Showing posts with label Dr. Basit. Show all posts
Showing posts with label Dr. Basit. Show all posts

Sunday, 19 April 2020

Tadabbur al-Quran & Melaksanakan isi kandunganya

"Orang - orang yang soeh yang terdahulu daripada kamu melihat al-Quran ini sebagai surat rasmi daripada Tuhan mereka, mereka bertadabbur pada waktu malam dan pada waktu siang harinya melaksanakan dan merialisasikan ini kandungan al-Quran."
(al-Hasan bin Ali RA dalam an-Nawawi, at-Tibyan:28)

Tadabbur al-Quran

"Seseorang itu tidak dianggap membaca al-Quran jika tidak menghayati (tadabbur) apa yang dibacanya kerana tadabbur merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Tadabbur melahirkan iman, menanamkan keikhlasan dalam hati dan memberikan ruang dan dapat ilmu kepada manusia tentang ketauhidan. Keyakinan dan keutuhan seseorang itu kepada Allah SWT akan semakin bertambah cantik sekiranya menghayati setiap untaian kalam Allah SWT."
(Dr. 'Aid Ibn Abdullah al-Qarni)


Tadabbur al-Quran

"Barangsiapa yang mencintai al-Quran (membaca, tadabbur & amal padanya), maka dia akan cinta kepada Allah & Rasul-Nya."

Musafir Menuju Allah ; 10 Jalan

Catitan bahan bacaan
Buku Musafir Menuju Allah karya Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

10 mutiara cinta Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah

10 Jalan
1. Mentadabburi al-Quran penuh penghayatan.
2. Banyak bertaqarrub dengan amalan sunnah.
3. Banyakkan berzikir kepada Allah dalam semua keadaan.
4. Melebihkan cinta kepada Allah & Rasulullah SAW daripada hawa nafsu.
5. Meneliti serta menghayati nama - nama & sifat - sifat Allah.
6. Menyaksikan limpahan nikmat Allah zahir dan batin.
7. Khusyuk ketundukan hati di hadapan keagungan Allah.
8. Bermunajat di waktu sunyi di akhir waktu malam.
9. Bersahabat & duduk dalam majlis ilmu bersama orang yang soleh.
10. Jauhi sebab yang menjauhkan hari dari Allah.