Wednesday 29 June 2011

Kisah Tanah yang diberkati Allah






Objektif
1. Memahami kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.

Ringkasan
1. Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi.
2. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam. *Saidina Abu Bakar mendapat gelaran “As Siddiq”.
3. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

4. Jeruselam; suci kepada umat Islam kerana dua alasan ;
a. Kiblat pertama.
b. Mukjizat paling besar Nabi Muhammad SAW (perjalanan dari Mekah ke Masjidil Aqsa dan kenaikannya ke langit, kembali ke Masjidil Haram.

5. “Maha suci Allah, yang telah menperjalankan Hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagahagian tanda – tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.” (Surah Al Isra’, 17, 111 ayat. Makkiyah)
a. Berlaku pada 27 Rejab tahun 11 kenabian, semasa Nabi berumur 51 tahun.
b. Isra’ (dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa)
c. Mikraj (dari Masjidil Aqsa ke langit sampai ke Sidratul Muntaha yang merupakan tempat tertinggi.)

Kronologi Peristiwa Israk (perjalanan):
• Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya.
• Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah sebelum dijahit dan dimeteri dengan 'khatimin nubuwwah'.
• Kemudian Rasulullah dibawa dengan kenderaan yang dinamakan Buraq ditemani oleh malaikat Jibril dan Israfil.
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)
• Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil.

Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :
I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan).


Baginda banyak melihat kejadian pelik dan penuh pengajaran seperti ;-

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang2 yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

1. Fakir (al Fuqara) adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuk dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10.00 sehari tetapi hanya mampu RM3.00 sahaja.

2. Miskin (al-Masakin) mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10.00 tetapi hanya memperoleh RM8.00.

3. Amil - orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.

4. Muallaf - seseorang yang baru memeluk agama Islam.

5. Riqab - seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.

6. Gharimin - penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.

7. Fisabillillah - orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.

8. Ibnus Sabil - musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pada suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

6. Langit keenam: Bertemu dengan nabi-nabi.

7. Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

8. Langit Ketujuh : Bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda.
“Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah.

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :

“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”

9. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

10. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

11. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

12. Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul- Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

13. Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya.

Allah SWT: Ya Muhammad
Rasullah: Labbaika

Allah SWT:
Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah:
Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau
kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa
pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT :
Aku ambil mu sebagai kekasih.
Aku perkenankan mu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.
Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.
Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat.
Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu.
Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”.
Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu.
Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul- Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua

mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia. Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al- Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.

Intipati Surah Al Isra’
1. Mukjizat Al – Quran ; Nama – nama lain dalam Al Quran
a. Al – Kitab (Inilah Kitab)
b. Al Furqan (Pembela benar salah)
c. Adz – Zikr (Pemberi ingatan)
d. Al – Mau’idah (Pelajaran/nasihat)
e. As – Syifa’ (Obat/penyembuh)
f. Ah – Hukum (Peraturan/hokum)
g. Al – Hikmah (Kebijaksanaan)
h. Al – Huda (Petunjuk)
i. At – Tanzil (yang diturunkan)
j. Ar – Rahmat (Kurnia)
k. Ar – Ruh (Roh)
l. Al – Bayan (Penerang)
m. Al – Kalam (Ucapan/firman)
n. Al – Busyra (Khabar gembira)
o. An – Nur (Cahaya)
p. Al – Bashir (Pedoman)
q. Al – Balagh (Penyampaian/khabar)
r. Al – Qaul (Perkataan/ucapan)

2. Al – Quran sebagai petunjuk yang teguh. Al – Quran sebagai petunjuk bagi orang – orang yang beriman. Mereka akan mendapat keuntungan di dunia dan di akhirat. QS Al Isra’, 17:9.

Hikmah Al Quran diturunkan secara beransur – ansur ;
a. Untuk menguatkan hati Nabi Muhammad SAW.
b. Untuk menentang orang – orang kafir yang mengingkari Al – Quran.
c. Supaya mudah dihafal dan difahami. Terutama kepada orang yang buta huruf. Umar berkata “Pelajarilah Al – Quran lima ayat lima ayat kerana malaikat Jibril biasa turun membawa lima ayat lima ayat”. HR Baihagi.

3. Berbakti kepada orang tua. Allah mewajibkan hamba – hamba Nya tidak menyakiti kedua orang tua, berkata santun, merendahkan hati dan berdoa untuk keduanya.

4. Ayat – ayat yang diulang ; di dalam Al Quran terdapat banyak ayat – ayat yang di ulang – ulang supaya manusia mengambil perhatian dan pengajaran daripadanya sebagai peringatan. Tetapi orang – orang yang derhaka, ayat –ayat ini tidak lain hanya akan membuatkan mereka semakin jauh daripada Al – Quran.

5. Membazir
a. Ayat 27 “Sesungguhnya orang – orang yang menghemburkan – hemburkan harta dan yang menafkahkan hartanya untuk berbuat maksiat pada Allah, mereka menyerupai syaitan dalam (melakukan) kejahatan, kerosakan dan maksiat, syaitan itu adalah sangat ingkar terhadap nikmat – nikmat Tuhan-nya.
b. Berjimat atau berhemah adalah menggunakan sesuatu sebagaimana yang diharuskan.
c. Rasullullah SAW bersabda “Bahawa pangkal segala penyakit adalah sifat rakus dan pangkal segala ubat adalah berpantang.”

