Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Tuesday, 23 September 2025

Kisah sepupu cuti sekolah

Kalau aku imbas balik zaman kanak-kanak, antara memori paling manis ialah bersama sepupu-sepupu “geng cuti sekolah”. Kami ni jenis tak pernah duduk diam — idea sentiasa mengalir macam sungai yang kami jelajah. Kadang-kadang meredah kebun buah, kadang mandi sungai, sekali-sekala terjah belukar, dan bila duit raya cukup, terus ke mall untuk merasa sedikit “kemewahan bandar”. Semua itu berlaku tanpa kawalan orang tua — bebas, riang, penuh tawa.

Tapi bila masuk sekolah menengah, hidup mula berubah. Masing-masing ada haluan sendiri. Ada yang aku langsung tak jumpa lebih belasan tahun lamanya. Hanya seorang sepupu yang kekal rapat — Tuan Hafiz Bin Ibrahim. Dialah satu-satunya benang yang masih erat menghubungkan aku dengan kenangan zaman kecil itu.

Sekarang, kami semua sudah berkeluarga. Anak-anak pun makin membesar. Baru-baru ni, anak perempuan Hafiz patah tangan akibat jatuh. Aku hanya mampu senyum kecil sambil berkata:
“Boleh lawan anak bongsu aku — tahun lepas patah juga lengan sebab melompat dari sofa.”
Apa lagi nak dikata, kan? Mana tumpah kuah kalau tidak ke pinggan.

Setiap kali aku pulang, laluan mesti melalui Gombak. Dan bila sampai di Tol Gombak, aku tak pernah lupa untuk hubungi Hafiz:
“Jom sarapan.”
Tanpa gagal, dia akan hadir. Kadang bawa anaknya, dan aku bawa anakku. Kini, anakku pula bakal melangkah masuk ke UIA — ertinya, akan lebih keraplah aku menyinggah ke rumahnya selepas ini.

Di sebalik semua ini, ada sejarah yang lebih panjang. Ibu aku adalah adik kepada ibunya. Dua keluarga ini, umpama dua ranting dari batang yang sama. Akar yang tertanam kukuh sejak dahulu, terus menyuburkan persaudaraan hingga kini, walau usia makin meningkat.

Semoga Allah terus berkati ikatan ini — dari zaman nakal di kebun dan sungai, hingga ke hari ini, bila kami melihat anak-anak pula mengulangi keriangan yang pernah kami lalui.

#keluarga #toklukop #family

Wednesday, 22 April 2020

Lindungi keluarga dari api neraka

"Wahai orang - orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka dan bahan bakarnya yang terdiri daripada manusia dan batu, Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat - malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
(at-Tahrim 66:6)

Doa Perlindungan untuk Anak - Anak

أعوذبكلماتاللهالتامة،من كل شطان،وهامة،ومن كل عين لا مة
"Aku berlindung kepada kalimah - kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan, makhluk yang mempunyai racun yang boleh membunuh, dan setiap penglihatan yang jahat erta membahayakan."
(Riwayat al-Bukhari)

Post lain yang berkaitan
1. Koleksi Doa
http://zul1979.blogspot.com/search/label/Doa

Sunday, 19 April 2020

Doa keluarga bahagia

"Dan orang - orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri - isteri dan keturunan kami sebagai qurrata a'yun (penyenang hati kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang - orang yang bertaqwa."
(Surah al-Furqan 25:74)

Wednesday, 19 November 2014

Arwah Hj Yaakop Pengasas Kg Tok Lukop


Satu - satu gambar yang ada.
  1. Allahyarham Hj. Yaakop adalah moyang saya.
  2. Mak saya adalah cucu Hj. Yaakop.
  3. Datuk saya iaitu Che Muhammad adalah anak kepada Hj. Yaakop.
  4. Secara ringkas hubungan saya dan Hj. Yaakop seperti berikut: Zulkefli>Che Saniah (Ibu)>Che Muhammad (Datuk)>Hj. Yaakop (Moyang).
  5. Saya adalah generasi ketiga Hj. Yaakop.
  6. Nama kampung asal saya adalah Tok Lukop. Lokasi Kg. Tok Lukup seperti gambar di bawah.

