Thursday 31 December 2009

Tahun Baru Awal Muharram 1431H & 2010.

  1. Selamat Tahun Baru.
  2. 1431 Hijrah pada 1 Muharram @ 18hb Disember 2009 yang lalu.
  3. 1hb. Januari 2010, esok.
  4. Kedua - duanya jatuh pada hari Jumaat.
  5. Hari kebesaran umat Islam.
  6. Selamat tinggal dekad 1990-an.
  7. Apa jua yg buruk dan tidak baik sedekad yang lalu diharap akan berubah menjadi lebih baik.
  8. Harapan disalut dengan seribu satu usaha dan keyakinan pada Allah.
  9. Semoga dekad baru 2010 - 2019 akan menjadi lebaran baru kepada Ummah di dunia.
  10. Dekad ini milik Asia.
  11. Dekad ini milik Ummat Islam.
  12. Dekad ini akan diisi dengan menyebarkan kebaikan ke seluruh alam.
  13. Dekad ini akan menyaksikan kehancuran kuasa besar barat yang telah lama menjadi kuasa besar dunia, menyebarkan peperangan di negara - negara membangun serta negara Islam.
  14. Insya Allah, janji Allah kemenangan untuk Ummat di Akhir Zaman.
  15. Kemenangan kebenaran pada kebatilan.
  16. Amin.

Sunday 27 December 2009

Mukhtar Suhaili

Anak muda patut mempunyai azam yang sama dengan beliau. Banyak orang perolehi manfaat daripada semangat orang muda yang sukakan membuat kebaikan.

Seperti kata pepatah, "jadilah orang yang memberi kebaikan kepada orang lain, bukan menyusahkan diri - sendiri jua orang sekeliling"

Friday 25 December 2009

Krisis Kepimpinan

Kita laksana haiwan di hutan rimba jika tiada agama.

  1. Pemimpin.Khalifah... atau apa jua perkataan yang sesuai untuknya. Pemimpin adil untuk diikuti. Pemimpin zalim dan melakukan maksiat kepada Allah, wajib diperangi!
  2. Allah telah menunjukkan ciri penting seorang pemimpin melalui peribadi Baginda Rasullah SAW.
  3. Hari ini jika ingin menjadi pemimpin, kriteria berikut sudah pasti menjadi perhitungan.
  4. Kaya- banyak duit, banyak projek.Jadi CEO syarikat besar atau sebagainya.
  5. Berpangkat-kedudukan-darjat yang tinggi. Anak YB atau menteri atau segala yang sewaktu dengan akan lebih mudah menjadi pemimpin berbanding orang yang tiada mempunyai apa - apa. Bukan siapa anda, tetapi siapa yang anda kenal??
  6. Berpendidikan tinggi. PhD, master, ijazah? atau berapa gulung yang anda ada.
  7. Daripada keturunan itu dan ini. Bumiputera? Syiekh? Keturunan DiRaja..atau keturunan menteri..
  8. Dan sebagainya yang kadang - kala membuatkan kita lupa panduan yang telah digariskan oleh Allah. Kembali semula melihat sirah Rasullah SAW seperti :-
  9. Rasullah SAW adalah anak yatim. Kematian ibupada sejak dikandung dan masih kecil. Apalah seorang anak yatim boleh lakukan, tiada ibubapa bergelar Datuk, Dato' untuk menjadi sokongan semasa pilihanraya. Dia bukan anak Tun, bukan anak Raja. Tetapi kenapa Allah memilih Anak Yatim Yang Mulia ini menjadi pemimpin seluruh ummat?
  10. Rasullah SAW seorang miskin. Tidak punya harta bertimbun atau syarikat besar di Mekah. Tiada harta, bolehkan hendak meraih undi semasa pilihanraya? Boleh menjadi penaja kepada sesiapa. Jika tiada duit, macam mana nak memenangi Pilihanraya Umum Mekah?
  11. Rasullah SAW buta huruf. Tidak boleh membaca dan menulis.
  12. Tetapi Allah mengangkat Baginda SAW menjadi Rasul, Pemimpin Seluruh Ummat hingga ke Akhirat.
  13. Walaupun dengan begitu 'kekurangan' pada pandagan manusia, namun yang pasti, Baginda seorang yang JUJUR dan AMANAH. Sejak lahir tidak pernah menipu. Bergelar 'Al-Amin' dan semua penduduk Mekah tahu akan kebaikan baginda.
  14. Kriteria penting untuk dipilih semasa mengundi untuk dijadikan YB, ADUN, Menteri Besar, Menteri Negara juga Perdana Menteri adalah AMANAH & JUJUR.
  15. Apalah gunanya harta bertimbun, jika selepas itu wang rakyat disapu bersih.
  16. Apalah gunanya bergelah Datuk, Dato' serta segala Pehin Panglima, jika selepas itu melakukan perkara lebih hina daripada petani di hujung dunia.
  17. Apalah gunanya PhD, Master dan bergulung ijazah yang diperolehi, jika selepas itu tidak mengamalkan ilmunya serta juga terlibat di dalam kes pecah amanah, mencuri, rasuah dan mengkhianati amanah rakyat dan lebih besar menjadi penkhianat Agama.

