Showing posts with label PERKESO. Show all posts
Showing posts with label PERKESO. Show all posts

Friday, 24 April 2020

Manfaat untuk pencarum EPF/KWSP dan SOCSO/PERKESO yang meninggal dunia

Assalamualaikum wt dan selamat berpuasa kepada semua.

  1. Saya panjatkan doa kepada semua, yang masih hidup mahu pun kepada yang telah meninggalkan kita semua. Berada dalam hidayah dan taufek Allah di mana jua berada.
  2. Saya menulis saat ini berada dalam PKP fasa ketiga. Hari pertama Ramadhan 1441H yang penuh berkat. Hari Jumaat penghulu segala hari.
  3. Semalam menerima berita kematian rakan sekolah yang telah meninggalkan empat orang anak yatim piatu. Ayah mereka telah meninggal pada tahun 2016.
  4. Saya speechless. Tak tahu nak cakap apa. Bila mengenang seorang demi seorang rakan - rakan yang kita kenali mula meninggalkan kita. Bila pula masa kita?
  5. Kematian adalah nasihat yang terbaik. Nasihat untuk kita yang masih hidup, bahawa saat kita juga akan tiba masanya nanti. Untuk itu, kita yang mendapat nasihat daripada berita itu semestinya menjadi hamba Allah yang lebih baik dan beriman selepas ini. Jauhkan sengketa yang tidak perlu. Hindari maksiat. Kurangkan kecintaan kepada dunia yang tiada hujung. Dan segera melakukan kebaikan dan kebajikan dengan sisa masa kita yang masih tinggal.
  6. Baik. Jika seorang pencarum KWSP atau PERKESO meninggal dunia, apakah manfaat yang boleh diperolehi oleh waris pencarum?
  7. Berikut adalah manfaat tersebut:-
KWSP

PERKESO
1. Faedah pengurusan mayat RM2000 one off.
2. Faedah Pencen Penakat
Jadual 1
Waris (Balu/duda/anak) boleh mendapat Pencen Penakat (Bayaran bulanan) mengikut kiraan gaji sehingga tempoh tertentu (Jadual 1). Untuk suami isteri, bukti bertulis perkahwinan sangat penting. Jika tiada surat nikah, permohonan kemungkinan gagal.

Jika pencarum tidak meninggalkan balu/anak, ibubapa, adik - beradik dan datuk boleh mendapatkan manfaat tersebut. https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/faedah-orang-tanggungan

Selain daripada KWSP dan PERKESO, waris juga boleh mendapat khairat kematian jika menjadi pencarum berikut:-
1. Khairat kematian Khariah Masjid - jika jadi pencarum khariah masjid tempat tinggal.
2. Bantuan mengurus jenazah JPA RM3000. Pesara atau kakitangan kerajaan.
3. Bantuan kematian ASNB RM200-RM2000. Banyaran ikut baki pelaburan terakhir si mati.
4. Khairat kematian Skim Takaful RM2000-RM5000. Syarat pencarum Takaful.
5. Khairat kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi RM500-RM5000. Ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi.
6. Khairat kematian pencen. RM3000.

Bagaimana cara nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri ke tempat yang berkenaan. Sebaiknya dilakukan sebaik sahaja kematian. Jangan bertangguh.

Semoga bermanfaat.

Selamat beramal di bulan penuh berkat dan rahmat. Ya Allah, ampunilah kami semua dan hindarilah kami semua daripada bencana COVID 19. Ameen.


Link berkaitan untuk bacaan tambahan / Rujukan


Monday, 15 February 2010

Kemalangan

  1. Selepas bekerja beberapa bulan sebagai cadet engineer di kilang sawit, aku mendapat kemalangan.
  2. Kejadian itu berlaku pada pukul 9 malam. Kami biasa balik lewat malam untuk menandatangan buku seal gate selepas operasi penerimaan buah sawit.
  3. Semasa pintu utama kilang hendak ditutup, gate tersangkut separuh. Aku sudah beberapa minggu tahu mengenai kejadian tersebut dan sudah mengarahkan foreman untuk membaikpulih. Mungkin disebabkan pengaruh aku yang masih kurang, arahan itu tidak diambil berat serta pintu pagar itu tidak dibaiki.
  4. Disebabkan faktor itu, aku terus mengambil tindakan drastik serta berazam untuk menyelesaikannya pada malam itu juga. Serta - merta, aku arahkan fitter yang standby operasi malam untuk datang membaiki pintu pagar tersebut. Aku turut sama membantu.
  5. Disebabkan kurang pengalaman serta kurang peka terhadap faktor keselamatan, wheel loader dipanggil untuk membantu mengangkat beberapa inci pagar tersebut supaya penukaran bearing dapat dilakukan. Semasa proses tersebut, jari tengah kanan aku terhimpit disebabkan oleh pagar tersebut jatuh akibat terlepas dari bucket wheel loader.
  6. Serta - merta aku menarik jari berlumuran darah. Episod seterusnya menyaksikan aku menunggu untuk menerima rawatan di Hospital Besar Bandar Lahad Datu.
  7. Aku mendapat 6 jahitan serta ditahan selama 5 hari. Sepanjang tempoh 5 hari di hospital, aku sedih kerana berseorangan di hospital (tiada sesiapa melawat aku dalam tempoh tersebut). Aku merahsiakan kejadian tersebut daripada keluarga di kampung untuk mengelak ibubapa aku risau. Lagipun, aku rasa boleh mengharunginya sendirian. Berseorangan di hospital banyak mengajar aku mengenai arah tuju yang bakal dipilih dalam industri. Kenapa aku memilih jalan ini? Segala macam kesusahan perlu ditanggung oleh aku sendiri kerana pilihan ini dilakukan oleh aku. Perantau - bersedirian di hospital. Ia bukan sebab duit. Ia bukan sebab kekasih. Ia bukan sebab jawatan. Hanya diri sendiri yang mampu memberikan jawapan tak kala motivasi diri berada pada tahap paling rendah! Kejadian itu juga menyebabkan aku lebih teratur merancang untuk mencapai lebih banyak kejayaan setiap waktu aku berada dalam industri.
  8. Aku sepatutnya pulang lebih lewat, namun aku meminta untuk pulang awal dan bekerja. Aku diberi cuti 2 minggu untuk berehat. Namun, hari - hari seterusnya menyaksikan aku pergi berkerja kerana mahu menghilangkan kebosanan di rumah.
  9. Antara kerja yang aku lakukan adalah menyelesaikan kerja yang belum aku siapkan. Bezanya kali ini kerja tersebut dilakukan sendiri oleh foreman tanpa banyak soal.
  10. Minggu - minggu berikutnya aku membuat laporan kemalangan sendiri ke JKKP, PERKESO serta insurance. Segala proses diuruskan oleh aku sendiri kerana rakan sekerja yang lain tiada pengalaman.
  11. Aku mendapat lebih RM2800 daripada pampasan PERKSO selang beberapa bulan selepas kejadian tersebut . Jari tengah aku kurang beberapa mm.
  12. Duit itu aku gunakan untuk belanja kawin beberapa bulan kemudian.
banyak yang aku pelajari daripada kejadian tersebut.