6°10'53.3"N 102°18'48.1"E

6.181476, 102.313353

Koordinate GPS

7. Ironinya Kg. Tok Lukup telah tiada sejak tahun 2000 disebabkan oleh hakisan pantai setiap kali musim banjir akhir tahun. Kesan daripada pemanasan global bumi dan kenaikan paras laut.
8. Kg. Tok Lukup diasaskan oleh Hj. Yaakop pada tahun 1890 (mengikut kajian yang telah saya jalankan). 
9. Pada tahun 1980, Kg. Tok Lukup mula ditinggalkan oleh penduduknya disebabkan oleh beberapa faktor. Kawasan penanaman padi telah dimasukki air masin dari sungai berhampiran. Menyebabkan tanah tidak dapat diusahakan untuk menjadi kawasan pertanian. Kampung tidak mempunyai jalan yang boleh dimasukki dengan kenderaan seperti kereta. Hanya motorsikal dan basikal boleh digunakan untuk pergi ke kampung tersebut. Selain itu, kemudahan asas seperti air dan elektrik juga tidak ada. Penduduk mula berpindah pada tahun 1983 dan beberapa tahun berikutnya. 
10. Saya mula berpindah pada tahun 1984 ke ke Kg. Tebing Tinggi.
11. Penduduk asal Kg. Tok Lukup berpindah ke Telok Kitang, Kemumin, Tebing Tinggi dan ada juga ke Besut.
12. Semasa di akhir usianya, beliau tinggal dengan ibu saya sehingga menghembuskan nafas terakhir.
13. Semasa itu saya berumur tiga tahun. Saya ingat dua perkara mengenai arwah. Pertama semasa arwah menemani saya bermain di tepi rumah berhampiran pokok kelapa yang tumbang. Kedua, saya masih ingat begitu ramai orang mengiringi jenazah arwah untuk ditanam di belakang Masjid Kemumin sekarang.

Sama - sama kita doakan Allahyarham semoga di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.

Post lain berkenaan Kg. Tok Lukop
1. Semua tentang Tok Lukop
http://zul1979.blogspot.com/search?q=tok+lukup
2. Sejarah Kg. Tok Lukop Bab 2 http://zul1979.blogspot.com/2011/08/kampung-tok-lukup.html
3. Sejarah Kg. Tok Lukop Bab 1 http://zul1979.blogspot.com/2011/08/perihal-kg-tok-lukup.html
4. Sejarah Kg. Tok Lukop Bab 3 http://zul1979.blogspot.com/2011/08/kampung-tok-lukup-bab-3.html
5. Kisah ibuku yang rajin belajar http://zul1979.blogspot.com/2011/06/ibuku-dan-semangat-belajarnya-yang.html

Saturday, 27 July 2013

Suami isteri dan rahmat kasih sayang dari Allah


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ إِذَا أَنتُم بَشَرٌ تَنتَشِرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Surah Al Rom ayat 20 dan 21


Saturday, 13 June 2009

Petua Menjaga Hati Isteri

Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.
  1. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
  2. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.
  3. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
  4. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
  5. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
  6. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
  7. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
  8. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
  9. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
  10. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.
Lagi post berkenaan topik yang sama
1. Tip keluarga bahagia
http://zul1979.blogspot.com/2009/06/10-tip-keluarga-berkualiti.html
2. Doa keluarga bahagia
http://zul1979.blogspot.com/2020/04/doa-keluarga-bahagia.html

Petua Mencurahkan Jalinan Kasih Sayang (Suami isteri shj)


  1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.
  2. Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan, Senyuman, Perbualan mesra, Gurauan, Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain
  3. Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.
  4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat - Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung - Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa
  5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.
Post lain yang berkaitan
1. Koleksi doa
2. Petua jaga hati isteri
3. Keluarga Bahagia

Thursday, 28 May 2009

Keluarga Noortaip Hj. Suhaili - Sabah

Aidilfitri 2007
Nurhidayuni, Mohd. Addyn, Mustaqim, Nabila, Nurul Najwa