Showing posts with label Amir & Arni. Show all posts
Showing posts with label Amir & Arni. Show all posts

Sunday, 24 August 2025

From Iron Dust to Palm Oil Fields: The Unplanned Journey of an Engineer


The Fall Before the Rise

When Amir graduated from USM in 2003, he never imagined his first job would almost end his career before it even began.
Fresh out of school, he joined a steel manufacturing plant in Penang. He had never heard the word safety in a workplace context. Within three months, he suffered two accidents — the last one so severe that the Production Manager looked him in the eye and said:

“You don’t belong here.”

It was brutal. It was humiliating. But it was also the spark that lit the fire.

Amir walked away with nothing more than a small SOCSO claim and enough money to buy his graduation attire. Yet, the sting of those words — “you don’t belong here” — would stay with him for years, driving him forward.


A Detour Through Struggle

Back in his hometown, Amir helped his mother build a small stall selling fresh chicken. His mother, a seasoned hawker who had braved the chaos of Pasar Siti Khadijah for decades, now had the chance to run a business at her doorstep. That stall became more than income — it became a family legacy.

Meanwhile, Amir kept searching. Every second Saturday, he bought The Star newspaper, circling job ads, sending resumes until he burned through almost a ream of paper. To survive, he worked as a construction laborer.

Eventually, he landed a role as a Sales Engineer earning RM700 a month, selling air-conditioners and chasing projects from government offices in Kota Bharu. That job taught him the art of selling — and the art of perseverance.


A Leap Into the Unknown

By the end of 2003, Amir was offered a job at a CD/DVD manufacturing plant in Subang Jaya, Selangor. He moved to the city with nothing but his EX5 motorcycle, living in a shared flat, surviving on RM1600 a month.

But destiny had bigger plans.

One day, a friend called with an unusual opportunity:
“There’s an opening at a palm oil mill in Sabah.”

Amir had never set foot in Borneo. He had never lived on a plantation. Yet, something in his heart whispered: Go.

In February 2004, he packed his bags, said goodbye to his mother, and flew across the South China Sea.


Borneo: A Land of Trials

The journey from Lahad Datu airport to the Snergy Palm Oil Mill took three hours through the infamous Jeroco road — gravel, dust, endless rows of oil palms. Amir stared out the car window, exhausted and uneasy.

“Is this where I’ll spend the next few years of my life?” he wondered.

The first three months nearly broke him. He suffered an accident while repairing the main gate, shattering his finger. He spent five days in Lahad Datu Hospital, alone, hiding the truth from his family to spare them worry.

But Amir refused to quit. He returned to the mill earlier than expected, throwing himself back into work. He told himself:
“If I can survive a year, I can survive three. If I can survive three, I can survive five.”


Love, Family, and Purpose

By June 2005, Amir was married. His wife became his greatest pillar — raising their five children with dedication and sacrifice. Though a housewife by title, she was, in reality, a builder of futures. Every report card, every achievement of their children, was her silent victory.


Climbing the Ladder

Amir’s career became a relentless climb:

  • Earned his Steam Engineer Grade 2 license within three years.

  • Completed MPOB’s Diploma in Palm Oil Milling (DIPOM) in 2007.

  • Managed a 90 mt/hr mill, processing 457,000 tons of FFB annually.

  • Earned Steam Engineer Grade 1 and Internal Combustion Engine Grade 1.

  • Completed his MBA in 2014.

  • Held leadership roles across Miri, Sandakan, Lahad Datu, Nilai, and Pasir Gudang, from mill management to refineries and solvent extraction plants.

Every move sharpened him. Every setback hardened him.


The Dark Valleys

Success was never linear. Amir faced storms:

  • Betrayed by a boss.

  • Sued for RM1 million.

  • Placed on a six-month probation.

  • Struggled with depression for years.

  • Lost his house to legal costs.

  • Spent hours in a prison cell.

But in every valley, he found a way to climb again.


The Transformation

Amir was not born a leader. He was an introvert, sensitive, quick to sulk, uncomfortable with people. Yet, life in palm oil mills forced him to speak, lead, and command. From morning assemblies to managing 120 workers, Amir learned to do what once terrified him.

“I never planned this life. But perhaps this life was planned for me.”

