Wednesday, 3 October 2018

Catitan Kembara Insan Rehlah Haji bersama Abu Anas Madani






  1. Alhamdulillah, selesai pengembaraan haji 2018 apabila tiba di rumah pada 25hb. September 2018. Walaupun perjalanan bermula 11hb. Ogos 2018, persediaan untuk mengerjakan haji sebenarnya bermula Disember 2017.
  2. Jika ditanya, hati sebenarnya masih berada di Tanah Suci. Perasaan rindu telah mula hadir sejak hari pertama meninggalkan bumi Mekah menuju ke Madinah.
  3. Terlalu banyak cerita untuk dikongsi. Mungkin itulah sebab utama Dr. Basit syorkan tulis buku. (Dah lama simpan niat nak tulis buku, tapi belum kesampaian. Kita tulis di blog lah dulu).
  4. Dalam banyak cerita dan pengalaman yang nak dikongsi, saya rasa ini perkara paling utama yang wajar saya sampaikan berkenaan rehlah haji ini. Yang paling utama antara yang utama.
    • Tunaikan haji atau umrah segera.
    • Jangan bertangguh.
    • Usahakan bermula hari ini.
    • Tak ada duit, cari.
    • Tak dapat kuata TH, usahakan melalui pakej swasta yang berdaftar.
    • YA. Inilah perkongsian saya yang utama.
  5. Kenapa? sebabnya, bila kita sampai di Tanah Suci, kita akan lihat 1001 manusia yang berusaha untuk sampai ke Tanah Suci memenuhi panggilan agung Nabi Ibrahim AS sejak kita belum dilahirkan lagi. Ada yang jauh lebih berusia, berjalan menggunakan tangan, kerusi roda dan tongkat mengerjakan Tawaf, malah 1001 kesukaran yang tak dapat kita bayangkan. Namun, mereka sampai jua ke Tanah Suci dengan izinNya. Mereka menjadi Tetamu Allah dari seluruh pelusuk dunia.
  6. Mereka yang telah mengerjakan haji, selepas lima (5) tahun baru boleh daftar dan masuk kuata menunggu. Semasa di Madinah, saya dah nak daftar untuk pergi lagi. .....nak gambarkan, betapa perasaan rindu itu telah tersemat di sanubari. Benarlah segala Ayat Suci Al - Quran dan Hadis. Allah telah tanamkan perasaan rindu itu buat diri insan yang telah sampai ke Tanah Suci.
....ok. Itu preview Rehlah. Nantikan episod seterusnya bila direzekikan minda yang lapang untuk menulis.

Wassalam!

Thursday, 13 September 2018

Isteri, insan terbaik di dunia buat suami

Bersaksikan Kaabah dan rukun yamani,
Daku menukilkan perasaan jiwa raga ku ini buat para suami di dunia.

Ketahuilah olehmu sang suami,
Dirimu kini punyai isteri. Ketahuilah olehmu, dia adalah insan terbaik di dunia buatmu pilihan Allah, sejak kamu belum pun dilahirkan. Biar pun apa bentuknya, wajahnya, warna kulitnya, perangainya, serta apa jua yang baik buruk pada dirinya, dia tetap insan terbaik di dunia buat masa ini kepadamu dibandingkan dengan seluruh wanita yang bukan muhrim kepada mu dari serata pelusuk dunia.

Kenapa daku berkata demikian?

Para suami, isterimu itu halal buatmu. Ia ada segala yang ada pada wanita lain seisi dunia. Maka, yang halal itu adalah terbaik di antara seisinya dunia ini!
Jika kamu dambakan artis di luar sana,
Jika kamu dambakan ratu cantik dunia,
Jika kamu dambakan sesiapa sahaja,

Semuanya tidak bisa menandingi isterimu yang halal, yang telah ditetapkan jodoh oleh Allah di alam ruh, tika kamu belumpun dilahirkan.

