Wednesday, 16 September 2009

Hari Raya Haji Lebih Meriah di Kelantan...

  1. Ramai kenalan saya di luar Kelantan sering berkata, Hari Raya Puasa tidak meriah di Kelantan, kerana Hari Raya Haji yang lebih meriah.
  2. Sebelum menjawab, saya akan tersenyum dan memberikan pandangan saya.
  3. Bagi saya, kedua - dua hari kebesaran tersebut disambut secara meriah di Kelantan. Bezanya, Hari Raya Haji lebih meriah di sana kerana disambut 4 hari berturut - turut (10,11,12,13 Zulhijjah).
  4. Namun, tidak benar jika mengatakan Hari Raya Puasa di sana tidak meriah.
  5. Apa yang berbeza di Kelantan semasa sambutan Hari Raya Korban adalah cara sambutan dilakukan.
  6. Jika di kebanyakkan tempat di Malaysia akan melakukan ibadat korban di masjid, tidak di Kelantan. Rata - rata ibadat tersebut dilakukan secara gotong - royong dengan mengumpulkan keluarga yang terdiri daripada 7 bahagian lembu yang dikorbankan.
  7. Bermula selepas solat sunnat Aidil Adha sehingga hari terakhir Tasyrik.
  8. Pihak lelaki akan menguruskan lembu bermula sembelihan, mengupas kulit serta pembahagian daging dilakukan. Jika seorang remaja setiap tahun mengikuti acara tersebut, dalam masa beberapa tahun, dia akan dapat menguasai cara menguruskan seekor lembu dengan baik, kerana setiap tahun dia akan meningkatkan teknik menguruskan lembu sembelihan.
  9. Pihak wanita akan menyediakan jamuan untuk dihidang kepada semua yang terlibat di dalam gotong - royong tersebut. Kebiasaannya makan tengah hari disediakan.
  10. Aktiviti tersebut diteruskan untuk hari - hari yang lain.
  11. Disebabkan kebanyakkan warga Kelantan adalah petani dan setiap daripada keluarga rata - rata mempunyai lembu, makan jumlah lembu yang dikorbankan adalah banyak.
  12. Biasanya daging mentah yang diagihkan sesama penduduk boleh menjangka purata 20 kg sekeluarga. Daging tersebut boleh menampung isi rumah lebih dari seminggu.
  13. Pelbagai juadah dan menu boleh dilakukan dengan daging korban tersebut. Setiap hari dan waktu akan ada jamuan di kebanyakkan rumah di kampung.
  14. Kesimpulannya, mungkin itu yang menjadikan tanggapan umum bahawa Hari Raya Korban di Kelantan lebih meriah kerana faktor suasana dan amalan turun - temurun.

No comments:

Post a Comment