari yang Esa.

Terima kasih.

Saturday, 22 February 2020

Yong Tau Fu tersedap di dunia Ustaz Abu Sufian menyatukan kami xMRSM KT 95/96











  1. Ustaz Abu Sofian adalah rakan sekolah MRSM KT 95/96. 
  2. Sejak tamat sekolah 24 tahun lepas, semalam adalah kali kedua jumpa dia.
  3. Ambil pesanan Yong Tau Fu tersedap di dunia. 
  4. Memang tersedap di dunia sungguh.
  5. UAS dalam kembara bandar - bandar di Lembah Klang.
  6. Aktif group whatsapp sekolah, masing - masing mengemaskini dan memberi testimoni bertapa sedapnya Yong Yau Fu karya UAS.
  7. Sedikit sebanyak, beliau sebenarnya menyatukan rakan - rakan sekolah yang masing - masing sibuk dengan urusan masing - masing.
  8. Walaupun tidak dapat bersua dalam alam nyata, pertemuan dalam group whatsapp cukup bermakna.
  9. Apa khabar semua rakan tualan?
  10. Harapnya semua sihat walafiat. Jaga diri. Jaga badan. Keluarga dan orang sekeliling kita amat memerlukan kita saat ini.
  11. Umur pertengahan ini pula penuh dengan cabaran. Semoga semua tabah menghadapi hari dengan penuh gembira bersama keluarga tercinta.
Terima kasih UAS. 
#tersedap di dunia.

Tuesday, 17 September 2019

Senyuman Guru Biologiku


  1. Nik Zainun Abu Bakar, itulah nama guru Biologi aku di MRSM Kuala Terengganu 1995 - 1996.
  2. Setiap kali jumpa beliau, aku pasti akan mengingati wajah beliau yang sentiasa tersenyum. 
  3. Sepanjang mengenali beliau, aku tidak pernah ada memori melihat wajah beliau tanpa kehadiran senyumannya. 
  4. Aku amat meminati Biologi. Salah satu sebabnya adalah kerana pendekatan yang beliau lakukan apabila berhadapan dengan setiap pelajar.
  5. Walaupun aku bukanlah pelajar cemerlang dalam kelas beliau, pendekatan pengajaran beliau amat menarik minat aku terhadap Biologi.
  6. Setelah hampir 23 tahun meninggalkan bangku sekolah, aku boleh simpulkan dalam menghadapi cabaran kehidupan harian, bukan mudah untuk mengekalkan senyuman di wajah kita.
  7. Pastinya perlukan ketabahan, kecekalan dan melatih diri erti kasih - sayang serta minat terhadap pekerjaan yang amat tinggi.
  8. Hanya insan yang hebat sahaja mampu melakukannya.
  9. Guruku, maka, engkau adalah insan paling hebat yang pernah aku temui.
  10. Cikgu Nik Zainun adalah satu - satu guru yang aku tidak pernah terputus hubungan hingga kini.
  11. Setiap kali pulang ke kampung, pastinya aku akan ziarah beliau.
  12. Ya, setiap kali bertemu, wajahnya yang mesra dan murah dengan senyuman pasti akan membuatkan diri aku kagum dengannya.
  13. Setelah tamat belajar di MRSM, aku cuba untuk menjadi doktor. Gara - gara kerana minat yang amat terhadap Biologi.
  14. Namun apakan daya, bukan rezeki, aku menjadi jurutera.
  15. Cabaran kerjaya sebagai jurutera amatlah tinggi. Kekadang boleh buatkan diri jadi stress dan depress.
  16. Tiap kali stress dan depress, aku cuba untuk tersenyum.
  17. Walaupun dalam jiwa penuh pergolakan dan tekanan, menghadirkan senyuman di wajah mampu menghilang apa jua tekanan dalam diri.
  18. Mengingati senyuman guruku itu mampu membawa aku lebih tabah dan cekal menghadapi cabaran dan dugaan kehidupan.
  19. Jika ditanya kepadaku, apa perkara yang paling diingati diajar oleh guru Biologi ku ini kepada aku, akan ku katakan, dia mengajar aku untuk bersenyum.
  20. Senyum setiap waktu. Senyum setiap ketika.
  21. Benarnya sabda Rasulullah SAW, bersedekahlah, hatta sekadar senyuman.
  22. Terima kasih guruku. Kerana senyumanmu, aku mampu jua membuatkan orang tersenyum.
  23. Aku doakan dirimu setiasa diberkati dan dirahmati Allah dunia akhirat.
Senyum, dan dunia akan senyum bersamamu.

Tuesday, 15 September 2009

Kelas 4J (Al Jabbar) Batch 95/96

  1. Gambar diambil untuk majalah sekolah.
  2. Venue : Pepustakaan
Dari Kiri
Barisan 1
Tengku Ezwardi, Zul, Wan Khairi, Lia, Normariani, Majida, W.musliha, Zainora, Sya, Fida, Zulia

Barisan 2
Tengku Izani, sya, fida, zulia, t.hafizan

Barisan 3
Ida, k.long, Hidayah, Yus, Zura, Zahiah, Iswati, Wan Suzi.

*Norazmin tiada dalam gambar.

Gambar kedua http://zul1979.blogspot.com/2010/09/5-aljabbar-mrsm-kuala-terengganu-1996.html