The Next Horizon

Now, in 2025, at the age of 46, Amir looks back at two decades in Borneo. What began as an accident-prone engineer lost in the wrong industry has become a seasoned leader — a mill manager, a steam engineer, a mentor.

And the journey isn’t over.

Next month, Amir will pack his bags once more. This time, not for Sabah, not for Sarawak, but for Indonesia — his first international posting.

He smiles as he reflects:
“I never chose this road. But I walked it, step by step. And every step was written for me. The road ahead is long, but I am ready.”

#engineer #lifelearning #blog #blogger #kembarainsan #malaysia #sabah #sarawak #palmoilmill #palmoil

Wednesday, 13 August 2025

"Di Antara Jarak, Ada Cinta"Bahagian 10: Menghijaukan Harapan di Tanah Baru


Hari pertama Amir menjejakkan kaki ke kilang baru di Miri, Sarawak, suasananya mengingatkan dia pada Loagan Bunut.
Sunyi. Tanah keras. Rumput tumbuh berselerak tanpa arah.
Dan seperti biasa, kata-kata negatif datang dulu sebelum peluang:

“Pokok tak hidup di sini.”
“Tanah terlalu keras.”
“Buang masa cuba tanam.”

Amir hanya tersenyum. Dia sudah pernah dengar ayat ini di tempat lain, dan dia tahu — masalahnya bukan tanah, tapi mindset.

Langkah Pertama: Menghentikan Racun
Walaupun mendapat tentangan, Amir menetapkan peraturan baru — tiada racun rumput di kawasan landskap kilang.
Racun, baginya, adalah pembunuh senyap yang mematikan jiwa tanah.

Langkah Kedua: Memulihkan Tanah
Cerun-cerun yang botak akibat racun dirawat dengan tandan kosong, fibre, dan shell dari kilang.
Hujan Miri yang lebat membantu proses itu, dan perlahan-lahan topsoil kembali terbentuk.

Langkah Ketiga: Menghijaukan Kilang
Amir menanam pokok bunga, pohon kelapa, dan jambu batu di kawasan strategik — bukan sekadar hiasan, tetapi sumber hasil.
Dia memastikan jadual siraman konsisten, walau cuaca panas.

Setiap pokok diperlakukan seperti anak kecil: dijaga, disiram, dibaja, dan dibersihkan kawasan sekitarnya.

Hasil Selepas Tiga Tahun
Kilang yang dulu gersang kini penuh warna.
Bunga-bungaan menjadi tarikan serangga dan burung.
Pokok buah mula berbuah, walau ada yang sudah “hilang” lebih awal diambil pekerja.

Bagi Amir, itu bukan kerugian — itu kejayaan.
Kerana hasil usahanya dirasai orang lain, dan kawasan kilang kini hidup dengan ekosistem baru.

Pengajaran
Amir tahu, kejayaan tidak datang dari tanah yang subur semata-mata, tetapi daripada hati yang mahu berusaha.
Jika Loagan Bunut boleh berubah, Miri juga boleh.
Bukan tanah yang menentukan hasil, tetapi tekad dan pengorbanan yang kita tanam di dalamnya.

Monday, 11 August 2025

Cerpen Antara Jarak, Ada Cinta Bahagain 7 ; Kilang bermasalah


Hujan lebat membasahi bumbung Kinabatangan Palm Oil Mill sejak subuh. Bunyi enjin turbin yang biasanya bergema setiap pagi kini senyap.
Kilang berhenti beroperasi — breakdown.

Amir, jurutera yang sudah masak dengan kehidupan di pedalaman, bergegas ke bilik kawalan. Bau minyak dan wap memenuhi udara. Seorang operator datang tergesa-gesa.

“Tuan, gearbox press rosak. Bearing pecah. Kita tak ada stok gantian.”

Amir memandang jam. Bandar terdekat lebih 90km, dan itu pun kalau jalan gravel tak dinaiki air. Masa itu bermakna duit — setiap jam kilang berhenti, FFB (Fresh Fruit Bunch) menunggu di ramp, dan kualiti minyak menurun.


Amir memanggil semua ketua bahagian untuk toolbox meeting.