6. Zina, Al Isra’ (32), Al A’raf (33), An Nur (26). Hukum bagi penzina ;
a. Jika pelakunya muhsa (pernah berjima’ dengan nikah yang sah), mukallaf (sudah baligh dan berakal), sukarela (tidak dipaksa, tidak diperkosa), dia di sebat seratus kali, kemudian direjam.
b. Berdasarkan hukuman yang dilakukan oleh Saidina Ali bin Abi Thalib, cukup direjam tanpa didera dan ini lebih baik, sebagaimana juga dilakukan oleh Rasullullah SAW, Saidina Abu Bakar As – Siddiq dan Umar Al – Khatab.
c. Jika pelakunya belum bernikah, dia disebat 100 kali. Kemudian diasingkan selama setahun.

7. Hikmah Amtsal
a. Gaya bahasa dalam Al –Quran terdapat banyak perumpamaan. Gaya bahasa merupakan mukjizat Al – Quran serta sebagai pelajaran bagi manusia.
b. Tamsil atau perumpamaan memiliki kekuatan pengaruh yang berlipat kali ganda dan mengerakan jiwa manusia ke arah itu.
c. Jika ia merupakan pujian ; dia akan memuliakannya dan membesarkannya dengan kemuliaan yang sesungguhnya.
d. Jika ia merupakan celaan; ia akan menentuhnya dengan tepat.
e. Bila merupakan hujah; akan memiliki kekuatan yang kukuh
f. Jika merupakan pengajaran dan nasihat ; akan menyentuh hati dan merangsang fikiran.
g. Di atara contoh adalah gambaran Allah SWT berkenaan syurga bawaha ;-
i. Syurga itu terdiri atas sungai berisi air tanpa rasa
ii. Sungai madu
iii. Sungai khamar
h. Mengungkap hakikat dari perumpamaan yang merupakan sesuatu yang abstrak menjadi nyata seperti tentang riba (Al-Baqarah -275)
i. Mengeluarkan sesuatu yang sulit menjadi nyata seperti misalan orang yang berinfak ke jalan Allah (Al – Baqarah, 265)
j. Perumpamaan yang paling menyentuh jiwa dan hati manusia kerana keindahan gaya ungkapan dan gaya bahasa yang digunakan.

8. Syaitan musuh manusia yang nyata
a. Berasal dari api. Manusia berasal dari tanah.
b. Syaitan dan manusia adalah dua jenis makhluk yang sentiasa bermusuh sejak awal penciptaan manusia hingga kiamat.
c. Meskipun perbezaan yang jauh antara setan dan manusia, namun Allah menjanjikan manusia dapat mengalahkan syaitan apabila konsisten dalam keimanan dan ketakwaaan.
d. Syaitan dapat melihat manusia dan sebaliknya kerana ia dalam alam ghaib.
e. Jumlah syaitan terus bertambah dan tidak mengalami kematian sejak penciptaaan hingga akhir kiamat. Sementara manusia terus bertambah tetapi usianya cukup terbatas.
f. Syaitan dapat menjelma dalam pelbagai bentuk kecuali Rasullah SAW.
g. Syaitan dapat menjelmakan dirinya menjadi penggoda sedangkan manusia menjadi objek.
h. Dengan segala potensi yang ada, amat mudah bagi syaitan untuk mengintai dan menjerumuskan manusia pada kesesatan dan kecelakaan dunia dan di akhirat.
i. Namun Allah menjanjikan manusia dapat mengalahkan syaitan dan mencapai keberhasilan di dunia dan akhirat jika berpegang teguh pada jalan Nya. Orang – orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati kepada yang hak dan kesabaran. (Al – Asr, 103:3)

9. Syaitan selalu menggoda ;
a. “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kepada Adam!”. Maka bersujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya.” (Al-Kahf , 18:50)
b. Namun, syaitan tidak mampu mengheret manusia kepada jurang kebinasaan apabila manusia selalu meminta perlindungan kepada Allah, Zat Pencipta seluruh makhluk.
c. “Katakanlah, “Ya Tuhankan, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau, ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.” (Al – Mukminun, 23:97-97)
d. “Barangsiap yang berpaling dari pengajaran Al-Rahman (Al-Quran), Kami adakan syaitan (yang menyesatkan) makan syaitan itu menjadi teman yang selalu menyertainya. Sesungguhnya, syaitan – syaitan itu benar – benar, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk. (Al-Zukhruf, 43;36-37).
e. Siapa yang cenderung kepada mereka akan menjadi musyrik. Siapa yang menentangnya nescaya akan selamat dunia dan akhirat. 17:41

10. Syaitan menjerumuskan perkataan keji. Syaitan sentiasa menginginkan manusia supaya berkata – kata keji dan menjadi perselisihan sesame manusia. Sesungguhnya syaitan tidak henti – henti menggoda manusia dari segenap sisi. Al Isra’ 17:53.

11. Manusia makhluk yang istimewa;
a. Taqwa merupakan kemuncak kepada kemuliaan manusia.
b. Syaitan tidak berkuasa terhadap orang – orang yang bertaqwa. Hanya hamba – hamba Allah yang benar – benar bertaqwa tidak tergelincir dari godaan syaitan. Al Isra’ 17:75.
c. Bendera taqwa ini menyelamatkan manusia daripada fanatic terhadap jantina, bangsa, kabilah, suku, keturunan, negara dan sebaginya.
d. Abu Hurairah bertanya kepada Rasullullah SAW, siapakah manusia paling mulia dan terbaik di sisi Allah? Baginda mejawab, “Manusia paling mulia atau terbaik di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa di antara mereka.”Mereka berkata, kami tidak bertanya tentang hal itu. Baginda bersabda, “Manusia paling mulia adalah Yusuf kerana Nabi Allah, anak Nabi Ya’kub, anak dan kekasih Khalilullah (Kekasih Allah, iaitu Nabi Ibrahim).” Mereka berkata, bukan itu yang kami tanyakan. Lalu Baginda bertanya balik, “Apakah kalian bertanya kepadaku tentang barang tambang orang – orang Arab?” Mereka menjawab, Ya. Nabi SAW bersabda, “Yang terbaik di kalangan kalian pada masa jahiliyah adalah yang terbaik dalam Islam jika mereka faqih (paham dalam urusan agama),” HR Bukhari.
e. “Sungguhnya, Allah tidak melihat kepada bentuk (fizikal) dan harta (kekayaan) kalian, tetapi melihat kepada hati dan amal perbiatan kalian.” HR Muslim.

12. Catitan Amal. Pada hari kiamat, manusia akan dibangkitkan bersama para pemimpin mereka. Masing – masing diadili amal perbuatan mereka di dunia dalam buku catatan dari sebelah kanan dan kiri. Allah tidak menzalimi hambanya walau sekecil mana perbuatan yang dilakukan oleh hamba Nya di dunia. (Al Isra’ 17: 71-71).

13. Kedekut. Allah mengingatkan kepada orang – orang yang kikir dan kedekut. Mereka takut kehabisan harta dan takut miskin padahal semua yang ada di bumi ini milik Allah dan di tangan Nya segala ketentuan. QS Al Isra’ 17:100.

14. Doa dimasukkan ke jalan yang benar dan diberi kekuasaan yang menolong
“Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.” (Al Isra’, 17:80)

15. Bani Israel menetap di negeri Palestin. Setelah Bani Israel diselamatkan oleh Allah dari kejaran Firaun menuju tempat hidup nenek moyang mereka Nabi Yakub dan kedua belas anaknya, sebelum perpindahan mereka ke Mesir pada masa Yusuf AS, yaitu di negeri Sinai di wilayah Palestin, sebuah negeri yang memiliki sejarah panjang kenabian. Para sejarah membahagikan perjalanan sejarah kota suci Palestin kepada tiga bahagian :-

a. Pertama ; Qudhah ;
Masa penunjukan hakim bagi setiap suku yang berjumlah 12 setelah masing – masing mendapat wilayah sesuai pembahagian Nabi Yusya’ bun Nun. Masa ini lebih kurang berlangsung selama 400 tahun.

b. Kedua ; Masa raja – raja. Diawali dengan Raja Thalut hingga zaman keemasan saat dipegang oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.

c. Ketiga; Masa perpecahan dalaman
, yaitu setelah Nabi Sulaiman wafat. Mereka terbelah kepada dua kutub utara dan selatan. Selatan (Baitul Muqadis) dan utara dengan ibukota Nablus. Kemudian kota, wilayah – wilayah ini dikuasai oleh Mesir, Nebukadnezar, Yunani yang mampu mengusir bangsa Mesir dari sana. Akhirnya dikuasai oleh Bangsa Rom.

i. Pada masa Rom, Isa AS diutus oleh Allah. Pada masa itu musibah dahsyat dialami oleh kaum Yahudi. Bangsa Romawi melakukan genosida (pemusnahan) secara keras etnis mereka lantaran kaum Yahudi melaukan pemberontakan. Baitul Maqdis pun hancur. Bangsa Yahudi bercerai berai. Sebahagian mereka melarikan diri ke seluruh penjuru wilayah bumi.
ii. Demikian hukuman Allah dengan mendatangkan bangsa yang menindas mereka. Seksaan dan kepedihan ditimpakan kepada mereka diakibatkan kerosakan, tindakan aniaya dan akibat buruk akhlak mereka.
iii. Bangsa Rom menguasai tanah Baitul Maqdis hingga beberapa lama hingga kemudian pada abad pertama Hijrah, pada masa Saidina Umar ibnu Khattab RA, kaum muslimin berhasil mengambil alih penguasaan tanah penuh berkat ini dari tangan bangsa Rom.

Akhir kalam :-
Semoga mendapat pengajaran daripada semua peristiwa dan hikmah kejadian Isra’ dan Mikraj.
Sama – sama menasihati satu sama lain kerana agama itu nasihat.
Amal makruf dan nahi mungkar.

Wassalam.

