Showing posts with label Camping. Show all posts
Showing posts with label Camping. Show all posts
Saturday, 16 August 2025
🌲 CERITA PENDEK: Husin dan Malam Pemangsa 🌲
🌲 CERITA PENDEK: Husin dan Malam Pemangsa 🌲
Karya: Zul (Kembara Insan)
Husin memang gila hutan. Setiap kali cuti panjang, dia akan menghilang — membawa khemah, parang, dan bekalan. Baginya, hutan adalah dunia kedua, tempat dia merasa bebas dari bunyi enjin dan tekanan kerja.
Pagi itu, dia menunggang motosikal ke sebuah kawasan hutan tropika di hujung kampung. Sampai di pintu rimba, dia matikan enjin dan menarik nafas panjang.
"Haa… inilah ubat stres," bisiknya.
Dia mula mencari tapak khemah. Pesanan Mejar Fitri terngiang-ngiang:
1. Duduk cangkung — periksa tanah, elak laluan air, sarang semut, dan jejak binatang.
2. Berdiri — tengok sejauh mana boleh nampak sekeliling.
3. Pandang atas — pastikan tiada dahan mati atau sarang tebuan.
Akhirnya Husin jumpa tempat sesuai, sedikit tinggi dari tebing sungai. Dia tidak sedar kawasan itu sebenarnya lidah bukit — tempat dua alur air bertemu.
Hari pertama berjalan lancar. Husin memancing, membakar ikan, dan menjahit koyak kecil di khemahnya. Bila malam tiba, dia duduk di tepi unggun api, memandang bintang.
Tiba-tiba… bau hamis menyapa hidung. Bau yang kuat, bercampur hanyir. Bulunya meremang. Dia teringat lagi pesanan: "Kalau bau binatang, maknanya ia dekat. Kalau bau haiwan mangsa, pemangsa tak jauh."
Dia pegang parang erat-erat.
Krraakk!
Bunyi ranting patah di belukar berhampiran.
"Babi hutan?" dia berbisik sendiri.
Tidak semena-mena, seekor babi hutan muncul di tepi khemah. Nafasnya laju, seperti dikejar sesuatu. Husin kaku. Dia tahu, kalau ada babi hutan, kemungkinan besar pemangsa memburunya.
Dari kegelapan… dua biji mata kuning menyala.
Husin menelan air liur. "Harimau…"
Harimau itu berdiri tegak di hujung cahaya unggun api. Badannya besar, ototnya tegang, bulu di tengkuknya sedikit berdiri. Nafasnya berat. Tapi Husin tahu — harimau biasanya tidak suka manusia, kecuali ia tua atau cedera.
Dia ingat lagi ilmu memburu: jalan ikut arah lawan angin untuk mendekati haiwan, tapi untuk mengelak pemangsa, biar angin bawa bau kita padanya supaya ia menjauh.
Perlahan-lahan, Husin menyalakan obor dan mengangkatnya tinggi, sambil menjerit sekuat hati.
"Hoiii! Pergi kau!!"
Harimau itu memandangnya lama, kemudian berpaling… dan lenyap dalam kegelapan.
Husin terduduk. Jantungnya berdegup seperti mahu pecah. Malam itu, dia tidak tidur. Dia duduk sambil memegang parang, memerhati unggun api yang kian malap.
Keesokan paginya, ketika hujan mula turun, air deras mengalir di sekeliling khemahnya. Barulah dia sedar — dia telah berkhemah di lidah bukit, tempat alur air bertemu. Kalau hujan semalam lebat sedikit lagi, mungkin dia sudah dihanyutkan air.
Sambil mengemas barang, Husin berbisik sendirian:
"Ilmu hutan ni bukan untuk dibanggakan… tapi untuk menyelamatkan nyawa."
Dan sejak hari itu, setiap kali Husin masuk hutan, dia tidak lagi hanya membawa khemah dan parang. Dia bawa rasa hormat kepada alam — dan sedikit rasa takut yang menyelamatkan.
Sunday, 13 October 2024
W Bay
W Bay adalah antara lokasi pantai yang ada di Lahad Datu. Boleh camping, mandi dan melalukan aktiviti laut. W Bay berada di sebelah Pantai Payang. Elektrik 24 jam.
Rakan camper dari Lahad Datu
Khemah setinggan di SCF 2.0
Sabah Camping Fest 2.0 di Kilimu Adventure Park, Ranau, Sabah pada 13 hingga 15 September 2024 dihadiri oleh camper dari seluruh Sabah, Labuan, Brunei dan Sarawak seramai 426 orang.
Kg. Kilimu terkenal sebagai kampung contoh dan memenangi banyak anugerah peringkat negeri serta kebangsaan. Antaranya adalah :-
1. Johan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (2014)
2. Anugerah Desa Harapan (2014)
3. Anugerah Desa Lestari (2015)
4. Johan Anugerah Kejiranan Hijau (2019)
5. Johan Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera (PAKS) (2012)
Kami sampai agak lewat malam kerana perjalanan jauh dari Lahad Datu. Rakan camper dari Lahad Datu telah booking tapak bersebelahan khemah beliau. Kami berada di penjuru padang bola. Tema khemah setinggan dipilih untuk mengekalkan keunikan berbanding dengan rata - rata camper lain yang menggunakan tema khemah glamping level kayangan.
Kami bawa khemah unta, cukup untuk enam orang aggota keluarga. Flysheet dan beberapa kerusi serta meja. Angin kuat setiap masa di sini kadang agak mencabar struktur khemah. Namun kedinginan bayu cukup memposanakan.

Labels:
borneo rider,
Camping,
kg. kilimu,
khemah,
kilimu,
Kinabalu,
ranau,
Sabah,
sabah camping fest,
scf 2.0,
sch,
tent
Saturday, 12 October 2024
Subscribe to:
Posts (Atom)