- Cuaca tidak menentu sejak beberapa bulan yang lepas. Sekejap hujan, sekejap panas.
- Pada tahun 2009, bulan Feb adalah antara hujan paling lebat. Namun, sekarang hujan direkod >
- Diramal El Nino akan melanda negara.
- Cuaca memberi kesan besar pada jumlah keluaran sawit.
- Jika hujan lebat terutama waktu pagi (0800 - 1000 pagi), 'pollination' akan bermasalah. Kesan PFS atau duri landak pada FFB akan berlaku enam bulan selepas musim hujan lebat.
- Daripada segi operasi ladang, hujan akan merosakkan jalan dan operasi FFB evacaution akan bermasalah. FFA sudah tentu akan meningkat hasil daripada FFB kurang segar serta buruk.
- Operasi kilang akan bermasalah terutama semasa proses memasak buah. Buah yang tidak segar perlu diseimbangkan daripada segi kehilangan di condensate serta di kernel plant. Disamping itu juga, operasi despatch akan terganggu disebabkan masalah jalan utama ditenggalami air serta jalan gravel berada dalam keadaan paling teruk.
- Kekurangan air semasa musim kemarau juga akan memberi kesan kepada pokok sawit. Kehilangan air akan menyebabkan pokok kurang mengeluarkan buah.
- Jika keadaan berterusan, kawasan tadahan air untuk kilang sawit akan kering. Ini sudah tentu akan menjejaskan operasi kilang, kerana air digunakan 1.2 m3 / mt FFB.
- Setiap benda hidup di dunia ini amat memerlukan air. Tiada air, tiada kehidupan. Pengurusan air yang cekap akan banyak membantu menanggani masalah ini dengan lebih cekap. Sebarang pembaziran perlu dicegah.
Rekod hujan tahun 2006 - 2010 (Jan) di Loagan Bunut
2006 / 2007 / 2008 / 2009 / 2010 (Month Jan - Dec )
JAN 438, 617, 442, 664, 394
FEB 433, 611, 598, 298
MAC 433, 381, 787, 426
APR 548, 213, 395, 476
MAY 338, 278, 187, 142
JUN 403, 501, 490, 143
JULY 267, 276, 389, 72
AUG 172, 319, 427, 201
SEPT 445, 535, 312, 106
OCT 352, 707, 586, 296
NOV 327, 294, 559, 376
DEC 440, 406, 606, 357
all unit in mm
No comments:
Post a Comment