Thursday 16 April 2020

Belajar buat roti

Air suam, gula, Yis jenama Mauri-pan. Campur dan kacau. Biarkan ia berbuih (tanda yis dalam keadaan baik).

Setengah kilogram gandum + dua biji telur + sedikit air gram + mentega + minyak sayuran. Gaul. Campur Yis di No.1. Gaul dan uli.

Uli sehingga sebati. Apabila doh / dough kenyal. Biarkan doh selama 30 hingga 60 minit mengembang.


Sementara itu, kita potong kismis. Boleh juga buat inti lain. Sardin atau jem.

Doh telah siap.

Doh telah mengembang dua kali ganda.

Tumbuk sekali untuk mengeluarkan udara. Uli sekali lagi.

Bahagikan doh mengikut roti yang kita nak buat. Ikut saiz talam yang kita ada.

Mengikut isteri saya, setengah kilogram gandum boleh dijadikan 30 biji roti bun.

Dalam kes ini saya nak buat beberapa jenis roti luar kebiasaan. Yang ini kita nak buat roti bun inti kismis.

Sapu minyak pada talam untuk elak roti melekat.

Roti inti kismis. Biarkan kembang. Sementara itu, kita selesaikan baki doh yang ada.

Roti bun inti kismis saiz mini.

Panaskan oven 180 deg C selama 10 minit.

Masukkan roti yang disediakan ke dalam oven. Suhu180 deg C selama 20 minit.

Roti telah siap dimasak. Keluarkan dari talam dan sejukkan. Ini untuk mengelak bahagian bawah roti berwap dan kecut.




Sapukan mentega di bahagian atas supaya roti tidak cepat kering. Ini juga untuk memberi kesan roti nampak berkilat. Sapu semasa keadaan roti masih panas.


Apabila sudah sejuk, boleh simpan dalam bekas.

Roti boleh dipotong.


Macam - macam bentuk ada. Suka hati lah nak buat bentuk apa. 

Covid 19 memberi hikmah kepada saya untuk belajar buat roti setelah lama menyimpan niat tersebut. Saya suka tengok orang masak roti. Malah ia adalah makanan Rasulullah SAW. Dalam tempoh PKP ini, banyak perkara kita tidak boleh lakukan. Namun dalam pada itu, banyak perkara kita boleh belajar dalam tempoh terhad ini.

Kita tidak dapat mesyuarat dan berjumpa seperti biasa, namun kita boleh buat mesyuarat secara online. Sehingga semalam saya telah menyertai mesyuarat Toastmasters di beberapa tempat dan ahli hadir dari seluruh dunia. Dengan hanya berada di rumah.

Banyak perkara boleh dicapai. Kita manusia. Manusia sentiasa berevolusi dengan keadaan. Berevolusi bukan berelusi.

Tiada yang mustahil. Teruskan belajar!

Post yang sama berkenaan roti di sini
http://zul1979.blogspot.com/search/label/roti

No comments:

Post a Comment