Wednesday 31 July 2013

Fakta sains dalam Al Quran

Fakta Sains di dalam AL-QURAN
Written by suriyati bt shamsuddin.
Fakta Sains di Dalam Al-Quran

MATAHARI AKAN PADAM SELEPAS TEMPOH TERTENTU

Cahaya matahari dihasilkan oleh proses kimia di permukaannya yang telah berlaku sejak lima billion tahun dahulu. Ia akan padam pada suatu masa nanti apabila matahari kelenyapan bahan api yang akan membawa kepupusan kehidupan di bumi ini. Ayat al-Quran menyebut mengenai perkara ini: ´Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaa Siin: 38)

(Mesej yang sama difirmankan oleh Allah s.w.t sebagaimana terkandung di dalam al-Quran menerusi ayat-ayat 13: 2, 35: 13, 39: 5 and 39: 21)

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´mustaqarr´, yang bermakna tempat atau masa yang telah ditentukan. Justeru, al-Quran menyatakan matahari bergerak menuju ke satu tempat yang ditetapkan dan perkara itu akan berterusan sehingga ke satu tempoh yang telah ditetapkan - bermakna ia akan padam atau tamat.

KEWUJUDAN BAHAN DI RUANG ANGKASA

Ruang di luar sistem astronomi yang tersusun dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan dan vakum sahaja. Ahli astro-fizik kemudiannya menemui kewujudan bahan-bahan yang dipanggil plasma dan ianya terdiri daripada gas yang diionkan sepenuhnya dan mengandungi jumlah elektron bebas dan ion positif yang sama. Ia juga kadang-kadang dipanggil keadaan bahan yang keempat (selain daripada tiga keadaan yang diketahui- pepejal, cecair, dan gas).

Al-Quran menyebut kewujudan bahan ini dalam ayat: “Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya.” (Surah Al-Furqaan: 59)

Amat tidak logik sekali untuk sesiapa pun membayangkan kewujudan bahan di antara galaksi telah diketahui 1400 tahun dahulu.

ALAM SEMESTA YANG SENTIASA MENGEMBANG

Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble, membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa semua galaksi semakin menjauhi antara satu sama lain, yang membayangkan alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini diiktiraf sebagai fakta sains.

Inilah yang al-Quran katakan mengenai sifat alam semesta ini: “Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.” (Surah Dzaariyaat: 47)

Perkataan Arab ´musi´u´n diterjemahkan dengan betul kepada ´mengembangkannya´, dan ia merujuk kepada penciptaan alam semesta yang amat besar dan sedang mengembang.

Stephen Hawking, dalam bukunya, A Brief History of Time, berkata, ´Penemuan bahawa alam semesta ini sedang mengembang merupakan salah satu dari revolusi intelek yang amat hebat di kurun ke 21.´

Al-Quran menyebut mengenai pengembangan alam semesta, sebelum manusia belajar membuat teleskop. Ada yang berkata fakta-fakta astronomi di dalam al-Quran tidaklah mengejutkan kerana orang Arab memang mahir di bidang astronomi. Mereka memang betul bila berkata orang Arab mahir di bidang astronomi.

Bagaimanapun mereka gagal menyedari bahawa al-Quran diturunkan sebelum orang Arab menjuarai bidang astronomi. Selain daripada itu, kebanyakan fakta-fakta saintifik yang disebut di atas mengenai astronomi, seperti asal usul alam semesta dari Big Bang, tidak diketahui oleh orang Arab walaupun sehingga zaman kegemilangan sains mereka.

Oleh hal yang demikian itu, fakta saintifik di dalam Al-Quran bukan disebabkan oleh keunggulan orang Arab di bidang astronomi. Malahan, yang sebaliknya betul. Orang Arab menjuarai astronomi kerana astronomi disebut di dalam al-Quran.


GAS HIDROGEN DAN HELIUM DAN PERMULAAN LANGIT DAN BUMI

Salah satu kajian dalam bidang ilmu astrofizik ialah tentang keadaan alam selepas berlakunya Big Bang. Kajian menunjukkan bahawa pengembangan berlaku di dalam keadaan suhu yang tinggi diikuti dengan penyejukan. Di peringkat awal itu, proton telah bercantum dengan neutron dan melahirkan gas deuterium (hidrogen berat atau heavy hydrogen) di samping gas-gas ringan yang lain, terutamanya helium, dan sedikit daripada lithium, berylium dan boron. Ini disebutkan juga sebagai ´primary nebula´.

Akhirnya, dalam jangka masa yang singkat, angkasa raya ketika itu didominasi oleh gas hidrogen dan helium. Selepas lebih kurang sejuta tahun, gas di angkasa membeku dan kemudiannya bercantum mengikut proses-proses tertentu untuk menjadi galaksi, bintang-bintang dan bumi. Penemuan ini adalah selari dengan pernyataan al-Quran.

PERMULAAN ALAM MENURUT AL-QURAN DAN SAINS

Dalam surah Al-Anbiya ayat 21: 30, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan keduanya…”

Di dalam Al Jamik li Ahkamil Quran Jilid 5 halaman 4323, Imam Qartubi telah meriwayatkan perkataan-perkataan Ibn Abbas, Al-Hasan, ´Atha, Ad-Dahhak dan Qatadah: “Ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah s.w.t pisahkan di antara kedua-duanya dan dijadikan di antara kedua-duanya udara.”

