Monday, 26 October 2009

Akibat Arak

Sebuah pengalaman...
  1. Suatu petang sabtu, saya mendapat msg daripada AM mengatakan sebuah rumah staff dipecah tingkap dan motor dipukul hancur oleh 4 orang bersenjatakan pedang. Salah seorang adalah bekas pekerja yang telah berhenti beberapa bulan yang lalu. Semasa melakukan tindakan itu, staff tersebut tiada di rumah.
  2. Setelah mendapatkan maklumbalas, saya memberikan arahan supaya dibuat laporan polis di balai berdekatan keesokkan harinya.
  3. Petang Ahad, saya pulang ke kilang bersama 2 anggota polis untuk membuat siasatan.
  4. Isnin, perjumpaan dengan semua pekerja dan staff diadakan.
  5. Maklumat mengenai kejadian tersebut diperolehi daripada semua saksi yang ada.
  6. Motis kejadian tidak dapat dikenalpasti.
  7. Saksi mengatakan mereka dalam keadaan mabuk.
  8. Oleh kerana laporan dibuat untuk tindakan polis, pihak polis pergi ke kampung / rumah panjang untuk mencari remaja tersebut.
  9. Hari ini dalam sejarah, kerana inilah kali pertama saya menjejak kaki ke atas rumah panjang. Sebelum ini saya pernah pergi ke sekolah bersebelahan rumah panjang tersebut, namun saya tidak menjangkakan untuk menjejak kaki kali pertama dengan kes ini.
  10. Keempat remaja tersebut tiada di rumah. Polis kemudian menasihatkan ibubapa remaja terbabit supaya membawa anak mereka ke balai untuk tindakan lanjut secepat mungkin.
  11. Tujuan polis adalah sebagai pengajaran untuk remaja terbabit dan mencegah supaya remaja terbabit menjadi lebih susah dikawal pada masa hadapan.
  12. Semasa artikel ini ditulis, kes ini belum selesai.
  13. Namun, yang pasti ini adalah salah satu keburukan budaya minum arak yang sudah menjadi isi dan daging sesetengah masyarakat di sini.
  14. Selepas minum, kemungkinan untuk bertindak di luar batasan akal fikiran adalah tinggi.
  15. Sudahlah masa dan jumlah minuman tidak dapat dikawal, budaya ini juga menyebabkan duit yang ada tidak dapat disimpan.
  16. Usia muda sudah mula dengan tabiat ini.

....

No comments:

Post a Comment