INSPIRASI
- Saya biasanya akan meletakkan label "Keypad" pada tulisan saya yang berbentuk penulisan dari hati.
- Pelbagai perkara boleh muncul semasa saya menulis. Ia adalah perasaan sebenar saya pada masa itu.
- Ia boleh jadi saya tengah mempunyai masalah, tengah berfikir untuk mencari jalan keluar daripada masalah dan boleh jadi juga saya tertarik dengan sesuatu. Gembira, menangis dan apa jua perasaan yang saya alami.
- Pagi ini saya tertarik dengan sebuah post di Linkeldn seorang rakan sekerja. Post itu amat jujur dan ikhlas. Saya terus mendapat inspirasi daripada post tersebut.
- Sejak sekian lama, apa sahaja yang saya lakukan adalah untuk itu. Menulis dari hati. Saya mula menjadi blogger pada tahun 2009 disebabkan ingin menyimpan sebuah jurnal kehidupan saya dan meluahkan perasaan saya pada masa itu. Sudah semestinya ia mestilah beretika dan perkara bermanfaat. Bukan bersifat emosi dan juga memberi mudarat kepada orang lain.
- Banyak perkara bermain di hati saya. Diri saya ibarat blog ini. Pelbagai tajuk dan topik saya bincang, maka itu lah saya. Namun, saya memberi jaminan kepada anda semua, setiap post yang saya lakukan ada manfaat di sebalik post tersebut. Jika bukan untuk anda, ia adalah untuk diri saya sendiri.
- Dalam banyak keadaan, saya sebenarnya lebih banyak bersifat pentingkan diri - sendiri. kebanyakkan post yang saya lakukan di sini sebenarnya adalah untuk diri saya sendiri. Setiap satunya bermanfaat untuk saya, maka dengan itu saya turut berkongsi dengan anda semua.
- Mengutip sesuatu yang bermanfaat adalah pelajaran sepanjang kehidupan. Ia adalah universiti kehidupan.
- Suatu hari, semasa singgah di sebuah kedai buku, saya tertarik dengan kata - kata motivasi berkenaan galakan membaca. Saya ambil gambar dan kemudian post di blog ini. Saya telah simpan di sini untuk dijadikan rujukan apabila saya perlukannya suatu hari nanti.
- Semasa saya berkongsi post berkenaan motivasi, bukanlah pada waktu itu saya mempunyai motivasi yang tinggi. Tapi sebaliknya. Saya tengah tidak bermotivasi, malah amat perlukan motivasi. Maka saya cari kata - kata yang boleh memberi ransangan semula kepada saya. Self motivated.
- Semasa berkongsi dengan masalah depression dan cara - cara untuk menangganinya, saya bukanlah pakar dalam bidang tersebut. Tapi saya tengah mengalami depression yang amat sangat dan tengah cuba untuk mencari jalan keluar darinya.
- Kehidupan sebagai manusia inilah lumrahnya. Ada kalanya kita gembira, ada kalanya kita sedih. Ada kalanya kita senang dan ada kalanya kita juga susah. Ia adalah putaran roda kehidupan.
- Sebagai manusia biasa yang tidak lari daripada ujian kehidupan, dugaan dan cubaan dalam apa jua keadaaan, kita perlukan sesuatu, seseorang untuk menyokong kita.
- Kita perlukannya apabila keadaan dan masa tiba.
- Kita perlu menyokong satu sama lain.
- Salah satu perkara paling berharga adalah memberi inspirasi.
- Kita perlukan inspirasi.
- Orang lain juga perlukan inspirasi.
- Apabila kita menulis, biar penulisan kita memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan kebaikan dan seterusnya melakukan yang terbaik. Itulah ciri - ciri seorang ketua yang hebat. Mampu untuk memberi galakan kepada anak buahnya untuk melakukan perkara yang hebat.
- Ya. Menulis dari hati mampu memberi inspirasi. Ia jujur, ikhlas dan hadir dari hati yang mahukan orang lain mendapat manfaat.
Terima kasih Ilham kerana memberi ilham dan inspirasi kepada saya.
No comments:
Post a Comment