“Kita tiada masa tunggu spare dari bandar. Kalau kita tunggu, rugi akan berganda. Jadi… soalan bukan lagi ‘apa yang kita perlukan’ tapi ‘apa yang kita boleh buat dengan apa yang kita ada’.”


Fasa 1: Pemeriksaan
Mereka membuka housing gearbox, dan mendapati satu bearing memang hancur.
Stok bearing bersaiz itu tiada. Tapi di stor lama, mereka jumpa beberapa bearing dari peralatan lain — tidak sama saiz, tetapi hampir.

Fasa 2: Kreativiti
Amir mengarahkan welder untuk memodifikasi bush lama agar bearing yang hampir sama itu boleh dipasang sementara.
Sambil itu, fitter membentuk shim daripada plat besi nipis untuk memastikan alignment tepat.

Fasa 3: Ujian
Selepas 3 jam kerja tanpa henti, mereka memasang semula gearbox. Amir berdiri di panel kawalan, memberi isyarat untuk mula.

Mesin berputar perlahan… kemudian laju… dan stabil. Suara enjin kembali mengaum.
Seluruh pasukan tersenyum lega.


Operator veteran, Pak Rahman, menepuk bahu Amir.
“Kalau tak guna akal, tak mungkin kita hidupkan kilang hari ni.”

Amir hanya tersenyum.
“Kadang-kadang, inovasi bukan datang dari banyak pilihan. Ia lahir bila pilihan kita hampir tiada.”


Pengajaran cerita:
Di pedalaman, kekangan adalah guru terbaik.
Ia memaksa kita kreatif, memaksa kita memimpin, dan memaksa kita melihat bahawa kejayaan bukan hanya tentang apa yang kita ada — tetapi apa yang kita buat dengan apa yang ada di tangan.


Saturday, 9 August 2025

Di Antara Jarak, Ada Cinta : Bahagian 6 :Di hujung Jalan Jeroco

Angin malam di Jeroco sering membawa suara hutan — desiran daun palma, rintihan unggas, dan kadang-kadang pekikan burung hantu. Di rumah kayu kecil hujung kuarters kilang sawit itu, Amir dan Arni duduk berdua di ruang tamu yang cuma diterangi lampu malap.

Tiga jam perjalanan berbatu dan berdebu memisahkan mereka dari bandar Lahad Datu. Jauh dari hiruk-pikuk manusia, jauh dari kedai runcit, jauh dari kawan dan keluarga. Di sinilah mereka memulakan kehidupan suami isteri — dengan perabot terpakai, dapur kecil, dan sebuah motosikal yang selalu meragam.

Arni sering memandang ke luar jendela, melihat jalan tanah merah yang sepi. Dia rindu rumah ibunya, rindu bunyi azan dari surau kampung. Namun setiap kali matanya bertemu mata Amir, dia tersenyum — senyum yang menahan lelah, kerana dia tahu suaminya sedang membina sesuatu yang besar untuk masa depan mereka.

Amir pula, setiap pagi melangkah ke kilang dengan tekad. Debu dan bunyi bising mesin menjadi teman hariannya. Dia tidak hanya bekerja, tetapi belajar — belajar daripada setiap juruteknik, daripada setiap eksekutif, daripada setiap masalah yang timbul. Setiap kali mesin rosak, dia akan berada di barisan hadapan mencari punca. Setiap kali General Manager atau CEO datang, dialah orang paling sibuk, memastikan kilang berjalan sempurna, pengurusnya tampak cemerlang, dan tetamu berpuas hati.

Dia sedar, peluang tidak datang dua kali. Setiap lawatan pihak luar negara, setiap pemeriksaan JKKP, setiap audit alam sekitar — itu semua adalah pentasnya untuk membuktikan kemampuan.

Malam-malamnya dihabiskan di meja kecil di ruang tamu. Buku-buku tebal tentang loji wap, nota-nota kursus, dan kertas latihan berselerakan. Arni sering membawakan secawan kopi, duduk di sisinya, mendengar bunyi pensil menari di atas kertas.

Tahun kedua, setelah berbulan-bulan mengorbankan tidur dan masa bersama isteri, Amir menduduki peperiksaan Jurutera Stim Gred Dua. Keputusan itu tiba dalam sampul putih yang getas — dan di dalamnya, satu perkataan yang membuatnya terpejam sebentar, menahan sebak: Lulus. Arni memeluknya erat, air mata mereka bercampur di bahu.

Tetapi kehidupan jarang memberi ruang untuk berehat. Akhir 2006, pengurus kilang kedua meletakkan jawatan secara mengejut. Panggilan telefon dari pejabat pengarah datang pada petang yang tenang.

“Amir,” suara di hujung talian tegas, “kami perlukan kamu jaga kilang itu. Mulai minggu depan.”

Dia duduk termangu, menatap Arni. Isterinya tidak berkata apa-apa, hanya menggenggam tangannya. Genggaman itu adalah restu, adalah kekuatan.

Dan begitu, Amir melangkah ke satu lagi fasa hidup — dari seorang jurutera muda di kuarters terpencil, menjadi pengemudi sebuah kilang sawit jauh di pedalaman.

Di jalan Jeroco yang panjang, berdebu, dan sunyi itu, Amir tahu setiap kilometer yang dilaluinya adalah saksi sebuah janji — janji kepada dirinya, dan janji kepada Arni — bahawa suatu hari, kesunyian ini akan terbayar dengan sebuah kehidupan yang lebih indah.

Friday, 8 August 2025

"Di Antara Jarak, Ada Cinta" Bahagian 5: Lahirnya Umairah, Lahirnya Sebuah Gelaran


Malam di Tuaran lebih tenang daripada malam-malam mereka di Morisem. Rumah ibu Arni yang terletak tidak jauh dari pesisir pantai menghembuskan bayu lembut yang membawa kenangan masa kecil Arni.

Kehadiran Amir di rumah itu bukan sahaja mengubat rindu Arni pada suaminya, tetapi juga merapatkan semula hubungan dengan ibu, adik-beradik dan anak buah yang sudah lama tidak ditemui.

“Bagus juga balik kampung ni,” kata Amir sambil duduk di pangkin belakang rumah, memandang laut.
“Rasa damai… tenang.”


Beberapa hari kemudian, mereka menuju ke Hospital Likas, dengan harapan agar dapat menempah wad bersalin di sana. Tetapi harapan itu pudar apabila diberitahu bahawa hospital tersebut hanya menerima tempahan bagi isteri penjawat awam.

Amir terdiam. Rasa terkilan mengisi dada.

“Maaflah, encik. Kalau bukan kakitangan kerajaan, tak dapat buat tempahan awal,” kata pegawai kaunter sambil tersenyum simpati.


Namun seperti biasa, Arni tidak panik. Dengan tenang dia memegang tangan Amir.
“Kita cari pilihan lain, insyaAllah ada rezeki di tempat lain.”

Mereka kemudian menuju ke Hospital KPJ Kota Kinabalu, sebuah hospital swasta yang bersih dan lengkap. Segala urusan dibuat, tarikh temujanji ditetapkan, dan akhirnya mereka pulang ke Tuaran dengan sedikit kelegaan.


Cuti Amir sudah tamat.
Dengan hati yang berat, dia meninggalkan Arni di rumah mertua.

Sebelum berangkat, Arni menghulurkan kertas kecil padanya.
Dalamnya tertulis catatan tarikh-tarikh penting — termasuk jangkaan tarikh bersalin.

“Kalau abang tak sempat balik… saya akan maafkan, tapi saya akan sedih,” kata Arni sambil senyum menahan sebak.
Amir angguk. Dalam hati, dia berjanji akan pulang tepat pada masanya.


Sebulan kemudian, Amir kembali ke Tuaran — dengan cuti selama seminggu. Hatinya berdebar-debar.

Hari pertama tiada apa-apa. Hari kedua masih normal. Tapi pada hari ketiga, Arni mula menunjukkan tanda-tanda bersalin.
Tanpa berlengah, mereka bergegas ke Hospital KPJ.

Malam itu penuh doa. Amir tidak tidur. Dia genggam tangan isterinya, baca surah-surah pendek, dan bisik kata-kata semangat ke telinga Arni.


3 April 2006, pagi yang tidak akan dilupakan.
Seorang bayi perempuan selamat dilahirkan.
Kecil. Bersih. Menangis dengan suara halus yang menggetarkan jiwa.

“Umairah,” kata Amir perlahan. Nama yang dipilih lama dulu. Nama wanita bijaksana, tenang, dan kuat seperti ibunya.

