- Perjalanan hidup aku ibarat sebuah pengembaraan. Pengembaraan yang kekadang aku sendiri tidak tahu di mana destinasi terakhir.
- Bermula zaman di sekolah rendah, aku mengembara di alam fantasi sendiri. TV yang menjadi sumber ilham aku terus memberikan idea untuk mencuba perkara baru serta adventure.
- Aku minat aktiviti luar seperti perkhemahan, rumah atas pokok dan camping, meniru banyak cerita kanak - kanak dan remaja di dalam filem serta kaca tv.
- Tidak lupa pada buku - buku di pepustakaan yang berkisar adventure dijadikan sumber ilham. Masuk ke sekolah menengah, aku aktif dalam pengakap dan pernah menjawat jawatan Presiden Pengakap di MRSM KT.
- Aku terus meneruskan pengembaraan di Universiti dengan menceburi ROTU.
- Dari zaman kanak - kanak, aku dahagakan panduan dan tunjuk ajar dari mereka yang berada di sekelilingku.
- Di sekolah rendah, menengah hingga matrikulasi, ada beberapa orang guru yang menjadi sumber rujukan dan sumber motivasi aku untuk terus mengembara.
- Mereka menjadi sumber ilham aku kerana kekadang mereka yang berada rapat dengan aku tidak mampu menjawab fantasi pengembaraan aku.
- Aku masih ingat, dengan inisiatif aku sendiri, selepas aku mendapat keputusan PMR, aku menaiki motosikal ke MRSM PC untuk mendapatkan borang kemasukan, mengisi sendiri borang dan juga menghantar sendiri tanpa sesiapa pun memberitahu aku apa istimewanya MRSM. Alhamdulilah, permohonan aku diterima dan selepas itu barulah aku tahu rupanya nak ambil borang pun susah dan perlu keputusan yang baik. Sekarang lebih ketat kerana ada saringan selepas ujian percubaan.
- Aku masih ingat mengisi sendiri borang UPU ke matrikulasi dan tertinggal untul mengisi ke UTM dan UKM tetapi mengisi tempat pertama USM sebagai pilihan.
- Aku juga tidak lupa tentang kursus yang aku pilih untuk tahun pertama. Bermula sebagai doktor, kej eletrik > kej Mekanik> dan dua kursus yang aku pun lupa. Kenapa memilih kursus tersebut? kerana itulah kursus popular yang dipilih oleh rakan - rakan.
- Alhamdulilah, aku terpilih kursus kejuruteraan Mekanik walaupun aku tak minat fizik dan add mate. Aku cukup minat denga subjek biologi namun terpilih subjek yang banyak mengira berbanding dengan subjek menghafal yang menjadi minat aku.
- Aku masih ingat, apabila ditawarkan kerja ke Sabah, sebuah tempat yang cukup asing dan aku terima.
- Aku juga terima apabila dikatakan akan berpindah ke Sarawak, sebuah negeri yang tidak pernah aku jejak seumur hidup aku.
- Dulu dan masih juga kini, aku mencari arah dan tuju. Dengan berbekal nasihat serta tunjuk ajar daripada senior, guru dan orang berpengalaman, aku menjadi penganalisa serta mencampur aduk menjadi sebuah resepi untuk perjalanan hidup aku.
- Kini, aku melakukan perkara yang sama. Aku cukup suku berkongsi pengalaman dan cukup suka memberi panduan kepada orang muda dan baru yang aku temui.
- Mengajar dan berkongsi pengalaman aku dan berharap mereka memperolehi apa yang aku dulu kurang - iaitu panduan untuk berjaya dan hidup dalam dunia ini.
- Berusia 27 tahun semasa mula menjawat jawatan incharge sebuah kilang sawit berkapasiti 90 mt/hr, berkahwin, ada anak anak 3, mempunyai 1st grade stim dan ice semasa berumur 32 tahun, sedang menyambung MBA dan terakhir dalam senarai mendapat title Ir dalam masa 2 tahun akan datang, aku cukup berterima kasih kepada semua guru, bos, ibubapa, keluarga dan mereka yang banyak memberi nasihat positif kepada aku.
- Aku ikut nasihat kalian sebab aku ini begitu orangnya. Aku buat seperti kalian bagitau dan aku sudah sampai ke tahap ini.
- Namun, di usia terlalu muda ini, aku sekarang semacam hilang arah tuju untuk 5 tahun, 10 tahun dan juga masa aku bersara 25 tahun akan datang. Apa yang bakal aku tempuhi?
- Adakah aku masih lagi perlu mengembara, mencuba serta menuju ke destinasi mengikut rentak kaki aku?
- Atau aku perlu merencana sekarang apa yang patut aku perolehi 5 tahun, 10 tahun serta 25 tahun akan datang.
inilah impian aku sebelum berumur 40 tahun.
1. Aku nak menjadi seorang usahawan tani. Memulakan sebuah projek pertanian, pelihara kambing, lembu dan ayam itik.
1.1 Daripada pertanian itu, aku perolehi baja untuk tanam sayur, buahan dan juga tanaman lain.
1.2 Selepas projek aku mula membuahkan hasil, aku akan bina sebuah kem yang lengkap dengan kemudahan perkhemahan, penginapan dan mencukupi syarat agro tourism.
sebelum itu, aku perlu cari tanah yang paling kurang berkeluasan 50 ekar. Dapatkan modal daripada bank atau kerajaan.
Untuk menjamin agar projek aku berjalan lancar, aku perlu lengkapkan diri dengan skill pengurusan, mendapat MBA dan juga seorang professional iaitu seorang jurutera dan juga Ir.
dan sekarang aku perlu mula menyimpan modal.
sekarang juga aku mencuba pilot projek di ladang untuk mengasah skill pertanian aku.
.....ada sesapa nak joint dgn aku?
No comments:
Post a Comment