- Rasullah SAW gemar memberi makan kepada fakir miskin.
- Aktiviti ini wajar dijadikan budaya untuk mengikat tali persaudaraan sesama umat serta masyarakat di mana kita berada.
- Semua lapisan masyarakat boleh menyertai aktiviti ini. Lagipun, siapa akan menolak makan percuma :).
- Jemputan wajib ditunaikan. Rezeki jangan ditolak. Tetamu yang datang membawa rahmat serta rezeki ke rumah.
- Sejak bekerja di industri sawit, aku rasa sudah tidak terkira majlis jamuan makan yang dianjurkan. Sama ada kilang atau pun peribadi.
- Selepas aktiviti makan minum, kita boleh bercerita serta mengenal antara satu sama lain. Keluarga kita juga boleh bersosial. Anak - anak kecil boleh bermain sesama mereka.
- Berada di perantauan, aktiviti ini amat berguna untuk mengumpulkan semua rakan yang juga perantau. Kita tidak merasa asing di bumi orang tak kala kerinduan pada kampung halaman serta keluarga diubati dengan perkongsian pahit manis.
- Jika sakit deman, siapa yang akan di cari jika bukan rakan serta kenalan yang kita usahakan untuk cari.
- Kita bukannya mempunyai keluarga di bumi orang.
- Oleh kerana aktivit ini boleh disertai oleh semua peringkat umur serta pelbagai bangsa, kita juga boleh mendalami selok belok budaya atau adat setempat. Maklumat berguna banyak dikongsi bersama.
- Sesungguhnya, jika mengamati suruhan serta ajaran agama, kita akan nampak keindahannya.
- Agama menyuruh kita melakukan kebaikan.
- Agama menyuruh kita menjadi ahli masyarakat.
- Agama menyuruh kita menjalinkan tali persaudaraan.
- Agama menyuruh kita menyempurnakan hak jiran.
berilmu serta tiba masa untuk beramal.
No comments:
Post a Comment