Tuesday, 27 January 2015

3 langkah mudah jadi blogger

1. Daftar di url akaun


Guna akaun email google atau gmail.

2. Pilih format page. Banyak contoh page boleh dipilih.

3. Mulakan menulis.

Applikasi blogger juga boleh dipasang di smartphone. Boleh guna telefon pintar untuk kemaskini blog.

Etika sebagai penulis blog

3.1 menulis perkara bermanfaat.
3.2 tulis sumber maklumat
3.3 matlamat dan tujuan setiap tulisan mesti jelas. Jangan salah guna IT untuk melakukan dosa.
3.4 jangan guna nama syarikat atau individu tertentu terutama dalam isu yang boleh menjatuhkan imej.
3.5 gunakan teknologi yang menyebarkan perkara benar dan kebaikan. Elakkan perkara sia - sia dan tidak bermanfaat.
3.6 gunakan bahasa yang betul.

Sekian!

Selamat menulis.

Post ini ditujukan khas untuk Tn Salman yang memberikan soalan bagaimana nak jadi penulis blog?

Terima kasih atas sokongan beliau. Beliau seorang yang sedang meningkat maju dalam industri sawit. Selamat maju jaya untuk beliau.






Thursday, 8 January 2015

Busur dan panah / bow and arrow

Contoh busur tradisional / klasik / warisan
Contoh busur moden

Panah.

Artikel ini ditujukan untuk beginer yang mahu mula kenal panah.

1. Panah terdiri dari 2 jenis. Moden dan tradisional (nama lain di Malaysia - tradisional/klasik/warisan)

Perbezaan antara keduanya adalah dari banyak segi.

1.1 bentuk panah
1.2 reka bentuk
1.3 cara penggunaan

Panah yang diguna di sukan olimpik dikategorikan sebagai panah moden. Manakala panah dalam cerita Lord of the Ring adalah panah trandisional/klasik/warisan.

2. Model panah
Setiap panah moden dan klasik mempunyai model yang banyak di seluruh dunia. Masing2 mempunyai model berbeza. Ibarat pembuat kereta, begitau juga dengan nama pembuat busur panah yang ramai di dunia.

Antara pembuat panah klasik adalah

1. Saluki - US
2. Kaya, Nomad, Samick - Korea
3. Grozer - Turkey

Jenis - jenis bow
1. Korea traditional bow
2. Turkish bow
3. Long bow


3. Kekuatan
Bow untuk dewasa bermula dengan kekuatan 30 pound hingga 80 pound.

Bagi busur klasik yang ada di pasaran, bermula 30 pound hingga 55/60 pound.

Kiraan pound juga berbeza mengikut negara. Piawaian negara berbeza - bez kerana pengukur yang diguna berbeza.

Sebab itu ada perbezaan untuk pound bow Kaya 40# dengan Grozer 40#.

Untuk permulaan, saya syorkan dewasa lelaki berumur 20 tahun ke atas bermula dengan 35#.

Untuk mereka yang aktif dan bina badan, saya syorkan bermula dengan 40#.

Jika seorang  askar, saya syorkan 45# ke atas.

4. Budget. Berapa ringgit harganya?

Di Malaysia, pasaran busur semakin meriah selari dengan penubuhan kelab di merata negeri. Dengan usaha kempen oleh semua pihak, lahir banyak usahawan yang menjual barangan panah sama ada secara aktif ataupun part time.

Antara yang terkenal di kalangan pemanah klasik adalah Zawra Traditional Archery di Kluang, Johor (Abu Dzar) dan Aufa Archery, Kota Kinabalu, Sabah (Mohd Safar aka Aufa). Banyak lagi penjual panah di Malaysia. Cari di Facebook.

Harga busur : bermula rm600 hingga rm10,000 mengikut jenis.

Anak panah : bermula rm8/sebatang hingga rm80/sebatang.

Jenis anak panah
1. Carbon
2. Kayu
3. Buluh
4. Fiber
5. Alumunium

Jenis jenis fletcher
1. Bulu burung
2. Vane / plantik
3. Bulu burung sintetik

Peralatan lain - lain : 
1. Draw glove
2. Arm guard
3. Rest glove
4. Thumb ring 

Sebagai panduan, 
Untuk Kaya Bow dan 10 batang anak panah carbon, beserta draw glove, arm guard, kos adalah rm800-1000/set.

5. Berlatih

Pengembaraan dalam panahan tidak lengkap tanpa ada guru atau jurulatih. Kaedah terbaik dalam nak belajar memanah adalah mencari mereka yang pandai memanah atau guru panah.

Nampak mudah, tetapi banyak ilmu perlu adalah sebelum anda mula memanah.

Jika anda tidak mempunyai guru berdekatan, dapatkan maklumat melalui penjual busur panah itu. Insya Allah, beliau akan membantu.