Disediakan oleh
Zulkefli Bin Muhammad
Sempena Sambutan Isra’ dan Mikraj 27 Rejab 1432 H bersamaan 29hb. June 2011 di
Surau Ladang Loagan Bunut
Boustead Pelita Tinjar Sdn. Bhd.

Hakikat Ketuhanan dan kekuasaan-Nya, Kelantan terus sejahtera



Diterbitkan pada 28 June 2011 Kategori Informasi, islam, Ucapan

Sedutan ucapan Majlis Santapan Malam Kesyukuran Diraja, 20 Rajab 1432H/22 Jun 2011 Istana Negeri, Kubang Kerian.

Maksudnya: “Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya” (Al-Quran Surah Ibrahim, ayat 34)

Alhamdulillah, sepenuh kesyukuran serta puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita semua berkumpul di majlis kesyukuran ini. Semoga bertambah kasih sayang dan limpah kurnia berkat daripada Allah SWT.

Manusia sepertimana diperakui oleh Allah, adalah sebaik-baik dan semulia-mulia makhluk ciptaan-Nya. Allah menjadikan semua makhluk yang lain seperti tumbuhan, binatang dan alam sekeliling sebagai satu kemudahan dan untuk dinikmati oleh manusia. Bahkan malaikat sendiri diperintahkan supaya memberikan khidmat mereka kepada manusia. Setiap manusia wajib mensyukuri nikmat-nikmat yang Allah SWT telah berikan kepada kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Firman Allah SWT :

Maksudnya: “(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah Engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah Engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur.” (Al-Quran Surah Az-Zumar, ayat 66)

Namun demikian, tetap ada juga di kalangan manusia yang engkar serta berpaling dari jalan kebenaran yang dibawa oleh para rasul yang mulia. Manusia lebih suka menurut langkah syaitan serta jejak hawa nafsunya dalam melayari kehidupan duniawi ini. Golongan ini, yang tidak mahu mengakui kehambaan di hadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil, menafikan nikmat Tuhan kepada mereka. Maka dengan kekufuran itu, menjadilah mereka kumpulan manusia yang sombong, sesat lagi menyesatkan. Maka dengan itu, mereka lalu diberikan peringatan.

Maksudnya: “(Ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: ”Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Al-Quran Surah Ibrahim, ayat 7)

Bertitik tolak dari hakikat itulah, kita mengadakan majlis kesyukuran pada malam ini sebagai merenung kembali betapa besarnya nikmat Allah SWT kepada kita selaku hamba-hambaNya. Bermula dengan nikmat kehidupan, nikmat pancaindera yang lengkap dan sejahtera, nikmat keamaanan dan ketenangan serta nikmat kekuasaan. Dan paling penting ialah nikmat yang paling besar ke atas diri kita iaitu nikmat Iman dan Islam yang tidak boleh dijual-beli. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Quran Surah Al-Ma’idah, ayat 3)

Malangnya, sebahagian kita tidak menyedari dan menghargai nikmat ini kerana mungkin kita mewarisi Islam tanpa susah payah dan tidak berusaha untuk mengenal kebaikan di dunia dan akhirat. Nikmat Islam adalah segala-galanya dan tiada bandingan dengan nikmat yang lain. Hanya dengannya kita dapat merasakan kesempurnaan hidup maka kita perlu berusaha menjadi Muslim yang sentiasa bersyukur kerana mendapat nikmat yang besar ini.

Nikmat Islam adalah yang paling mahal dan tinggi nilainya kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan hingga ke hari akhirat. Seorang pemimpin yang menghargai nikmat ini akan menggunakan kepimpinan dan kekuasaannya untuk melakukan keadilan kerana menyedari semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Justeru, al-Quran merakamkan kisah Nabi Sulaiman, Raja yang menguasai seluruh dunia sehingga dunia binatang dan dunia jin berada di bawah kekuasannya. Namun baginda menyedari semuanya adalah kurniaan Allah SWT yang menjadi ujian kepadanya. Baginda bersabda sebagimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

Maksudnya: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.” (Al-Quran Surah an-Naml, ayat 40)

Tidak kurang juga al-Quran menceritakan kisah Fir’aun yang juga diberikan kekuasaan yang hebat oleh Allah SWT tetapi menggunakannya untuk tujuan yang keji bahkan sampai ke satu peringkat Fir’aun menganggap segala kekuasannya adalah hak mutlak dirinya dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: “Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini – akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya? (Al-Quran Surah az-Zukhruf, ayat 51)

Kesudahan kedua-dua penguasa yang disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran ini sangat berbeza. Nabi Sulaiman, raja yang bertaqwa dipuji oleh Allah SWT dan berkesudahan dengan syurga manakala Firaun dikeji oleh Allah SWT dan dicampakkan masuk ke dalam neraka.

Alhamdulillah, di Kelantan, semenjak 21 tahun yang lepas, kita memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam sebagai satu tanda kita menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Di bawah dasar ini, kerajaan komited (istiqomah) menjayakan amalan pentadbiran berteraskan Membangun Bersama Islam. Segala dasar atau polisi kerajaan dipacu berpandukan al-Quran dan al-Hadis serta ijmak-qias ulama’. Justeru pendekatan amalan pentadbiran itu telah melakukan transformasi dan pembinaan keyakinan kepada model pemerintahan Islam yang pernah mencapai kegemilangan pada zaman Madinah dan era khulafa ar-Rasyidin serta Othmaniah.

