Showing posts with label sunnah. Show all posts
Showing posts with label sunnah. Show all posts

Friday, 1 May 2020

Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah Part 2


  1. Buku "Muhammad SAW: The Super Leader Super Manager" karangan Muhammad Syafi'i Antonio memaparkan ciri - ciri kehebatana Nabi Muhammad SAW dalam lapan bidang iaitu pembangunan diri, perniagaan, kekeluargaan, dakwah, sosial dan politik, pendidikan, undang - undang dan ketenteraan.
  2. al-Maidah:35 "Hai orang - orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadanya serta berjihadlah pada jalannya supaya kamu mendapat keuntungan." 
  3. Sir George Bernard Shaw berkata " Apabila ada agama yang berpeluang menguasai England, bahkan Eropah beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama itu. Saya sentiasa menghormati Nabi Muhammad kerana potensi yang beliau miliki. Bagi saya, ini adalah satu - satunya agama yang memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Saya melihat Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang memiliki peribadi agung dan tidak sama sekali anti-Isa. Beliau wajar dipanggil penyelamat kemanusiaan. Saya yakin, apabila ada orang seperti Muhammad memegang kuasa tunggal dalam dunia moden ini, beliau pasti berjaya mengatasi segala masalah sehingga dunia ini menjadi aman dan bahagia. inilah sebenarnya yang dunia perlukan. Saya meramalkan agama yang dibawa oleh Muhammad bakal diterima di Eropah pada masa hadapan. Sesungguhnya, ia sudah pun mula diterima pada hari ini. Muhammad adalah manusia agung yang pernah lahir ke dunia. Beliau membawa suatu agama, mendirikan sebuah bangsa, meletakkan dasar - dasar moral, memulakan banyak pergerakan pembaharuan sosial dan politik, mendirikan sebuah masyarakat yang kuat dan dinamik bagi melaksanakan dan mewakili ajarannya. Beliau turut merevolusikan fikiran dan perilaku manusia. Beliau adalah Muhammad yang dilahirkan di Semenanjung Arab pada tahun 570 Masihi dan mula menyebarkan agama kebenaran pada usia 40 tahun. Beliau wafat pada usia 63 tahun. Sepanjang 23 tahun menjadi Nabi, Muhammad mengubah jazirah Arab daripada budaya paganisme dan penyembah makhluk menjadi penyembah Tuhan yang Maha Esa. Beliau mengubah suku - suku yang suka berperang menjadi bangsa yang bersatu, mengubah kaum pemabuk dan pengacau menjadi kaum pemikir dan penyabar. Beliau mengubah kaum yang tidak mempunyai undang - undang dan anarki kepada kaum yang teratur. Beliau mengubah kerosakan kepada keagungan moral. Sejarah manusia tidak pernah mengalami tranformasi sebuah masyarakat ataupun tempat sedahsyat ini dan bayangkan ia terjadi dalam waktu yang kira - kira hanya lebih sedikit daripada dua dekad." Sir George Bernard Shaw dalam "The Genuince Islam, Vol.1, No. 8,1936.
Petikan diambil dari buku "Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah

Sinopsis Buku "Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah

Muslim Kelana, Terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. , 2008.

Saya akan mencatit beberapa isi dan perkara yang menarik terdapat di dalam buku ini. 