6. Disiplin dan pantang larang memanah

Saya tidak akan huraikan di sini kerana ia merupakan ilmu yang penting. Ketahui melalui jurulatih anda. 

Sila ikuti semua disiplin dan pantang larang tersebut.

7. Niat belajar panah
Semua usaha belajar dan berlatih memanah mesti di niat kan

7.1 untuk belajar sunnah Nabi
7.2 untuk agama 
7.3 kerana Allah semata.

Ada pun niat lain2 nya adalah sampingan sahaja.

8. Persaudaraan, kelab memanah dan individu persendirian dalam "persaudaraan memanah"

Di Malaysia, saban hari muncul pelbagai kelab di setiap negeri. Berikut di senarai Kelab Kelab yang ada di Malaysia

1. Pertama
2. Zawra
3. Kelab Memanah Sunnah Kelantan
4. Kewaris - Sabah

(Akan dikemaskini dari masa ke semasa)

Persaudaraan memanah di Malaysia secara khusus melangkaui sempadan negeri, bangsa dan agama. Di dunia pula, ia merentas sempadan negara dan benua.

Ia adalah persaudaraan yang sangat luas. Ibarat seluas lautan dan setinggi awangan.

9. Busana
Antara keunikan panah klasik adalah busana. Pemanah digalak mengenakan busana tradisional semasa berlatih atau semasa pertandingan rasmi.

Keindahan bangsa boleh dilihat dari pemakaian busana.

10. Teknik

Untuk panah klasik, pelbagai teknik ada. Ibarat cerita Legalos dalam Lord of The Ring yang memanah sambil berdiri, berlari, berkuda dan duduk, begitulah kayanya teknik dalam panah klasik.

Teknik tertinggi dalam panah klasik adalah teknik memanah sambil menunggang kuda.

Jom sertai kami hidupkan sunnah memanah di Malaysia.

Semoga diberkati Allah.

Penulis
Zulkefli Muhammad
Safra' Archery 
Lahad Datu, Sabah.

Saturday, 3 January 2015

Lembah Danum. Permata Hutan Tropika Warisan Dunia

Ok. Kali ini kita jalan - jalan dalam hutan. Hayati keindahan ciptaan Allah SWT. Hargai hutan tropika negara kita.
Lembah Danum, setelah lebih 3 bulan mencari waktu yang sesuai, akhirnya kami sampai ke sana 27 dan 28 Disember 2014. 
Ambil gambar dulu di kaki bukit Menara Kayangan sementara menunggu Amin dari Segaria.

Kami tersasur 28 km jauh dari DVFC ke Borneo Rain Forest Lodge. Pusing balik ke DVFC dan sampai lebih kurang 3 petang. Makan tengah hari. Simpan barang. Ronda - ronda kawasan terdekat.

(Matlamat utama lawatan pertama kali ini lebih kepada nak mengenali apa yang ada di sini. Selain itu nak ambil gambar bersama panah. AMBIL GAMBAR sahaja, bukan nak panah haiwan pun)

Gaya pertama. Dapat 2 ekor pacat melekat di kaki.
Asalnya nak bawa semua rombongan (5 kanak - kanak dan 3 dewasa) ke track terdekat 500 meter. Baru sampai 50 meter, dah ada yang trauma kena pacat. Hari pun dah gelap, kami pusing balik.
Hari ke 2. Track 300 meter ke Tree Tower. Aku, Amin dan Didin. Yang lain tinggal kat Base Camp. 300 meter. Pergh! mencabar dengan penuh pacat di merata tempat. Atas dan bawah. Sampai ke kaki Tree Tower 40 kaki, amik gambar, cepat cepat kami blah. Takut pacat!



Jambatan gantung Sg. Segama. Masa kami datang, hujan memang lebat. Air Sg. Segama tengah naik. Cantik jambatan gantung ini. 


Danum Valley Field Centre (DVFC).

Koleksi panah untuk bergambar sahaja.



Night view. Malam kami naik kereta dan pergi ke padang berhampiran kediaman staff di sana. Jumpa hampir 10 ekor rusa sedang makan - makan. Semua rusa sihat - sihat. Walaupun malam hujan, rusa ini keluat juga makan. Di sini, waktu masa, banyak fauna akan keluar. Waktu terbaik untuk menikmati pengalaman luar biasa di sini.





Lepas solat subuh, kami bergegas ke Sun Rise/Sun Set Tower. 7 km dari penginapan. Walaupun agak berkabus dan agak sukar melihat matahari terbit, sesekali terbentang juga pemandangan yang indah. Subhanallah. Maha Suci Allah yang Maha Pencipta.



Kembali ke pusat penginapan DVFC. Semasa perjalanan balik, nak singgah ke Canopy Walk, tapi pagar tutup. Lain kali kita datang lagi.

Terbaik. Hutan Tropika warisan dunia.