Wednesday 22 June 2011

Cara meningkatkan daya ingatan





1. Kawal stress - stress boleh menyebabkan anda tidak dapat fokus dengan keadaan persekitaran anda. Ini bermakna bila anda stress anda tidak dapat berfikir dengan baik dan daya ingatan anda terjejas disebabkan fokus anda yang terganggu.
2. Amalan membaca Al-Quran - bagi yang beragama Islam, amalkanlah membaca Al-Quran. Tak dapat banyak, dalam sehari sehelai pun jadi. Ini kerana dengan membaca Al-Quran anda dapat menerangkan hati dan juga menenangkan jiwa anda dan seterusnya menajamkan daya ingatan.
3. Banyakkan bersenam - bersenam bermaksud mengerakkan otot-otot badan kita dan seterusnya dapat melancarkan peredaran darah dalam seluruh badan. Bersenamlah setiap hari walaupun sekadar berjalan turun naik tangga.
4. Amalkan tidur yang cukup - tidur yang cukup penting agar tubuh badan kita mendapat rehat yang secukupnya. Bila tubuh badan kita mendapat rehat yang secukupnya terutama tidur pada waktu malam, tubuh kita boleh berfungsi dengan baik keesokkan harinya dan mampu memproses maklumat yang diterima dengan lebih baik.
5. Sentiasa pelajari sesuatu yang baru - apabila anda mengajar minda anda untuk sentiasa mempelajari sesuatu yang baru, anda menggalakkan ianya untuk memproses maklumat dan mempelajari maklumat baru yang mana ini dapat membuatkan otak anda untuk sentiasa berfikir. Sentiasa berfikir boleh meningkatkan lagi daya ingatan anda kerana otak anda sentiasa bekerja dan aktif.

No comments:

Post a Comment