  1. AQ (Adversity Quotient atau Kecerdasan Kegetiran). Pertama kali saya jumpa perkataan ini. Walaupun saya pernah mengalaminya dan percaya perkara ini banyak berlaku dalam kehidupan manusia, namun saya julung kali menjumpai istilah ini. AQ menjadi punca kepada motivasi banyak orang susah untuk bangkit dan menjadi berjaya pada suatu masa nanti. AQ membuatkan dirinya menjadi cekap, tabah dan tidak mudah berputus asa. Nabi Muhammad SAW sepanjang usia kanak - kanak hingga dewasa mempunyai pengalaman gentir yang sangat banyak. Namun perkara itu tidak pernah membuatkan Baginda SAW berputus asa, mengeluh dan menyebut - yebut perkara silam gentir tersebut.
  2. al-Ahzab :21 "Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat daripada Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah."
  3. Micheal H. Hart di dalam bukunya "The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History" memilih Nabi Muhammad SAW sebagai orang pertama.
  4. Lamartine, sejarawan mengatakan Nabi Muhammad SAW seorang tokoh yang hebat kerana mampu melakukan perubahan yang besar dengan sedikit kemudahan yang ada.
  5. Law of Attraction disebut oleh Rhonda Byrne dalam bukunya "The Secret" menerangkan hukum tarikan positif berfungsi sebagai magnet yang membawa kebaikan dan kejayaan kepada seseorang. Dengan bersikap positif, seseorang turut menarik perkara - perkara positif di sekelilingnya.
  6. FAST (Fatanah: Cerdas, Amanah : Dipercayai, Siddiq:Benar dan Tabligh: yang menyampaikan).
  7. "Sembilan daripada 10 punca rezeki datang daripada usaha berdagang dan sepersepuluhnya lagi adalah daripada usaha berternak." HR oleh Abu Nuaim bin Abdul Rahman.
  8. "Allah memberi rezeki kepada hambanya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan keras serta usahanya." HR at-Thusi.


Thursday, 8 January 2015

Busur dan panah / bow and arrow


Contoh busur tradisional / klasik / warisan
Contoh busur moden

Panah.

Artikel ini ditujukan untuk beginer yang mahu mula kenal panah.

1. Panah terdiri dari 2 jenis. Moden dan tradisional (nama lain di Malaysia - tradisional/klasik/warisan)

Perbezaan antara keduanya adalah dari banyak segi.

1.1 bentuk panah
1.2 reka bentuk
1.3 cara penggunaan

Panah yang diguna di sukan olimpik dikategorikan sebagai panah moden. Manakala panah dalam cerita Lord of the Ring adalah panah trandisional/klasik/warisan.

2. Model panah
Setiap panah moden dan klasik mempunyai model yang banyak di seluruh dunia. Masing2 mempunyai model berbeza. Ibarat pembuat kereta, begitau juga dengan nama pembuat busur panah yang ramai di dunia.

Antara pembuat panah klasik adalah

1. Saluki - US
2. Kaya, Nomad, Samick - Korea
3. Grozer - Turkey

Jenis - jenis bow
1. Korea traditional bow
2. Turkish bow
3. Long bow


3. Kekuatan
Bow untuk dewasa bermula dengan kekuatan 30 pound hingga 80 pound.

Bagi busur klasik yang ada di pasaran, bermula 30 pound hingga 55/60 pound.

Kiraan pound juga berbeza mengikut negara. Piawaian negara berbeza - bez kerana pengukur yang diguna berbeza.

Sebab itu ada perbezaan untuk pound bow Kaya 40# dengan Grozer 40#.

Untuk permulaan, saya syorkan dewasa lelaki berumur 20 tahun ke atas bermula dengan 35#.

Untuk mereka yang aktif dan bina badan, saya syorkan bermula dengan 40#.

Jika seorang  askar, saya syorkan 45# ke atas.

4. Budget. Berapa ringgit harganya?

Di Malaysia, pasaran busur semakin meriah selari dengan penubuhan kelab di merata negeri. Dengan usaha kempen oleh semua pihak, lahir banyak usahawan yang menjual barangan panah sama ada secara aktif ataupun part time.

Antara yang terkenal di kalangan pemanah klasik adalah Zawra Traditional Archery di Kluang, Johor (Abu Dzar) dan Aufa Archery, Kota Kinabalu, Sabah (Mohd Safar aka Aufa). Banyak lagi penjual panah di Malaysia. Cari di Facebook.

Harga busur : bermula rm600 hingga rm10,000 mengikut jenis.

Anak panah : bermula rm8/sebatang hingga rm80/sebatang.

Jenis anak panah
1. Carbon
2. Kayu
3. Buluh
4. Fiber
5. Alumunium

Jenis jenis fletcher
1. Bulu burung
2. Vane / plantik
3. Bulu burung sintetik

Peralatan lain - lain : 
1. Draw glove
2. Arm guard
3. Rest glove
4. Thumb ring 

Sebagai panduan, 
Untuk Kaya Bow dan 10 batang anak panah carbon, beserta draw glove, arm guard, kos adalah rm800-1000/set.

