Saturday 25 June 2011

Rukun Islam dan Bahaya Lidah





Hadis Keduapuluh Sembilan :

Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata :

Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka.

Jawab Nabi SAW :


"Sebenarnya engkau telah bertanya suatu perkara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala, iaitu :

Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.

Kemudian Nabi bersabda lagi :

"Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? ”

Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah . ” Sabda baginda :

"Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad.

“Kemudian Nabi bersabda lagi : ” Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? ”

Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah. ”

Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : ” Awas, jaga ini baik-baik.

“Aku bertanya : "Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? ”

Baginda lalu menjawab :

"Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka."

No comments:

Post a Comment