Di dalam Al-Asas fit Tafsir Jilid 7 halaman 3454, Said Hawa telah mendatangkan riwayat dari Ibn Kathir tentang pandangan Said bin Jubair berhubung dengan ayat ini: “Bahkan… sebelum ini langit dan bumi melekat dan bercantum di antara satu dengan yang lainnya. Ketika Allah s.w.t meninggikan langit maka menonjollah bumi. Demikianlah maksud Allah s.w.t memisahkan di antara kedua-duanya.”

Syeikh Tantawi Jauhari dalam kitabnya yang terkenal Al-Jawahi´ yang ditulisnya sekitar tahun 1920-1930, telah menyebutkan: “Apa yang telah dijelaskan oleh al-Quran dahulu ialah bahawa langit alam yang ada di dalamnya, adalah semua bercantum lalu Allah s.w.t pisahkan semuanya. Di sini kita tegaskan bahawa ini adalah mukjizat, kerana ilmu ini belum diketahui kecuali pada zaman sekarang.”

Berpandukan ayat ini, tafsiran yang muktabar menerima hakikat bahawa alam ini pada suatu ketika dahulu adalah bercantum sebelum dipisahkan mengikut yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

TEORI ´BIG BANG´

Satu teori yang telah diterima umum tentang asal kejadian alam ialah teori Big Bang. Ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum, kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat (cosmic explosion) 10 ke 20 billion tahun dahulu, yang dinamakan sebagai Big Bang. Bermula dari situ berlakulah pengembangan dan penyejukan (expanding and cooling) yang melahirkan bintang-bintang, galaksi dan yang seumpamanya

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann, telah mengembangkan lagi formula ini dan mengukuhkan lagi teori Big Bang ini.

Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, telah menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau telah mendapati bahawa alam ini sedang berkembang sekali gus mengukuhkan pendapat bahawa alam ini bercantum padu pada asalnya dan letupan besar telah berlaku yang menyebabkan pengembangan itu.

Penyelidikan berhubung dengan tahap radiasi dan tentang gas helium yang tersebar secara seimbang di angkasa, adalah selari dengan teori Big Bang. Kajian tentang tahap radiasi di angkasa raya telah dilakukan oleh pakar astrofizik dari Amerika, Arno Penzias and Robert Wilson, pada tahun 1965.

Kajian tambahan yang dilakukan di antara tahun 1989 hingga 1993, dengan menggunakan alat pengesan khas NASA yang dikenali sebagai ´COBE Spacecraft,´ juga telah mengesahkan tentang perkara ini.

Pada hari ini dengan alat dan prasarana yang lebih canggih, seperti makmal CERN yang terletak berhampiran dengan Geneva, banyak kajian baru yang dapat dilakukan. Kajian-kajian terkini dari makmal ini telah mengukuhkan lagi teori Big Bang.

Pada tahun 1928, Thomas Gold dan Hermann Bondi telah mengutarakan satu teori yang berlawanan dengan Big Bang, iaitu, Teori ´Steady State´ yang mengatakan bahawa alam ini tidak ada permulaan, malah berkeadaan sama sejak dahulu hinggalah sekarang. Pada tahun 1964, dengan penemuan gelombang-gelombang tertentu di udara yang mengesahkan tentang kewujudan Big Bang, teori ini terus ditolak.

Semua ini mengesahkan bahawa langit dan bumi pada suatu ketika dahulu adalah bercantum padu, kemudiannya dipisahkan. Kesemuanya telah disebutkan oleh al-Quran.

Ref
http://sabksmasra.bpi.edu.my/sudut-sains/103-fakta-sains-didalam-al-quran

Fakta Ilmiah dalam Al Quran

Fakta Ilmiah dalam Al Quran telah terbukti kebenarannya yang banyak ditemukan oleh para ilmuwan. Setiap Rasul yang diutus Allah SWT kepada manusia dibekali dengan keistimewaan-keistimewaan yang disebut mukjizat. Mukjizat ini bukanlah kesaktian ataupun tipu muslihat untuk memperdayai umat manusia, melainkan kelebihan yang Allah SWT berikan untuk meneguhkan kedudukan para Rasulnya dan mempertegas seruan (dakwah) mereka agar manusia beriman kepada Allah SWT dan tidak mempersekutukan-Nya (tauhid).
 
Namun mukjizat setiap nabi dan Rasul berbeda-beda. Hal ini disesuaikan dengan karakter dan kondisi kaumnya yang menjadi objek dakwah. Lalu, apakah mukjizat Nabi Muhammad saw?
Para ulama sependapat, di antara sekian banyak mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad saw, yang terbesar adalah Alquran. Alquran adalah kitab suci penyempurna kitab-kitab suci para nabi sebelumnya. Alquran bukan hanya petunjuk untuk mencapai kebahagiaan hidup bagi umat Muslim, tapi juga seluruh umat manusia.
 
Salah satu keajaiban Alquran, adalah terpelihara keasliannya dan tidak berubah sedikitpun sejak pertama kali diturunkan pada malam 17 Ramadan 14 abad yang lalu hingga kiamat nanti. Otentisitas Alquran sudah dijamin oleh Allah, seperti dalam firman-Nya,
 
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Alquran, dan Sesungguhnya Kami pula yang benar-benar memeliharanya.” (QS Al-Hijr: 9)
 
Bukti otentisitas ini adalah banyaknya penghafal Alquran yang terus lahir ke dunia, dan pengkajian ilmiah terhadap ayat-ayatnya yang tak pernah berhenti. Kejaibannya, meski Alquran diturunkan 14 abad lalu, namun ayat-ayatnya banyak yang menjelaskan tentang masa depan dan bersifat ilmiah. Bahkan dengan kemajuan ilmu dan teknologi saat ini, banyak ayat-ayat Alquran yang terbukti kebenarannya. Para ilmuwan telah berhasil membuktikan kebenaran itu melalui sejumlah ekperimen penelitian ilmiah.
 
Berikut beberapa fakta ilmiah Alquran yang dihimpun dari berbagai sumber, di mana berbagai penemuan ilmiah saat ini ternyata sesuai dengan ayat-ayatnya.

1. Fakta tentang besi

1 1
 
Besi adalah salah satu logam berat yang sangat bermanfaat bagi kehidupan. Dalam Alquran surat Al Hadiid ayat 25 menjelaskan bahwa Allah menurunkan besi yang memiliki kekuatan hebat dan memiliki banyak manfaat bagi manusia.
 
“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Alkitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami turunkan (anzalnaa) besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya, padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa.”
 
Dalam ayat ini, kata “anzalnaa” memiliki arti “kami turunkan” digunakan untuk menunjuk besi. Apabila diartikan secara kiasan kata “anzalnaa” menjelaskan bahwa besi diciptakan untuk memberi manfaat bagi manusia.
 
Apabila mengartikan kata itu secara harfiah, yakni “secara bendawi diturunkan dari langit”, maka diperoleh arti bahwa besi diturunkan dari langit. Beberapa ilmuwan telah berhasil membuktikan kebenaran ayat itu. Partikel besi tidak berasal dari bumi melainkan berasal dari benda-benda luar angkasa.
 
Paling tidak, terdapat sembilan ayat dalam Alquran yang membahas dan menjelaskan tentang besi. Salah satunya, “Dan Allah menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang telah Dia ciptakan, dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya atasmu agar kamu berserah diri (kepada-Nya).” (QS An-Nahl: ayat 81)

2.  Fakta penciptaan berpasang-pasangan

1.1
 
Surat Yaasin ayat 36 menjelaskan, Allah menciptakan segala sesuatu secara berpasang-pasang. Dalam ayat lain, Allah uga berfirman, “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.” (QS Adz-Zaariyat: 49).
 
Menurut ayat ini, Allah menciptakan yang berpasangan tidak hanya manusia, melainkan segala sesuatu yang tumbuh dari bumi dan berbagai partikel yang tidak terlihat mata.
 
Seorang ilmuwan asal Inggris, Paul Dirac, berhasil melakukan penelitian yang membuktikan bahwa materi diciptakan secara berpasangan. Penemuannya dinamakan ‘Parite. Dia memperoleh Nobel di bidang fisika pada tahun 1933 karena penemuannya itu.

3. Fakta tentang garis edar tata surya

1 1
 
Matahari, planet, satelit dan benda langit lainnya bergerak dalam garis edarnya masing-masing. Alquran surat Al Anbiya ayat 33 dan surat Yaasin ayat 38 menjelaskan mengenai fakta ilmiah itu dan terbukti kebenaranya.
 
Banyak ayat dalam Alquran yang menjelaskan tentang alam semesta dan tata surya. Beberapa di antaranya seperti:
 
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (QS Al Anbiya:33)
 
“Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (QS Yaa Siin: 38)
 
“Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua.” (QS Yaa Siin: 39)
 
“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.” (QS Yaa Siin: 40)
 
Pengamatan astronomi telah membuktikan kebenaran fakta ini.  Menurut ahli astronomi, matahari bergerak sangat cepat dengan kecepatan mencapai 720 ribu km per jam ke arah bintang Vega dalam sebuah garis edar yang dinamakan Solar Apex.
Selain matahari, semua planet dan satelit dalam sistem gravitasi matahari juga berjalan menempuh jarak ini. Semua bintang yang ada di alam semesta juga berada dalam suatu gerakan serupa.

4. Fakta tentang penciptaan manusia dalam 3 tahap

1 1
 
Dalam Alquran surat Az Zumar ayat 6 dijelaskan, manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahapan.
 
“Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?”
 
Perkembangan ilmu Biologi modern telah berhasil mengungkap petunjuk dari ayat itu. Pertumbuhan bayi di dalam rahim melewati tiga tahap (tiga kegelapan). Alquran menggunakan istilah ‘kegelapan’ karena memang proses penciptaan manusia dalam perut ibu terjadi di dalam rahim yang gelap. Tahap-tahap itu, pertama, tahap Pre-embrionik, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel kemudian menjadi segumpalan sel yang membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot, sel-sel penyusunnya mengatur diri mereka sendiri untuk membentuk tiga lapisan.
Kedua, tahap Embrionik yang berlangsung lima setengah minggu. Bayi pada tahap ini disebut “embrio”. Organ dan sistem tubuh bayi juga mulai terbentuk.
 
Ketiga tahap fetus yang dimulai sejak kehamilan bulan 8 hingga lahir. Pada tahap ini bayi telah menyerupai manusia dengan wajah, kedua tangan dan kakinya.

5. Fakta tentang jenis kelamin bayi

1 0
 
Hasil penemuan ilmu genetika abad 20 menjelaskan bahwa jenis kelamin seorang bayi ditentukan oleh air mani dari pria. Dalam air mani pria terdapat kromosom x yang berisi sifat-sifat kewanitaan dan kromosom y berisi sifat kelaki-lakian. Sedangkan dalam sel telur wanita hanya mengandung kromosom x yang mengandung sifat-sifat kewanitaan. Jenis kelamin seorang bayi tergantung pada sperma yang membuahi, apakah mengandung kromosom x atau y.
 
Alquran telah menjelaskan fakta itu dalam surat An Najm ayat 45-46, “Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita, dari air mani, apabila dipancarkan.”
 
Sebelum penemuan itu diperoleh, masyarakat menganggap bahwa penentu jenis kelamin berasal dari wanita.

6. Fakta tentang sidik jari manusia

1 0
 
Setiap manusia memiliki ciri sidik jari yang unik dan berbeda antara satu orang dengan lainnya. Keunikan sidik jari baru ditemukan pada abad 19. Sebelum penemuan itu, sidik jari hanya dianggap sebagai lengkungan biasa yang tidak memiliki arti.
 
Alquran surat Al Qiyaamah ayat 3-4 menjelaskan tentang kekuasaan Allah untuk menyatukan kembali tulang belulang orang yang telah meninggal, bahkan Allah juga mampu menyusun kembali ujung-ujung jarinya dengan sempurna.
 
QS Al Qiyamah ayat 3-4:
“Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?”
“Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.”
 
7. Fakta tentang menyusui bayi selama 2 tahun
 
Air susu ibu atau ASI sangat bermanfaat bagi bayi. ASI adalah sumber makanan terbaik bagi bayi dan mengandung zat yang dapat meningkatkan kekebalan tubuh. Tidak ada susu buatan manusia yang mampu menandingi kualitas ASI.
 
Alquran surat Luqman ayat 14 menganjurkan manusia untuk berbuat baik kepada ibu bapaknya, ibunya telah mengandung dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Surat ini menjelaskan bahwa waktu yang terbaik untuk memberikan ASI bagi seorang bayi adalah 2 tahun karena memberikan banyak manfaat.
 
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun.  Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”

8. Fakta tentang relativitas waktu

1 0
 
Albert Einstein pada awal abad 20 berhasil menemukan teori relativitas waktu. Teori ini menjelaskan bahwa waktu ditentukan oleh massa dan kecepatan. Waktu dapat berubah sesuai dengan keadaannya. Beberapa ayat dalam Alquran juga telah megisyaratkan adanya relativitas waktu ini, di antaranya dalam Alquran surat Al Hajj ayat 47, surat As Sajdah ayat 5 dan Alquran surat Al Ma’aarij ayat 4.
 
“Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.” (QS Al Hajj: 47)
 
“Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.” (QS As Sajdah:5)
 
“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.” (QS Al Ma’arij:4)
 
Beberapa ayat Alquran lainnya menjelaskan, manusia terkadang merasakan waktu secara berbeda, waktu yang singkat dapat terasa lama dan begitu juga sebaliknya.

9. Fakta tentang gunung

1 0
 
Gunung tidak hanya memperindah pemandangan. Dikaji dari ilmu geologi, gunung berfungsi sebagai penyeimbang bumi dari goncangan. Gunung  muncul karena tumbukan lempengan-lempengan raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan bertumbukan, lempengan yang lebih kuat menyelip ke bawah sedangkan  lempengan yang lemah melipat ke atas membentuk dataran tinggi dan gunung.
 
Alquran menjelaskan fungsi gunung dalam beberapa ayat di antaranya dalam surat Al Anbiyaa ayat 21 dan surat An Naba’ ayat 6-7. Gunung diibaratkan sebuah paku yang menjadikan lembaran kayu tetap saling menyatu.
 
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.” (QS Al Anbiya:31)
 
“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?,” (QS An Naba’: 6-7)

10. Fakta tentang dasar lautan yang gelap

1 0
 
Manusia tidak mampu menyelam di laut dengan kedalaman di bawah 40 meter tanpa peralatan khusus. Dalam sebuah buku berjudul Oceans juga dijelaskan, pada kedalaman 200 meter hamper tidak dijumpai cahaya, sedangkan pada kedalaman  1000 meter  tidak terdapat cahaya sama sekali.
Kondisi dasar laut yang gelap baru bisa diketahui setelah penemuan teknologi canggih. Namun Alquran telah menjelaskan keadaan dasar lautan semenjak ribuan tahun lalu sebelum teknologi itu ditemukan. Alquran surat An Nur ayat 40 menjelaskan mengenai fakta ilmiah ini.
 
“Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun.” (QS An Nuur: 40).
 
Ref
 
sumber : bbrp/detik/HK/LJk

Keajaiban ANGKA dalam Al Quran

Makna Al-Quran

Makna Quran ialah bacaan, manakala maksudnya ialah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Ia mengandungi berbagai-bagai pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam dan keselamatan sejagat. Quran diturunkan oleh Allah kepada semulia-mulia makhluk iaitu Nabi Muhammad melalui semulia-mulia malaikat iaitu Jibril, pada semulia-mulia bulan iaitu bulan Ramadan, di semulia-mulia tempat iaitu Mekah, dalam semulia-mulia bahasa iaitu bahasa Arab. Ini menunjukkan segala bentuk kesempurnaan dan kemuliaan itu wujud di dalam Quran itu sendiri.