Sesungguhnya kita akan beruntung jika tiap gerak geri kehidupan kita sentiasa mengingati panduan dan ajaran agama.

Jika sebaliknya, pasti kita akan senantiasa begelumang dengan masalah yang tidak pernah selesai seperti masalah krisis kepimpinan, rasuah dan kemusnahan negara.

Tuesday 22 December 2009

Awam Biru Di Langit



  1. Kita memandang ke hadapan, kanan, kiri dan belakang. Namun jarang kita memandang ke atas, langit kebiruan.

  2. Di mana sahaja di muka bumi Allah, kita dipayungi oleh langit ciptaan Allah.

  3. Subhanallah, Maha Suci Allah, sungguh cantik ciptaan Illahi.

  4. Moga kita terus membesarkan Allah apabila melihat keHebatanNya.

  5. Terus, lahir perasaan takut pada diri kita selaku hamba dan insan yang lemah untuk mentaati perintahNya.

  6. Bukan bermaharajalela melakukan kejahatan, kemungkaran dan maksiat kepada Allah laksana bumi ini milik kita.

Wassalam.

Sunday 13 December 2009

Pekan Lapok


Apa yang menarik mengenai gambar ini?
1. Menara telefon yang belum siap, ntah bila nak siap.
2. Sekolah Menengah Lapok yang baru bakal beroperasi tahun 2010.
3. Jalan tar yang hanya ada sebelum dan selepas jambatan.
4. Habuk tika musim panas, yang tak dapat dipisahkan dengan jalan gravel lebih 44 km dari Lapok ke Pekan Beluru/Bakong.

Ann Wan Seng ; Rahsia Bisness Orang Cina

  1. Bekerja Keras!
  2. "Sekiranya kerajinan kita sama dengan orang di Barat, kita tidak akan dapat menyaingi mereka." -Kim Woo Choong
  3. Jika mahu lebih berjaya daripada orang lain, kita tidak mempunyai pilihan kecuali bekerja dengan lebih kuat dan rajin.
  4. Dunia perniagaan adalah dunia orang Cina. Mereka minat dan suka berniaga. Mereka percaya, dengan berniaga boleh meningkatkan taraf hidup dan menjadi kaya.
  5. Peniaga yang jatuh akan terasa sakit tetapi kesakitan itulah yang membuatnya bangkit semula.
  6. Wang digunakan untuk menghasilkan wang.
  7. Tidak suka perniagaan bermusim.
  8. Pelanggan adalah Raja.
  9. Orang Cina boleh berniaga di kampung Melayu, tetapi belum tentu orang Melayu boleh berniaga di kawasan orang Cina.

15th Dec 2009 Akhir Tahun

  1. Pertengahan bulan ini adalah end year closing bagi syarikat.
  2. Hari Lahir Isteri.
  3. PMC meeting pada 16th Dec.
  4. Public holiday Awal Muharam pada 18th Dec, Christmas pada 25 & 26th Dec.
  5. Dengan pelbagai program dan kesibukan akhir tahun, 2009 bakal melabuhkan tirai.
  6. Sambil terus berfikir dan termenung hala tuju yang bakal ditempuhi di hari mendatang, aku terus berdoa kepadaNya moga terus berada di JalanNya dan menjadi seorang hamba yang soleh di sisiNya.
  7. 2010 juga bakal menyaksikan aku memulakan era umur 30an - umur 31 Tahun.
  8. Merangka program untuk tahun 2010 bagi kilang dan juga diri sendiri.
  9. Selamat berjuang Hamba Allah di dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan !