- Saya panjatkan doa kepada semua, yang masih hidup mahu pun kepada yang telah meninggalkan kita semua. Berada dalam hidayah dan taufek Allah di mana jua berada.
- Saya menulis saat ini berada dalam PKP fasa ketiga. Hari pertama Ramadhan 1441H yang penuh berkat. Hari Jumaat penghulu segala hari.
- Semalam menerima berita kematian rakan sekolah yang telah meninggalkan empat orang anak yatim piatu. Ayah mereka telah meninggal pada tahun 2016.
- Saya speechless. Tak tahu nak cakap apa. Bila mengenang seorang demi seorang rakan - rakan yang kita kenali mula meninggalkan kita. Bila pula masa kita?
- Kematian adalah nasihat yang terbaik. Nasihat untuk kita yang masih hidup, bahawa saat kita juga akan tiba masanya nanti. Untuk itu, kita yang mendapat nasihat daripada berita itu semestinya menjadi hamba Allah yang lebih baik dan beriman selepas ini. Jauhkan sengketa yang tidak perlu. Hindari maksiat. Kurangkan kecintaan kepada dunia yang tiada hujung. Dan segera melakukan kebaikan dan kebajikan dengan sisa masa kita yang masih tinggal.
- Baik. Jika seorang pencarum KWSP atau PERKESO meninggal dunia, apakah manfaat yang boleh diperolehi oleh waris pencarum?
- Berikut adalah manfaat tersebut:-
KWSP
1. Khairat kematian RM2500 one off. Borang permohonan di https://www.kwsp.gov.my/o/kwsp-theme/css/assets/pdf/SSDPMBBP__Death_V022017_BM_13032017.pdf
PERKESO
1. Faedah pengurusan mayat RM2000 one off.
2. Faedah Pencen Penakat
Waris (Balu/duda/anak) boleh mendapat Pencen Penakat (Bayaran bulanan) mengikut kiraan gaji sehingga tempoh tertentu (Jadual 1). Untuk suami isteri, bukti bertulis perkahwinan sangat penting. Jika tiada surat nikah, permohonan kemungkinan gagal.
Jika pencarum tidak meninggalkan balu/anak, ibubapa, adik - beradik dan datuk boleh mendapatkan manfaat tersebut. https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/faedah-orang-tanggungan
Selain daripada KWSP dan PERKESO, waris juga boleh mendapat khairat kematian jika menjadi pencarum berikut:-
1. Khairat kematian Khariah Masjid - jika jadi pencarum khariah masjid tempat tinggal.
2. Bantuan mengurus jenazah JPA RM3000. Pesara atau kakitangan kerajaan.
3. Bantuan kematian ASNB RM200-RM2000. Banyaran ikut baki pelaburan terakhir si mati.
4. Khairat kematian Skim Takaful RM2000-RM5000. Syarat pencarum Takaful.
5. Khairat kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi RM500-RM5000. Ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi.
6. Khairat kematian pencen. RM3000.
Bagaimana cara nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri ke tempat yang berkenaan. Sebaiknya dilakukan sebaik sahaja kematian. Jangan bertangguh.
Semoga bermanfaat.
Selamat beramal di bulan penuh berkat dan rahmat. Ya Allah, ampunilah kami semua dan hindarilah kami semua daripada bencana COVID 19. Ameen.
Link berkaitan untuk bacaan tambahan / Rujukan
1. Balu dapat pampasan selepas 19 tahun https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/380616/dapat-pampasan-perkeso-selepas-19-tahun-suami-meninggal
2. Faedah pengurusan mayat RM2000 https://www.sinarharian.com.my/article/39221/EDISI/Kelantan/Suri-rumah-kematian-suami-terima-faedah-Perkeso
3. 10 Tempat tuntut khairat kematian https://www.remaja.my/bila-waris-meninggal-sila-check-10-tempat-ini-untuk-tuntut-duit-khairat-kematian-rugi-kalau-tak-ambil/
4. RM2500 khairat kematian KWSP https://www.theborneopost.com/2013/10/20/penjelasan-kwsp-berhubung-rm2500-jika-berlaku-kematian/
No comments:
Post a Comment