Seorang Jurutera Yang Berjaya Dalam Industri Sawit Negara
- "Kejayaan" adalah subjektif. Bergantung kepada penilaian setiap individu. Dalam artikel ini, kejayaan di tafsirkan melalui perjalanan kerjaya seorang jurutera bermula daripada hari pertama memasuki industri dengan kadaran masa serta jawatan yang dipengang.
- Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman kerana komen daripada salah seorang pelawat blog. Beliau secara jujur memuji pencapaian yang telah saya gapai serta meletakkan saya antara orang paling 'bertuah' dalam industri. Bukanlah niat saya untuk berbangga atau riak, tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana apa yang dialami beliau, juga dialami oleh kebanyakkan penolong jurutera yang saya kenali. 'Mentaliti' penolong jurutera serta penolong pengurus.
- Sejak hari pertama sampai di kilang sawit, saya telah diberitahu : "Anda adalah bakal pengurus suatu masa nanti. Jadi, bersedialah untuk ke arah itu".
- Sejak dari itu, apa yang saya lakukan adalah untuk memenuhi kriteria tersebut. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pengurus yang baik?
- Apa yang perlu pengurus urus?
- Apa kelayakkan yang pengurus perlu ada? dan banyak soalan yang timbul. Jawapan itu saya cari setiap hari semasa bekerja. Kemudian saya jawab melalui kejayaan yang saya perolehi.
- Hari ini setelah menyertai industri sejak Mac 2004, saya menjadi seorang pengurus. Saya mula memegang jawatan pengurus sejak September 2006 iaitu selepas 30 bulan atau 2 tahun 6 bulan menyertai industri.
- Saya lulus jurutera stim gred 2 pada september 2006. Gred satu pada september 2008. ICE gred 2 pada Mac 2009. Saya mengikuti DIPOM pada 2007. Jujur saya katakan, ia hadir setelah bermacam pengorbanan dilakukan oleh saya serta keluarga tercinta. Keluarga senantiasa menjadi tulang belakang semasa saya mengharungi semua cabaran tersebut.
- Antara cabaran yang paling besar adalah semasa mengikuti kursus DIPOM. Itu juga adalah tahun pertama saya menjawat jawatan pengurus. Dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan jawatan serta tanggungjawab yang besar, saya terpaksa mengikuti kelas, ujian serta menyelesaikan 3 projek. Saya mendapat markah 68% untuk kursus tersebut.
- Sejak hari pertama, saya telah meletakkan target beberapa perkara yang mesti saya capai dalam masa 5 tahun. Jurutera Stim, Diploma dan menjadi pengurus. Semuanya dicapai lebih awal daripada target saya!
- Kenapa anda menjadi seorang penolong jurutera atau penolong pengurus melebihi 5 tahun tetapi masih belum lulus peperiksaan jurutera stim serta menjadi pengurus?
- Ini adalah pendapat saya :-
- Anda tidak fokus pada target yang ingin dicapai. Pastikan anda meletak target jelas setiap tahun.
- Usaha dan inisiatif anda masih belum cukup untuk berjaya. Usaha tangga kejayaan. Tiada yang percuma dalam dunia sekarang. Mungkin juga teknik yang salah digunakan. Minta nasihat daripada orang yang berpengalaman dan ikuti nasihat mereka.
- Anda tidak mahu menjadi pengurus. Terdapat penolong jurutera tidak mahu menanggung beban kerusi panas. Lebih selesa menjadi pengurus kerana tekanan kurang. Tidak mahu menduduki peperiksaan, kelak dilantik menjadi pengurus. Sampai bila anda sanggup menyeksa keluarga anda?
- Mempunyai masalah dengan kelayakan diploma atau ijazah yang diperolehi. Mungkin tidak tamat atau gagal. Tiada cara lain melainkan anda perlu menyelesaikannya sebelum pihak majikan mengentahuinya.
- Anda mempunyai perancangan lain seperti menjadi seorang usahawan berjaya... jadi tidak perlu untuk berusaha gigih dalam industri. Bagus. Berhenti dan buatlah bisness sekarang. Jika tidak, lakukan yang terbaik dalam industri.
- Anda tidak tahu apa yang perlu anda lakukan @ capai kerana tidak mendapat pendedahan yang sesuai. Rujuk mereka yang telah berjaya.
- Anda berkawan dengan mereka yang tidak mahu berjaya! terpengaruh dengan rentak mereka. Tambah kenalan dalam industri dan kenali lebih rapat mereka yang berjaya.
- Anda tidak mempunyai sumber rujukan atau penasihat yang baik untuk kerjaya anda. Anda tidak pernah berusaha untuk mencarinya.
- Anda suka membuang masa anda serta syarikat. Anda tidak pernah merasai kepentingan masa yang berlalu.
- Anda berada dalam 'comfort zone' selesa dengan apa yang anda capai sekarang. Anda tidak perlu risau dibuang kerja kerana syarikat anda kepunyaan bapa anda. Anda tidak pernah membayangkan akan dibuang kerja kerana merasai syarikat anda tidak akan melakukan perkara tersebut.
- Anda anak orang kaya. Kalau dibuang kerja, keluarga anda masih boleh menanggung anda.
- Anda memang tidak layak (ini yang paling pedas - minta maaf ya). Anda masih dikuasai mentaliti 'penolong' serta tidak pernah meletakkan diri anda pada kapasiti, pemikiran, tindakan serta tanggungjawab seorang pengurus. Anda hanya menunggu arahan daripada pengurus untuk melakukan rutin kerja harian.
No comments:
Post a Comment