Sejak 20 tahun lalu, perubahan ketara boleh dilihat, biar pun ada pihak-pihak yang masih mendakwa Negeri Kelantan dalam kemunduran, miskin dan tidak membangun. Namun, mata memandang sedia menjadi saksi bila mana susuk pembangunan berlaku di setiap pelosok negeri. Malah penyaksian itu turut merakamkan selama dua dekad ini, Negeri Kelantan menerajui perubahan dan mendahului di dalam beberapa aspek pembangunan.

Di sebalik liku-liku itu ramai yang tidak tahu hakikat kemenangan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. Misalnya, tatkala kita mengambil alih mengambil alih tampuk pentadbiran, hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu berjumlah RM760 juta. Hutang tersebut menjadi beban kepada rakyat dan kerajaan negeri untuk dilunaskan. Kerajaan negeri berusaha melunaskan hutang tersebut secara beransur-ansur menurut kemampuan dan hari ini ia semakin mengecil.

Kita juga berjaya melaksanakan transformasi kewangan negeri dengan memindahkan semua wang Kerajaan Negeri dari bank-bank konvensional berasaskan ribawi (interest base)kepada perbankan Islam yang akhirnya mencetuskan tsunami sistemperbankan tanpa faedah (SPTF) di seluruh negara.

Kita juga memperkenalkan amalan pentadbiran yang berteraskan Ubudiah, Mas`uliyyah dan Itqan. Ia membawa kepada usaha pemerkasaan syariat dengan tidak mengeluarkan lesen premis untuk kegiatan perjudian dan tempat-tempat yang menjadi punca maksiat, tidak membenarkan kelab malam dibuka, menggalak dan menguatkuasakan etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat pengeluaran lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan dan menyusun semula penjualan arak mulai 1 Julai 1993, iaitu semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel-hotel, restoran-restoran atau pun kedai-kedai makan. Paling besar ialah kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II pada tahun 1993.

Apa yang dapat rakamkan di sini hanyalah sekelumit daripada pelbagai perubahan yang telah kita laksanakan di Kelantan. Alhamdulillah, di dalam menerajui pentadbiran ini, pihak Kerajaan Negeri amat bersyukur kerana berlaku kerjasama yang cukup mesra dari anggota pentadbiran yang diketuai oleh Dato’ Sri Setia Raja Setiausaha Kerajan Negeri Kelantan dan keserasian ini semakin terasa pada era Tuanku Al-Sultan Muhammad Ke-V yang menaungi pemerintahan kerajaan negeri Kelantan.

Amat besarlah harapan Kerajaan Negeri dan atas sifat Menteri Besar pastinya sentiasa bedoa ke hadrat Allah SWT agar memberikan kesejahteraan yang berpanjangan untuk Tuanku Al-Sultan. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya sepanjang Tuanku menaungi Kerajaan Negeri Kelantan. Dan berjalanlah rakyat dan Kerajaan Kelantan di dalam keberkatan Allah SWT jua

Tuesday 28 June 2011

Ahmadinejad ; Jurutera, Presiden dan pembela Islam



Ahmadinejad,
Singa Baru Dunia Islam

"Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya, mengapa kamu pula yang memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh juga menggunakannya?"
.
  • Siapakah pemimpin negara Islam yang enggan tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat dan Eropah?
  • Siapakah pemimpin negara Islam yang dengan lantang dan berani mempertikaikan peristiwa Holocoust?
  • Siapakah pemimpin negara Islam yang berdakwah kepada kuasa besar dunia melalui surat selepas Rasulullah?
.
Selepas tragedi 11 September yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Taliban di Afghanistan dan kerajaan Saddam Husein di Iraq, dunia Islam seolah-olah 'tunduk dan patuh' kepada kuasa Barat. Segalanya berubah apabila Mahmoud Ahmadinejad memikul tanggungjawab sebagai Presiden keenam Repubik Islam Iran pada 3 Ogos 2005. Dalam waktu yang singkat, Ahmadinejad menjadi pemimpin Islam yang disegani di seluruh dunia.
.
Buku ini adalah hasil penyelidikan empat orang wartawan bebas yang kebetulan pernah menimba ilmu di Iran dan menguasai bahasa Parsi. Digarap dengan bahasa yang mudah dan popular, buku ini membawa pembaca mengenali singa baru dunia Islam abad ini dengan lebih dekat.

Komen saya ;

Setelah membaca buku ini saya mendapat beberapa idea yang amat menarik seperti :
1. Beliau menyebarkan kata - kata Imam Khomeni yang pernah membayangkan kejatuhan Soviet, Saddam, Israel dan juga Amerika pada waktu yang semua orang tidak percaya kata - kata tersebut. Itulah yang selalu diulangnya seperti kata - kata 'Amerika yang hancur seperti air pancut". Amerika akan dapat dikalahkan. Bangsa Iran adalah bangsa yang kuat dan bangsa Iran tidak perlukan Amerika.

2. Beliau terus menyalahkan bangsa Yahudi di atas segala masalah yang berlaku di Asia barat. Eropah patut merasa malu kerana mengiktiraf sebuah negara haram dan hingga kini pembunuhan berlaku. Israel; sebuah negara yang dibina atas dasar memusnahkan peradaban orang lain. Tiada yang mampu dibanggakan. Israel, sebuah negara yang tiada di dalam peta dunia sebelum perang dunia ke 2.

3. Beliau bukan dari golongan ulamak dan bukan juga dari golongan ahli perniagaan. Bukan juga anak ahli politik dan bukan juga anak pembesar negara. Hadir beliau dalam politik Iran penuh kejutan di waktu orang lain kata mustahil untuk dia menang jawatan Presiden Iran. Namun yang pasti, beliau adalah generasi yang lahir daripada Revolusi Islam Iran.

4. Beliau sangat zuhud. Tidak bermewah. Tidak terpegun pada kekayaan dunia. Beliau tidak suka pada pembaziran negara dan duit rakyat. Selepas dilantik sebagai Datuk Bandar Tehran, beliau tidak tinggal di kediaman rasmi. Malah dijadikan muzium. Dijual semua perabut. Tindakan beliau mengingatkan saya pada Menteri Besar yang amat saya sayangi, Tok Guru Nik Abdul Aziz. Banyak lagi tindakan Presiden Iran itu yang menyebabkab kehadiran beliau dalam pentas politik Iran amat dinantikan oleh rakyat dan umat Islam amnya.

..beli dan bacalah buku yang menarik ini.

Monday 27 June 2011

A Samad Said ; Teks Ucapan Penuh Pada Malam Pelancaran Bersih—19 Jun, 2011.

“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.

Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?
Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.

Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.

Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.
Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.

Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita.

Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.

Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan.

Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani.

Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”

Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!”

(Perhatian: Kerana dibataskan masa hanya seminit seorang, maka saya yang mewakili GMP, hanya sempat membacakan dua perenggan terakhir teks ucapan ini.—A. SAMAD SAID).

A Samad Said ; Menambat Rakit & Unggun BERSIH



MENAMBAT RAKIT

Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak puntakdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..

~A. Samad Said (1985 )

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID



List of business law

1. Law of Contract
1.1 Proposal and Acceptance
1.2 Consideration
1.3 Intention to Create Legal Relations
1.4 Capacity to Contract
1.5 Free Consent to Contract
1.6 Void and Illegal Contract
1.7 Discharge of Contract and Remedies

2. Law of Agency (Part I and II)

3. Law of Partnership (Part I and II)

4. Law of Sale of Good (Part I (198) and II (216))

5. Law of Hire - Purchase

Nur Aisyah Umairah dapat no. 2



  1. Aisyah mula bersekolah di Sek Agama Tuaran dua bulan semasa Mamanya menunggu untuk bersalin Muhammad Luqman. Dari umur tiga tahun, dia sudah tidak sabar bersekolah. Bermula April 2011, sejak balik ke Miri, dia memulakan persekolahan di PASTI Miri. Sekolah kedua.
  2. Hujung bulan Mei, dia menghadapi ujian pertama beliau. Beberapa hari lepas, keputusan keluar dan buku rekod diserahkan oleh cikgu yang mengajar.
  3. Dengan berpandukan markah yang diperolehi 100,100, 98, 100, 98, 94, 100, kami terpingga sebab tiada nombor ditulis pada buku rekod tersebut.
  4. Bersangka baik, mungkin sebab cikgu lupa letak.
  5. Ziarah ke rumah rakan Aisyah, dengan bangga ibu kawannya memberitahu anaknya no. 5 dan lantas bertanyakan Aisyah dapat nombor berapa? Kami menjawab, tiada nombor ditulis.
  6. Debaran kami berakhir apabila hari ini Mamanya menanyakan cikgu di Pasti tersebut dan dimaklumkan dia mendapat nombor 2.
  7. Satu keceriaan dan kegembiraan buat kami pasangan. Walaupun pada waktu yang sama, Aisyah tidak memahami keputusan yang diperolehinya.
  8. Aku terus mengucapkan tahniah pada isteri yang telah banyak mengajar beliau sejak dalam kandungan. Mengajar dan mendisiplinkan dia tanpa penat. Penuh kesabaran.
  9. Keluarga kecilku itu sentiasa menjadi kebanggaanku.
  10. Walaupun jarang meluahkan perasaanku pada mereka, lebih banyak membicarakan hal ehwal dunia berbanding hal yang lebih besar tentang keluargaku. Itulah sifat lelaki. Banyak bercerita tentang politik dunia serta alam semesta, tetapi kekadang lupa tentang dunia keluarganya.
  11. Dalam bab mendidik dan menjaga anak, aku serahkan sepenuhnya kepada isteriku. Lain daripada itu, aku fokuskan pada kerjaya dan cuba untuk berbakti dan berbuat kebaikan di luar.
  12. Apa pun, kejayaan anak sulungku itu tetap membuatkan aku bangga dan berterima kasih kepada isteri yang telah banyak berkorban.
  13. Moga keluarga kami terus berada di bawah hidayah Allah, rahmat dan berkat.

