Showing posts with label Miri. Show all posts
Showing posts with label Miri. Show all posts

Sunday, 10 October 2010

Selera De' Kalete cawangan Piasau, Miri, Sarawak

Dean, Ir Azmer, Cikgu Kak Ni (tokey kedai)
Selepas menjamu selera dengan budu.
Tokey sama tokey sedang berbincang.

Sunday, 3 October 2010

Melawat rumah panjang terbakar di sebelah ladang


Bergambar dengan Tuai Rumah dan lokasi kebakaran.







Bersama Guru Besar SK Sg. Bong.




Pada 29hb. Sept 2010 yang lepas, sebuah rumah panjang 5 pintu terbakar. Rumah tersebut terletak di sebelah ladang. Salah seorang pekerja kilang berasal dari kampung terbabit. Turut bersedih dengan kehilangan yang berlaku, pada 1hb. Oct 2010, kami mengadakan lawatan ke rumah tersebut dan menghulurkan sedikit bantuan. Diharap penduduk dapat bersabar di atas ujian tersebut.

Sunday, 19 September 2010

Kereta mandi lumpur di Jalan Lapok

Inilah rupa kereta selepas melalui Jalan Lapok. Rainfall baru 280 mm, tapi jalan sudah hancur. Belum lagi 800 mm seperti tahun 2008. Kereta kancil pun boleh tenggalam.

Saturday, 11 September 2010

Marina Bay, Miri, Sarawak



Minat dengan seni ukiran yang terdapat di bangunan tersebut. Ukiran dilakukan di atas kayu yang sangat berkualiti.

Thursday, 9 September 2010

Cerita Buah Jambu Batu dan Kilang




  1. Setelah sampai ke Loagan Bunut pada tiga tahun yang lalu, aku diberitahu tanah di kilang, perumahan dan sekitarnya tidak subur oleh kebanyakan orang di sini.
  2. Jika sebarang pokok ditanam, susah untuk hidup terutama pokok bunga dan buah - buahan.
  3. Kebiasaan yang dilakukan adalah meracun dan grass cutting hanya sesekali dijalankan dengan kekerapan yang tidak tetap.
  4. Aku terkenangkan usaha yang dilakukan Yahudi Israel di negara haram mereka, walaupun tanah mereka kering kontang, namum mereka berjaya menanam pokok beriklim tropika dan mengeksport semula pisang tersebut ke negara Asia Tenggara. Kenapa mereka dapat menukar sebuah tanah gersang di sebuah gurun menjadi sebuah kawasan pertanian yang subur?
  5. Adakah Loagan Bunut yang menerima taburan hujan melebihi 5000 mm setahun tidak subur?
  6. Sejak hari pertama sehingga ke hari ini, saya meneruskan usaha untuk mengubah (transformasi) keadaan persekitaran kilang dan perumahan daripada keadaan sedia ada.
  7. Bukan sedikit usaha, maki hamun, serta tenaga dikerahkan untuk menjayakan transformasi tersebut.
  8. Bermula dengan larangan menggunakan racun di dalam kilang. Pembelian racun dihentikan serta - merta.
  9. Pemotongan rumput dirancang dengan teliti. Setelah bertukar 3 orang pemotong rumput, hari ini rumput dipotong sekali sebulan. Walaupun masih kurang memuaskan, namun keadaannya lebih baik daripada sebelumnya.
  10. Kawasan cerun yang telah terhakis (akibat diracun; top soil mengalami soil erosion) dirawat menggunakan tandan kosong, fibre dan shell. Semua bahan tersebut diperolehi percuma dari kilang.
  11. Pelbagai pokok bunga ditanam. Disamping itu, beberapa pokok buah - buahan ditanam seperti pokok jambu batu dan kelapa. Daripada menunggu pokok bunga yang tiada hasil, bagus tanam pokok buah - buahan yang bakal memberikan hasil untuk dimakan.
  12. Hari silih berganti, musim kemarau berselang seli, pokok yang ditanam terus dijaga dengan maki hamun kepada semua orang jika tidak memperdulikan pokok - pokok terbabit terutamanya semasa musim panas. Pokok mesti disiram supaya tidak mati.
  13. Setiap tiga bulan, tandan kosong mesti diletakkan untuk menambah kesuburan tanah serta mengekalkan kadar kelembapan.
  14. Rumput disekililing dibersihkan untuk mengekalkan pertumbuhan pokok yang baik.
  15. Hari ini, setelah tiga tahun berlalu, pokok bunga menambahkan keindahan kilang. Pokok jambu batu sudah mula berbuah.
  16. Belum sempat buahnya mencapai saiz yang sepatutnya, sudah hilang dimakan oleh pekerja - pekerja kilang.
  17. Bukan satu pokok yang ditanam, tetapi berpuluh - puluh pokok menghiasi laman ramp kilang. Satu kepuasan buat orang yang mengusahakannya, satu kelazatan bagi mereka yang memakannya.
  18. Pokok yang tumbuh hari ini satu penyata kepada mereka yang dulunya mengatakan tanah di sini penuh batu dan tidak subur sebenarnya salah. Hanya hati dan kepala otak mereka yang tidak subur dengan usaha tetapi penuh dengan lalang kemalasan serta alasan.
  19. Hatta sekalipun kilang dibina di atas batu sekalipun, usaha boleh dilakukan untuk menanam pokok.
  20. Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Usaha mesti diteruskan untuk memastikan kesemua pokok terbabit subur menghiasi kawasan kilang.
  21. Pokok yang tumbuh itu akan memberikan tempat untuk burung berteduh. Burung yang hinggap membuang najis yang menjadi baja. Daun yang gugur juga turut menambah kesuburan tanah. Akar di bawah berselirat memegang bumi dan mengelak tanah daripada terhakis. Oksigen dibebaskan membersihkan udara yang tercemar. Gas karbon dioksida disedut memberikan impak positif kepada pemanasan global. Buahnya sudah tentu memberikan rezeki kepada manusia di sekelilingnya.
  22. Sesuatu yang dilakukan dengan penuh minat, usaha dan pengorbanan akan pasti memberikan seribu satu kepuasan pada diri - sendiri.

