Tuesday, 29 September 2009

3 Maut Memasuki Kernel Bunker - Ruang Terkurung

Ini adalah contoh 'air vent' yang terdapat pada kernel bunker dari bahagian tepi. Rekabentuk ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko gas beracun terkumpul di dalam kernel bunker.

Sabtu, 26hb. September 2009. Saya menerima SMS dari seorang rakan memaklumkan kemalangan maut melibatkan 3 pekerja kilang di Sabah semasa memasuki kernel bunker akibat sesak nafas di dalam kernel bunker.


Lebih menyedihkan, 2 daripada pekerja tersebut pernah saya kenali semasa bekerja di kilang tersebut. Saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga dan kilang di atas kehilangan yang mengejutkan.


Minda saya terus mencari jawapan kepada punca kemalangan maut tersebut. Setelah mendapatkan maklumat daripada beberapa kenalan di sana, saya menyimpulkan kemalangan tersebut berpunca daripada kesilapan rekabentuk.


Berikut adalah pandangan saya :-


Keadaan semasa kejadian :-


1.1 Bunker No. 5 diisi 150mt kernel @ melebihi >80% isipadu maksimum.


1.2 Arahan dikeluarkan untuk menguji kualiti PK yang terdapat di dalam baunker tersebut.


1.3 Pekerja yang baru ditugaskan untuk kerja - kerja tersebut. 2 rakan yang cuba menyelamatkan beliau mengalami nasib yang sama. Seorang pekerja meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital.


1.4 Kualiti PK dengan kadar lembapan yang tinggi (moisture >7%) hasil daripada proses tidak melebihi 10 hari.


Rekabentuk


2.1 Bunker berkapasiti 180MT, bebentuk kon. Bahagian atas bertutup zink dan dihadang oleh dinding zink. Hanya 2 manhole terdapat di ata kon. Keseluruhan bahagian atas tertutup.


2.2 Rekabentuk di atas menyebabkan pengaliran udara di bahagian atas adalah di tahap paling minima. Ujian gas selepas kejadian mendapati bacaan gas oksigen tidak dapat di baca (atau minimun).


2.3 Lain - lain spekulasi mengatakan faktor PK yang lembab juga mempengaruhi gas yang berbahaya dibebaskan. Gas tersebut telah memenuhi kernel bunker dan menyebabkan kandungan oksigen berkurangan.


Penambahbaikan


Penambahbaikan berikut boleh dilakukan untuk mengelakan kejadian yang sama berulang.


3.1 Mematuhi Prosedur Ruang Terkurung - Panduan dikeluarkan oleh JKKP


3.2 Rekabentuk bunker hendaklah mengambil kira faktor pengaliran udara secara semula jadi. Corong udara hendaklah mencukupi untuk memastikan kandungan udara yang berbahaya sentiasa dibebaskan. Untuk kejadian di atas, saya mencadangkan dinding zink dibuka pada ketinggian 4 kaki. Penghadang hendaklah dipasang. Selain untuk mengelakkan gas berbahaya untuk manusia terkumpul di dalam sesuatu ruang terkurung, rekabentuk juga perlu mengambil kira risiko kebakaran.


3.3 Pengurus kilang dan jurutera memikul tanggungjawab besar untuk memastikan setiap bahagian kilang tidak berisiko untuk kemalangan. Jawatankuasa Keselamatan yang ditubuhkan perlu berperanan aktif dalam usaha tersebut.


Sesungguhnya kejadian tersebut sekali lagi memberi peringatan kepada tanggungjawab besar yang dipikul oleh seorang Pengurus / Jurutera.


Saturday, 26 September 2009

Aidil Fitri 1430H My Family


Musim Durian & Buah Dabai @ Simpang Manuk


  1. Musim durian dan buah dabai sudah bermula akhir September 2009.
  2. Tika musim durian di kebanyakan tempat di semenanjung sudah berakhir.
  3. Tidak ketinggalan buah dabai yang dijadikan sayuran oleh kebanyakan penduduk Sarawak.
  4. Walaupun harga masih dikategori tinggi di Semenanjung Malaysia, namun daripada harga RM15/kg, telah turun sehingga RM5 - RM3/kg bergantung kepada tempat.
  5. Durian tetap raja segala buah.