Sunday 26 June 2011

APA FORMATTING AND STYLE GUIDE

Single Author

Last name first, followed by author
initials.

Berndt, T. J. (2002). Friendship quality and social development. Current Directions in Psychological Science, 11, 7-10.

Two Authors
List by their last names and initials.
Use the ampersand (&) instead of "and."

Wegener, D. T., & Petty, R. E. (1994). Mood management across affective states: The hedonic
contingency hypothesis. Journal of Personality & Social Psychology, 66, 1034-1048.

Three to Six Authors

List by last names and initials; commas separate author names, while the last author name is
preceded again by ampersand (&).

Kernis, M. H., Cornell, D. P., Sun, C. R., Berry, A., & Harlow, T. (1993). There's more to self-esteem than whether it is high or low: The importance of stability of self-esteem. Journal of Personality and Social Psychology, 65, 1190-1204.

Chapter or Section of a Web Document

Author, A. A., & Author, B. B. (Date of publication). Title of article. In Title of book or larger
document (chapter or section number). Retrieved day, month, year, from http://www.someaddress.com/full /url/.

NOTE: Use a chapter or section identifier and provide a URL that links directly to the chapter
section, not the home page of the Web site.

Engelshcall, R. S. (1997). Module mod_rewrite : URL Rewriting Engine. In Apache HTTP Server Version 1.3 Documentation (Apache modules.) Retrieved March 10, 2006, from
http://httpd.apache.org/docs/1.3/mod/mod_rewrite. html

Interview, Email, and Other Personal Communications

No personal communication is included in your reference list; instead, parenthetically cite the
communicators name and the date of the communication in your main text only.

(E. Robbins, personal communication, January 4, 2001). A. P. Smith also claimed that many of her students had difficulties with APA style (personal communication, November 3, 2002).

Article in a Magazine

Henry, W. A., III. (1990, April 9). Making the grade in today's schools. Time, 135, 28-31.

Article in a Newspaper

Unlike other periodicals, p. or pp. precedes page numbers for a newspaper reference in APA style. Single pages take p., e.g., p. B2; multiple pages take pp., e.g., pp. B2, B4 or pp. C1, C3-C4.

Schultz, S. (2005, December 28). Calls made to strengthen state energy policies. The Country
Today, pp. 1A, 2A.

IRAC Issue, Rules, Apply and Conclude

Question
Zayed went to Grand Supermarket. He selected few items from the shelf and put it in the trolley. While waiting for payment at the counter he received a phone call from his wife telling him that their son was involved in an accident at school. Zayed leaved the queue and pushed aside the trolley. On seeing this, one of the salesmen approached him and asked him to make payment for all the goods that he had put in his trolley. Zayed refused. He had been brought to see the manager. What would be the possible arguments for Zayed and Grand Supermarket? Explain whether a contract has been concluded in the above situation and give reasons for your answer.

The answer seems correct i.e. there is no valid contract exists between Zayed and the Supermarket. But to answer this question, you need to refer to the relevant legal provisions and apply those rules from the legal provisions to support your points.

You may want to use this formula IRAC (Issue, Rules, Apply and Conclude).

Model Answer:

The fundamental issue need to be discussed here is whether a valid and binding contract exists between Zayed and Grand Supermarket? To answer this question, it is important to consider 2 points namely, whether the display of goods constitutes an offer or an invitation to treat; and whether Zayed can revoke his offer by refusing from continuing with his purchase.

i. First issue: whether the display of goods in Grand Supermarket constitutes an offer.

Offer is defined in s.2(a) Contracts Act. Offer may be made expressly (in words) or impliedly (by conduct). It is an intimation by words or conduct, of a willingness to enter into a legally binding contract, specifying the terms of the binding agreement which will be formed should the offer be accepted by the party to whom it is addressed. An offer once accepted creates an agreement. (s.2(b)).

An offer can be contrasted with an invitation to treat. An invitation to treat is an invitation to enter negotiations. The “acceptance” of an invitation to treat does NOT create an agreement. The general rule is that the display of goods in a self-service shop constitutes an invitation to treat and not an offer to sell the goods.

In Pharmaceutical Society of Great Britain v. Boots Cash Chemists [1953],


the court held that the display of goods on shelves in a self-service store is not offer of the goods for sale but an invitation to treat.


The court held the same view in Fisher v. Bell [1960],


where it was held that where goods are displayed in a shop together with a price label, such display is treated as an invitation to treat by the seller, and not an offer. The offer is instead made when the customer presents the item to the cashier together with payment. Acceptance occurs at the point the cashier takes payment.

Here the offer takes place when Zayed took the goods off the shelf and put them in the trolley. Here, he was the one making an offer to purchase the goods.

ii. Second issue concerns the revocation of an offer - whether Zayed can revoke his offer?

S. 5(1) provides that an offer may be revoked at any time before the communication of the acceptance is complete as against the offeror but not after wards. Here, the general rule in relation to communication of acceptance under s.4(2)(a) applies, i.e. the communication of acceptance is complete as against the offeror, when it is put in a course of transmission to the proposer (offeror).

In the present case, Zayed can revoke his offer at any time before the acceptance takes place. Since this was a face-to-face transaction, and no acceptance has taken place yet (i.e. by the cashier at the counter), Zayed can revoke his offer and his revocation is valid.


The rule about revocation of offer is that the revocation must be communicated to the intended recipient, namely the offeree. Such revocation is ineffective until communicated to the offeree (s.6(a)). Since the staff at the supermarket knew that Zayed is leaving the queue without any intention to continue with his purchase, the communication is complete and the revocation is effective.

Based on the circumstances discussed above, it can be concluded that there was no binding contract concluded yet between Zayed and Grand Supermarket since there was a valid revocation of offer before an acceptance took place at the cashier counter, The salesman nor the manager had no right to insist Zayed to pay for the goods that he has placed into the trolley.

Saturday 25 June 2011

Keypad

Aku seorang khalifah

Anak kelahiran Kg. Tok Lukup, Pengkalan Chepa, Kelantan. Dari umur 16 thn, mula berhijrah ke Terengganu (MRSM KT), USM (Penang & Perak), Subang Jaya (S'gor), Sabah dan Sarawak.

Anak ke 6 dari 10 org adik beradik. Lulusan Kej. Mekanik dan kini sedang menyambung peringkat sarjana (MBA-OUM).

Ingin menjadi penulis dan sangat minat membaca. Menjadi blogger merupakan langkah awal ke arah itu.

Kembara dari timur ke utara, selatan dan Pulau Borneo meninggalkan segenap pengalaman yg amat berguna. Moga langkah perjalanan ini dapat dikongsi dan menjadi dakwah ke arah kebaikan

10 Pesanan Imam Shafie




Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

  1. Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Niat dan hijrah

Hadis Pertama

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

‘Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat,

dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya.

Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya.

Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.’

Malaikat Jibrail

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda :

“Khabarkan aku tentang Islam ?”

Rasulullah : “Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat – bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta’ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.”

Sipemuda : “Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )

Sipemuda : “Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?” Rasulullah : “Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baik-Nya atau yang buruk-Nya.”

Sipemuda : “Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?” Rasulullah : “Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.”

Sipemuda : “Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?”. Rasulullah : “Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya”.

Sipemuda : “Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?”.

Rasulullah : “Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ;

Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian,

pengembala kambing (berbangga) membina bangunan yang tinggi-tinggi.

( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :

Rasulullah : “Tahukah anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?” Umar Al-Khattab : “Allah dan Rasul-Nya jua yang mengetahui”. Rasulullah :

“Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu”.

Rukun Islam

Hadis Ke - 3

Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“Islam itu didirikan atas lima ( perkara ) – Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan.

Kejadian manusia

Hadis Ke 4

Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya :

“ Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. … Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat perkara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya.

Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripada-Nya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka.

Dan sesungguhnya seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu.

Bidaah

Hadis ke 5

Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya :

Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak.

diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim.

Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim :

Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. “

Halal dan haram

Hadis ke 6


“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :


“ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai.


Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya.


Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu.


Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkan-Nya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging.


Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.”

Agama itu Nasihat

Hadis Ketujuh:

Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda :

Agama itu adalah nasihat.

Kami sekelian bertanya : ‘ Untuk siapa ? ‘ Maka jawab Rasulullah SAW :

Bagi Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya.

Rukun Islam

Hadis Kelapan

Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : ‘ Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah dan harta benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta’ala. ‘

Pesan Nabi

Hadis Kesembilan :

Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : ” Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.”

Doa dan makanan

Hadis Kesepuluh :

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW :


Sesungguhnya Allah Ta’ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja.


Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman :


Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ‘


Dan Allah berfirman lagi : ‘ Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu.


Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon :


Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan.

Meragukan

Hadis Kesebelas : Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata :

Aku menghafal dari Rasulullah SAW :

Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu.

Warisan

Hadis Keduabelas : Dari Abu Hurairah r.a katanya:

Telah bersabda Rasulullah SAW :

Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya.

Saudara Muslim


Hadis Ketigabelas :

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : “

Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.”

Membunuh

Hadis Keempatbelas

Dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya :

Telah bersabda Rasulullah SAW :

Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab

janda yang berzina,

jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak )

dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah.

Diam, Jiran dan Tetamu




Hadis Kelimabelas :

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :


Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri.


Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya.


Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. “

Mengawal perasaan marah


Hadis Keenambelas : Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW :

Nasihatilah kepadaku !

Dijawab oleh Nabi SAW :

Jangan marah!

Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan :

Jangan marah !

Menyembelih binatang ternakan


Hadis Ketujuhbelas :

Dari Abi Ya’la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik ) terhadap semua pekara.

Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka elokkanlah penyembelihan.

Hendaklah seseorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya.

Taqwa itu takut pada Allah

Hadis Kelapanbelas :D ari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya :

Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada.

Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat.

Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus.

Mintalah pertolongan Allah





Hadis Kesembilanbelas :


Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :


Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda :


Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.


Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu,


peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu.

Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata.


Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah.


Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu.


Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.

Perasaan Malu


Hadis Keduapuluh :

Dari Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya :

Telah bersabda Rasulullah SAW :

‘ Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (sehingga kini) ialah :

Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu.

Istiqmah




Hadis Keduapuluh Satu :

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya :


Saya pernah bertanya Rasulullah SAW :


“ Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau.


Sabda Rasulullah SAW :


Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.