- Maulidul Rasul, hari kelahiran Nabi Muhammad SAW pada tahun Gajah, 1431 tahun yang lalu.
- Rasullah SAW adalah Rasul Terakhir dan petunjuk sepanjang zaman.
- Peribadi, perkerti serta tingkah laku Baginda adalah agama Islam.
- Beliau hadir ke dunia untuk menjadi panduan kepada umat manusia menjadi khalifah di muka bumi.
- Untuk mengajar perihal ghaib, perihal akhirat, perihal malaikat, pahala, syurga, neraka serta hari Pembalasan.
- Beliau tidak datang untuk mengajar Fizik, Biologi atau kejuruteraan, kerana semua perkara sains boleh ditemui oleh akal pemikiran manusia.
- Namun, kebijaksaan serta kehebatan manusia, tidak mampu untuk memikirkan perihal akhirat serta hari Pembalasan.
- Untuk menjadi HambaNya, Baginda Rasullah SAW telah menunjukkan contoh terbaik dalam menjalani kehidupan seharian sebagai ketua keluarga, ketua negara, jiran, ketua angkatan tentera, hakim, ahli perniagaan, guru serta menjadi rahmat kepada seluruh alam (segala hidupan, haiwan, tumbuhan serta jin).
- Kita mesti melihat serta membuat senarai semak dalam kehidupan kita, berapa banyak yang telah dilakukan mengikuti Standard Rasullah SAW @ Standard Operasi Hidup Selamat Di Akhirat.
- Sirah Nabi perlu diperluaskan. Hari ini, generasi kita lebih mengenali Transformer, Naruto serta Doremon berbanding dengan sirah Nabi, Sahabat serta banyak ilmuan Islam.
- Akhir kata, diharap kehadiran maulidul Rasul 1431H membawa pengertian besar dalam kehidupan kita sekarang. Bukan setakat berarak semasa sambutan, tapi yang paling penting setiap standard yang telah ditetapkan oleh Allah, menjadi keutamaan dari segala peraturan yang ada di dunia.
Wednesday 24 February 2010
Maulidul Rasul 12 Rabiuawal 1431H
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment