Saturday 27 February 2010

Cikgu Nik Zainun, HEA MRSM Jeli, x-MRSM KT, 26th Feb 2010


  1. Cikgu Nik Zainun merupakan HEA di MRSM Jeli sekarang. Sebelum itu beliau merupakan guru biologi di MRSM KT, MRSM PC.
  2. Semasa di MRSM KT, beliau merupakan salah seorang guru kesayangan, kesukaan serta idola saya. Saya meminati subjek biologi disebabkan cara pengajaran beliau serta semangat yang diberikan setiap kali kelas.
  3. Anda akan mesra dengannya. Beliau suka senyum dan sepanjang mengenali beliau, saya tidak pernah melihat beliau marah serta bermasam muka. Itulah sebabnya saya suka tersenyum sekarang kerana mencontohi beliau.
  4. Saya masih mengingati tindakan beliau mengajak pelajar lelaki kelas J untuk melawat seorang rakan yang ponteng kelas. Semasa melawat, nasib pelajar tersebut baik sebab ditemui sedang membaca buku biologi. :)
  5. Rumah beliau di Wakaf Baru, menjadi antara lokasi penting untuk dilawati setiap kali saya balik kampung!.
Terima kasih Cikgu. Jasamu tetap dikenang.

No comments:

Post a Comment