Mill from effluent ponds


Loagan Bunut Palm Oil Mill

Loagan Bunut Palm Oil Mill from Bukit Jati

Wednesday, 23 September 2009

Cikgu Azarudin




  1. Pada 19hb. September 2009, beliau mendapat cahaya mata yang ke-2.

  2. Tahniah di atas kehadiran puteri pertama.

  3. Kemeriahan Aidil Fitri sudah tentu lebih

Cikgu Sabarudin Bin Mohd Nor


Asri Salleh


Syahrizan & Kamarul Azhar

Kak Nora


Sekolah Kebangsaan Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan


  1. Sekolah Kebangsaan Sabak yang terletak di Pantai Sabak, 7 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
  2. Lebih kurang 20 tahun meninggalkan sekolah ini, saya buat pertama kali menjejaki sekolah ini.
  3. Banyak perubahan telah berlaku. Kebanyakkan bangunan sekolah kayu telah diganti dengan bangunan konkrit yang baru.
  4. Mrs. Tan, guru bahasa English telah paling lama berkhidmat di sini telah berpindah beberapa tahun yang lepas.
  5. Nama kelas juga telah diubah. Dulu Kelas Teratai, Kenanga & Mawar kini diubah dengan nama baru.
  6. Tidak kurang juga lambang sekolah telah diubahsuai sedikit sebanyak.
  7. Seiring dengan peredaran masa, keadaan fizikal serta pencapaian sekolah mengalami transformasi ke arah yang lebih baik.
  8. Untuk maju, kita perlu sentiasa berubah. Berubah ke arah yang baik.

Belakang Rumah


Solat di Masjid Pulau Melaka



  1. Dalam perjalanan ziarah Aidil Fitri, saya sempat singgah di Masjid Pulau Melaka.
  2. Bukan niat saya untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, namun saya gembira jika dapat melihat beliau.
  3. Semasa sampai, halaman rumah dan kawasan masjid kosong.
  4. Selepas selesai menunaikan solat Zuhur, beliau baru sampai.
  5. Rupa - rupanya terdapat 3 buah kereta pelawat dari Kuala Lumpur sedang menunggu beliau untuk bertemu.
  6. Saya mengambil peluang untuk bersalaman. Namun tidak sempat untuk bergambar.
  7. Moga bumi Serambi Mekah terus diRahmati dan diBerkati Allah selalu hendaknya.
  8. Moga Allah terus melahirkan barisan pimpinan Ulama' yang akan menyambung kesinambungan pemimpin sedia ada.

Tuesday, 22 September 2009

Aidil Fitri 1430H


  1. Ziarah sinonim dengan aktiviti semasa perayaan Aidil Fitri atau Aidil Adha.
  2. Sahabat handai, teman taulan serta saudara - mara akan berkunjung ke rumah bermaaf - maafan serta mengeratkan silaturrahim.
  3. Ramai kalangan orang muda yang berhijrah ke luar negeri mengambil peluang ini untuk berjumpa satahun sekali.
  4. Saban tahun, setiap keluarga pasti akan bercerita perkembangan terkini sama ada kerjaya, kehadiran cahaya mata atau melangsungkan majlis kenduri kerdara seperti aqiqah, bertunang dan berkahwin.

My House_Tebing Tinggi


Rumah Pak Da Kemumin


Monday, 21 September 2009

aisyah ke kilang


Alif & Aisyah

1. Seni lukis.
2. Minat dan hobi yang telah lama kupendam.
3. Disebabkan kerjaya dan situasi, aku pendamkan saja hobi ini.
4. Aku tidak pernah mendapat pengajaran rasmi mengenai seni ini.
5. Aku amat berminat untuk mendalami seni lukis menggunakan cat air.
6. Pernah terfikir untuk mempunyai koleksi peralatan melukis.
7. Kini, Pak Abu telah memperkenalkan blog beliau serta rakan - rakan yang yang mempunyai minat seni yang sama.
8. Pada waktu yang sama, aku telah diperkenalkan dengan software grafic computer Adobe.
9. Ternyata, semua ini telah membuka semula pintu minatku terhadap seni lukis.
10. Namun, aku tidak melukis secara fizikal, tetapi melalui seni grafik komputer yang lebih sinonim dengan hobi aku sekarang, jadi blogger.

Sunday, 20 September 2009

Salam Aidil Fitri

  1. Selamat Menyambut Aidil Fitri 1430H

Perutusan Hari Raya Tok Guru

Ahad 20 September 2009 30 Ramadhan 1430 Hijrah
Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Sun Sep 20, 09 4:42:45 am MYT
Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,
  1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)
  2. Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.
  3. Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.
  4. Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.
    Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.
  5. Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini. Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain. Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.
  6. Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan. Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.
  7. Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.
  8. Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.
  9. Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.
  10. Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.
  11. Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.
  12. Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.
  13. Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.
  14. Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.
  15. Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.
  16. Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.
    Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.
  17. Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.
    Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.
  18. Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.
    Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.
  19. Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam

Saturday, 19 September 2009

Koleksi Realistmalaysia





Rumah Melayu


Underwater world


Koleksi realistmalaysia



Koleksi realistmalaysia http://realistmalaysia.ning.com/

Kelapa

Koleksi http://realistmalaysia.ning.com/

Kg. Melayu

Dua Nur

Gambar ini diambil pada 17hb. September 2009 ; Nur Aisyah Umairah & Nur Amalina lena tertidur keletihan.

1. Kami sampai pagi setelah transit dari Miri - Kuala Lumpur - Kota Bharu.
2. Seharian dua anak kecil ini bermain tanpa rehat.
3. Terlalu 'excited' berjumpa dan bermain bersama.
4. Lewat petang, kedua - duanya tertidur di ruang tamu.
5. Mereka telah bekerja keras hari ini, melakukan tugas utama kanak - kanak -> BERMAIN.

Kg. Pulau Gajah

Illustrasi dari http://realistmalaysia.ning.com/

Kampung Pulau Gajah

Generasi Pewaris Bangsa & Negara

Illustrasi dari http://realistmalaysia.ning.com/

1. Selamat menyambut hari kemerdekaan
Posted by Picasa

Santan Kelapa

Ilustrasi dari http://realistmalaysia.ning.com/

1. Santan kelapa dan masyarakat Kelantan, bagai isi dengan kuku.
2. Walau apa pun pendapat pakar kesihatan mengenai lemak dan penyakit, namun pelbagai juadah lauk pauk serta 1001 macam kuih muih, takkan lengkap tanpa santan.
3. Berbeza dengan Sabah, antara masyarakat yang peling kurang menggunakan lemak di dalam masakan di dunia.
4. Mak membeli 'single press' untuk memerah santan kelapa.
5. Beliau tahu potensi santan di Kg. Tebing Tinggi.
6. Setiap isi rumah pasti akan mencari santan untuk masakan tengahari, malam atau kenduri.
7. Proses menghasilkan santan bermula dari proses yang panjang.
9. Tanam pokok kelapa.
10. Panjat buah kepala guna beruk atau manusia.
11. Kupas buah kelapa - GAMBAR atau boleh terus dibelah guna kapak besar.
12. Mesin hingga halus.
13. Perah guna tangan atau mesin.
14. Maka terhasilah santan untuk digunakan dalam pelbagai jenis menu masakan.
15. Santan yang digunakan lebih enak jika segar.
16. Apabila disimpan lebih dua hari, rasa akan berubah dan lebih teruk akan menyebabkan keracunan makanan.
17. Gulai lemak, kari, kuih dan sebagainya, hilang rasa tanpa santan.
18. Terima kasih pokok kepala dan syukur kepada Allah Maha Esa di atas nikmat yang dikurniakan.

Tidur Yang Lena

1. Anak ke-2 Alif Zunnur Bin Zulkefli sedang tidur lena dalam pakuan.