Saturday 27 July 2013

Suami isteri dan rahmat kasih sayang dari Allah


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ إِذَا أَنتُم بَشَرٌ تَنتَشِرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Surah Al Rom ayat 20 dan 21


Solat hajat


Rasullah SAW bersabda: 

"sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah swt atau daripada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat."

Hadis riwayat al Tarmizi

Friday 26 July 2013

Kisah pendek Aisyah, Alif dan Luqman naik kereta

Si kakak jadi pemandu, dua si adik jadi penumpang!!!


Tetiba si kakak break emergency! Opps


Mana si baby Luqman?! 

Alamak! Terjatuh ke bawah !!!

Sekian, cerita sudah tamat!

Allah turunkan Al Quran di malam laitul qadar - Surah Al Qadar


إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Surah Al Qadar - ayat 1 hingga 5.

Thursday 25 July 2013

Brain death, gugur janin dan derma organ dari perspektif Islam

Disediakan Oleh :

Ust. Zaharuddin Abd Rahman Abu Husna
( MA Fiqh & Usul Fiqh ) 
Universiti Al-Yarmouk, Jordan
zaharuddin@yahoo.com
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW , pemimpin para du’at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam.
Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-
- Tanda kematian Dalam Islam dan Perubatan Moden 
- Mati Otak (Brain Death) ringkasan Perspektif Perubatan. 
- Pendirian Islam dan Hukum berkait Mati Otak. 
- Hukum Derma Organ dalam pelbagai Situasi 
- Hukum Menggugurkan Janin. 

Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap warga Malaysia yang berminat terutamanya para doctor perubatan yg mengambil berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusan kerjayanya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat, bgmnpun penulisan ini dibuat dlm bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dpt menjelaskan ‘mawqif’(pendirian) Islam terhadap beberapa isu perubatan yang mungkin segelintir kalangan para doctor masih lagi tertanya-tanya tentang hukum Islam berkaitannya, juga ia berkait dengan kehidupan semasa kita semua.

Tanda-tanda Kematian dalam Islam
Firman Allah SWT : “Setiap yang hidup pasti akan merasai mati” (Al-Anbiya : 35)
Menurut Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki dalam Syarh Sohih Muslimnya yang dinaqalkan oleh Imam An-Nawawi (w 676 H) : mati itu adalah perpisahan ruh dari jasad atau perpindahan ruh ke alam lain dan meninggalkan jasadnya. Lalu jika kita menerima takrifan ini, maka secara tidak langsung kita telah menerima kefahaman metafizik, kerana itu manusia tidak mampu untuk mengetahui secara tepat bilakah masuknya ruh dan keluarnya kecuali mereka hanya mampu untuk membuat andaian berlaku kematian dengan berpandukan kpd tanda-tandanya selain berpandukan dalil2 dari Hadith Nabi SAW.
Para Fuqaha berdasarkan hadith2 Nabi SAW yang kukuh telah membuat kesimpulan, antara tanda-tanda kematian adalah :
Dari Ummu Salamah RA bhw Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya ruh apabila diambil maka ia matanya akan menurutinya (memandang ke atas)” (Sohih Muslim) 

Dari Shidad “Kiranya kamu menghadiri org yg mati dari kalangan kamu, tutupilah matanya, kerana matanya mengikuti ruhnya (terbuka dan melihat ke atas), serta bercakaplah (di antara kamu) dengan perkara yg baik (Musnad Ahmad) 

Berdasarkan hadith ini, mengenalpasti kematian melalui mata adalah suatu tanda yng amat penting bagi menunjukkan samada ruh telah berpisah dari jasad atau belum.

Fuqaha juga telah menentukan bhw antara tanda-tanda lain bagi kematian adalah terhentinya nafas, kedua-dua kaki menjadi lembik (longgar), terlerainya gengaman tapak tangan, lenjutnya kulit wajah dan mengecutnya kemaluan, sejuknya tubuh dan lain2.

Walau bagaimanapun, jelas menurut ilmu perubatan, ini bukanlah tanda-tanda yang konkrit bagi kematian, kecuali terhentinya pernafasan. Para fuqaha terdahulu, akibat kekurangan alatan moden dan kurangnya perkembangan ilmu sains dan perubtaan, telah membuat kesimpulan bahwa mana-mana bayi yang lahir dan mati sebelum kedengaran sebarang jeritan samada kuat atau perlahan, ia dianggap dilahirkan dalam keadaan mati, serta tidak diiktiraf kehidupan baginya.

Dengan bantuan kemajuan sains dan teknologi hari ini,jelas bhw pandangan fuqaha dahulu tersebut adalah meleset serta tidak tepat sama sekali, bahkan dunia kedoktoran telah menyaksikan beribu2 bayi yang lahir tanpa sbrg tangisan dan jeritan dan mampu diselamatkan melalui beberapa rawatan kecemasan yang agak mudah. Justeru, dalam hal ini, sewajarnya tanda kematian dan ilmu mengenalpasti kematian ini diberikan kepada para doctor dan bukannya bidang para fuqaha untuk melakukan ijtihad. Para doctor dalam hal ini dianggap ‘ahl az-zikr’ iaitu org yang paling mengethaui.
Tanda Kematian Menurut Doktor Perubatan
Secara ringkasnya, adalah seperti berikut :