Friday, 6 August 2010

River monster ; Ikan tapah seberat >50kg




31hb. Ogos 2010, Loagan Bunut. Semasa dalam perjalanan keluar dari ladang, saya singgah di sebuah gerai yang biasa menjual ikan sungai seperti Biawan, keli, haruan dan lain - lain. Namun, pada hari tersebut, buat pertama kali dalam hidup saya ternampak ikan tapah sebesar ini di Malaysia!

Harga RM30/kg.

Monday, 15 March 2010

@ Miri on 14th March 2010

Aku jarang bergambar bersama satu keluarga. Mungkin kerana kami berempat, aku yang memegang kamera. Tapi, dengan bantuan tripod, masalah itu diatasi.

Miri City Fan selepas mandi kolam.

Wednesday, 17 February 2010

Cuaca Tidak Menentu

Sumber gambar NST

  1. Cuaca tidak menentu sejak beberapa bulan yang lepas. Sekejap hujan, sekejap panas.
  2. Pada tahun 2009, bulan Feb adalah antara hujan paling lebat. Namun, sekarang hujan direkod >
  3. Diramal El Nino akan melanda negara.
  4. Cuaca memberi kesan besar pada jumlah keluaran sawit.
  5. Jika hujan lebat terutama waktu pagi (0800 - 1000 pagi), 'pollination' akan bermasalah. Kesan PFS atau duri landak pada FFB akan berlaku enam bulan selepas musim hujan lebat.
  6. Daripada segi operasi ladang, hujan akan merosakkan jalan dan operasi FFB evacaution akan bermasalah. FFA sudah tentu akan meningkat hasil daripada FFB kurang segar serta buruk.
  7. Operasi kilang akan bermasalah terutama semasa proses memasak buah. Buah yang tidak segar perlu diseimbangkan daripada segi kehilangan di condensate serta di kernel plant. Disamping itu juga, operasi despatch akan terganggu disebabkan masalah jalan utama ditenggalami air serta jalan gravel berada dalam keadaan paling teruk.
  8. Kekurangan air semasa musim kemarau juga akan memberi kesan kepada pokok sawit. Kehilangan air akan menyebabkan pokok kurang mengeluarkan buah.
  9. Jika keadaan berterusan, kawasan tadahan air untuk kilang sawit akan kering. Ini sudah tentu akan menjejaskan operasi kilang, kerana air digunakan 1.2 m3 / mt FFB.
  10. Setiap benda hidup di dunia ini amat memerlukan air. Tiada air, tiada kehidupan. Pengurusan air yang cekap akan banyak membantu menanggani masalah ini dengan lebih cekap. Sebarang pembaziran perlu dicegah.

Rekod hujan tahun 2006 - 2010 (Jan) di Loagan Bunut

2006 / 2007 / 2008 / 2009 / 2010 (Month Jan - Dec )

JAN 438, 617, 442, 664, 394

FEB 433, 611, 598, 298

MAC 433, 381, 787, 426

APR 548, 213, 395, 476

MAY 338, 278, 187, 142

JUN 403, 501, 490, 143

JULY 267, 276, 389, 72

AUG 172, 319, 427, 201

SEPT 445, 535, 312, 106

OCT 352, 707, 586, 296

NOV 327, 294, 559, 376

DEC 440, 406, 606, 357

all unit in mm

Monday, 15 February 2010

Jamuan Makan

Gambar ini diambil selepas 20 hari saya memulakan tungas di tempat baru sempena sambutan Maulidul Rasul 1429 H.

  1. Rasullah SAW gemar memberi makan kepada fakir miskin.
  2. Aktiviti ini wajar dijadikan budaya untuk mengikat tali persaudaraan sesama umat serta masyarakat di mana kita berada.
  3. Semua lapisan masyarakat boleh menyertai aktiviti ini. Lagipun, siapa akan menolak makan percuma :).
  4. Jemputan wajib ditunaikan. Rezeki jangan ditolak. Tetamu yang datang membawa rahmat serta rezeki ke rumah.
  5. Sejak bekerja di industri sawit, aku rasa sudah tidak terkira majlis jamuan makan yang dianjurkan. Sama ada kilang atau pun peribadi.
  6. Selepas aktiviti makan minum, kita boleh bercerita serta mengenal antara satu sama lain. Keluarga kita juga boleh bersosial. Anak - anak kecil boleh bermain sesama mereka.
  7. Berada di perantauan, aktiviti ini amat berguna untuk mengumpulkan semua rakan yang juga perantau. Kita tidak merasa asing di bumi orang tak kala kerinduan pada kampung halaman serta keluarga diubati dengan perkongsian pahit manis.
  8. Jika sakit deman, siapa yang akan di cari jika bukan rakan serta kenalan yang kita usahakan untuk cari.
  9. Kita bukannya mempunyai keluarga di bumi orang.
  10. Oleh kerana aktivit ini boleh disertai oleh semua peringkat umur serta pelbagai bangsa, kita juga boleh mendalami selok belok budaya atau adat setempat. Maklumat berguna banyak dikongsi bersama.
  11. Sesungguhnya, jika mengamati suruhan serta ajaran agama, kita akan nampak keindahannya.
  12. Agama menyuruh kita melakukan kebaikan.
  13. Agama menyuruh kita menjadi ahli masyarakat.
  14. Agama menyuruh kita menjalinkan tali persaudaraan.
  15. Agama menyuruh kita menyempurnakan hak jiran.

berilmu serta tiba masa untuk beramal.

*Kenduri doa selamat pada 14hb. Feb 2010 sempena berpindah ke rumah sewa baru.

Saturday, 16 January 2010

Minggu ke - 2 Januari 2010, Musim Hujan Bermula Di Lapok





Gambar ini telah diambil di Sg. Bok, Jalan Lapok Bakong pada 15hb. Januari 2010.

  1. Musim hujan kali ini bermula lewat beberapa bulan. Pada tahun 2008, hujan bermula seawal November.

  2. Kolam air kilang yang telah turun (hampir 8') sejak May 2009 sehingga sehingga sekarang masih belum melimpah di spillway.
  3. Tahun 2009, tahun yang paling panas dalam sejarah - kata UN. Kesan pemanasan global.
  4. Ini adalah kali ke 2, Sg. Bok mula tengelam akibat banjir kilat.
  5. Sedalam 2 - 3 kaki.
  6. Seorang staff yang menghantar anaknya ke Hospital Miri beberapa hari yang lepas, masih tersangkut tidak dapat pulang ke kilang.

