Monday 26 October 2009

Akibat Arak

Sebuah pengalaman...
  1. Suatu petang sabtu, saya mendapat msg daripada AM mengatakan sebuah rumah staff dipecah tingkap dan motor dipukul hancur oleh 4 orang bersenjatakan pedang. Salah seorang adalah bekas pekerja yang telah berhenti beberapa bulan yang lalu. Semasa melakukan tindakan itu, staff tersebut tiada di rumah.
  2. Setelah mendapatkan maklumbalas, saya memberikan arahan supaya dibuat laporan polis di balai berdekatan keesokkan harinya.
  3. Petang Ahad, saya pulang ke kilang bersama 2 anggota polis untuk membuat siasatan.
  4. Isnin, perjumpaan dengan semua pekerja dan staff diadakan.
  5. Maklumat mengenai kejadian tersebut diperolehi daripada semua saksi yang ada.
  6. Motis kejadian tidak dapat dikenalpasti.
  7. Saksi mengatakan mereka dalam keadaan mabuk.
  8. Oleh kerana laporan dibuat untuk tindakan polis, pihak polis pergi ke kampung / rumah panjang untuk mencari remaja tersebut.
  9. Hari ini dalam sejarah, kerana inilah kali pertama saya menjejak kaki ke atas rumah panjang. Sebelum ini saya pernah pergi ke sekolah bersebelahan rumah panjang tersebut, namun saya tidak menjangkakan untuk menjejak kaki kali pertama dengan kes ini.
  10. Keempat remaja tersebut tiada di rumah. Polis kemudian menasihatkan ibubapa remaja terbabit supaya membawa anak mereka ke balai untuk tindakan lanjut secepat mungkin.
  11. Tujuan polis adalah sebagai pengajaran untuk remaja terbabit dan mencegah supaya remaja terbabit menjadi lebih susah dikawal pada masa hadapan.
  12. Semasa artikel ini ditulis, kes ini belum selesai.
  13. Namun, yang pasti ini adalah salah satu keburukan budaya minum arak yang sudah menjadi isi dan daging sesetengah masyarakat di sini.
  14. Selepas minum, kemungkinan untuk bertindak di luar batasan akal fikiran adalah tinggi.
  15. Sudahlah masa dan jumlah minuman tidak dapat dikawal, budaya ini juga menyebabkan duit yang ada tidak dapat disimpan.
  16. Usia muda sudah mula dengan tabiat ini.

....

Friday 16 October 2009

Recycling System At Effluent Treatment Plant

Bubbles of gasses on the top surface of anaerobic pond shown the pond is active.

1. After two month run the recycling from second last pond to first pond, it shown slight improvement.
2. However, I will keep monitoring the effect on green algae.

Friday 9 October 2009

Anggaran Umat Islam Di Dunia 1.57 Billion

  1. Jumlah ini bersamaan 1/4 penduduk dunia.
  2. Ramai, tetapi tidak berkualiti.
  3. Di mana ada perang, di situlah negara Islam.
  4. Di mana paling teruk rasuah, itulah negara Islam.
  5. Mana terkumpul emas hitam, itulah sumber negara Islam.
  6. Sabda Nabi, umat jumlahnya ramai, namun laksana buih di lautan. Musuh mengelilingi dan mengepung laksana sedang menjamu satu hidangan. Perasaan takut dan gerun musuh dicabut, kerana umat sudah cintakan dunia, takutkan mati...

Sunday 4 October 2009

Kelantan ; Budaya Bangsa

Durian

Pahala & Dosa


Kembara Khalifah

Ibnu Muhammad


Kembara Khalifah Di Muka Bumi Allah

  1. Sesungguhnya perjalanan hidup hamba kerdil ini di muka bumi milik Allah penuh dengan tanggungjawab.
  2. Jika memahami tanggungjawab kita untuk memakmurkan bumi ini sebagaimana ajaran agama, ia akan menjawab segala macam persoalan yang timbul di era penuh ceroba ini.
  3. Kita akan diperhitungkan di Akhirat di atas apa jua yang kita lakukan hatta sebesar biji sawi atau zarah.
  4. Pengakhiran hidup kita dengan kematian, bukanlah penghujung segala cerita, tetapi permulaan kehidupan kita yang sebenar di Akhirat.
  5. Sesiapa yang bijak, akan menyediakan bekalan yang mencukupi untuk ke sana.
  6. Kehidupan di sana adalah cerminan kehidupan kita sebagai khalifah.
  7. Layakkah kita untuk bergelar khalifah, jika tindak - tanduk seharian kita lebih hina dari atau menyerupai haiwan.

Penjenamaan semula..

Life In Palm Oil Industry

menukar kepada

Kembara Khalifah Di Muka Bumi Allah

  1. Setelah beberapa bulan menjadi blogger, saya mendapati idea untuk dimasukkan ke dalam blog saya telah melangkau kehidupan saya di dalam Industri Sawit.
  2. Ia lebih sesuai menjadi sebuah jurnal atau catatan memori perjalan hidup saya seharian.
  3. Selepas mencari perkataan yang sesuai, saya memilih untuk menamakan semula sebagai "KEMBARA KHALIFAH DI MUKA BUMI ALLAH"