Terhentinya Jantung dan kitaran (peredaran darah), yang mana ianya tidak akan kembali bergerak. 
Tetapi perlu diingat, para doctor berupaya untuk memberhentikan pergerakan jantung dari fungsinya selama 2 jam atau lebih ketika pembedahan yang memerlukan keadaan tersebut, bagaimanapun peredaran dan kitaran darah tidak berhenti walaupun sesaat.
Begitu juga dengan terhentinya pernafasan, yang boleh dibantu dengan pernafasan mulut ke mulut atau dengan perantaraan AMBU BAG. Dan biasanya dengan bantuan tersebut pernafasan akan kembali berfungsi secara normal tanpa lagi memerlukan bantuan.
Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan, yang mana pernafasan normal(tabi’e) tidak akan kembali lagi, ketika itu pesakit terpaksa bergantung kpd alat pernafasan sepanjang hidupnya, sebagaimana yang berlaku kpd kanak2 yang mendapat kecacatan di pusat pernafasannya di Medulla Oblongata, atau dinamakan Bulbar Poliomyletis. Demikian juga pesakit yang mengalami kegagalan fungsi pernafasan (Respiratory Failure) amat memerlukan bantuan alat pernafasan bagi menyokong pernafasan asalnya. Dalam keadaan ini, alat (Bennette Respirator) atau lainnya, dapat menolong.
Para Doktor biasanya mengenalpasti waktu terhentinya pusingan (kitaran) darah dan jantung, iaitu terhentinya yang tiada kembali lagi, ia boleh dikenalpasti dengan tanda berikut :-
1) Terhentinya denyutan dalam darah, iaitu dengan menyentuh tempat yang dapat merasai denyutan darah antaranya, kawasan di antara mata dan telinga, dan lain2 tempat yang diketahui oleh doctor.
2) Terhentinya jantung, ia boleh dikesan apabila tiada kedengaran dengupan jantung melalui Stetoskop.
Waktu terhentinya ini mestilah berterusan paling kurang selama 5 minit. Manakala dalam keadaan terhentinya secara mengejut, usaha mengembaliknnya berfungsi dilakukan berterusan dengan pelbagai kaedah antaranya menggunakan mesin (Defibrillator) bagi mengembalikan denyutan jantung iaitu dengan mengenakan sedikit cas elektrik ke jantung. Usaha ini akan diteruskan selama 30 minit dan mungkin juga lebih dari itu kiranya terdapat tanda-tanda kemungkinan jantung untuk berfungsi kembali.
Apabila terhentinya kitaran darah dan pernafsan secara sempurna (iaitu setelah dilakukan pelbagai usaha kecemasan yang disebut tadi) maka Doktor akan mengesahkan matinya pesakit secara rasmi.
2) Terhentinya pernafasan selama lebih 3 minit
Berikut adalah tanda terhentinya pernafasan :- 
a- Terhenti pergerakan di dada dan perut.
b- Tiada kedengaran bunyi pernafasan menggunakan stetoskop.
c- Diletakkan cermin yang bersih di depan mulut dan hidung bagi mengtahui terdapat tanda pernafasan berlaku atau tidak.
d- Diletakkan bekas kecil mengandungi air di atas dada atau perut, kiranya air tidak bergerak maka, ia tanda tiada pernafasan.
Bggaimanapun sel-sel tidak mati sejurus kematian pesakit, justeru kita boleh mendapati sel-sel ditubuh masih menerima kejutan2 elektrik dan sel-sel hati masih berfungsi menukarkan gula kepada glucose dan seterusnya ditukarkan kepada glycogen oleh sel Langerhans yang mengeluarkan Insulin.
Disertakan jadual jangka hayat anggota-anggota penting selepas kematian seseorang:
Anggota Masa hayat tanpa dibekukan
Masa hayat dengan pembekuan

