Monday 12 December 2011

Jurutera Stim Gred Dua, Satu, IPD Gred Dua dan Satu (Jan 2006 - Sept 2011)

Enam tahun masa berlalu. Sebuah pengorbanan, komitmen dan kesungguhan.

Tanggal 9hb. December 2011, saya mendapat keputusan rasmi telah lulus temuduga perakuan kebolehan sebagai Jurutera Enjin Pembakaran Dalam Gred 1 pada september 2011.

Keputusan tidak rami telah saya ketahui pada hari yang sama, namun mendapat surat rasmi menambahkan kegembiraan saya di sebalik kekalutan dan tekanan kerja, mba dan keluarga pada tempoh tersebut.

Perjalanan saya untuk lulus memerlukan saya untuk menduduki exam sebanyak lapan kali. Kesemua exam lulus kali ke dua.

Mungkin ada yang berpendapat, saya bertuah kerana mempunyai degree Mechanical Engineering yang hanya memerlukan sesi temuduga dan tidak perlu menduduki peperiksaan bertulis seperti yang termaktub dalam FMA 1967.

Walau apa pun, bukanlah perkara yang mudah untuk lulus kesemua lapan sesi tanpa teknik, komitmen dan kesungguhan yang tepat terutama pada waktu yang sama kita ada tanggungjawab pada kerja dan keluarga.

Kesungguhan saya untuk menduduki peperiksaan sudah tertanam semasa tahun pertama saya bekerja sebagai cadet engineer. Tahu tentang kepentingan dan keperluan utk lulus memaksa saya untuk berusaha sedaya upaya untuk lulus tanpa menoleh kebelakang.

Apa jua maklumat dan tip yang diberikan oleh bos dan kawan diguna dan diamal sepenuhnya. 

Tak lupa pada keluarga yang banyak memberi dorongan serta kelulusan untuk menerima tekanan dalam tempoh saya exam disebabkan sikap saya yang berubah (stress sebab exam).

Tak lupa kepada mak saya yang banyak berdoa setiap kali saya maklumkan akan menduduki exam.

Tak lupa pada Bos aka pengurus Tahang Mohd Tang yang banyak memberikan tips berguna untuk exam.

Tak lupa pada Salahuddin ex Felda / skrg Petronas yang banyak ilmu dan maklumat berguna dikongi untuk saya lulus beberapa kali exam.

Dalam tempoh menjadi assistant, dengan gaji yang kecil dan terpaksa mengeluarkan belanja untuk tiket perjalanan, hotel dan lain - lain bukan satu yang mudah untuk dilakukan.

Semasa menjadi pengurus, bebanan tugas dan tanggungjawab pula menjadi satu halangan yang cukup tinggi untuk dilepasi.

Jika semua di atas digunakan untuk dijadikan alasan, saya tidak pasti akan dapat lulus hari ini. Semua halangan dilepasi dan ada perkara yang banyak dikorbankan untuk mendapatkan sesuatu.

"you lose some, you gain some".

Sebenarnya tiadalah perkara istimewa untuk lulus, berusaha dan anda pasti akan dapat hasilnya. Tiada yang mudah untuk mendapatkan sesuatu yang berharga.

3 comments:

  1. Salam, sy Rahman bekas graduan ijazah mechanical engineer dan kini bekerja sebagai assistant project engineer. Kerja sy melibatkan increasing boiler performance dgn menggunakan catalyst dalam boiler. berminat untuk mengambil cert steam engineer..boleh bagi guide tak?
    Boleh hubungi sy menerusi whatsapp: 0134838050

    ReplyDelete
  2. Salam, sy Rahman bekas graduan ijazah mechanical engineer dan kini bekerja sebagai assistant project engineer. Kerja sy melibatkan increasing boiler performance dgn menggunakan catalyst dalam boiler. berminat untuk mengambil cert steam engineer..boleh bagi guide tak?
    Boleh hubungi sy menerusi whatsapp: 0134838050

    ReplyDelete
  3. Salam, sy Rahman bekas graduan ijazah mechanical engineer dan kini bekerja sebagai assistant project engineer. Kerja sy melibatkan increasing boiler performance dgn menggunakan catalyst dalam boiler. berminat untuk mengambil cert steam engineer..boleh bagi guide tak?
    Boleh hubungi sy menerusi whatsapp: 0134838050

    ReplyDelete