Ok. Kali ini kita jalan - jalan dalam hutan. Hayati keindahan ciptaan Allah SWT. Hargai hutan tropika negara kita.
Lembah Danum, setelah lebih 3 bulan mencari waktu yang sesuai, akhirnya kami sampai ke sana 27 dan 28 Disember 2014.
Ambil gambar dulu di kaki bukit Menara Kayangan sementara menunggu Amin dari Segaria.
Kami tersasur 28 km jauh dari DVFC ke Borneo Rain Forest Lodge. Pusing balik ke DVFC dan sampai lebih kurang 3 petang. Makan tengah hari. Simpan barang. Ronda - ronda kawasan terdekat.
(Matlamat utama lawatan pertama kali ini lebih kepada nak mengenali apa yang ada di sini. Selain itu nak ambil gambar bersama panah. AMBIL GAMBAR sahaja, bukan nak panah haiwan pun)
Gaya pertama. Dapat 2 ekor pacat melekat di kaki.
Asalnya nak bawa semua rombongan (5 kanak - kanak dan 3 dewasa) ke track terdekat 500 meter. Baru sampai 50 meter, dah ada yang trauma kena pacat. Hari pun dah gelap, kami pusing balik.
Hari ke 2. Track 300 meter ke Tree Tower. Aku, Amin dan Didin. Yang lain tinggal kat Base Camp. 300 meter. Pergh! mencabar dengan penuh pacat di merata tempat. Atas dan bawah. Sampai ke kaki Tree Tower 40 kaki, amik gambar, cepat cepat kami blah. Takut pacat!
Jambatan gantung Sg. Segama. Masa kami datang, hujan memang lebat. Air Sg. Segama tengah naik. Cantik jambatan gantung ini.
Danum Valley Field Centre (DVFC).
Koleksi panah untuk bergambar sahaja.
Night view. Malam kami naik kereta dan pergi ke padang berhampiran kediaman staff di sana. Jumpa hampir 10 ekor rusa sedang makan - makan. Semua rusa sihat - sihat. Walaupun malam hujan, rusa ini keluat juga makan. Di sini, waktu masa, banyak fauna akan keluar. Waktu terbaik untuk menikmati pengalaman luar biasa di sini.
Lepas solat subuh, kami bergegas ke Sun Rise/Sun Set Tower. 7 km dari penginapan. Walaupun agak berkabus dan agak sukar melihat matahari terbit, sesekali terbentang juga pemandangan yang indah. Subhanallah. Maha Suci Allah yang Maha Pencipta.
Kembali ke pusat penginapan DVFC. Semasa perjalanan balik, nak singgah ke Canopy Walk, tapi pagar tutup. Lain kali kita datang lagi.
Terbaik. Hutan Tropika warisan dunia.
No comments:
Post a Comment