Amir mendakap anaknya dengan penuh rasa syukur. Di telinga Umairah, dia azankan dan iqamatkan. Suaranya bergetar — antara sebak, gembira dan tidak percaya.

Dia kini seorang ayah.

Dan Arni, kini bergelar ibu.


Penutup Bahagian Ini:
Bayi itu bukan sekadar zuriat.
Ia adalah bukti bahawa cinta yang diasaskan di kampus,
dibaja di ladang sunyi, diuji di jalan gravel,
akhirnya berbunga dalam dakapan sebuah keluarga.

Kerana kadang cinta itu bukan hanya tentang dua insan,
tapi tentang keberanian membina generasi baharu —
walau harus meredah ribuan kilometer
demi menyambut satu nyawa ke dunia.



Di antara jarak ada cinta bahagian 2 : Ladang sunyi, cinta bersemi

Selepas lafaz akad menyatukan mereka, Amir dan Arni memulakan bab baru — bukan di kota, bukan di pinggir bandar, tapi di tengah belantara sawit yang jauh dari hiruk-pikuk manusia.

Morisem Palm Oil Mill B, 90 kilometer dari bandar Lahad Datu, menjadi tapak awal rumah tangga mereka. Rumah syarikat berderet tiga sahaja, bersebelahan hutan kelapa sawit yang melaut. Langit terbuka luas, malam dihiasi bintang yang tiada di kota.


"Inilah rumah kita sekarang," ujar Amir sambil memeluk bahu Arni yang masih terpinga-pinga memandang sekeliling rumah eksekutif itu — besar, tapi sunyi.

Arni hanya senyum. Dia tahu, bukan lokasi yang penting, tapi siapa yang bersamanya.
“Janji kita bersama. Di mana pun.”


Hari-hari mereka sunyi, tapi bukan kosong. Mereka belajar hidup dalam komuniti kecil. Hanya ada beberapa keluarga pengurusan kilang, selebihnya pekerja ladang dari pelbagai negeri dan negara.
Bagi mengisi kekosongan jiwa, mereka belajar mendekati.

Majlis cukur jambul? Mereka hadir.
Jamuan akhir tahun kilang? Mereka bantu siapkan hadiah.
Sukan keluarga? Mereka antara yang paling bersemangat — Amir wakil futsal, Arni jaga booth makanan.


Telefon tiada. Internet tak pernah wujud di situ.
Hiburan? Astro dan suara sendiri.
Arni banyak menulis diari, menghias rumah, bercucuk tanam di belakang. Kadang-kadang, dia berbual panjang dengan pembantu rumah yang menjadi kawan sejati saat Amir perlu bertugas malam atau menyelia shut down boiler kilang.

Malam minggu, mereka masak lauk istimewa. Kadang-kadang nasi lemak, kadang-kadang soto. Makan di balkoni rumah, menghadap gelap malam dan bunyi cengkerik.


Sebulan sekali, itulah waktu paling dinanti — hari ke bandar.

Mereka akan menaiki bas mini syarikat, bergoncang sejauh 90km di atas jalan gravel yang berdebu dan berliku. Bersama pekerja lain, dengan anak kecil di pangkuan, Arni tetap tersenyum.

"Kita keluar hari ni," kata Amir, seolah ia cuti ke luar negara.

Pasar minggu di Lahad Datu — beli beras, pampers anak, kadang-kadang hadiah kecil buat Arni.
“Ini untuk awak... sebab temani saya di dunia yang tak semua orang sanggup datang.”


Cinta mereka bukan pada bunga dan puisi,
Tapi pada sanggup — sanggup tinggal jauh dari keluarga,
sanggup tidur dalam sunyi, sanggup menunggu setiap kali suami balik dari kilang dengan bau peluh dan minyak sawit.

Dan sanggup percaya bahawa semua ini...
adalah pengorbanan demi masa depan.


Penutup bahagian ini:
Kadang cinta tak perlu kota indah.
Cinta itu cukup dengan satu jiwa yang sabar,
dan satu jiwa yang berusaha.

Kerana di ladang sunyi itu,
sebuah cinta terus bersemi — bukan kerana tempat,
tapi kerana mereka saling memilih... setiap hari.