Otak
4 minit 


Jantung
Beberapa minit 
2 jam atau lebih

Hati 
8 minit 
8 jam 

Pankreas 
20 minit 
12 jam seluruh pancreas
72 jam separuh darinya

Buah Pinggang
45 minit 
72 jam 

Kornea 
12 jam 
Sehari atau lebih

Kulit 
12 jam di bilik sejuk 
Sebulan atau lebih

Tulang 
24 jam 
Sebulan atau lebih

Paru-paru 
30 minit 
Beberapa jam

Sperma 
Berbelas tahun dengan disejukkan

ISU BRAIN DEATH ( Mati Otak )
Ringkasan dari perspektif Sains dan Kedoktoran tentangnya
Walaupun takrif kematian yang diiktiraf di kalangan doktor tadi adlh terhentinya jantung, peredaran darah dan pernafasan, bgmnpun terdapat beberapa keadaan kematian yang tidak dalam bentuk tersebut, Ia adalah rentetan kemajuan teknologi dengan ciptaan alat bantuan hayat . Maka ia adalah satu isu yang perlu di fatwakan oleh para ulama Syariah Islam.
Biasanya para doctor apabila berhadapan dengan keadaan kecemasan pesakit seperti kemalangan dahsyat yang membawa kecderaan parah di otak. Mereka akan menggunakan alat Bantuan Hayat untuk mengambil alih tugas paru-paru, serta membantu jantung agar terus berfungsi. Maka dengan alat ini, peredaran darah akan terus berjalan, jantung akan terus berdenyut dan para-paru masih berfungsi untuk pernafasan.
BAGAIMANAPUN, otak yang ditimpa kemalangan tadi telah rosak dan mati serta tiada kaedah lagi bagi menghidupkannya kembali. Dalam keadaan ini, pesakit mungkin boleh terus hidup dalam beberapa hari dan jantung akan terus berfungsi selama 68 hari dengan bantuan alat hayat selepas otak mati. Justeru, adakah pesakit sudah dikira mati di sisi Islam dalam keadaan mati otak ???
Sebelum dihuraikan pandangan Fuqaha Semasa tentang hal ini, dijelaskan di sini tanda kematian otak menurut kajian yang dikeluarkan oleh Harvard Medical School pada tahun 1968 m. :-
1- Koma serta tiada memberikan respond kepada apa jua keadaan.
2- Tiada pergerakan.
3- Tiada pernafasan (ketika diberhentikan alat bantuan)
4- Tiada tindakan refleksi dari pangkal otak.
5- Graf uji aktiviti otak akan menunjukkan tiada aktiviti (Flat E.E.G). Tapi ianya tidak memberi maklumat muktamad tentang kematian otak.
6- Tidak wujudnya pergerakan darah ketika digoyangkan kepala. Ia dapat dikesan apabila kerana darah, apabila digerakkan kepala ke satu arah, sepatutnya mata akan menghala ke arah yg bertentangan, kiranya berlaku mati otak, maka mata pesakit tidak menghala bertentangan bahkan menuruti arah kepala.
Apabila berkekalan tanda-tanda ini tanpa sebarang perubahan dalam masa 12 jam maka seseorang boleh dianggap telah mati otaknya. Banyak kajian telah dijalankan berkenaan Brain Death ini antaranya oleh :
a- Kesatuan Doktor Antarabangsa yang bersdiang di Australia tahun 1968 M. Juga di Geneva tahun yg sama.
b. Kuliah DiRaja Britain Bagi Para Doktor juga telah membuat satu badan bagi membuat kajian tentangnya dan mengeluarkan beberapa ketetapan pd tahun 1976 M dan 1979 M. Dan banyak lagi.
Brain Death ini pula telah dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu :-
a) Mati seluruh Otak ( Whole Brain Death )
b) Mati di Pangkal Otak (Brain Stem Death)
c) Mati Bahagian atas otak dan keadaan ‘Vegetative States’ ( iaitu : Hilang kemampuan aqal dan pemikiran dimana pesakit tidak mampu untuk makan dan minum melalui mulut dan hilang kawalan untuk kencing dsbg ) Bhg atas otak (cerebrum) telah mati dan bhg pangkal masih hidup.
Bgmnpun, penulisan ini tidak akan menghuraiakan jenis2 tersebut agar tidak memanjangkan perbincangan.
Kaedah Utama Mengenalpasti Brain Death
1. Syarat-syarat Pra ujian (Preconditions)
a) Pesakit pengsan sepenuhnya serta tidak bernafas kecuali dengan menggunakan alat pernafasan (ventilator).
b) Mengenalpasti sebab pesakit pengsan (tidak sedar diri) serta jelas terdapatnya kecederaan di pangkal otak yang tidak boleh diubati. Peratusan terbesar terhadap keadaan ini adalah kemalangan jalanraya, kapalterbang, keretapi, di tempat kerja lain2 sepertinya.
2. Tidak wujud tanda-tanda atau sebab2 lain yang menunjukkan pesakit hanya pengsan seketika
Antara faktornya:
a) Alkohol dan ubat pemandulan.
b) Rendahnya suhu tubuh.
c) Kegagalan Buah Pinggang atau Hati dari berfungsi.
d) Pengsan akibat terlebih gula di dalam darah atau terlampau kurang gula.
e) Ketidakstablian elektrolit, (Electrolyteimbalance) akibat masalah pada cas elektrolit seperti K, NA dan Ca.
Ketika wujudnya sebab2 sementara di atas mestilah dikenalpasti sebelum dijalankan ujian berlakunya mati otak.
3. Ujian-ujian lanjut
1) Tidak wujud tindakbalas refleksi dari pangkal otak. Ia boleh dikenal dengan cara berikut, antaranya:-
i. Tiada tindakbalas bebola mata terhadap sinaran lampu suluh.
ii. Tidak bergerak biji mata walaupun direnjiskan air sejuk padanya.
iii. Tidak mengerut dahinya walaupun ditekan dahi dengan ibu jari.
2) Tidak wujud pernafasan selepas diberhentikan alat pernafasan selama 10 minit. Ia dibuat dengan ujian khas. Ia diketahui oleh para doctor.
3) Ujian Kepastian Terakhir : Antara yang terpenting adalah :
a- Graf otak tidak menunjukkan sebrg pergerakan (Flat E.E.C )
b- Tiada peredaran atau kitaran darah di otak, ia dapat diketahui dengan menggunakan alat Redionucleotides
Demikian didedahkan secara ringkas berkenaan Brain Death menurut ilmu perubatan.
PENDIRIAN PARA ULAMA ISLAM DAN HUKUM BERKAITAN ISU BRAIN DEATH
Isu Alat Bantuan Hayat dan Mati Otak mula timbul dibincangkan di kalangan Fuqaha dan alam Islam sekitar awal 80 an.
Ia dibincangkan di sidang Majma’ Fiqh Islami tahun 1985 M di Jeddah yang mana dihadiri oleh para ulama dunia dan doktor-doktor perubatan pakar tetapi tiada keputusan dibuat demi meneliti isu.
Sidang Majma’ Fiqh seterusnya dibuat tahun 1986 M, di Amman Jordan, dan tajuk ini dibincangkan dengan begitu mendalam, hasilnya Majma’ Fiqh Islam Sedunia telah membuat fatwa dalam isu Alat Bantuan Hayat dan Mati Otak, yakni bagi menjawab persoalan adalah seseorang dikira mati dari sudut syarak atau belum apabila disahkan mengalami Mati Otak. Fatwanya sebagai berikut :
“ Sesungguhnya seseorang dianggap mati dari sudut syara’ dan seluruh urusan melibatkan kematian boleh dilaksanakan sekiranya tedapat 2 tanda :
1. Apabila terhenti jantung dan pernafasan secara sempurna, dan Doktor mengesahkan tiada harpan untuk kembali berfungsi.
2. Apabila terhenti seluruh tugas dan peranan otak secara sempurna , dan Doktor Pakar dalam bidang ini mengesahkan tiada harapan untuk kembali fungsi setelah dibuat analisa lengkap.
Dalam keadaan tersebut, adalah HARUS untuk menanggalkan Alat Bantuan Hayat yang digunakan pesakit walaupun terdapat anggota tubuhnya yang berfungsi dengan bantuan alat tersebut”
Kesan Fatwa ini, maka terbukalah ruang yang luas bagi proses pemindahan organ bagi pesakit2 mati otak yang dianggap mati dari sudut syara’ lalu bolehlah dijalankan proses pemindahan organ dalam keadaan organ masih segar dan sel masih hidup.
Bagi menjawab persaoaln berkaitan pemidahan organ, berikut disertakan ringkasan Fatwa Majlis Majma Fiqh terhdp isu derma dan pemindahan organ :
1. Pemindahan organ
a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-
i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.
ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.
b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.
Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-
i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.
c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata
Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.
d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
Hukumnya : HARAM
e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersgt diperlukan.
f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yg hidup yang hidupnya bergantung kpd anggota itu.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.
g) Memindahkan organ binatang kepada manusia
Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.
h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yg ditetapkan hasil organnya
Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.
2. Menghapus Ovum atau telur wanita yang berlebihan dari keperluan (Hasil pensenyawaan di luar rahim)
Hukumnya :
1. Kaedah penghaspusannya adalah dibiarkan tanpa sebarang perhatian, agar ia mati dengan sendirinya.
2. HARAM menggunakan ovum dari wanita lain, dan WAJIB pihak yang menguruskannya memastikan tiada sebarang kekeliruan atau percampuran atau pertukaran berlaku.
3. Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas
Hukumnya :
a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes Tersilap (Khata’)
b) Dlm Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :-
i- Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas
ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.
HUKUM MENGGUGURKAN JANIN 
Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :
1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas
2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cact sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dsbg
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.
3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dsbg
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.
4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama’
a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.
5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.
6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.
7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.
PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?
Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.
Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : “Dan jangalh kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak).” (Surah Al-An’am : 151)
Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurakn janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha’ Mazhab Maliki.
Sekadar itu dahulu, semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada semua, sebarang teguran membina amatlah dialu-alukan.

