Showing posts with label Camper. Show all posts
Showing posts with label Camper. Show all posts

Sunday, 14 September 2025

🌿✨ Sehari Semalam di Kebun Chenta, Mantin ✨🌿

Kadang-kadang kita tak perlu pergi jauh untuk rasa tenang. Cuma 20 minit dari rumah, saya pilih untuk “lari sekejap” dari rutin harian dan luangkan masa sehari semalam di Kebun Chenta Campsite, Mantin.

Sebaik sampai, suasana terus menyambut dengan angin sejuk dan bunyi alam yang damai. Pohon-pohon menghijau, bunyi unggas, dan anak sungai yang mengalir perlahan jadi latar muzik semula jadi. 🌳🍃

Petang tu, kami pasang khemah dan sediakan BBQ simple – ayam perap, jagung, dan kopi panas. Bila matahari mula turun, langit bertukar warna jingga keemasan. Masa tu rasa macam semua penat hilang, diganti dengan syukur.

Malamnya, suasana lebih magis. Api unggun jadi pusat perbualan. Gelak tawa, cerita lama, dan sesekali diam menatap bintang. Jauh dari hiruk pikuk bandar, langit malam nampak lebih luas dan indah. ✨🔥

Esok pagi, bangun dengan udara segar. Bunyi ayam berkokok dari kampung sekitar, ditambah aroma kopi yang baru dibru. Aktiviti santai – jalan-jalan sekitar kebun, ambil gambar, dan nikmati suasana – cukup untuk recharge sebelum balik semula ke realiti.

Pengalaman sehari semalam di Kebun Chenta Campsite mungkin ringkas, tapi penuh makna. Ia mengingatkan saya bahawa kebahagiaan tak semestinya dicari jauh. Kadang-kadang, ia hanya 20 minit dari rumah. 🏕️❤️

 

Sunday, 13 October 2024

W Bay

 W Bay adalah antara lokasi pantai yang ada di Lahad Datu. Boleh camping, mandi dan melalukan aktiviti laut. W Bay berada di sebelah Pantai Payang. Elektrik 24 jam.




















Rakan camper dari Lahad Datu













Saturday, 14 March 2020

Home made stove for camping by Kembara Insan


  1. Saya telah melakukan kajian selama sebulan beberapa bentuk stove yang ada di pasaran.
  2. Hari ini saya mengambil keputusan untuk mereka bentuk stove dan melakukan ujian.
  3. Ini adalah ujian untuk stove yang pertama. https://www.youtube.com/watch?v=aPMJYMtGVdo . Percubaan memasak telur berjaya. https://www.youtube.com/watch?v=26Nkxs5ovhQ 
  4. Ini adalah ujian untuk stove yang kedua.  Stove yang kedua didapati lebih berjaya setelah beberapa perubahan dilakukan.  https://www.youtube.com/watch?v=xd5AQ7xnlwo
  5. Menggunakan pengalaman mengendalikan boiler selama 16 tahun dan kajian selama sebulan, stove home made berjaya dihasilkan dengan kos RM1 sahaja.
  6. Niat asal untuk membeli stove dari internet dibatalkan.

Sunday, 23 February 2020

Pantai Remis, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia 23 Feb 2020

Semua peralatan yang dibawa.

Hammok pasang pada Hilux dan Pokok Rhu.

Air surut tengah hari. Lumpur. Kawasan pantai penuh dengan batu dan pasir agak kurang.

Rebus kangkung.

Ikan Parang dan Ikan Tenggiri yang dibeli dari Pasar Penjaja Pantai Remis.

Pandangan dari pantai.






Banyak jenis - jenis siput yang ada di Pasar Penjaja Pantai Remis, tapi saya beli Kerang sahaja.

  1. Kali pertama sampai ke Pantai Remis, Kuala Selangor, Selangor menggunakan applikasi Waze. Kami bertolak pukul 0930 pagi, singgah beli beberapa peralatan dan sampai pukul 11 pagi.
  2. Pasar Penjaja ada menjual pelbagai jenis ikan dan kerang. 
  3. Banyak gerai dan restoren di kawasan sekitar. 
  4. Pantai jenis berlumpur, sama seperti kawasan pantai di Lahad Datu. Banyak batu dan tidak sesuai untuk aktiviti bermain pasir dan mandi.
  5. Kami parking kereta berhampiran sepohon pokok Rhu untuk berteduh, pasang khemah dan mula memasak ikan dan kerang yang baru dibeli.
  6. Banyak kulit kerang yang ditinggalkan pengunjung. Agak bahaya untuk berjalan kaki ayam.
Kami pulang pukul 3 petang untuk misi ke UiTM Puncak Alam, hantar anak buah balik asrama.