  7. Jalan sejauh 44 km, melalui 2 bukit, turun hancur laksana sawah padi.
  8. Nasib baik dapat keluar semalam, apabila di pertengahan meredah banjir dan 2 kawasan kereta tersangkut.
  9. Inilah rutin rakyat di sini mahupun banyak tempat di kawasan pendalaman.
  10. Apabila telah putus jalan, putuslah segala - galanya.
  11. Kos pengangkutan dari Long Lama ke Miri boleh mencecah beratus - ratus ringgit.
  12. Belum lagi disebut harga barang - barang yang sudah sedia maklum 20 - 60% lebih mahal daripada harga di bandar.

  13. Sekarang lebih mahal lagi disebabkan kenaikan harga barang.
  14. Persediaan awal mesti dilakukan sebelum musim hujan bermula.
  15. Barang - barang dapur dibeli untuk mereka yang menggunakan kereta 4WD, mungkin tidak mempunyai masalah.

  16. Namum, bagaimana pula dengan semua staff saya yang hanya mempunyai kereta Kancil, Wira, Proton Saga Baru, Waja, Viva & Myvi (tanda sokong kerajaan pembela mereka) ?
  17. Kan bagus kalau kereta mereka ada sayap boleh terbang.
  18. Bagiku, ini bukan lagi perkara asing.
  19. Sudah alah.
  20. Awalnya, tiap kali melalui jalan ini pasti aku akan menyumpah seranah YB, menyumpah Kerajaan, inilah hasil selepas lebih 50 tahun merdeka!!
  21. Kini, semuanya terpulang pada rakyat di negeri ini.
  22. Jika ini yang mereka pilih.
  23. Aku cuma berdoa, moga kesengsaraan rakyat di sini akan dikurangkan.
  24. Moga dibuka pintu hati pemimpin, sanggup berenang bersama penduduk di sini main - main air banjir.

Thursday, 14 January 2010

Aku Pengurus Kilang Yang Berpolitik


1. Politik.
2. Setiap orang punya padangan sendiri mengenai politik.
3. Politik itu kotor.
4. Politik itu kaedah menghalalkan cara.
5. Politik itu hanya bercakap, tetapi kerja kosong. Manis di mulut, hasil tiada, janji entah di mana. Tika musim pilihanraya, kaki busuk makcik di kampung sanggup dihidu, namun lepas pilihanraya, rakyat mengemis di muka pintu pejabat, merayu dan meraung kesusahan, tiada siapa peduli.
6. Poltik juga terpisah daripada ajaran agama. Hasil dan kesan lebih 500 tahun dijajah Portugis, Belanda, Inggeris serta Jepun. Pembesar serta pak menteri dirasuah melalui kaedah politik untuk menjatuhkan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
7. Jika dahulu Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menguasai segenap segi ruang hidup masyarakat. Termasuk perihal politik dan undang - undang. Apabila bumi Tanah Melayu dijajah, kuasa Sultan telah diasingkan daripada politik. Sultan jadi lambang, jadi ketua agama serta adat istiadat. Lain daripada itu, semua dikawal selia dan ditentukan oleh penjajah yang mengaku dirinya lebih maju serta bertamadun berbanding orang di dalam negara yang dijajah.
8. Sedikit - sedikit orang Islam Melayu mula dijajah pemikiran dan fizikal.
9. Tulisan jawi lambang bumi ini sudah bertamadun hilang.
10. Undang - undang syariah yang telah menjaga keamanan bumi Tanah Melayu dikatakan zalim. Undang - undang sivil lebih baik.
11. Penjajah mengajar bagimana memajukan negara dengan mengaut segala hasil bumi untuk dibawa balik ke Eropah. Katanya demi kemajuan Tanah Melayu. Penjajah juga mengajar, di negara mereka yang lebih bertamadun, poltik adalah lain dari agama. Ketua gereja hanya jaga ibadat. Ketua negara kuasai segala – galanya. Mereka lupa, kuasa politik itu dirampas daripada pemimpin gereja untuk mengelakkan penipuan mengutip cukai serta derma oleh orang gereja. Kuasa agama bermakna, kuasa ekonomi serta kekuatan. Jika dipisahkan, bermakna kuasa itu beralih ke tangan pemimpin negara.
12. Orang Melayu dijadikan hamba. Mereka difahamkan secara poltik biarlah sultan menjadi Ketua Agama. Segala urusan lain, biarlah kami jaga.
13. Orang Cina dan India dibawa masuk, kononnya juga untuk kemajuan negara.
14. Dari segi politik, hampir sebahagian rakyat Tanah Melayu sekarang sudah berjaya diubah pemikirannya oleh penjajah. Walaupun penjajah telah tiada, namun pemikiran ini terus - menerus diwarisi melalui pelbagai kaedah baru.
15. Inilah negara yang kita ada hari ini.
16. Kesan kemusnahan mula muncul satu demi satu.
17. Hari ini orang Melayu Islam paling ramai menghuni pusat serenti gara – gara dadah.
18. Hari ini orang Melayu Islam sudah pandai minum arak mengalahkan orang bukan Islam.
19. Hari ini mereka juga berjudi laksana tidak tahu mana halal atau haram.
20. Hari ini mereka juga membakar rumah ibadat orang lain.
21. Hari ini zina berleluasa di kalangan gadis dan remaja Melayu.
22. Hari ini orang muda menjulang hiburan serta penyanyi peghibur melebihi alim ulamak. Budaya hiburan berleluasa ibarat semua anak muda mudi mahu menjadi penyanyi.
23. Alim ulamak melawan ratu cantik, turut dikecam bangsa Melayu sendiri.

