(Surah al-Furqan 25:74)
Showing posts with label Taqwa. Show all posts
Showing posts with label Taqwa. Show all posts
Sunday, 19 April 2020
Doa keluarga bahagia
"Dan orang - orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri - isteri dan keturunan kami sebagai qurrata a'yun (penyenang hati kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang - orang yang bertaqwa."
Saturday, 8 February 2014
Tahap Taqwa
Menurut al Kalbi dalam tafsirnya, taqwa terbahagi kpd 5;
1. Takut kpd kufur, ini merupakan maqam Islam. (al-Musyaratah)
2. Takut melakukan maksiat, ini maqam taubat. (al-Muraqabah)
3. Takut melakukan hal yang syubhah, ini maqam warak. (al-Mujahadah)
4. Takut melakukan hak yang harus, ini tingkatan orang yang zuhud. (al-Taslim)
5. Takut jika terfikir selain daripada Allah. Ini merupakan tingkatan orang yang sampai kpd tahap musyahadah(insan yang tertinggi). (al-Ridha)
101 Doa daripada Hadis hadis Sahih-Dr Zahazan Mohamed, ms 4/250. Telaga Biru.
Kitab Manhajul Anbiya Fi Tazkiyatin Nufus oleh
Syeikh Salim bin Eid al Hilali
Sunday, 29 September 2013
Muraqabah
Muraqabah sebagaimana diisyaratkan di dalam al-Quran dan hadis ialah, merasakan keagungan Allah swt di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiran-Nya (walaupun di saat kita bersendirian ataupun berada di khalayak ramai).
Sebelum kita start sesuatu pekerjaan dan di saat mengerjakannya, cubalah kita bertanyakan dalam diri masing-masing.... apakah setiap gerak dalam melaksanakan amal dan ketaatan ini kerana untuk kepentingan peribadi atau sekadar ingin mencari populariti??? atau adakah kerana dorongan mahukan redha Allah swt?
Ada 4 jenis muraqabah iaitu :
1. Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan cara ikhlas kepada-Nya.
2. Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara totally 100%.
3. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus) adalah dengan memelihara akhlak dan budi pekerti yang baik, kemudian bersaksi dengan setulus hati bahawa semua kenikmatan itu hanyalah berasal dari Allah. Kemudian dengan penuh kesedaran hati, bersyukur di atas segala nikmat-Nya.
4. Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuan Allah swt serta memohon pertolongan-Nya dengan penuh kesabaran dan keyakinan.
Jika kita lihat contoh sahabat Nabi saw, Saidina Umar r.a pernah mengajar jiwanya sendiri ketika ketinggalan solat fardu berjemaah iaitu dengan cara menghidupkan semalaman suntuk pengabdiannya kepada Allah swt sebagai penebus solat jemaah yang ditinggalkannya tadi. Hmm, kalau kita.. rasanya, bolehlah sekadar beberapa minit di atas tikar solat!
Jiwa dan hati kita memerlukan penelitian setiap hari dan harus ditingkatkan mutu ibadat setiap hari sehinggalah ajal menjemput kerana di sinilah letaknya keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
• Orang yang suka memperhitungkan keadaan dirinya sendiri sebelum diperhitungkan nanti di akhirat, pasti akan ringanlah perhitungannya pada hari kiamat.
Ref
Subscribe to:
Posts (Atom)