Para suami,
Isterimu jua temanmu dulu dan kini,
Dia lahirkan anak - anakmu dengan penuh kesakitan dan nyawa di hujung tanduk,
Dia jaga, didik, besarkan anak - anakmu siang dan malam tanpa rasa jemu, malah penuh kasih dan sayang
Dia dulu dijaga bapanya, disayangi ibunya, tempat bermanja, tempat menumpang kasih,
Keranamu, dia tinggalkan segalanya,
Kini dia di pelusuk dapur, siang dan malam, menjaga makan dan minum mu,
Dia di rumah, siang dan malam, bekerja tanpa henti,
1001 perkara boleh ku senaraikan betapa dia telah korbankan untuk dirimu suami dan anak - anakmu.

Para suami,
Kasih lah isterimu,
Sayangilah isterimu,
Manjakan dia,
Pujuklah dia,
Dengarlah bebelannya,
Jagailah dia selamanya.

Jangan dikau zalimi dirinya
Jangan dikau hina dirinya
Jangan dikau sindir dirinya
Jangan dikau kecewa dan buatnya menangis

Ingatlah para suami,
Rasulullah SAW pernah bersabda, lelaki terbaik adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan Baginda SAW adalah yang terbaik buat kaum wanita.

Baginda turut berpesan, jika pun dikau terpandang fitnah wanita di luar sana, maka,
Kembalilah kepada isterimu, kerana sesungguhnya, dia jua sama seperti wanita lainnya.

Dialah yang terbaik buatmu dari seluruh wanita dunia!

Masjidil Haram,
1630
13.09.2018

Thursday, 2 August 2018

Rezeki

Sungguh ajaib rezeki Allah nak bagi kat kita

Periuk belanga mahal
Belum tentu masakan kita ada
Makanan penuh di peti ais, belum tentu dapat dimakan
Makanan penuh terhidang di meja, belum tentu sampai selera ke mulut kita
Makanan disuap, belum tentu masuk ke perut kita
Makanan dah masuk ke perut, belum tentu jadi tenaga untuk kita beribadat

Ya Allah, kurniakan kepada kami makanan yang halal lagi baik untuk beribadat kepadaMu.

Sunday, 22 July 2018

Biomass Fuel daripada Industri Sawit

Sumber biomass fuel daripada industri sawit adalah seperti berikut :
1. Mesocarp fiber
2. Palm kernel shell
3. Empty fruit bunch

Industri yang menggunakan biomass industri sawit adalah seperti berikut :
1. Refinery
2. Power plant
3. Fertilizer plant

Buat masa ini, pengguna kepada semua biomass di atas terdiri daripada dalam dan luar negara.

Fokus kepada biomass fuel tertumpu kepada palm kernel shell dan juga empty fruit bunch.

PKS tidak perlu kepada rawatan melainkan pengasingan bahan asing sebelum dijual. Namun begitu, empty fruit bunch ata EFB perlu diproses terlebih dahulu sebelum diguna pakai. Antara proses terlibat adalah :

1. Pressing and residue oil recovering
2. Shredding and drying
3. Storage

EFB ditukar kepada Shreded EFB atau SEFB atau long fiber.
SEFB yang memenuhi kriteria seperti berikut sesuai untuk digunakan sebagai bahan bakar di boiler :
1. Moisture atau kelembapan <40%
2. Potongan <3"

Antara mesin shredder yang polular di negara adalah YKL. YKL adalah pembekal mesin shredder terbesar di Sabah.

Dua isu utama SEFB yang dihasilkan oleh industri buat masa ini adalah :
1. Kelembapan melebihi 50%
2. Potongan SEFB melebihi 4"

Antara punca kepada masalah di atas adalah :
1. Jenis mesin yang digunakan.
2. Tiada pembaikan ke atas mesin mengikut RH yang ditetapkan.
3. Tiada tempat penyimpanan SEFB. Bina warehouse yang besar. Terdedah kepada risiko air hujan.
4. Tiada bunch crusher sebelum shredder machine. Terdedah risiko kepada hard bunch.

Perhatian perlu diberikan kepada pemilihan boiler. Buat masa ini, boiler kilang sawit mempunyak kecekapan di bawah 75% sahaja. Boiler perlu ditingkatkan kecekapan kepada 85% ke atas dengan perkara berikut :
1. Pasang economizer.
2. Pasang Air PreHeater APH
3. Pasang superheater tube
4. Recover condensate water

Keperluan kepada SEFB di Sabah mencapai 8000 mt setiap hari. Jumlah ini dijangka akan meningkat dengan penambahan janakuasa dan kilang penapis sawit.

Kilang sawit wajar melihat ini sebagai satu peluang baru untuk menjana kewangan baru buat syarikat.

Dengan adanya SEFB, kilang sawit bakal mendapat manfaat berikut :
1. Sumber fiber lebihan untuk operasi kilang di musim buah kurang/selepas mainteance atau annual shutdown.
2. Peluang untuk menyimpan PKS dengan lebih banyak.
3. Meningkatkan kadar OER disebabkan proses pemanasan berpanjangan.
4. Menjimatkan penggunaan diesel untuk sumber elektrik domestik semasa turbin tidak beroperasi.
5. Sumber minyak tambahan hasil daripada pressing EFB dianggarkan 0.02% per MT FFB.
6. Sumber kewangan baru hasil jualan SEFB.

Duit lebih, bonus lebih untuk jurutera dan staff kilang.

Persepsi lama kilang terhadap EFB sebagai satu bebanan perlu diubah.
Persepsi lama kilang terhadap menghasilkan SEFB sekadar melepas batuk ditangga perlu diubah. Hasilkan SEFB berkualiti tinggi untuk harga lebih kompetitif.

Ayuh, kita nadi merubah masa depan industri.

ZM
22.7.2018
Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Tuesday, 12 June 2018

Kebaikan

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” 
(Surah Al-Maidah, ayat 2).

Back to basic “aku petani”

Back to the basic
Falsafah seorang petani

Beberapa batang sayur manis, RM2/seikat disemai. Ditanam. Apabila tinggi mencecah dua kaki, dipotong, dibuang daun dan ditanam lagi. Setiap hari cuma 2-3 batang dipotong dan ditanam. Begitulah berlalunya hari - hari selama 6 bulan. Disiram setiap hari. Dibaja setiap bulan. Atas sebuah tapak seluas 6 inci simen. Natijahnya, pucuk sayur manis dikutip setiap hari lebih dari seikat dibuat sayur untuk makan malam.

Al kisah pokok limau di dalam tong biru. Hampir layu kecundang mati kerana kurang air. Akhirnya dipindah lokasi di bawah pancuran air hujan yang bocor. Jika dulu daunnya berguguran ibarat air mata yang menunggu ajal. Ia mula menumbuhkan dedaun di batang yang pernah dipotong. Bukan sekadar dedaun baru bercambah, bebunga turut muncul di segenap batang dan daun.

Dalam kesibukan kerja, pancaroba Malaysia Baru, beberapa hari menjelang takbir raya, aku terpaku melihat hasil usaha ku yang tidaklah sebesar mana. Namun hasilnya atas izin Illahi cukup untuk aku kembali ke lumrah sebenar jiwa raga aku. Aku anak petani. Aku minat bertani. Dan selamanya jiwa raga aku adalah petani. Kesabaran. Kegigihan. Istiqamah. Janji Allah itu pasti. Berusahalah. Setiap masa. Setiap hari. Setiap saat. Ibarat kata Nas Daily, setitip air selama dua jam ke muka cukup buat manusia begitu stress. Teori pembalikan berkata, begitulah jua kebaikan. Jika air setitik itu terus menitis, batu pun akan terbelah. Pedang yang tumpul pun akan jadi tajam!

Pepohon itu perlu kasih sayang. Dibelai. Dicium. Dibajai. Disiram setiap hari. Usahanya tidak perlu banyak, cuma ia perlukan kesabaran. Kegigihan. Istiqamah dan berterusan. Selebihnya selepas segala usaha dilakukan, maka berserahlah kepada Allah.

Ya kawan, belajarlah falsafah pepohon kayu!




Friday, 8 June 2018

IPP Felda Sahabat 16

Ziarah ramadhan 1439H ke Felda Sahabat 16 IPP

Terima kasih kepada Tuan Ahmad Shazwi atas layanan dan perkongsian ilmu.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk majlis perkahwinan minggu hadapan.





Monday, 16 April 2018

Baiah & Kepimpinan

Baiah & Kepimpinan
“Saya patuh & saya taat”

Dalam apa jua organisasi dan kepimpinan, ketaatan itu perkara utama. Sumpah angkat setia atau disebut dalam bahasa Arab sebagai “baiah”.

Apabila mana - mana peperangan berakhir, pihak yang kalah akan mengikut perjanjian, tunduk dan taat kepada pihak yang menang.

Dalam organisasi hari ini, kita tandatangan kontrak perkerjaan dan juga akujanji. Bukan setakat urusan harian, malah dalam perkahwinan mahupun segala genap urusan harian kita.

Tanpa ketaatan (yang dijelmakan dalam apa saya bentuk baiah, tulisan kerja, catitan di batu bersurat mahpun dalam bentuk digital, ia adalah lambang kita taat, akan taat dan selamanya mengakui orang yang kita setuju itu jadi pemimpin kita.

Tanpa ketaatan, maka tiada kepimpinan. Masyarakat akan hancur. Perpecahan mula menjelma. Syaitan, hasad dengki malah status manusia akan berubah menjadi lebih hina daripada haiwan. Haiwan sekali pun ada kepimpinan.

Methodologi kepada ketaatan dan kepimpinan bermaksud,

Apa sahaja yang diputuskan oleh pemimpin selagi tidak bertentangan dengan kebenaran, maka jawapannya adalah
Saya ikut dan saya taat.

Jika dalam tentera, langgar arahan boleh mengorbankan seluruh platun, ancam nyawa kepada musuh, maka hukuman kepada perlanggaran arahan adalah hukuman paling keras!
Lebih lagi jika musuh dalam selimut, ia wajar dihukum bunuh.

Apabila berbicara tentang kepimpinan, kita menjaga bukan seorang, tetapi 2 orang, 10 orang, 100 orang, 1000 malah 100 juta manusia. 

Tanpa kepimpinan dan ketaatan, jumlah manusia yang ramai itu akan sukar dikawal jika semuanya mahu membuat keputusan. Semuannya mahu menjadi ketua. Semuanya mahu meluaskan rasa tidak puas hati dan keputusan sendiri.

Natijah kepada ketaatan dan kepimpinan adalah kekuatan. Hatta dua orang, jika mereka patuh dan taat, Allah bersama mereka.
Hatta sepuluh orang, jika mereka patuh dan taat, dunia mampu digoncang.

Jika pun isu timbul, maka ketualah kita akan rujuk. Jika fitnah melanda, maka ketualah kita akan tanya. Bukan kepada musuh dan bukan juga kepada orang yang lain.

Namun, tanpa taat dan pemimpin, jumlah 1 billion pun ibarat buih - buih di lautan!

Zulkefli Muhammad
Jurutera
Lt Muda 
Pengurus
16.4.2018

Friday, 30 March 2018

Hari Mendung Cerah Panas

Ada hari hujan
Ada hari panas
Ada hari mendung
Ada hari ribut
Ada hari cerah

Apa pun, life goes on. Selagi nyawa dikandung badan, selagi hidup masa tersisa, selagi masa masih ada.