Politik

24. Indahnya politik dalam Islam.
24. Mengajak ke arah kebaikan.
25. Mencegah ke arah kejahatan.
26. Itu adalah politk. Tanpa politik, masakan dapat melakukan perkara tersebut.
27. Solat 5 waktu sehari di masjid. Berjemaah. Itu adalah politik. Berjemaah melakukan kebaikan serta ibadat pada Allah.
28. Menjaga peribadi seorang muslim serta menjadi contoh kepada masyarakat adalah politik. Supaya amalan baik kita ditiru dan diikuti oleh orang lain.
29. Melaungkan azan, tanda syiar Islam adalah politik.
20. Jumaat – solat berjemaah adalah politik.
21. Haji di Mekah adalah politik.
22. Jika mahu memastikan duit rakyat tidak dibelanjakan ke arah perkara – membazir, tiada cara lain melalui politik.
23. Mahu memakai tudung ke sekolah juga menjadi masalah di Eropah kerana tiada kuasa politik.
24. Kesimpulannya, perkara baik dan buruk hanya boleh dilakukan serta dibuat jika hanya ada kuasa politik.

Politik & Kerja
25. Aku juga laksana orang politik di tempat kerja.
26. Aku berpolitik bukan berkempen untuk kemenangan parti di Malaysia.
27. Aku berpolitik sebab mahu anak buahku menjadi lebih baik.
28. Aku berpolitik kerana mahu syarikatku menjana keuntungan lebih.
29. Aku berpoltik kerana mahu staff aku setiap hari majukan diri sendiri.
30. Aku berpolitik sebab mahu supaya setiap arahan dan peraturan kilang dilaksanakan dengan cara paling baik. Aku berpolitik dengan bos, pembekal, transporter, pelanggan serta boleh dikatakan semua orang supaya setiap langkah kerjaku berjalan dengan lancar. Setiap buah kata mulutku adalah poltik, kerana mahu supaya niatku tercapai. Tulisanku sekarang adalah jua sebahagian politik kerana aku mahu kamu wahai pembaca budiman, fikir sejenak. Betulkah apa yang akan tulis ini? Jika betul, sebarkan. Jika salah, beri komen, kelak nanti aku akan fikirkan untuk langkah seterusnya @ buat artikel kedua :P.

31. Biarlah apa pun jua di luar sana memahami perkataan politik mengikut fahaman sempit mereka. Namun, jika dihurai dan difahami mengikut acuan agama, insya Allah, kita akan tahu erti sebenar ‘politik’.

Semuanya bergantung pada niat.

Wassalam.

Tuesday, 12 January 2010

Kilang Sawit, Kawasan Terpencil @ hutan, Internet & Kemajuan


Gambar menunjukkan sebahagian jalan ditenggalami air banjir kilat sedalam 2- 3 kaki. Diredah menggunakan 4WD.