Sekian,
Irbid, Jordan
20 Jun 2003

Rujukan :
Qarar Majma’ Fiqh Islam Sedunia 

Al-Mawqif Al-Fiqhi wal Akhlaqi min qadhiyah Zar’u al-A’dho’ , Dr Muhd Ali Al-Barr, Dar Al-Qalam, Dimasqh, cet 1, 1994 m 
Qadhaya Tibbiyyah Mu’asiroh, Prof. Dr Muhd Na’im Yasin, Dar an-Nafais, Cet 3, 2000 m 
Nizam Al-Usrah fil Islam, Prof Dr Muhd Uqlah Al-Ibrahim, Muassasah Ar-Risalah, cet 2, 1992 m 
Gharasul a’dho’, Dr Mustafa Al-Qudoh, Abhath Al-Yarmouk 
Bahath Ijhad al-Janin Al-Musawwah, Prof Dr Misfar al-Qahtoni 
Batath Ijhad al-Janin Al-Musawwah, Prof Dr Mahmud Abu Layl, Univ. UAE 
Fatawa al-Muasiroh, Syeikh Dr Yusoff al-Qaradhawi, Muassasah ar-risalah, Beirut, cet 3, 1994 M. 

Kisah kuda dalam Al Quran


زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Ali Imran ayat 14

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Surah Al Anfal ayat 60

وَالْخَيْلَ وَالْبِغَالَ وَالْحَمِيرَ لِتَرْكَبُوهَا وَزِينَةً وَيَخْلُقُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Surah Al Nahl ayat 8

إِذْ عُرِضَ عَلَيْهِ بِالْعَشِيِّ الصَّافِنَاتُ الْجِيَادُ

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari.

فَقَالَ إِنِّي أَحْبَبْتُ حُبَّ الْخَيْرِ عَن ذِكْرِ رَبِّي حَتَّىٰ تَوَارَتْ بِالْحِجَابِ

(Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: " Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam".

رُدُّوهَا عَلَيَّ فَطَفِقَ مَسْحًا بِالسُّوقِ وَالْأَعْنَاقِ

(Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): " Bawa balik kuda itu kepadaku"; maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor).

Surah Saad ayat 31, 32 dan 33

وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا

Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,

فَالْمُورِيَاتِ قَدْحًا

Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,

فَالْمُغِيرَاتِ صُبْحًا

Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, 

فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا

Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,

فَوَسَطْنَ بِهِ جَمْعًا

Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;

Surah Al Adiat ayat 1 hingga 5