Saturday, 11 June 2011

Ibuku dan semangat belajarnya yang kental dan tinggi

  1. Ibuku Hjh Che Saniah Bt. Che Muhammad.
  2. Lahir pada 22hb. April 1945. Berusia 66 tahun hari ini.
  3. Melahirkan 10 orang anak. Termasuk aku no. 5 / 6 (anak kedua meninggal semasa berumur 7 tahun - Allahyarham Luqman). Aku namakan anak ke -3 Muhammad Luqman salah satu sebabnya sempena nama beliau).
  4. Semasa kecil, ibuku dan adiknya kehilangan ibubapa dan tinggal bersama datuk di Kg. Tok Lukup.
  5. Ibu sebagai anak sulung, punyai semangat kental untuk belajar. Belajar sekolah rendah dan seterusnya di SMU Madrasah Tarbiah Mardziah, Panchor ( Menteri Besar Kelantan pernah mengajar di sekolah ini).
  6. Hasratnya untuk melanjutkan pelajaran tidak kesampaian kerana beliau perempuan.
  7. Waktu itu, perempuan belasan tahun digalak untuk kahwin awal semasa berumur belasan tahun.
  8. Berkahwin dan tidak mempunyai peluang untuk belajar tinggi.
  9. Hasil daripada pelajaran sekolahnya yang singkat, ibu pernah mengajar Al Quran di Sek Men Tengku Faris Petra.
  10. Juga mengajar semua anak - anaknya serta cucunya Al - Quran.
  11. Ibu sering mengulang - ulang nasihat kepada kami semua adik - beradik. Supaya belajar dan mencari ilmu. Kerana di usia mudannya, dia tidak diberikan peluang untuk belajar tinggi.
  12. Semangat belajarnya tidak pernah hilang hingga ke hari ini.
  13. Beliau belajar tajwid, doa - doa serta ilmu agama yang lain. Beliau mempunyai bebeapa fail untuk menyimpan koleksi doa untuk diamal dan dibaca selepas solat.
  14. Setiap mesyuarat PIBG sekolah anak - anaknya, dia menjadi antara orang yang paling aktif bertanyakan soalan perihal kemajuan anak - anaknya.
  15. Semangatnya yang suka belajar mungkin paling banyak mempengaruhi aku hari ini.
  16. Aku suka belajar.
  17. Anak sulung aku suka belajar. Di usianya lima tiga tahun, Nur Aisyah Umairah sudah mula minat dengan pen, pensel dan buku. Hari ini beliau sudah pandai melukis.
  18. Belajar dan belajar. Belajar menuntut ilmu. Gunakan peluang yang ada dan cari ilmu sebanyak mungkin.
Terima kasih Ibuku.


No comments:

Post a Comment