Hasil perkongsian rakan kelas dalam group Whatsapp. Gambar ini diambil dari Majalah Seri, iaitu majalah tahunan sekolah.
Post yang sama di sini. http://zul1979.blogspot.com/2010/09/5-aljabbar-mrsm-kuala-terengganu-1996.html
Ini pula gambar kelas semasa di tingkatan 4. http://zul1979.blogspot.com/2009/09/kelas-4j-al-jabbar-batch-9596.html. Gambar diambil di dalam pepustakaan.
Selepas meninggalkan sekolah, aku cuma pernah berjumpa dengan Pok We, Lia, Tengku Izani dan Wan Suzi. Lain dari itu tidak pernah berjumpa melainkan dalam group Whatsapp ataupun di media sosial. Semoga Allah pertemukan kita semua dalam majlis reunion ataupun apa - apa jua program.
24 tahun masa berlalu dengan begitu pantas. Matlamat utama aku menyimpan post ini adalah untuk rujukan. Gambar yang disimpan entah hilang di mana. Tetapi apabila disimpan di sini, ia akan kekal selagi masa blog ini masih aktif.
Aku doakan semua sahabat handai rakan sekelas dalam keadaan sihat disamping keluarga tersayang, sentiasa dalam rahmat Allah diberi hidayah dan taufek untuk melakukan amal kebaikan dan sentiasa mendapat ilmu bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Aku percaya, di pertengahan umur ini, kita semua mempunyai 1001 cabaran dalam kehidupan. Bertabah, sabar dan sentiasa memohon dari yang Esa.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment