Wednesday, 2 September 2009

Dikir Barat..mengenali budaya sendiri di negeri orang

  1. Aku berasal dari Kelantan. Negeri yang terkenal dengan dikir barat. Namun, aku bukanlah pengemar dikir barat.
  2. Pada 15hb. Julai 2005, aku telah disuruh oleh Pengurus Kilang untuk mempersembahkan dikir barat semasa majlis sambutan 3 perayaan di Kelab Morisem. Dengan berpandukan kaset Halim Yazid yang diimport khas dari Kelantan, aku mempersembahkan lagu 'Anak Tupai'.
  3. Walaupun tidak mempunyai peralatan muzik yang mencukupi, persembahan kami tidaklah mengecewakan.
  4. Namun, aku berpuashati dengan satu perkara, komitmen yang diberikan oleh operator @ pekerja kilang amat menakjubkan.
  5. Itulah kali pertama aku mempersembahkan dikir barat dan mungkin kali terakhir.
  6. Apa pun, sejak hari itu, aku mengenali budaya masyarakat sendiri dan mula meminati dikir barat.
  7. Ada orang kata, jauh di negeri orang, negeri sendiri sering dirindui. Makin jauh dan makin lama berhijrah di negeri orang, makin terasa ingin pulang ke kampung halaman.

No comments:

Post a Comment