Lupakah kita, jika si mati ditanya apa yang mereka mahu lakukan jika dihidupkam kembali? 
Mereka menjawab, hidupkan kami semula supaya kami dapat bersedekah!

Ya kawan,
Apa pun harimu, hujan panas ribut serta taufan sekalipun,

BERSEDEQAHLAH!

Salam Jumaat!

Thursday, 29 March 2018

Rasulullah SAW menangis bila ayat 190-191 Ali Imran diwahyukan



Rasulullah SAW kemudiannya bersabda, 

“Celakalah bagi orang yang membaca ayat-ayat ini, lalu ia tidak memikirkan apa yang terkandung di dalamnya.”

Tuesday, 27 March 2018

FITNAH melata membawa ke NERAKA

Dunia teknologi bukan perkara baru. Suara, video, hatta sekalipun gambar dan surat menyurat. Canggih usah kita pertikaikan. 

Teknologi + fitnah = maka ia ibarat perkara benar buat mereka yang hanya menonton, melihat dan berfikir menggunakan kepala lutut, tapi tinggalkan otak serta iman di tempat lain.

Belasan tahun dulu kita dihidangkan dengan pelbagai video itu dan ini. Kini timbul pula suara itu dan ini. 

Adakah semudah kita tekan like, share dan letakkan komen itu dan ini?
Tanpa perlu siasat dan selidik ia benar atau tidak?
Adakah sumber kita itu ada authoriti?
Atau sekadar blogger murahan, cybertrooper picisan atau propoganda pihak itu dan ini?
Adakah kita telah menjadi mangsa kepada umpan - umpan untuk memusnahkan apa yang musuh luar dan dalam selimut kita mahukan?
Adakah kita lupa pesan Nabi kepada umat?
Adakah kita rasa ia semudah tekan share dan like?

Wahai orang - orang yang beriman, 

adakah kita lupa Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. 
(Q.S. al-Baqarah: 217) 




Kita tidak tahu ia benar dan salah, lalu apakah kita mahu juga masukkan diri kita ke dalam dosa dan neraka disebabkan perbuatan jari jemari kita?

SIASAT & FIKIR dengan IMAN,
Sebelum kita SHARE & LIKE!

Tuesday, 20 March 2018

Handphone ; Kemudahan @ Malapetaka?



 18.3.2018 saya menyertai pertandingan ucapan buat kesekian kalinya. Peringkat Area Level dan mendapat tempat ke 2. Pencapaian saya tertinggi setakat ini.

Tajuk : “SMARTPHONE”

Jujur, saya sebenarnya tidak melakukan apa - apa persediaan untuk pertandingan tersebut. Namun Smartphone menjadi topik dalam banyak pilihan kerana ia telah memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan saya sejak akhir - akhir ini.

Terpanggil untuk berkongsi perihal besarnya smartphone mempengaruhi kehidupan kita hari ini. 

Jumlah pengguna smartphone di dunia kini 5 billion daripada 7 billion penduduk dunia. Di Malaysia sahaja jumlah pengguna adalah 20 juta berbanding penduduk negara 32 juta. Ia adalah angka melebihi 60%.

Saya mendapat telefon pertama semasa berumur 22 tahun. Semasa di Tahun 2 pengajian di Universiti. Tahun 2002. 

Namun kini, anak saya berumur kurang 2 tahun telah pandau bermain touch screen smartphone. Bayangkan perbezaan zaman yang kita sedang hadapi dan bakal hadapi.

Dalam meniti saat dan masa kini yang semakin pantas berlalu, adakah kita sebenarnya sudah bersedia dengan limpahan budaya baru ini? 

Adakah kita telah bersedia menghadapi suasana baru ini?
Adakah kita cuma menceduk dan memasukkan terus ke dalam kehidupan kita?
Atau ada perkara yang kita perlu lakukan segera?

Pelbagai senarai berlaku sama ada kepada diri kita, bandar kita, negara kita dan juga dunia akibat daripada penggunaan telefon hari ini.