5. Berlatih

Pengembaraan dalam panahan tidak lengkap tanpa ada guru atau jurulatih. Kaedah terbaik dalam nak belajar memanah adalah mencari mereka yang pandai memanah atau guru panah.

Nampak mudah, tetapi banyak ilmu perlu adalah sebelum anda mula memanah.

Jika anda tidak mempunyai guru berdekatan, dapatkan maklumat melalui penjual busur panah itu. Insya Allah, beliau akan membantu.

6. Disiplin dan pantang larang memanah

Saya tidak akan huraikan di sini kerana ia merupakan ilmu yang penting. Ketahui melalui jurulatih anda. 

Sila ikuti semua disiplin dan pantang larang tersebut.

7. Niat belajar panah
Semua usaha belajar dan berlatih memanah mesti di niat kan

7.1 untuk belajar sunnah Nabi
7.2 untuk agama 
7.3 kerana Allah semata.

Ada pun niat lain2 nya adalah sampingan sahaja.

8. Persaudaraan, kelab memanah dan individu persendirian dalam "persaudaraan memanah"

Di Malaysia, saban hari muncul pelbagai kelab di setiap negeri. Berikut di senarai Kelab Kelab yang ada di Malaysia

1. Pertama
2. Zawra
3. Kelab Memanah Sunnah Kelantan
4. Kewaris - Sabah

(Akan dikemaskini dari masa ke semasa)

Persaudaraan memanah di Malaysia secara khusus melangkaui sempadan negeri, bangsa dan agama. Di dunia pula, ia merentas sempadan negara dan benua.

Ia adalah persaudaraan yang sangat luas. Ibarat seluas lautan dan setinggi awangan.

9. Busana
Antara keunikan panah klasik adalah busana. Pemanah digalak mengenakan busana tradisional semasa berlatih atau semasa pertandingan rasmi.

Keindahan bangsa boleh dilihat dari pemakaian busana.

10. Teknik

Untuk panah klasik, pelbagai teknik ada. Ibarat cerita Legalos dalam Lord of The Ring yang memanah sambil berdiri, berlari, berkuda dan duduk, begitulah kayanya teknik dalam panah klasik.

Teknik tertinggi dalam panah klasik adalah teknik memanah sambil menunggang kuda.

Jom sertai kami hidupkan sunnah memanah di Malaysia.

Semoga diberkati Allah.

Penulis
Zulkefli Muhammad
Safra' Archery 
Lahad Datu, Sabah.

Thursday, 30 January 2014

Hati buta

Ibrahim B Adham, seorang ahli tasawuf yang masyhur, dikerumuni orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada di antara mereka bertanya, mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan mereka selalu berdoa kepadaNya?

Maka beliau menjawab, “kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara…”

1. Kamu mengenal Allah, kamu tidak menunaikan HAKNYA

2. Kamu mencintai Rasulullah s.a.w tapi menolak SUNNAHNYA

3. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tak beramal dengannya.

4. Kamu makan nikmat Allah, tapi kamu tak mensyukurinya.

5. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu, tapi tidak menentangnya.

6. kamu berkata bahawa syurga itu benar tapi tak beramal untuknya.

7. Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tapi tak lari daripadanya.

8. Kamu berkata mati itu benar, tapi tak bersedia menghadapinya.

9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tapi lupa keaiban diri sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat tapi tak mengambil iktibar daripada mereka.

dipetik dari Majalah Iman Edisi 4 2012

Saturday, 18 January 2014

105 Sunnah Rasulullah SAW


105 Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan 

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur 
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit.
101. Ketua negara yg adil.
102. Laksana seluruh arahan Al Quran.
103. Sertai ghazwah, perang.
104. Lantang dan jelas suara ketika khutbah
105. Menyuruh muslmat tutup aurat.

Friday, 8 November 2013

Jom berselawat ke atas Nabi SAW

Perkataan Selawat atau Salawat ( Bahasa Arabالصلوات ) diambil dari perkataan solat (Bahasa Arabالصلاة ), beerti doapujian.

Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kpd Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad 
Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhari: Telah berkata Abu `Aliyah:
Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat.
Dan Salawat Malaikat ialah doa.
Dan Salawat orang Mukmin ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad 
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ﷺ ). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Sunday, 29 September 2013

Panduan memasuki rumah baru dalam Islam

Beri salam

Islam menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah baru atau rumah kosong ialah dengan memulai memberi salam sebagaimana firman Allah SWT,

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” [Al-Nur :61]
Lafaz salamnya ialah :

ألسلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
Maksudnya : “Salam sejahter ke atas kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang soleh”.
As-Salam ialah salah satu nama Allah yang Maha Mulia, ertinya Maha Sejahtera. Justeru rumah yang dimasuki dengan ucapan salam, rumah itu akan sejahtera , penghuninya dilimpahkan berkat, dikurniakan rezeki yang cukup, hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram serta terhindar daripada gangguan syaitan.
Dalam sepotong hadis, yang bermaksud :“Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah, sesiapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Rumah baru atau rumah kosong kadang-kadang dihuni oleh makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dengan ucapan salam kadang-kadang terbukti makhluk yang memusuhi kita boleh menjadi baik dan tidak mengganggu kita.

Baca ayat-ayat al-Quran...
Selepas memberi salam hendaklah membaca ayat Qursi, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Sabda Rasulullah saw,
أن البيت الذى تقرأ فيه سورة البقرة لا يقربه شيطان ثلاثا
Maksudnya : “ Rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah tidak akan diduduki syaitan sampai tiga hari”.
Baca doa ...
Hendaklah berdoa dengan bacaan seperti berikut,
أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
Maksudnya : “Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”
Buat kenduri doa selamat ... 
Elok juga diadakan doa selamat menjemput dan menjamu orang-orang soleh.
Solat berjemaah bersama keluarga ....
Solat berjemaah bersama keluarga, bertadarus dan berwirid yang mana kesemua amalan ini akan menolak kejahatan dan gangguan syaitan, jin dan lebih-lebih lagi perbuatan sihir.
Laungkan azan..
Selain itu adalah baik melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru atau rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
Dalam hadis yang lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri......"
Haram menggantung tangkal jika ....
Menggantung sesuatu di rumah selain ayat-ayat Al-Quran sebagai tangkal seperti daun-daun berduri, belangkas atau kuda laut dengan niat untuk menjauhkan seisi rumah dari gangguan syaitan, perbuatan sihir dan sebagainya adalah haram.
Haram bela ikan puyu jika ....
Begitu juga haram membela ikan puyu jika beriktikad ikan itu boleh mengelakkan tuan rumah dari di kena pukau hukumnya adalah haram.
Gantung ayat Al-Quran ... ? 
Manakala menggantung ayat-ayat Al-Quran tulisan khat hukumnya harus sekiranya ayat-ayat itu tidak dilukis gambar manusia atau binatang.
Apa hukum menyemah rumah ..? 
Haram hukumnya menyemah rumah baru yang diduduki dengan jampi mentera dan menabur sesuatu sama ada di dalam atau di luarnya. Kalau diiktikadkan dengan perbuatan itu satu penyeruan kepada makhluk selain Allah adalah syirik.

Sumber

Thursday, 18 July 2013

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا

Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.

Surah Al Ahzab ayat 56 hingga 58

Nasaie dan Ibnu Hibban berkata Rasullah  SAW bersabda,

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."

بسم الله، الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد.

Definisi – Makna perkataan: “Selawat”.
Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: الصلوات)), diambil dari perkataan solat (الصلاة) yang bererti doa atau pujian.
Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala.
Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan dari-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].
Teruskan membaca di 

Saturday, 13 June 2009

Petua Menjaga Hati Isteri

Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.
  1. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
  2. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.
  3. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
  4. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
  5. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
  6. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
  7. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
  8. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
  9. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
  10. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.
Lagi post berkenaan topik yang sama
1. Tip keluarga bahagia
http://zul1979.blogspot.com/2009/06/10-tip-keluarga-berkualiti.html
2. Doa keluarga bahagia
http://zul1979.blogspot.com/2020/04/doa-keluarga-bahagia.html