  1. Kilang sawit bertebaran di serata pelusuk negara.
  2. Jika di Semenanjung, kemudahan jalan tar sampai ke hadapan kilang serta rumah.
  3. Namun, jika di Sabah dan Sarawak, bukan semua kilang ada kemudahan tersebut. Felda adalah yang terbaik daripada segi kemudahan. Syarikat swasta, jalan ladang baik, namun jalan utama ke ladang - jalan JKR, adalah jalan gravel dan amat mencabar.
  4. Bukanlah perkara asing kepada Planter & Miller mengenai perkara tersebut. Mereka inilah yang menjadi peneroka hutan dan membangunkan kawasan sekitar.
  5. Meneroka bermaksud, memasuki kawasan yang belum pernah diterokai.
  6. Berkawan dengan penghuni asal seperti gajah, buaya dan biawak. Itulah sebahagian pengorbanan kami untuk memajukan ekonomi negara - untuk diurus oleh pemimpin pembela rakyat.
  7. Hari ini dalam sejarah.
  8. Kilang aku mendapat kemudahan internet VSAT.
  9. Dengan kelajuan 100 Mps.
  10. Kemudahan ini muncul setelah JAS mengenakan syarat baru untuk CEMS. Tak payah lah cerita pasal CEMS.
  11. Yang penting, kilang sekarang dapat kemudahan yang amat jarang diperolehi.
  12. Bayangkan, ketika negara merayakan sambutan lebih 50 tahun merdeka, tempat ini masih tiada jalan.
  13. Tiada elektrik.
  14. Tiada kemudahan air.
  15. Tiada line telefon.
  16. Tidak heran jika kawasan ini tempat jin lepak.
  17. Tetapi kawasan ini adalah pertengahan jalan kepada lebih 3 pekan kecil. Sepanjang jalan, ada berpuluh buah rumah, ada berpuluh buah sekolah dan ada lebih 10 ribu penduduk.
  18. Apa pun, aku amat bersyukur di atas kemudahan ini.
  19. Aku bersyukur kerana ada kesulitan ini.
  20. Kesulitan ini mengajar aku menghargai setiap kemudahan yang disediakan kerajaan.
  21. Jika aku berada di bandar, mungkin persepsi aku berbeza.
  22. Asyik komen benda yang tiada.
  23. Aku sudah dapat internet.
  24. dan aku sudah maju setapak.

Sunday, 13 December 2009

Pekan Lapok


Apa yang menarik mengenai gambar ini?
1. Menara telefon yang belum siap, ntah bila nak siap.
2. Sekolah Menengah Lapok yang baru bakal beroperasi tahun 2010.
3. Jalan tar yang hanya ada sebelum dan selepas jambatan.
4. Habuk tika musim panas, yang tak dapat dipisahkan dengan jalan gravel lebih 44 km dari Lapok ke Pekan Beluru/Bakong.

Saturday, 21 November 2009

Kek Lapis Sarawak

Kek lapis Sarawak yang terdapat di Pasar Malam Seberkas, setiap hari Sabtu.
1. Kek Lapis Sarawak merupakan salah satu daya tarikan yang unik di Sarawak.

2. Tiba musim perayaan dan cuti sekolah, jualan akan meningkat secara mendadak. Tempahan banyak dilakukan untuk dijadikan buah tangan atau hindangan semasa hari raya.

3. Keunikan kek lapis ini pada kepelbagaian corak, jenis dan rasanya.

4. Walaupun harga bermula dari RM10 hingga mencecah RM100 ke atas untuk satu kek lapis, ia tetap laris di pasaran.

5. Kek Lapis merupakan salah satu simbul masyarakat Sarawak yang sukakan kesenian. Seni melambangkan masyarakat yang halus dan cintakan keindahan. Seni lahir daripada ketekunan untuk menghasilkan sesuatu yang indah pada pandangan mata.

01112009 ; Kenduri Tahunan Kilang Sawit Loagan Bunut

Kenduri ini yang telah dirancang telah ditangguhkan beberapa kali. Diadakan sempena Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidil Fitri dan Doa Selamat untuk kilang.

Walaupun majlis adalah sederhana, namun pebabitan semua warga kilang amat memberangsangkan.

Terdapat juga ahli keluarga pekerja dan staff turut memeriahkan majlis tersebut.

Tahniah, teruskan semangat kerjasama yang semakin baik di kalangan warga Kilang Sawit Loagan Bunut.