Kita boleh sebutkan pelbagai kebaikan telefon bimbit. Namun tidak kurang juga keburukan telefon bimbit yang ada.

Suka saya katakan, itulah dunia. Baik dan buruk seiring jalan untuk dijadikan pilihan buat kita semua. 

Semasa menulis artikel ini, saya cuma menggunakan telefon bimbit. Tidak perlu bagi saya untuk membuka PC untuk membuat post di blog. Cukup sekadar membuka telefon bimbit.

Harga telefon bimbit adalah RM500 hingga RM4000 bergantung kepada model. Harga sebuah kereta adalah RM30,000 hingga RM300,000. Namun untuk memandu kereta, kita perlu belajar dan lulus lesen kereta. Kita perlu kepada undang - undang jalanraya. Kita perlu kepada polis trafik dan JPJ. Kerana ia boleh membawa kepada kehilangan nyawa. 

Sedarkah kita semua, telefon bimbit berharga RM500 itu lebih besar kesannya kepada nyawa manusia. Ia bukan sekadar boleh membunuh jiwa manusia, malah ia juga boleh menyebabkan sebuah kerajaan runtuh. Ia boleh memecahbelahkan tali persaudaraan. 

Maka itulah sebabnya, kita perlukan dua perkara untuk memastikan kita mampu menggunakan telefon bimbit dengan sebaiknya.

2E.

Etika dan Educate. 

Kita perlukan etika. Jika tiada, kita perlu buat. Jika sudah ada, kita perlu amalkan dan jadikan ia budaya.
Semasa di rumah, telefon perlu ditutup.
Semasa di meja makan, telefon perlu ditutup.
Semasa di bilik mesyuarat, telefon perlu ditutup.

Kita perlu educate diri kita sendiri. Keluarga kita. Rakan kita dan seluruhnya semua manusia di dunia.

Ingatlah, telefon bimbit itu SALAH SATU daripada cara untuk berkominikasi sesama manusia, NAMUN IA BUKANLAH SATU - SATUNYA cara!

Saturday, 17 March 2018

Keypad 17.3.2018



Target 1 juta page view

Terima kasih!

Blog KEMBARA INSAN adalah hadiah balasan kepada semua atas apa jua jasa baik Tuan Puan kepada saya.

Matlamat utama blog ini adalah untuk kongsi segala apa yang saya rasa bermanfaat kepada semua. 

Selain itu, ia juga bertujuan mempromosi industri sawit yang saya sertai sejak 2004. Mempromosi bidang kejuruteraan terutama jurutera stim. 

Susah senang orang sawit banyak saya kongsikan dalam blog ini. Kepada semua follower saya sejak sekian lama, terima kasih atas sokongan dan juga minat terhadap blog campur aduk saya ini.

Tahun 2018, saya letak target untuk capai view 1,000,000. Kini ia telah capai 820,000 view. Semoga target ini tercapai. Makin banyak view, semoga perkara dan niat baik saya kepada Tuan Puan semua tercapai.

Sekali lagi, terima kasih semua!


Tuesday, 13 March 2018

Hati perlukan makanan (hikmah Al Quran & Hadis)

“Tidakkah seseorang yang sakit itu jika tidak menjamah makanan & minuman dia akan mati?

Demikianlah juga dengan hati, jikalau tidak diberikan hikmat dan ilmu selama tiga (3) hari, ia juga akan mati.”

Fathul Mausuli dalam Ihya’ Ulumuddin

Ulamak

Ulamak adalah mereka yang takut kepada Allah


وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلْأَنْعَٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَٰٓؤُا۟ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ


Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). 


Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. 


Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. 


(Fatir 35:28)

Hikmah & Kefahaman


يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَايَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُوا اْلأَلْبَابِ

 “Allah menganugerahkan al-Hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-Qur’an dan as-Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. 

Dan barangsiapa yang dianugerahi al-Hikmah, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. 

Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).”

(Al-Baqarah: 269).

Bersatu padu


 


“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam,) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. 


Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). 


Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya."


(Ali Imran 103)

Sunday, 11 March 2018

Umat Terbaik



Kemuliaan

“Kita merupakan golongan yang dimuliakan Allah SWT dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan yang lain, Allah SWT timpakan kehinaan ke atas  kita.”

(Khalifah Umar Al Khattab)

Saturday, 10 March 2018

Kebaikan

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” 
(Surah Al-Maidah, ayat 2).

Kesatuan, Bersatu atas nama Allah

 “Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” 

(Surah Al-Anfaal, ayat 63).

Kembara Insan

Kembara membuatkan kita hilang kata - kata, namun kemudian menjadikan kita seorang pencerita.

(Ibnu Battuta)

Saturday, 3 March 2018

Makkamaseh, Guru Boilerku



Makkamaseh. Bapanya Mohdridzwan Makkamaseh. Adalah guru Boiler saya yang pertama. Semasa saya pertama kali menjejak kaki ke Morisem Palm Oil Mill 'B'. Pertama kali jejak kaki di industri sawit. Pertama kali nampak boiler. Beliau ada lesen boilerman gred 2. Sebelum tahum 2000, JKKP benarkan pemegang pasport untuk mengambil lesen boiler, namun selepas itu ia dihentikan. Saya percaya, jika ia masih dibenarkan, beliau mampu capai lebih jauh daripada sekadar gred 2.

Kisah dia sebagai guru saya sangatlah indah. Setiap kali diaju soalan, sudah pasti dia akan panjang lebar menerangkan kepada saya sehingga saya betul - betul faham. Pada masa itu, FMA belum lagi diterjemah ke bahasa Melayu. Yang ada cuma berbahasa English. Saya terjemahkan kepada beliau, dan beliau akan jelaskan yang selebihnya.

Dalam bab menjaga kerja dan menjaga boiler, dialah yang paling sayang kepada boiler. Dialah orang pertama yang akan jumpa dengan pengurus jika apa sahaja masalah berkaitan boiler timbul. Dialah yang akan melakukan apa sahaja sehingga boiler dibaiki seperti sepatutnya. Komitmen, determination dan usaha yang tidak berbelah bagi kepada kerja.

2004 hingga 2006 bersama beliau, hinggalah saya mula berpindah ke kilang lain. Saban hari dan saban ketika, saya sentiasa berharap akan jumpa seorang boilerman yang sama seperti beliau. Sudah lebih 12 tahun, saya boleh katakan, saya belum lagi jumpa seorang boilerman berdedikasi seperti beliau.

Saya masih tidak mampu untuk membalas jasa beliau kepada saya. Semoga kamu dan keluarga dirahmati dan diberkati Allah selamanya. Doa saya selamanya untuk kamu. Terima kasih guruku.

Kerja = Daya x Jarak

 Kerja (J) terhasil apabila Daya (N) yang dikenakan ke atas  sesuatu jisim dan berlaku pergerakan kepada jisim tersebut dari titik A ke titik B. 
Jika tiada pergerakan berlaku atau jarak adalah sifar, secara automatik Kerja akan bernilai 0 walaupun Daya yang dihasilkan bernilai jutaan Joule.

Tuan Puan,
Begitulah juga dalam kehidupan kita seharian, kita dikatakan melakukan kerja apabila kita telah mengubah sesuatu. Jika pun kita telah melakukan banyak perkara dan usaha, namun jika tiada perubahan berlaku, maka ia adalaha sia - sia (kerja bernilai sifar).

Melakukan kerja sia - sia adalah perbuatan yang membuang masa.

Oleh itu, maka perkara paling utama adalah, kita mesti memastikan setiap usaha kita adalah efektif dan efisien. Yang paling utama, ia mampu mengubah sesuatu ke arah titik lain atau dinamakan sebagai progress.