Showing posts with label managing people. Show all posts
Showing posts with label managing people. Show all posts

Wednesday, 13 August 2025

Amir and the Monkeys


When Amir took over as the new plant manager of an oil palm refinery, he was full of ideas and determination. But within the first month, he noticed something troubling — his calendar was jammed with other people’s problems.

Every day, his team would walk into his office with unresolved issues: a machine breakdown here, a shipment delay there, a customer complaint somewhere else. The pattern was the same — they explained the problem, waited for him to decide the next step, and left. Amir would then stay late at night, solving problems that weren’t originally his.

In “Monkey Management” terms, the monkeys — the next steps of these tasks — were all jumping from their owners onto Amir’s back. And the weight was growing heavier.

Frustrated, Amir discussed the situation with his senior leadership. They introduced him to the concept of Monkey Management. The rules were clear:

  1. Define the Monkey – Identify the exact “next move” and agree on it.

  2. Keep Monkey Ownership at the Lowest Level – Let the person closest to the problem handle it.

  3. Insure the Monkey – Agree on how much freedom they have (act and report, act and advise, or wait for instruction).

  4. Feed the Monkey by Appointment Only – Meet briefly and regularly, but don’t let problems arrive on your doorstep anytime.

Amir decided to put the rules into practice. Now, when a team member came with a problem, he would listen, ask clarifying questions, and then guide them to propose the next step themselves. Instead of saying, “Leave it with me,” he said, “Okay, so what will you do next, and when can you update me?”

At first, the team was hesitant — they were used to offloading problems upwards. But slowly, something changed. They began coming to Amir with solutions instead of problems. They felt more confident in their decisions, and Amir’s workload became more strategic rather than reactive.

Within six months, the refinery’s performance improved. Meetings were shorter, problems were solved faster, and staff morale was higher. The team had learned to take care of their own monkeys — and Amir finally had the time to focus on innovation, safety improvements, and expansion plans.

Amir realized that real leadership wasn’t about carrying every monkey himself. It was about teaching his team how to handle their own — and in doing so, building a stronger, more independent workforce.

Wednesday, 26 March 2025

Managing People

1. Saya seorang introvert. Apabila saya buat statement ini, ramai rakan sekerja saya membantah. Mana mungkin saya introvert sebab saya banyak cakap apabila bersama - sama mereka.
2. Sejak kanak - kanak, remaja dan berada di universiti, saya seorang pendiam. Tidak suka bercakap dan tidak mempunyai kemahiran sosial yang baik. Dengan abang sendiri pun selalu jadi kaki gaduh disebabkan selalu kena kacau.
3. Namun, semuanya berubah apabila saya memulakan kerja dalam industri sawit sebagai kadet jurutera. Sudah menjadi rutin harian, ada perhimpunan pagi dan sebagai eksekutif, saya kena bercakap. Apa nak cakap? Macam mana nak cakap supaya orang mudah faham? Akibatnya, dari hari ke hari teknik komunikasi saya dibaiki melalui pengalaman harian.
4. Kurang tiga tahun, saya diamanah untuk menjaga kilang sawit dengan kapasiti pekerja seramai 120 orang. Disebabkan lulus lesen jurutera stim pada umur 27 tahun. Dari situ bermula lah cabaran sebenar dalam kehidupan menjadi seorang pengurus. Mengurus manusia. Mengatur manusia. Menjaga manusia. Mendidik dan menghukum manusia. Berhadapan dengan pelbagai jenis manusia.
5. Mudah? Tidak sama sekali. 
6. Sejak itu saya banyak mencari ilmu pengurusan. Hingga akhirnya saya jatuh cinta dengan pengurusan. Bos lama saya pernah berkata, jika kejuruteraan adalah sains, maka pengurusan juga adalah satu cabang sains. Iaitu sains menguruskan manusia.
7. Cinta saya terhadap bidang ini membawa saya untuk mengambil MBA pada tahun 2011 dan menyertai dengan aktif kelab Toastmasters di Sandakan dan Lahad Datu pada tahun 2013 dan seterusnya. Saya sangat aktif belajar, menyertai pertandingan dan juga pernah menjadi Chartered Presiden untuk sebuah kelab baru.
8. Komunikasi, kepimpinan serta banyak lagi skill saya teroka dan belajar. Hingga sampai satu tahu, saya terlebih yakin. Dan saya diuji oleh Allah sebaik sahaja selesai mengerjakan haji pada tahun 2018. Ujiannya sangat besar dan mengubah banyak haluan hidup saya. Saya jatuh dan untuk bangkit kembali juga bukan mudah. Menghadapi isu depress dan stress serta mencari ubat selama bertahun. Alhamdulillah, akhirnya saya keluar dan bergerak ke hadapan.
9. Jika ditanya saya, bolehkah saya selesaikan masalah pengurusan manusia? Bolehkah kita ubah mentaliti manusia? Bolehkan kita ubah manusia?
10. Jawapannya tidak. Namun dalam sirah Nabi, banyak pengajaran yang memberikan kita ilmu untuk mengurus manusia. Lihat kisah Nabi Musa AS, walau pun Allah tahu firaun tidak akan beriman, namun Allah menyuruh Nabi Musa AS untuk berdakwah kepada ayah angkat beliau. 
11. Usaha mesti dilakukan. Namun, hati budi mentaliti itu hanya Allah yang mampu menjentik dan mengubahnya. 
12. Namun, dalam sebuah organisasi, jika staff kita tidak boleh berubah, maka kita hantar ke HR untuk diurus mengikut prosedur ditetapkan oleh jabatan buruh.
13. Akhirnya, banyakkan berdoa kepada Allah. Semoga kita boleh urus manusia dengan baik. Semoga manusia ikut kita. Semoga manusia mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Semoga Allah selamatkan kita.

....