Friday 10 April 2020

al-Kahfi ; Pemuda Beriman

1. Hadis "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat." (HR. An Nasa'i & Baihaqi).
2. Hadis Daripada Abu Darda', sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda, "Barangsiapa yang membaca surah menghafaz sepuluh ayat daripada surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal." (Hadis riwayat Muslim, No. 809).
3. Ringkasan pengajaran surah al-Kahfi

a. Kisah pemuda gua (ashabu Kahfi). - Kisah fitnah terhadap aqidah/iman.
-Bersahabat dengan orang yang soleh dan sentiasa mengingati hari Akhirat.

b. Pemilik kebun dan rakannya. - Kisah fitnah harta.
-Mengingatkan diri harta dunia tidak kekal. Rezeki dan kelebihan datang daripada Allah dan boleh hilang sekelip mata. Banyak mengingati mati dan hari Akhirat. 

 



c. Nabi Musa & Nabi Khidir AS. - Kisah fitnah ilmu.
-Orang yang berilmu kena merendah diri/tawadhu;. Tidak sombong untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu itu kewajipan.








d. Zulqarnain. - Kisah fitnah kekuasaan.
-Walaupun menguasai sebahagian besar dunia, Raja Zulqarnain tidak sombong malah sentiasa tawadhu' bahawa kekuasaannya datang dengan izinnya. Sentiasa ikhlaskan diri dan mengingati Allah.


Dengan kuasa kita mampu membantu golongan yang lemah dan dizalimi. Pada waktu yang sama dakwah dapat dilakukan dengan lebih meluas. 


e. Dalam ke-4 kisah tersebut mempunyai mesej dakwah. 
-Pemuda beriman mengajak penguasa yang tidak beriman supaya beriman kepada Allah sehingga mengancam nyawa mereka.
-Pemilik kebun yang beriman berdakwah kepada rakannya yang tidak beriman supaya tidak mensyirikkan Allah walaupun mempunyai kebun yang luas dan harta yang banyak. Jangan meletakkan harta yang dimilikki sebagai usaha sendiri. Allah boleh menarik nikmat harta dengan sekelip mata.



-Nabi Khidir AS berdakwah kepada Nabi Musa AS tentang kekuasaan Allah, nikmat dan ilmu yang begitu besar dan Allah mengurniakan kepada hambaNya yang beriman.
-Zulqarnain sepanjang pengembaraannya berdakwah kepada rakyat jelata yang ditemui. Walaupun mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar, Zulqarnain tetap tawadhu' dan mengingatkan segala kekuasaan itu adalah kurniaan Allah.

4. Bagaimanakah Empat kisah di atas dikaitkan dengan Dajjal?
- Fitnah iman, harta, ilmu dan kekuasaan.

5. Hadis  Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmizi). 

6. Sebutlah Insya Allah apabila berjanji. 
7. Syaitan tidak suka kepada orang yang menuntut ilmu.
8. Ilmu Allah sangat luas.

Post yang sama berkenaan al - Kahfi :-

3. Tafsir al-Kahfi 

Kuliah tafsir lengkap surah al-Kahfi oleh Maulana Abdul Hadi di channel Telegram https://t.me/DaurahTafsir2019. Lengkap 30 juz. 

Semoga mendapat ilmu bermanfaat.

No comments:

Post a Comment